Thursday, April 23, 2015

:: Ragam anak-anak ::

Pagi nie Luqman nanges2 taknak pegi umah babysitter..sebabnya nak main phone. Haippp, biasa sangat tue..

Luqman nie memang seorang yang sangat aktif..eh, anak orang lain camtu ke?
Walaupun mama dan papa balik kerja rasa penat satu badan, tapi anak2 memang tak pernah kenal erti penat eh?! So, sampai-sampai umah time maghrib tu macam lipas kudung la memasak, bagi adik kembar makan, mandi, solat, basuh pinggan dan sendiri makan. Kadang-kadang papa kene take over jugak urusan dapur.

Within peak hour 730 to 900 tu biasanya sempatla Luqman makan, main2 dengan adik-adik, lawan pokpek ngan dia citer sekolah, kawan-kawan dll..pastu, leisure time dia akan bermula..time tula sibuk nak buat aktiviti..

Paling baik, dia pergi cari buku dia sendiri kaler2 atau tulis2.
Tapi biasanya lepas tu dia sibuk nak perhatian mama atau papa.So, adala yang dia buat seperti

 "Pa, tolong isi sabun dalam pistol bubble Luqman"
"Ma, jom baca buku ni"
"Pa, jom naik motor g kedai..Luqman nak coklat yang dalam super game boy tu"
"Ma, jom masak pizza"
-
-
-
Last skali:
"Pa, jom pergi Legoland"
amboihh sangat nie..ingat Legoland tu dekat!! *facepalm*

Tapi kang tak layan dia, adala benda yang nanti dia buat menyebabkan kita marah. Kadang-kadang ipad jadi penyelamat sementara mama baru nak suap nasi dalam mulut atau kene breastfeed adik.

Tapi nie da masuk 2 atau 3 minggu ipad tu rosak..so, tahap kebergantungan Luqman terhadap mama dan papa kat rumah makin tinggi. 2 hari lepas dia tantrum nak tengok youtube kat phone..mmg mama n papa tak bagila..

"Hwaa..hwaa..nak tengok youtube"

Terus sel-sel  otak mama berhubung untuk attract dia pada benda lain..hwaaa, padahal tak mandi lagi walaupun jam da pukul 9 malam *mama pun nak nanges*

So, inila hasilnya..aktiviti klasifikasi perkataan..
Alhamdulillah, it works..*walaupun dinding umah jadi mangsa*



Adik kembar buat apa?



Itu dia..
Pfuhh, mencabar juga ada 3 kiddos yang berbeza nie..
Balik nie mama da kene fikir apa lagi activities nak buat kat rumah sebab taknak Luqman main gadget je..
Maybe Luqman blaja matematik kuat sangat kot masa dalam perut, tu yang jadi proactive sangat tu..Eh ada kaitan ke? =P

 Mama ngan papa masih dalam proses belajar,
mama ngan papa harus sentiasa sabar, 
mama ngan papa mesti jadi rajin,
mama ngan papa perlu lebih prihatin,
-
-
Kan papa? Five sikit..
(ok, papa malas nk layan mama..bahahaha)


Monday, April 13, 2015

:: Cita-cita masa kecik ::

Kalau kecik-kecik cikgu tanya cita-cita..mesti jawapan doktor, polis, ustazah tue paling famous.
Dulu masa mama sekolah rendah, isi borang peribadi tu letak cita-cita pramugarii..haha, kerlass sangat! Dulu tengok pramugari cantik, tinggi, pastu slalu fly pergi negara orang. Tapi skang nak naik kapal terbang pon takot lepas banyak kejadian melibatkan MH. 

Itu mama nye childhood ambition la, skang nie kalau tanya Luqman. Luqman nak jadi apa..dia akan jawab Luqman nak jadi BOMBA..hehe, tergelak mama..
Bukan kerja bomba tu tak bagus ke apa..Tapi kan ke banyak pekerjaan lain lagi yang boleh dijadikan cita-cita. So, kenapa bomba??

Semalam baru dengar ceramah Ustazah Isfadiah berkenaan cara mendidik anak. Dia agak kurang setuju bila orang kata biarla anak tu sendiri yang pilih apa yang dia minat. Sebab dia kata anak ni suci yang tak tahu apa-apa dari kecil. So, ibu bapa la yang akan memberi pendedahan untuk membentuk minat dia. Agak masuk akal juga mama mendengarnya.. i kept thinking about that n said 'ada betulnya' kata-kata ustazah isfadiah tu.

So, i guess i knew why luqman wants to be a fireman..


#1 : Pengaruh robocar poli

Nie antara dialog dia biler tengok kartun ni.."Luqman jadi Roy, Haris (anak babysitter) jadi poli" 


(pic from www.youtube.com)
  

 #2 : Pengalaman pergi Kidzania
Last year dia pernah pergi Kidzania dengan kawan-kawan sekolah dia. Balik-balik dia cerita yang bomba tu selamatkan orang dari kebakaran.."Hebat mama!" Kagum agaknya dia tengok show tu.. 


#3 : Ada abang sado bomba dalam aktiviti gotong royong di kawasan apartment kitorang

Luqman (baju ijau), Haris (baju pink) dan abang bomba..

Interested betul Luqman dengan demonstrasi padam api ni.
Aktiviti ni baru je dianjurkan dalam 2 minggu yang lepas. Budak-budak memang sukala kan. Sebenarnya, pahamla kenapa Luqman suka jadi bomba..sebab mesti bagi dia pekerjaan ni hebat dan mulia. Cewaahh!

 Takpe2, Luqman kecik lagi..so along the way mama akan instill the idea of another job.So, mama percaya bila Luqman da besar dan ada ilmu, Luqman bole membuat pilihan dengan bijak.
Minggu nie mama cadang nak bawak Luqman g program. Lepas nie harap Luqman nak jadi angkasawan plak..haha..



Sunday, April 5, 2015

:: My GST stories ::



Rasa cam puasa plak..siap kene pasang niat bagai. Haha, nasib baik malam tadi baca niat yang betul nak puasa hari nie. Eh,Ramadhan da nak menjelma..harusla terasa yang diri ini tak abis ganti lagi ye. Masa Ramadhan yang lalu, seminggu baru abis pantang bersalinkan Irdina & Imanina, so agak mencabar jugakla duduk rumah menyusukan 2 ketol kembar ni dengan bersendirian kat umah tanpa ditemani sesiapa. So, ada termissed jugak puasa masa beberapa hari yang tak sihat tu. Nasib baik sikit je! *lega*

Ok, back to topic..Hmm,first barang yang dibeli kene gst..
-
-
-
-
Teaser 1

 

Kain baju raya. Puasa tak abis ganti lagi, baju raya da bli..agagaga..
Tahun nie kitorang nye tema warna oren ye! Kaler tahun ni, kaum adam dalam rumah ni yang tentukan. 
Ok, nasib baik jumpa jugak kain warna sama yang berkenan di hati.
 Tapi tula, masa membeli kain ni..pergi tingkat 1 jakel untuk beli kain papa n Luqman, da kene 6% gst. 
Turun ground floor bayar kain nak buat baju kurung untuk diri sendiri, kene 6% gst lagi..haiyaa..*pitam*


Pastu, minggu ni da start survey untuk trip bulan lapan nanti *excited*
 -
-
-
-
Teaser 2
(photo from ulelong.com)

Tapi tula, bila book the above hotel..payment + 5% service tax + 6% gst. Pergi hotel lain plak, ada yang bayaran +10% service + 6% gst. Why they are not standardize??
Maybe the other 8K people who complained about the gst also have those inquiries like me kot.. *sigh*