Thursday, March 26, 2015

:: 2 versi pizza ::



Ni pizza versi debab dan pizza versi manja!
Hihi..sebenarnya nak tangkap gambar gigi diorang nih. Tapi amatla payah kan? Mama pun da tak terkira gigi diorang setiap sorang ni ada berapa.Yang penting skang ni adik memang kuat makan. Tue yang jadi versi debab tu, especially muka dia bulat kan. Dia la tu yang ceria kat blkg sana..
Kakak plak lemah lembut orangnya..termasuk hal-hal makan. Memang kene bersabar ye nak tunggu dia telan. But, so far dua2 orang membesar dengan baik. 
*Sila jangan suruh 'tarik-tarik' hidung diorang eh?!*
Haha..

Ok, kita letak gambar pizza btul. Nie breakfast pagi tadi. Setelah papa dan mama dah tak tahan sebab Luqman minta buat pizza lapan ploh kali, gigihla papa bli barang n mama masak pagi tadi..
First version guna roti gardenia which i like very much..turns out dia garing dan tak nipis sangat..



Second version ni Luqman nak jugak. Ni guna tortilla wrap je..tapi sebab garing  dan rangup, jadi Luqman sukala..




Enjoy working!! 

Amik mood nak update website plak..Jadi blogger pun sendu, kene lantik jadi webmaster harusla tarik nafas..haha, yg tu tak boleh malas sbb part of ATA.
Dadada..

Wednesday, March 25, 2015

:: Luqman's Bento Part 2 ::


Assalamualaikum n selamat bersiaran dari dapur rumah mama Luqman =)

Boleh plak pagi tadi Luqman bising nak suruh buat pizza..amboih, over sangat permintaan tu. Ingat mama ni takde keje lain *sambil cekak pinggang*. Dahla pagi tadi bangun hari da cerah. Hwaaaa, nan hado la nak buat breakfast ke apa..So, ni bekal pagi nie..

1. Mi goreng- Dan oat,  dan biskut cheese buat kunyahan..

Ni panaskan mi malam tadi je..tengok elok lagi sbb mi tu masak kering.
Siap tangan tu main roller kat tepi2 mama lagi tu ..Luqman, mama da lambat nie!!grrr..*bertukar jadi tarzan jap*


Hari-hari sebelumnya..

2. Oglio olio spagetti & colourful love letters



3. Roti Telur L.O.V. E ..jiwang sgt mama nih =P


4. Bologneise vermicelli with hotdog


5. Heart shaped Nasi goreng & chocolate wafers



6. Sang arnab di atas kayu kayan..haha, nie Roti taruk nutella n chocolate love letters n oat!



7. Roti hotdog yang comot!


Ok, nie adalah antara bekal yang pernah Luqman bawa pg rumah babysitter (sebab Luqman tadika petang). Senang letak gambar kat sini sebab sok2 nak recycle idea nie balik..huhu. Hari-hari pening kepala malam nak makan apa, pagi nak makan apa..adoii, nie la masalah wanita yg telah berkahwin.
Orang lain ada masalah yang sama tak?


Monday, March 16, 2015

:: Cuti sekolah yang tak cuti ::


Korang paham ke tajuk tu?? bahahaha..mama Luqman tengah rasa cam tak besh je minggu nie. Dari semalam datang opis hati rasa tak keruan sebab Luqman tak sihat. Kembar pun tak sihat jugak, tapi turn diorang da suda minggu lepas. Rasa bersalah pun ada sebab cam tak plan any activities cam orang lain yang ambil kesempatan nak bercuti ngan anak-anak diorang sempena cuti sekolah.

Dari awal tahun ritu memang ingat nak amik cuti sehari with papa n luqman g ikea cari katil n barang-barang untuk deko bilik Luqman. Tapi nak dijadikan cerita, atok plak kene serangan strok kali ke-3 hari tu n papa kene ulang alik ke hospital. Maka tak dapatla papa cuti lagi bulan nie..Tapi takpela, semua tu ujian. InshaAllah nak g Ikea tu bole cari waktu lain.. Ikea je pon.

Last Friday plak, Luqman ada rombongan dengan kawan2 ke Ostrich Farm di Semenyih. Mungkin sebab penat dan panas, so balik dari situ dia trus demam. Semalam Luqman muntah beberapa kali juga sebab asyik batuk berkahak. Selera makan dia pon kurang. Paling banyak dia makan pun beberapa ketul nuget. Mama pun cam tak semangat nak buatkan bento untuk Luqman sebab tau cam dia taknak makan yang berat-berat.

Kurus je tengok badan dia semalam.. Tapi terharu betul bila dalam dia tak sihat tu still care dengan adik-adik dia. Kalau nampak adik nak masuk dalam bilik air, cepat-cepat tutup pintu bilik air dan kunci. Ooo..i miss the real luqman yang berlari ke sana ke mari dengan mulut bising dia tu. Harap2 anak mama cepat sembuh! Nanti bole kita jalan-jalan lagi..