Tuesday, September 22, 2015

:: Bercuti di Kota Kinabalu ::


 Assalamualaikum..

Nampaknya ramai yang da start  bercuti since last weekend lagi. Kebetulan Raya Haji skali dengan cuti sekolah..so ada je kawan2 yang amik cuti direct seminggu. Kite pun nak letak gambar anak-anak pergi Sabah feeling2 kita pun bercuti gak time cuti sekolah ni..Haha, sebenarnya da sebulan mak korang tak update entry ni ye anak-anak..Takpela, janji ada kenangan kat sini..


Percutian kami kali ni melibatkan 4 dewasa dan 3 orang kanak-kanak. So, we've decided to book Marina Court Condo for accomodation. Alhamdulillah, bilik selesa untuk kami berlima beranak ngan mak dan abah. Ada dapur dan ruang tamu yang luas, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Nak masak memasak ke, basuh baju memang takde masalah sebab peralatan disediakan. 

Luqman tak excited nak mandi kolam pun, lagi best mandi ngan adik-adik kat dalam bath tub..Sukati korangla, janji semua happy!




Hari pertama memang takde plan nak pergi mana-mana sebab tau anak-anak penat. Bertolak ke KLIA 2 pun pagi-pagi lepas Subuh, so sampai je KK terus rehat dan isi perut. Malamnya, kami makan malam di Restoran Kampung Nelayan. Sempat tengok persembahan kebudayaan seperti tarian dan aktiviti menyumpit daripada pengunjung. Cuma part makanan tu kitorang upset sikit sebab makanan sampai lambat. Padahal masa tu tak order banyak menu pun, sejenis hidangan kerapu, sejenis sayur, satu hidangan sotong dan telur dadar. Tapi tunggu-tunggu makanan tak sampai-sampai, anak pulak da start mengantuk..paham-paham jela bawak kembar. Bagi mak ngan abah makan, kami berdua sambung makan kat apartment jela jawabnya.



Hari kedua kami ke pasar Filipina..pergi awal-awal sebab fikir mungkin kalau tak sempat nak shopping semua haritu bolehla ulang pergi esok hari. Memang betulla..pergi skali tak puas, tak dapat banding harga dan tawar menawar harga yang paling rendah sebab bawak si kembar. Hari ketiga encik suami bawak mak ngan abah pergi lagi sementara anak-anak tak bangun pagi lagi. Barula puas borong ikan bilis, terubuk masin, amplang dan biskut cincin. Haha..gambar kat pasar Filipina takde eh sebab tangan da penuh bawak barang (T__T)

Selesai shopping kat pasar dan makan tengahari, kami bergerak ke Rumah Terbalik. Plan asalnya nak pergi Kundasang, tapi at last cancel booking sebab takut jalan ke sana masih tak ok lagi kesan gempa bumi di Gunung Kinabalu haritu.  So, takdela adegan romantik-romantik kat kaki gunung ala Dejayu di Kinabalu ye! Mak bapaknya yang sedey  tak dapat tengok lembuuuuuu kat Kundasang *lap hingus*





Seronok betul Luqman pergi Rumah Terbalik ni..pelik sungguh dia! Iye, pelik tapi benar..haha..
Balik dari Rumah Terbalik, kami singgah solat di Masjid Bandar. Masa ni ramai budak-budak sekolah agama nak balik sekolah. Ada jugak yang seronok main dengan kembar..semestinya lah budak perempuan. Masjid ni seolah-olah masjid terapung sebab keliling-keliling sume air. Alhamdulillah, dapat berkunjung di sini


 
Banyak plan yang kami rancang tak menjadi. Ingatkan hari ketiga nak ke Pulau Manukan sebab trip ke Kundasang da cancel. Tapi trip ke Manukan juga cancel sebab hari hujan, driver boat sume tak berani nak amik risiko bawa penumpang waktu cuaca tak baik. Jadinya kami sempat tangkap gambar kat Jeti Jesselton Point jerla sebelum hujan menjadi semakin lebat.



Nampak kan mendung berarak kelabu..takde rezeki kitorang =(

Tengahari ni kami merasa makan dekat restoran yang diusahakan oleh kluarga belah abang ipar incik suami. Baru merasa makan pedas sikit sebab masakan dia ikut selera orang Malaysia. Maklumlah, makanan sabah kan banyak guna oyster sauce, sup.Empat hari kat sini membuatkan tekak rindu sambal belacan..hihi, tekak jawa takleh lari. Malamnya, budak2 da penat sume pakat tidur dari petang. Mak pak diorang jugak yang bosan takleh pergi mana-mana.

Pagi hari ke-4 da siap-siap nak balik.Hwaa, kejapnya da nak abis trip ke Sabah ni..seriously memang nak ulang lagi. Kalau boleh, next time biar anak2 da besar or pergi berdua je?! Erk, nanti rindu anak2 plak..aish..
 



Byebye Sabah..nanti kita senyum pada awan lagi ye! =)
~ Memori 16 - 19 Ogos 2015 ~


4 comments:

  1. Salam,

    Menyediakan perkhidmatan kereta sewa Axia Auto selesa & jimat minyak Rm100/sehari. Call/Watsapp 012 83 00001 untuk tempahan.

    TQ

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Menyediakan perkhidmatan kereta sewa Axia Auto selesa & jimat minyak Rm100/sehari. Call/Watsapp 012 83 00001 untuk tempahan.

    TQ

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete