alhamdulillah, luqman da setahun 6 bulan pada 23 mei yang lalu. disebabkan mama slalu bz, so better take note about luqman's development here b4 mama forget.during luqman's checkup on 22nd may, his weight is 10kg and his height is 80cm..si kurus panjang =) this month luqman get his injection plus the m-chart test! M-chart test or Ujian Saringan M-Chart digunakan untuk mengesan tanda-tanda awal autisme.soalan2 nya adalah seperti berikut;
1. Adakah anak anda seronok apabila ditimang, dibuai atau dihenjut atas kaki/paha dan sbgainya?
Luqman? oh, sememangnya..dr awal lagi luqman suka ditimang dan dibuai..yes, no doubt!!
2. Adakah anak anda menunjukkan minat terhadap kanak2lain?
Luqman? suka..duduk dalam
panggung sari istana budaya tu bole lagi nk duduk seat sorang sebab
keliling ada abg2..n kat blok sebelah rumah kitorg, luqman mmg glamer
sbb kawan ngan geng2 kakak, anak babysitter tu..kadang2 mama pn xkenal
anak sape2 tu..huhu
3. Adakah anak anda suka memanjat?
Luqman? absolutely..see this pic
yeay, panjat dan lompat
4. Adakah anak anda seronok bermain "cak-cak" atau main sorok-sorok?
Luqman? yap, masa early months dulu lagi suka..
5. Adakah anak anda pernah bermain olok-olok / berlakon?
Luqman? a'ah, jadi doktor bagai..
da cek temperature sndr, pastu smpn blk termometer ye..nnt mama mrh klu sipah2..hehe
6. Adakah anak anda pernah menunjuk/ menggunakan jari telunjuk untuk meminta sesuatu?
Luqman? yea..kadang2 anoying jugak dgn tgn dia yg terpusing2 'nyak, nyak' sambil tunjuk mainan kat kdai..tapi luqman is a good boy sbb dia bukan jenis budak yg nk jugak sesuatu tu klu mama or papa xbagi..especially klu papa kata NO, so luqman mampu pura2 nanges jela..
7. Adakah anak anda pernah menunjuk menggunakan jari telunjuk terhadap sesuatu yang menarik minatnya?
Luqman? pernah..sebagai contoh, klu dia nak makanan kat atas kabinet dapur, so he will ask me n point out his finger...
8. Bolehkah anak anda bermain dengan alat permainan yang kecil dan betul, selain dari memasukkannya ke dalam mulut, membelek-belek atau menjatuhkan permainan itu?
Luqman? ada..contohnya luqman main koleksi 'Cars' kakak aqilah yg tertinggal kat kg.dia suka main cars tu sbb comel n they have different colours with different type..tp disebabkan ramai sangat yg mainnya, kete2 tu kebanyakannya da tercabut tayar dikerjakan oleh luqman n aqilah..kih2..
9. Pernahkah anak anda membawa objek/benda dan menunjukkannya kepada anda?
Luqman?luqman akan bagi bnda yg dia nk , contohnya dia akan bagi remote klu nk tgk upin ipin ptg2 balik dari umah mak atau bgn pagi klu nk tgk baby tv.klu dia nk somethg dalam bilik misalnya, dia akan tarik tgn mama smpi mama pg kat tmpt tu..nice isn't he? alhamdulillah, luqman mmbesar dgn sempurna..
10. Adakah anak anda bertentang mata dengan lebih daripada dua saat?
Luqman? iya, terutamanya slps bgn tdo..mama tgk luqman n luqman tgk
mama..n then mama akan ckp "Assalamualaikum.. Selamat Pagi Luqman" (dengan nada ehsan ucap
selamat pada cikgu jasmin dlm cite upin ipin)
11. Pernahkah anak anda kelihatan seperti sangat sensitif/ terganggu terhadap bunyi bising?
Luqman? hehe..terkejut ngan bunyi gerudi jiran depan umah..atau pun papa jerit
'GOL' bila tgk bola masa piala AFC dulu..papa mmg slalu beriya tgk bola,
luqman pn bole terkejut..sori pa, i kutuk u..
12. Adakah anak anda senyum bila melihat anda atau membalas senyuman anda?
Luqman? yap, the smile that i will never forget..
13. Adakah anak anda meniru perlakuan anda?
Luqman? ada, ada, ni antaranya...
uih, kononnya sibuk benar mengemas..padahal luqman yg sepahkan kan?kan?
14. Adakah anak anda bertindak balas apabila namanya dipanggil?
Luqman? sangat, nama LUQMAN yg pendek.. the only name he has, no two three or more!!
15. Sekiranya anda menunjuk pada alat permainan yang jauh dari anda, adakah anak anda akan melihat kepada alat permainan tersebut?
Luqman?
situasi 1: luqman, ball, ball..sambil tunjuk bola bawah meja..pastu luqman pn ambil n then baling kat mama..
situasi 2: luqman, where is ball? luqman pn tercari-cari..tangan terpusing2 cakap xde or 'bis' (habis)..padahal mama sorok kat dalam baju ala2 pregnant..hihi, sng je nk tipu luqman~
16. Bolehkah anak anda berjalan?
Luqman? .bukan setakat berjalan da berlari da..
nie gambar luqman kat restoran jejantas sg buloh weekend yang lalu
actually, banyak lagi soalan indicator for this m-chart tapi x larat plak mama nak tulis di sini..alhamdulillah, majoriti jawapan utk kesemua soalan itu Ya..so insyaAllah moga luqman dijauhkan drpd autisme. doa mama untuk Luqman
"Allahummarhamhu fainni arhamuhu" **
"Ya Allah, kurniakanlah kasih sayang-MUke atasnya kerana aku menyayanginya"
** boleh rujuk Riwayat Bukhari atau buku 'Tarbiah Anak-anak dengan Zikir dan Doa' dari Zahazan Mohamed, Rohidzir Rais untuk ejaan dan tajwid yang lbh tepat.
Daripada Usamah b. Zaid, beliau berkata: " Adalah Rasulullah
mengangkatku lalu meletakkan aku di atas pahanya, lalu diambilnya Hassan
b. Ali di atas paha baginda yang sebelah lagi, lagi Baginda s.a.w
membacakan doa diatas"
luv papa n luqman..my forever heroes n BFs
No comments:
Post a Comment