Monday, April 13, 2015

:: Cita-cita masa kecik ::

Kalau kecik-kecik cikgu tanya cita-cita..mesti jawapan doktor, polis, ustazah tue paling famous.
Dulu masa mama sekolah rendah, isi borang peribadi tu letak cita-cita pramugarii..haha, kerlass sangat! Dulu tengok pramugari cantik, tinggi, pastu slalu fly pergi negara orang. Tapi skang nak naik kapal terbang pon takot lepas banyak kejadian melibatkan MH. 

Itu mama nye childhood ambition la, skang nie kalau tanya Luqman. Luqman nak jadi apa..dia akan jawab Luqman nak jadi BOMBA..hehe, tergelak mama..
Bukan kerja bomba tu tak bagus ke apa..Tapi kan ke banyak pekerjaan lain lagi yang boleh dijadikan cita-cita. So, kenapa bomba??

Semalam baru dengar ceramah Ustazah Isfadiah berkenaan cara mendidik anak. Dia agak kurang setuju bila orang kata biarla anak tu sendiri yang pilih apa yang dia minat. Sebab dia kata anak ni suci yang tak tahu apa-apa dari kecil. So, ibu bapa la yang akan memberi pendedahan untuk membentuk minat dia. Agak masuk akal juga mama mendengarnya.. i kept thinking about that n said 'ada betulnya' kata-kata ustazah isfadiah tu.

So, i guess i knew why luqman wants to be a fireman..


#1 : Pengaruh robocar poli

Nie antara dialog dia biler tengok kartun ni.."Luqman jadi Roy, Haris (anak babysitter) jadi poli" 


(pic from www.youtube.com)
  

 #2 : Pengalaman pergi Kidzania
Last year dia pernah pergi Kidzania dengan kawan-kawan sekolah dia. Balik-balik dia cerita yang bomba tu selamatkan orang dari kebakaran.."Hebat mama!" Kagum agaknya dia tengok show tu.. 


#3 : Ada abang sado bomba dalam aktiviti gotong royong di kawasan apartment kitorang

Luqman (baju ijau), Haris (baju pink) dan abang bomba..

Interested betul Luqman dengan demonstrasi padam api ni.
Aktiviti ni baru je dianjurkan dalam 2 minggu yang lepas. Budak-budak memang sukala kan. Sebenarnya, pahamla kenapa Luqman suka jadi bomba..sebab mesti bagi dia pekerjaan ni hebat dan mulia. Cewaahh!

 Takpe2, Luqman kecik lagi..so along the way mama akan instill the idea of another job.So, mama percaya bila Luqman da besar dan ada ilmu, Luqman bole membuat pilihan dengan bijak.
Minggu nie mama cadang nak bawak Luqman g program. Lepas nie harap Luqman nak jadi angkasawan plak..haha..



No comments:

Post a Comment