Hari ni kita cerita sikitla pasal percutian satu malam ke Melaka ni..
Rasanya semua orang tau kan Melaka tempat yang praktikal kalau nak berehat sekejap bersama keluarga dengan bajet yang sederhana.
Kami pun memilih Melaka untuk short break kali ni.
Setakat nak pergi satu malam, tak berbaloi pulak kalau pergi jauh2 sangat.
Objektif mama ada dua je..Satu, naik cruise. Nombor dua, naik beca.
Haha, ini semua demi Luqman..dan adik-adik, tapi maybe kembar tak paham sangat.
Masa survey bilik ni, memang cari bilik yang atleast ada 1 queen bed and single bed.
Bila keluarga dah besar ni, memang kene consider bilik yang besar sikit. Survey punya survey jumpa bilik yang bersesuaian kat booking.com
Family Suite, Hallmark View Hotel
My review is based on the given price ye..
Kemudahan yang disediakan sangat berpuas ati..
- Tak kedekut 3 in 1..siap dapat teh n coffee berpeket-peket. Setengah hotel kedekut jugak.
- Set bath foam, soap, shampoo, shower cap, tooth brush n tooth paste sume lengkap..
- Newspaper is given in the morning
Papa siap cakap.."Sorry Ma, Papa pilih The Star n bukan Bipop" Cis, nak kata mama suka gosip la tu..
- Bilik ni ada 4 katil super single..memang sangat cukup untuk kitorang berlima..kalau tengok gambar kat bawah ni, setiap katil ada bantal besar dan bantal kecik. Dalam almari ada lagi 4 extra pillows.
- Kemudahan biasa macam peti besi, fridge, kettle, hair dryer memang disediakan..Iron board dan iron pun mmg ada dalam almari, takyah mintak2. So untuk pengunjung2 cam kita yang mengangkut anak kecik, dont worry k! Penimbang pun ada kalau nak timbang berat anak korang..hehe..
- Maggi, air mineral sejuk, air kotak memang ready je kat dalam bilik..tapi ada extra charge. Okla kot2 lapar tengah-tengah malam. Tapi takyah risau gak sebab banyak alternatif..water dispenser kat setiap level ada, kat lobi ada vending machine jual jajan-jajan n barangan keperluan cam shampoo, minyak yu yee, dll. Selang beberapa buah kedai plak ada 7E..so memang ok sangatla kalau tetiba nak mengunyah dalam bilik.
- Breakfast pun sedap pagi tu, menu sesuai untuk kitorang yang bawak budak2.Nasi goreng, bihun goreng, roti bakar, sosej, bean, bubur ada buat suap anak-anak..huhu
Disclaimer : This not 5star hotel ye..ada la kelemahan cam xde kolam renang n siaran tv yang banyak. Tapi kitorang tak kisah kot sebab wifi dia ok. Papa siap boleh tengok anime sampai kul 2 pagi.Keseluruhannya kitorang happy with one night stay.
Ni hotel hallmarks crown dkt jln parameswara ke?
ReplyDelete