Monday, February 16, 2015

:: Mari Ber-bento ::

Hari ni mama pergi ofis bawak bekal nasi n ayam goreng sama cam Luqman..
Cuma takde mata n mulut jer =)


Sementara mama tengah rajin nak buat breakfast pagi-pagi nie, bolela Luqman bawak bekal. Sok2 tahap kerajinan mama merudum, Luqman makan jela pape yang ibu (babysitter) masakkan n apa yang sekolah sediakan..huhuh..

Salah satu kelebihan bawak bento ni ialah kita bole sesuaikan dengan selera anak kita bila si ibu yang memasak. Cam kat sekolah, menu bertukar-tukar. Tapi tau jela Luqman, cerewet jugak dia tue..Bubur langsung taknak jamah. Dia kata adik je yang makan bubur..Hmmmmmfff.....

Ni antara bento yang mama sediakan. Ada beberapa keping gambar je.Yang lain kt boh kat entry lain plak ye..

 Telur dadar spiral ni cam masak telur dadar biasa tu..juz add some flavor like lada sulah, hirisan carrot, susu segar, cheese n spiral yang telah direbus. Bole tuka guna macaronni jugak. Sesuai untuk si penggemar telur!


 Spagetti goreng dengan campuran minced beef. 15 minit da siap, dengan syarat spagetti da siap rebus, n bawang da siap kupas di malam hari.


Roti jem strawberi n coklat M&M..ni resepi paling cepat dan senang di kala mama terbangun lambat..

Haha..mama nye bento takdela kreatif sangat. Adoi, kalau nak hias macam dalam buku tu tunggu mama pencen keje la baru bole mengadap bnda tu je kt dapur. Nie tengah2 masak, Dina n Nina plak nanges nak nenen pagi2, harusla mama berjogging ke hulu ke hilir di pagi hari. Takpe2, yang penting effort kan?! =P
Tengok nih, siap bli buku untuk cari idea menarik menghias. Bekas makanan plak borong kat Mr. DIY.


Mama is happy when Luqman is happy..suka dia bila makanan  dia ada mata, idung n mulut..
Yes, you can try this at home!!

# melalui satu lagi fasa mak-mak#
 #anak da sekolah tanda mak da tak muda#

Sunday, February 8, 2015

:: Luqman ke sekolah ::

Assalamualaikum..

Hari nie nak citer Luqman n sekolah baru. Da simpan draft ni lama, tapi saje tunggu Parent's Sharing Day last saturday sebab bole citer lebih lanjut pasal Luqman kat sekolah.

Last year Luqman masuk tadika lain depan apartment kitorang. Tapi disebabkan few reasons, kami hantar Luqman masuk tadika baru tahun nie (bukan reason yang tak baik taw, sekolah tu banyak bagi pendedahan pada Luqman yang seawal 4 tahun pada ketika itu). So, this year Luqman masuk Genius Aulad for a new environment, new friends and new teachers. Alhamdulillah, nampak dia happy so far..

Luqman with Mama during the registration day 
(1 January 2015)

Selfie ngan mama on the way to school..

After almost a month, the school organized Parents Sharing Day to exchange the views about the kids. Alhamdulillah, teacher kata Luqman nie aktif..pusing tempat lain sekejap, Luqman da ilang, kejap-kejap da ada kat tempat lain. Tapi teacher cakap Luqman ni cepat pickup..yang mana teacher ajar,  kawan-kawan lain masih nak ingat, dia da cepat-cepat jawab. So, dalam dia aktif ke sana ke mari tu, teacher cakap dia participate juga..Erk, is it a good sign??haha..



Bergambar dulu sementara tunggu Abang Luqman main ngan kawan-kawan dia. Aiyoo, papa kalau tangkap gambar mama selalu time mama pejam mata la, tundung tersenget la.
Nie mama tengah membebel dia tangkap gambar..haha, saje sabotaj taw =P


For those yang sedang berkira-kira dengan pilihan tadika yang ada, mungkin saya boleh kongsikan kelebihan yang saya nampak untuk tadika yang da establish macam GA ni..

First, Takwim untuk setahun telah diberi di awal tahun..So, parents boleh nampak aktiviti anak tue untuk setahun and kita boleh nampakla yuran yang dibayar itu untuk tujuan apa. Kalau ada lawatan atau apa-apa program tambahan, parents da boleh prepare duit siap-siap in case ada yuran lain yang kene bayar. And kalau ada program yang melibatkan parents cam Sharing day ni, parents da bole plan siap-siap amik cuti n organize schedule balik kampung ke shopping ke pe..

Second, Maklumat disampaikan terus kepada parents  melalui pelbagai medium.Termasukla konsep message book yang saya sangat suka. Untuk ibu bekerja seperti saya yang tak dapat nak hantar dan ambil Luqman setiap hari, saya mmg harapkan kemudahan pembayaran yuran online dan update through facebook dan sebagainya. So, macam GA is reliable. Hari nie saya bayar yuran tru online banking and email, esok da ada reply. Pernah saya message tru fb pun, principal da trus balas. Macam Parents Sharing Day nie .. bila berjumpa terus dgn teachers, kita da bole tau perkembangan anak kita. Siap ada gambar aktiviti kids kat sekolah macam gambar kat atas ni..

Rasanya banyak lagi sebab lain..still, pada saya setiap tadika ada kelebihan masing2. Yang paling penting setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak mereka kan?
Peace, saya yang bukan duta berbayar (")V