Thursday, April 28, 2016

:: Sukaneka Apartment ::



Ahad minggu lepas, kejiranan apartment ni ada buat acara sukaneka untuk semua penduduk. 
Rumah sukan ditentukan berdasarkan blok apartment. Blok kitorang dapat warna biru.
Best jugakla untuk kitorang yang dah lama tak pergi exercise ni. Haha..

Asalnya macam tak dapat nak join sebab ada marketing programme kat Lumut. 
Tapi sebab program tu batal, bolehla mama ngan papa masuk satu acara sukaneka iaitu Acara Sambut Cintaku. Haha, romantik habis nama acara..

Kakak masuk acara kutip gula-gula masuk dalam beg plastik, adik acara kuak lentang atas tilam..orang dah nak abis sukaneka baru adik bangun. Tak taula apa kene diorang nih susah nak tidur malam skang!


Ni gambar adik baru bangun tidur..Orang sume dah kecoh, riuh rendah kat bawah, dia sedap je tido.

Banyak jugak acara yang dipertandingkan tapi macam maleh nak cerita..Boleh tak??Hahah
Alah aktiviti-aktiviti biasa sukaneka la..kita kasi gambar bercerita je..







Mama ngan papa dapat nombor dua acara sambut cintaku a.k.a sambut belon.
Permainan dia baling belon, daripada jarak yang dekat pastu makin jauh, makin jauh..
Mujur belon kitorang susah nak pecah walaupun banyak kali jatuh. 
Tapi last sekali papa baling, belon tu jatuh dan pecah jugak. 
Mama la tu yang selalu jatuhkan belon tu, ibarat jatuhnya harapan kami bersama..muahaha.
Geli plak kan =P




Wednesday, April 20, 2016

:: Quality Time with Kids ::

Lamanya tak menjenguk ke blog ni..bz la sangat kononnya..huhu.
Kenapa rasa sangat penat ngan keje skang ni? Faktor usia mungkin! #sedardiri

Kadang-kadang terfikir camnela mak2 yang bekerja office hour cam kite ni handle kids, house chore dan lain-lain. Kalau ada pembantu rumah tu lega la sikit. Ini dah abis office hour kene punch card kt rumah plak. Tu belum masuk kene buat keje ofis kat rumah plak..hurm?!

Masa Luqman kecik-kecik dulu, lebih banyak masa boleh spend ngan dia. Sebab masa dia kecik, mama tgh amik master. So,kalau kelas master abis around pukul 4 petang,boleh sampai rumah dlm pukul 6, dan 630 dah boleh pergi amik dia dan pergi jalan-jalan kat kawasan rumah sekejap. Tapi situasi skang tak sama..nak jalan petang2 dengan kembar memang limited. Pukul 7 pun belum tentu dah sampai rumah sekarang ni..

Thats why sometimes ada rasa bersalah ngan budak-budak ni. No wonder kan ramai selesa jadi WAHM skang. Doakan one day nak jadi surirumah jugak..myb during my phd time * bile ntah tu*
Bila tengok anak orang ada masalah pertuturan, kt pun jadi takut bila tengok bebudak kt rumah ni asyik main gadget je.
 *i am a conventional mother*

As a solution to spend time with my kids waktu malam adalah dengan bagi keje kat diorang. 
Tapi bukan tetiap hari jugak, sebab mama pun ada cheat day..alasan banyak nih!

Kat bawah ni, Luqman tengah lukis gambar pizza dia. I bring back my students activities from leadership class. Alang-alang kuar duit sendiri beli kertas mahjung, so beli lebih sikit untuk anak2 buat aktiviti. I juz find out that rupanya diorang lebih excited lukis gambar kat kertas besar-besar, tak mainla kertas A4 je..no wonder suka conteng dinding..aiyark!






Gambar pizza di kertas mahjung belakang luqman  tu students yang lukis. Tu aktiviti kitorang dalam kelas kepimpinan..seronok betul bila mama bawak lukisan pizza tu. Kebetulan pulak Luqman baru je ada field trip ke Domino's Pizza. So, banyak yang dia boleh relate.


Nie pulak gambar pizza adik-adik.
Erk, pizza ke????




Di hari lain, kami buat sand decoration. 
Luqman dapat mendealah nie daripada kawan dia yang celebrate birthday kat sekolah.
Semangat adik-adik dia menengok..malangnya, sand tu tak berapa nak cukup.





Kat bawah ni pulak gambar aktiviti adik-adik untuk menguatkan fine motor skills dia.
Yang bestnya pasal anak-anak pompuan ni ialah diorang ni fokus dengan kerja diorang.
 Kalau anak lelaki seperti Luqman lebih kepada permainan fizikal dan cepat bosan dengan aktiviti setempat. 
So, this kind of activities really works with my twin.





Hope mama will have more time with these kids.
I wish to be a supermama!
*6 kerja seperti dalam saranan menteri* 
 =P