Thursday, August 23, 2012

:: sana sini luqman beraya ::

Salam lebaran buat semua. alhamdulillah, tahun ini masih diberikan peluang berjumpa dgn Ramadhan..insyaAllah, pnjang umur berjumpa lagi tahun hadapan. lupakan kisah sedih sekejap..mau happy2 di bulan syawal yang mulia nie.


iklan jap..maaf, kuih raya mahupun model tidak dijual di sini. 
incik hubby, si tukang bakar biskut yang menjayakan misi..thumbs up!!


tahun nie raya pertama kami berkumpul di serdang, rumah sis-in-law dan keluarga..termasuk ayah mertua . tghari tu semua bergerak ke banting menziarahi kubur arwah ibu mertua dan wan..alfatihah dan yasin buat mereka yg tlh tiada.

hari raya pertama: 3 stooges beruniform hijau di pagi raya


 si kecik berbaju melayu..alhamdulillah, nk gak pki baju yang mama dan papa cari kat jln tar ni..siap amik cuti lg berdating ngan my hubby, klu bawak luqman pg jln tar jawabnya mmg xmembeli apa2..


 

kami sekeluarga.. hari raya pertama di banting,kampung belah arwah ibu incik hubby. sangat terasa suasana desanya..lepas beraya di banting, ptg tu jugak bergerak ke t.intan untuk beraya di rumah parents sendiri sehingga hari raya ke4. disebabkan rumah mak dan kg hubby xdela jauh mana, so masih berkesempatan juga berjalan ke rumah kawan2 yang terdekat.

hari raya ketiga: luqman beraya bersama pengantin baru, tini dan suami di taiping. alhamdulilla, dapat jumpa izyan (close friend di uni merangkap i punya pengapit masa kawen dulu =) dan addy..so, lps tu trus beraya di rumah tok mereka..
 

hari raya ke-5: luqman beraya di sungai besar, kg saudara mara papanya..mama dan papa tengah bersembang, dianya dah msk ke bendang orang..aiyoo, nasib baik sawah padi da xde, bendang pn tgh kering..

papa menyelamatkan luqman dari trus menghitamkan baju..adehh, luqman ni budak kg sungguh. so adventurous dan x takut lgsg ok!

 hari ni da ari raya ke-6..cepat je msa berlalu. mak ngan aba da ke terengganu untuk bersama-sama menghadiri kenduri sepupu di sana. insyaAllah selesai solat jumaat, luqman n mama papa akan balik ke sungai bulo semula..yeah, meneruskan misi beraya di KL..

Tuesday, August 14, 2012

:: Kisah sedih sebelum raya ::

Luqman, arini mama nanges lagi bila kol opah..adeh, ur mom ni sungguh dramatik, klu sedih  mengalir air mata nonstop, or mayb jugak sbb dgr suara opah pn sedih..for readers out there, actually the reason we're not happy is not about us..sebenarnya ini kisah 'mak' luqman.

12.32 tghari semalam, mama dpt kol di ofis..sambutan dari si pemanggil tiada..yang ada hanyalah bunyi org bergaduh..mama sangat keliru..pelik sangat!! suara org yg bergaduh sangat jelas, suara luqman menangis xde pn."Tunggu la, aku nk uruskan budak2 ni dulu.." telefon off, mama da mula cuak..xtau nk buat apa, tgn macam da menggeletar. Dalam hati doa byk2, janganla apa2 jadi kat luqman, jangan jadi perkara xbaik kat luqman..Allah, Allah tolong!

5 minit mama telefon mak semula..mak cakap nangis2..dia beritahu dia telah dihalau dari rumah. kenapa dan bila mama xtahu, yang mama tau lepas tu mama capai kunci kereta dan handbag utk balik rumah..mama sedih bila sampai kat rumah dia, keadaan jadi lain. buka2 pintu mama tgk luqman tdo, alhamdulillah luqman selamat..tp mama ditunjukkan dgn bakul dan plastik brg2 luqman yng telah berkemas. 'mak' telah dihalau oleh suaminya, sebelum itu telah dicederakan sehingga dia buat laporan polis..perkara ni da seringkali berlaku katanya, mama je yg xpernah tau. tapi kali ni jiran beritahu keadaan semakin teruk..istighfar sekejap mama sebab syaitan dasim masih dapat bergembira walaupn dia diikat di bulan mulia ni..

selama ni mama tinggalkan luqman dalam keadaan yg sng hati..'mak' jaga luqman dengan baik, setiap kali ambil luqman dari mak mesti luqman dalam keadaan bersih dan wangi, kalau luqman sakit mama tau 'mak' da bagi ubat, klu luqman xde selera nak makan mak akan mskkan bubur khas utk luqman,ptg2 mama ambil luqman dlm tgn ada makanan minum petang..semuanya baik2 sehingga semalam. mama xpernah jangkakan yg mama kene cari pengasuh lain secepat mungkin.

mungkin mama sedih sebab mama risau samada pengasuh baru tu akan jaga luqman sebaiknya atau tidak, samada luqman akan menagis atau tidak bila mama kerja di hari pertama luqman duduk dgn pengasuh baru (sebab luqman da kenal org ..xmacam masa mula2 hantar masa baby 2 bulan dulu). tapi yg plg mama sedih sbb mama kehilngan jiran yg bole mama bergantung harap. mama kenal jiran2 lain pun sebab dia. kadang2 mama alert dgn info mengenai kawasan rumah ni pn sbb dia. orangnya friendly..opah dan nenek su pun pernah datang berborak-borak kat rumah dia..ya Allah, sungguh singkat perkenalan mama dgn 'mak' klu ditakdirkan mama xjumpa dia da..Ramadhan 2 tahun lalu, mama kenal dia ketika bersama-sama solat terawikh di surau dan Ramadhan tahun ini Allah menentukan nasib dia mengalami ujian sebegini.Allahuakbar, mungkin cerita ini pengajaran buat mama dan papa juga. moga Allah lorongkan hati2 kami ke arah agama Mu ya Allah..moga kami tidak mengulangi cerita ini.

Luqman, mama xsempat pon tangkap gambar 'mak' utk tunjuk kat luqman bila besar nanti. insyaAllah, moga kita dapat ketemu lagi dia di masa yg lain... mama doakan 'mak' akan dapat selesaikn msalah dan luqman akan slalu jumpa 'mak' nanti. harapan mama  kita juga akan jumpa 'mak baru' yang sesuai tuk jaga luqman..oo, i feel so sad =(


Monday, August 6, 2012

:: Suka Duka Ramadhan kali ini ::

Salam Ramadhan semua...pejam celik, pejam celik da 18 Ramadhan da. smoga amalan makin ditingkatkan dan bonus lailatulqadar akan dapat sama. hehe, slalu bonus duit raya je nak kan? tapi yg tu pn pntg juga, supaya meningkatkan motivasi para pekerja..thnk u kerajaan SELANGOR, thank u UNISEL sbb bagi bonus, sebulan gaji dengarnya + rm200 deposit tabung haji. alhamdulillah alla kulli hal. syukur juga buat result yg bru dapat tgk pg tadi..alhadulillah lulus dan dapat meneruskan pengajian sem dpn. frust sikit sbb tak dpt 4 flat..haha, cita2 xhengat, usaha ciput je. Papa kata "Allah suruh mama usaha lebih tuk sem dpn!" ok papa, mama akan truskan perjuangan mama dgn baik..inshaAllah~

Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan kedua saya bergelar ibu dan istri..syukur setiap hari dapat bangun awal utk bersahur, pagi mengajar, tghari klu ada kelapangan dapat bertadarus dgn kawan2 ofis, ptg blk seawal 4.30 pm utk memasak juadah berbuka dan malam berterawih berjemaah bersama suami..indahnya Ramadhan kali ini. (klu bole nak ramadhan sokmo..hehe).

luqman dgn benjolnya..


art work mama n luqman..takut papa marah..kih2, luqman nye pasal la ni!!


berbuka rumah kak ina..15 Ramadhan 1433H


"luqman nak pg shopping ngan mama n papa ni..anyone nak tumpang?"


at AEON Rawang..luqman main sementara mama cari baju raya dia

luqman main semua termasukla main masak2..hehe..


ok, ni je yg sempat diletakkan di sini...nk bersiap utk kls pkul 1 di Shah Alam, sem baru diploma/degree da buka. harap2 ada students yg datang, klu x pening juga nak ajar sape ni. xsabar nak tgk wajah2 pelajar itu..till we meet again adios =)