Assalamualaikum semua..
Rasa da lama nk tulis entry ni, tapi lama juga ia tertangguh..hmm, cam bz kemain..
Entry pasal apa?? haha.. juz entry mengenai pengalaman menambah anak, n specifically anak KEMBAR!
Bila orang dengar saya akan dapat anak kembar, pasti semua excited.Tak dinafikan, saya pun sama. Especially bila doktor bgtau kembar tu perempuan..wah, cover2 senyum! Kalau bole nak senyum sampai telinga. Pergi shopping pun da berangan beli gaun cantek2 dua helai sume. Masa beli persiapan, membeli macam orang kaya..maklumla semua double. Kalau bli 3 pasang seorang pun, 2 da 6 pasang. Haha..tak tau mama diorg ni pejam mata je masa bayar kat cashier..huhu, that's the best part of having twins la..
Permulaan episod?? It's not easy for us..really hard for the beginning..
Jarak usia yang jauh antara Luqman dan adik kembarnya menyebabkan saya telah terbiasa mempunyai anak sorang..yes, it's almost 4 years- I only have Luqman n Papa in that house!!This time i have another 2 kids..TWOoooo..TWOooo CRYING BABIES *bace dengan nada scary*
Selalunya sebelum Luqman tidur, mama akan bc Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul, baca doa tidur sebelah dia. Tepuk2 sikit, spending time with him, kissing him. But, the night after having twin, mama hanya mampu tgk dia tidur dr jauh, coz me tgh tidurkan sorang kembar n my hubby tgh tidurkan yg sorang lagi. Luqman layan perasaan sorg2..seriously, mama sedey coz it makes me feel away from Luqman. Perasaan tu bertambah teruk bila ada rasa bersalah seolah-olah mama n papa yang da tak hiraukan dia, tak sayangkan dia..arrrrgggghhh!
Masa mama berpantang, Luqman tak boleh nak attention daripada mama n papa setiap masa, mama da tak boleh dukung Luqman. Nak suap Luqman makan pun, masa mama sangat limited..especially bila papa da start kerja n mama plak berpantang di kampung. Seorang baby baru tidur, sorang lagi menangis nak susu pulak. Pastu yg td tdo terbangun lagi sebab bising..arghh2, last2 sume xtdo, sume kene dilayan. Kalau ada seorang je baby, dia tidur, perhatian akan ditumpukan sepenuhnya pd Luqman.
a week after papa went home, mama hari-hari nanges sebab sedihkan Luqman..
Sepatutnya selepas seminggu kembar lahir, papa akan masuk kerja semula. Kalau diikutkan my hubby nak bawa Luqman coz kesian dekat me sebab nanti nak uruskan Luqman n kembar while berpantang. Tapi nak dijadikan cerita, last day yang papa Luqman cuti tu, Luqman jatuh tertumus daripada katil ke lantai dan menyebabkan pendarahan yang teruk di bahgian mulut. So, kitorg tak sampai hati tengok Luqman balik ikut papa n tinggal di rumah babysitter pada siang hari waktu papa bekerja.
Bila Luqman sakit, dia susah nak makan, nak hisap botol susu..always nak papa sebab mama sibuk uruskan kembar n diri sendiri utk rutin berpantang. I become stressfull sbb tak dapat nak puaskan dia, main-main dengan dia. Ditambah pulak toys dia sume tinggal becoz we never plan yang Luqman akan tinggal lama kat kampung. So, everyday la mama nanges2..Masa tu x kira tgh berpantang ke apa..
Tengokla..mulut dia sakit sangat masa nie! Mama akan rasa ngeri everytime teringat Luqman jatuh..it happen in front of my eyes, tapi masa tu mama tgh bf adik..tak sempat nak selamatkan dia. Sorry Luqman!
*mama nanges*
Dengan orang yang tak kenal pun dia nak minta manja..
Actually, chinese uncle ni datang umah abah sbb abah bli kipas baru kat bilik bawah, so uncle ni duduk je supervise pekerja dia pasang kipas. Luqman bole dtg dekat dia n tunjuk2 kat ipad dia..mana mama xsedey..
Lepas seminggu Luqman jatuh tu, keadaan mulut dia makin ok..so papa kata dah boleh bawak balik Luqman n pg school siang hari. Walaupun mama macam berat hati, tapi mengenangkan mama kene jaga diri sendiri ketika berpantang n uruskan kembar lagi, mama relakan juga Luqman ikut papa balik 'rumah A'..
Alhamdulillah, he seems happy..papa kata itu adalah langkah terbaik utk Luqman rasa mama n papa still sayangkan dia. Sebab 3 minggu dia spent masa ber2 dengan my husband, dia dapat full attention. Balik-balik kampung, he gave me this...
Sob..sob..mama terharu..
Sekarang, kitorang semakin dapat adapt dengan pertambahan keluarga baru. Nak manage anak kembar bukan mudah seperti yang disangka. Sebab tu saya agree bila orang kata insan terpilih sahaja yang Allah kurniakan anak kembar. Sebab Allah lebih mengetahui seseorang itu mampu atau tak melaluinya..
Alhamdulillah, Luqman makin sayang baby - Mama n papa sedaya upaya bahagikan masa utk Luqman - Dina dan Nina pun makin banyak progress - Makin suka gelak-gelakkan abang - Abang pun suka tarik kaki adik yang tak reti dok diam- Alhamdulillah 'ala kulli hal..hope mama tak banyak drama da lepas ni -