sambungan dari entry yg lalu..
Sebaik sahaja selesai program di SMA As-Shofa.. perjalanan diteruskan ke bukit tinggi. aduhhh, perjalanannya bisa sakit jantung..dengan perjalanan memakan masa selama 6/7 jam, jalan yg gelap dan xde divider, pak supir yg hatinya kering dan bisa memotong walau kereta dekat saja di jln bertentangan. waduh, badan penat pn terpaksa menahan mata. tp akhirnya kami selamat sampai di hotel imran hampir jam 2 pg di sana..yg ditunggu2 hanyalah selimut dan bantal!zzzzz....
suasana pagi di sini sangat sejuk coz hujan di kala subuhnya, so sedapla tdo..view juga cantik. dr hotel bole nampak kabus2 sekitar gunung-ganang di bukit tinggi nie.bgn2 trus pg breakfast sbb perut kene kenyang sblm shopping, hoho..waktu yg ditunggu-tunggu!! sebaik turun dr bilik utk ke lobi, kami semua trus dilambai-lambai oleh penjual2 di kaki lima ni. huh, depan hotel juga beratus ribu rupiahnya sudah melayang pak!
Tgk tu, khusyuk memilih makenanya, dapatla sedikit hasil. Selesai membeli-belah di depan hotel, msg2 trus berjalan kaki ke kawasan Jam Gadang sbb di sana ada Pasar Atas utk port membeli-belah seterusnya. sebelum tu sempat bergambar di hadapan Taman Monumen Bung Hatta dan Jam Gadang yg menjadi trademark di sini..
Maka hasilnya sangatla byk dr Pasar Atas..penuhla bag pack yg dibawa plus plastik biru yang besar tu utk cenderamata org2 di malaysia..
Selepas ke Pasar Atas, kami juga ke Pasar Bawah yg agak jauh dan perlu menaiki bas dari hotel tempat kami menginap. Tapi xbanyak sgt perkara menarik yg dpt dibeli di Pasar Bawah..mgkn brg2 di sini adalah brg2 seharian local people. so, hanya mmbeli 2 meter kain brcorak batik untuk dipadankan dgn baju sulam yg mak da bli di Pulau Karimun aritu..selepas 2 jam berada di Pasar Bawah, semuanya meneruskan perjalanan pulang ke Pekanbaru smula. again, 6/7 jam menaiki bas n melalui keluk sembilan yang curam..
pemandangan sekitar bandar Bukit Tinggi, paya kumbuh, etc....sempat singgah makan di sebuah kedai merasa bakso dan sate minang org tempatan ..
Basically, pengalaman menarik utk merasai cara hidup dan makanan berbeza di tempat org.Keesokan harinya semua pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3.30 ptg waktu tempatan. Sebelum itu, sempat juga pergi ke Pasar Bawah di Pekanbaru pada waktu pagi nya. Cukup buat kali ini bingkisan 11-14 September Road to Riau..adios~