Aritu seminggu atok luqman warded. Atok kene buat operation sebab atok ada ketumbuhan yang hampir menutupi usus besar . So, adik beradik, anak sedara pun bergilir-gilir jaga..Alhamdulillah, ni da lebih dua minggu atok operate, keadaan semakin ok..dan harapnya semakin ok dan ok lagi..*be positive*
So, kita taknak letak gambar sedey2..Kat dalam wad pun tak boleh tangkap gambar sembarangan. So, kita letak gambar budak-budak yangdatang melawat ni je..
Ni gambar Luqman main dengan adik-adik dan kakak Atirah kat play area hospital.
Disebabkan duduk kampung hampir 5 hari..mama belikan Luqman basikal baru. Dah berbulan jugak janji ngan dia basikal ni. Aritu papa nak belikan, papa tak jumpa kedai basikal kat kampung..Pastu atok round2 tunjukkan Luqman mana kedai basikal. Tapi takdela terus beli sebab atok simpan niat nak tunggu duit potong padi baru nak hadiahkan Luqman basikal. Disebabkan operation pulak, tak sempatla atok nak tunggu duit padi tue..
Mama dan papa sebenarnya memang nak belikan pakai duit sendiri je, tapi kalau balik sekejap-sekejap tu kang Luqman tak puas plak main. So, sebabkan mama dan papa lama kat kampung aritu bolelah belikan Luqman basikal baru. Kira hadiah birthday jela ye..hikhik (^ ^,)
Untuk adik ngan kakak, kene tunggu birthday tahun depan la ye? Sebelum tu sapu sampah banyak-banyak dulu kay!
(T_T)