Thursday, April 23, 2015

:: Ragam anak-anak ::

Pagi nie Luqman nanges2 taknak pegi umah babysitter..sebabnya nak main phone. Haippp, biasa sangat tue..

Luqman nie memang seorang yang sangat aktif..eh, anak orang lain camtu ke?
Walaupun mama dan papa balik kerja rasa penat satu badan, tapi anak2 memang tak pernah kenal erti penat eh?! So, sampai-sampai umah time maghrib tu macam lipas kudung la memasak, bagi adik kembar makan, mandi, solat, basuh pinggan dan sendiri makan. Kadang-kadang papa kene take over jugak urusan dapur.

Within peak hour 730 to 900 tu biasanya sempatla Luqman makan, main2 dengan adik-adik, lawan pokpek ngan dia citer sekolah, kawan-kawan dll..pastu, leisure time dia akan bermula..time tula sibuk nak buat aktiviti..

Paling baik, dia pergi cari buku dia sendiri kaler2 atau tulis2.
Tapi biasanya lepas tu dia sibuk nak perhatian mama atau papa.So, adala yang dia buat seperti

 "Pa, tolong isi sabun dalam pistol bubble Luqman"
"Ma, jom baca buku ni"
"Pa, jom naik motor g kedai..Luqman nak coklat yang dalam super game boy tu"
"Ma, jom masak pizza"
-
-
-
Last skali:
"Pa, jom pergi Legoland"
amboihh sangat nie..ingat Legoland tu dekat!! *facepalm*

Tapi kang tak layan dia, adala benda yang nanti dia buat menyebabkan kita marah. Kadang-kadang ipad jadi penyelamat sementara mama baru nak suap nasi dalam mulut atau kene breastfeed adik.

Tapi nie da masuk 2 atau 3 minggu ipad tu rosak..so, tahap kebergantungan Luqman terhadap mama dan papa kat rumah makin tinggi. 2 hari lepas dia tantrum nak tengok youtube kat phone..mmg mama n papa tak bagila..

"Hwaa..hwaa..nak tengok youtube"

Terus sel-sel  otak mama berhubung untuk attract dia pada benda lain..hwaaa, padahal tak mandi lagi walaupun jam da pukul 9 malam *mama pun nak nanges*

So, inila hasilnya..aktiviti klasifikasi perkataan..
Alhamdulillah, it works..*walaupun dinding umah jadi mangsa*



Adik kembar buat apa?



Itu dia..
Pfuhh, mencabar juga ada 3 kiddos yang berbeza nie..
Balik nie mama da kene fikir apa lagi activities nak buat kat rumah sebab taknak Luqman main gadget je..
Maybe Luqman blaja matematik kuat sangat kot masa dalam perut, tu yang jadi proactive sangat tu..Eh ada kaitan ke? =P

 Mama ngan papa masih dalam proses belajar,
mama ngan papa harus sentiasa sabar, 
mama ngan papa mesti jadi rajin,
mama ngan papa perlu lebih prihatin,
-
-
Kan papa? Five sikit..
(ok, papa malas nk layan mama..bahahaha)


No comments:

Post a Comment