Monday, December 22, 2014

:: Outing with Kembar ::

Backdated Entry~
 Lokasi : Sri Bulan Apartment & Pantai Teluk Kemang , Tarikh : 1-2 November 2014 

Sebelum 2014 melabuhkan tirai..meh update segala yang da berlaku.
Nie first time bercuti dgn kembar, hanya pergi ke PD..
Itupun sebab nak ziarah pakcik yang da uzur. Adik abah nie da lama kitorang tak jumpa. Dia duduk dengan anak dia kat PD nie..
So, sambil kita berziarah sambil tu kita menyelam dalam kolam renang ye..huhu~


Tengok tu, Luqman taknak mandi pon..eishh, geramnya mama. Konon nak bawak dia jalan2 mandi kolam. Sekalinya dia taknak mandi pon..Nie namanya cari pasal ngan mama nie..

So, meh kita rendam adik ye..


Bukan Lara Alana je mandi kolam tau! Irdina n Imanina pun da blaja berenang jugak..haha..*taknak kalah*

Makcik n anak sedara ber-wefie..

Budak suka beach, tapi penakot nak masuk dalam air..

Enjoy the holiday eventhough sekejap!

Monday, December 8, 2014

:: Yeay, adik-adik pon da makan ::

Last weekend kitorang dok umah je..so, keje nya asyikla masak - makan - masak - makan..

Disebabkan papa MC on Friday.. so, dr hari jumaat la kita memasak sampai ke weekend..

Projek #1:

First time guna periuk ajaib memanggang ayam.Kihkih, orang lain da lama guna kot!
Actually, Diana da blikan periuk tu berbulan-bulan, tapi terperuk je kat dapur nun.
Ini la baru ada masa nk guna..happy rasanya bila Luqman ulang alik byk kali ke dapur mintak ayam.
Selain tu, masak gulai udang campur kacang buat pulang mangkuk jiran sebelah.
Sekalinya bukak2 pintu nk anta makanan, orang sblh pon mengantar gulai ikan campur pegaga.
Hoh, pesta gulai lemak ler mlm tue..

Projek #2:

Disebabkan kelas hari Jumaat di Shah Alam, sempatla mama menyinggah Giant dan membeli barang2 dapur. So, first time la mama memasak ikan salmon untuk adik-adik..uish, rm3.50 sehiris.
Bolela, demi adik-adik yang comel. Nanti kita tgk gambar deme makan ye!
Mama ngan papa cukup hanya sekadar makan tomyam campur di hari Sabtu..itu pun licin.



 Projek #3: 

 Hari ahad kita buat projek pizza.. guna resepi yang paling mudah!
Tortilla wrap sebagai ganti roti (nk rangup ala2 Domino's) - sapu Kimball sauce - tabur bawang besar, hirisan hotdog, daging kisar n grated cheese - bakar- siap!!
Adala budak yang makan nasi 5 suap for dinner, pastu dok mengulang makan pizza je kejenya..alahai Luqman! 
 



Adik-adik makin membesar..mama takut terlepas moment2 indah kalau tak tulis dalam entry ni. 
So, mama tepekkan juga gambar adik yg tembam nih.
Yeay, adik-adik da masuk 7 bulan, means progress terbesar diorang ialah kembar da bole MAKAN!!


Makan elok-elok ye anakku..


Tengok tu, sambil makan pun nak kacau member sebelah jugak.
Nasib baik bip auntie Azzah kasi selamatkan keadaan....phewwwh....*lap peluh*
Tapi kembar mmg xde masalah makan, so far mama n papa suapkan apa pun, diorang makan je.
Cuma samada banyak atau sikit jela..
A few recipes have been tried..mixed n match.Kalau kategori Sayur, adik da makan brocolli, carrot, potatoes, kacang peas, bayam, labu, baby corn. Protein: Ayam, Ikan bilis n tauhu. Lain-lain: kurma, kismis, kacang dal, jagung, n thinking of keledek. Gambar tadi tu..bubur salmon + carrot + saderi..yummy!
Ada kawan nak mkn, selera sikit kot..huhu~

Ok, meh kt layan gambar adik-adik..


Mata adik bercahaya-cahaya nak nenen..
She's so clingy! Kalau kat umah mama takleh wat keje lain..nnti dia jerit. Tidur pun takkan lena kecuali da penat sangat atau mama pun bobom sama.


Nie kalau memasing buat hal sendiri..
Kakak, dia bole meniarap kat satu tempat je setengah jam, kalau da penat kang baru dia bersuara.


Haha..adik explorer orang nya..dia bole geng ngan abang Luqman.
Sambil mama n papa makan makanan atas meja. Diorang dua beradik bergelak ketawa main kat kaki orang. Sebijik cam Luqman masa kecik, kene hati-hati..klu tak tengok bole masuk bilik air. 

This is everyone's hero..dukung berdua ni utk tujuan bergambar je eh. Tunggu sikit lagi kalau diorg da lagi berat, papa bole tumbuh muscle.Last checkup aritu, Dina 7.5 kg Nina 7.4 kg.

Ni aksi kat sekolah baru Luqman..

Sementara mama berborak-borak ngan teacher, sukatila anak-anak nk explore apa.
Lega mama Luqman happy dengan sekolah baru..harap dia tak menangis masa sekolah betul nanti. Cuma ada sedikit kerisauan bila nak biarkan pergi dan balik naik van ke tadika sebab dia kecik lagi kot *doatakputus*

Semoga Allah melindungi Luqman walau di mana dia berada..Aminnn!

Thursday, November 27, 2014

:: Single vs Double ::

Assalamualaikum semua..

Rasa da lama nk tulis entry ni, tapi lama juga ia tertangguh..hmm, cam bz kemain..

Entry pasal apa?? haha.. juz entry mengenai pengalaman menambah anak, n specifically anak KEMBAR!

Bila orang dengar saya akan dapat anak kembar, pasti semua excited.Tak dinafikan, saya pun sama. Especially bila doktor bgtau kembar tu perempuan..wah, cover2 senyum! Kalau bole nak senyum sampai telinga. Pergi shopping pun da berangan beli gaun cantek2 dua helai sume. Masa beli persiapan, membeli macam orang kaya..maklumla semua double. Kalau bli 3 pasang seorang pun, 2 da 6 pasang. Haha..tak tau mama diorg ni pejam mata je masa bayar kat cashier..huhu, that's the best part of having twins la..

Permulaan episod?? It's not easy for us..really hard for the beginning..

Jarak usia yang jauh antara Luqman dan adik kembarnya menyebabkan saya telah terbiasa mempunyai anak sorang..yes, it's almost 4 years- I only have Luqman n Papa in that house!!This time i have another 2 kids..TWOoooo..TWOooo CRYING BABIES *bace dengan nada scary*

Selalunya sebelum Luqman tidur, mama akan bc Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul, baca doa tidur sebelah dia. Tepuk2 sikit, spending time with him, kissing him. But, the night after having twin, mama hanya mampu tgk dia tidur dr jauh, coz me tgh tidurkan sorang kembar n my hubby tgh tidurkan yg sorang lagi. Luqman layan perasaan sorg2..seriously, mama sedey coz it makes me feel away from Luqman. Perasaan tu bertambah teruk bila ada rasa bersalah  seolah-olah mama n papa yang da tak hiraukan dia, tak sayangkan dia..arrrrgggghhh!

Masa mama berpantang, Luqman tak boleh nak attention daripada mama n papa setiap masa, mama da tak boleh dukung Luqman. Nak suap Luqman makan pun, masa mama sangat limited..especially bila papa da start kerja n mama plak berpantang di kampung. Seorang baby baru tidur, sorang lagi menangis nak susu pulak. Pastu yg td tdo terbangun lagi sebab bising..arghh2, last2 sume xtdo, sume kene dilayan. Kalau ada seorang je baby, dia tidur, perhatian akan ditumpukan sepenuhnya pd Luqman.

a week after papa went home, mama hari-hari nanges sebab sedihkan Luqman..

Sepatutnya selepas seminggu kembar lahir, papa akan masuk kerja semula. Kalau diikutkan my hubby nak bawa Luqman coz kesian dekat me sebab nanti nak uruskan Luqman n kembar while berpantang. Tapi nak dijadikan cerita, last day yang papa Luqman cuti tu, Luqman jatuh tertumus daripada katil ke lantai dan menyebabkan pendarahan yang teruk  di bahgian mulut. So, kitorg tak sampai hati tengok Luqman balik ikut papa n tinggal di rumah babysitter pada siang hari waktu papa bekerja.

Bila Luqman sakit, dia susah nak makan, nak hisap botol susu..always nak papa sebab mama sibuk uruskan kembar n diri sendiri utk rutin berpantang. I become stressfull sbb tak dapat nak puaskan dia, main-main dengan dia. Ditambah pulak toys dia sume tinggal becoz we never plan yang Luqman akan tinggal lama kat kampung. So, everyday la mama nanges2..Masa tu x kira tgh berpantang ke apa..


Tengokla..mulut dia sakit sangat masa nie! Mama akan rasa ngeri everytime teringat Luqman jatuh..it happen in front of my eyes, tapi masa tu mama tgh bf  adik..tak sempat nak selamatkan dia. Sorry Luqman!
*mama nanges*

Dengan orang yang tak kenal pun dia nak minta manja..
Actually, chinese uncle ni datang umah abah sbb abah bli kipas baru kat bilik bawah, so uncle ni duduk je supervise pekerja dia pasang kipas. Luqman bole dtg dekat dia n tunjuk2 kat ipad dia..mana mama xsedey..

Lepas seminggu Luqman jatuh tu, keadaan mulut dia makin ok..so papa kata dah boleh bawak balik Luqman  n pg school siang hari. Walaupun mama macam berat hati, tapi mengenangkan mama kene jaga diri sendiri ketika berpantang n uruskan kembar lagi, mama relakan juga Luqman ikut papa balik 'rumah A'..

Alhamdulillah, he seems happy..papa kata itu adalah langkah terbaik utk Luqman rasa mama n papa still sayangkan dia. Sebab 3 minggu dia spent masa ber2 dengan my husband, dia dapat full attention. Balik-balik kampung, he gave me this...

Sob..sob..mama terharu..

Sekarang, kitorang semakin dapat adapt dengan pertambahan keluarga baru. Nak manage anak kembar bukan mudah seperti yang disangka. Sebab tu saya agree bila orang kata insan terpilih sahaja yang Allah kurniakan anak kembar. Sebab Allah lebih mengetahui seseorang itu mampu atau tak melaluinya..

Alhamdulillah, Luqman makin sayang baby - Mama n papa sedaya upaya bahagikan masa utk Luqman - Dina dan Nina pun makin banyak progress - Makin suka gelak-gelakkan abang - Abang pun suka tarik kaki adik yang tak reti dok diam- Alhamdulillah 'ala kulli hal..hope mama tak banyak drama da lepas ni -


Tuesday, November 25, 2014

:: His 4th birthday ::

# Hari yang indah-indah patut kita hargai dengan senyuman..
hari yang mendukacitakan mari kita simpan buat pengalaman yang mendewasakan #

Hari ni mama Luqman nak letak gambar yang mama suka sempena beday boy yang ke-empat..

Mama n papa spend time time dengan Luqman ke Aquaria, KLCC..yes, bertiga sahaja, adik-adik tinggal umah makcik (babysitter)

Macam-macam ikan ada..pilih, pilih, buat goreng pon sodap!!



 Ada ikan bandaraya (bak kata papa..mama pn xtau nama ikan ni)

 
Ada ikan nemo..

 Ada shark..eeiii seram tgk gigi dia..

Ada turtle..

Ada rock fish.. sama cam batu, gerak pn sikit2 je..

 Ikan ni pun x ingat nama dia apa..eii, geli mama tgk kulit dia..mcm ular..iyewww..

 Udang pun ada..kesimpulannya, kawan2 spongebob sume ada kat situ..nice experience at Aquaria.X rugi kot klu bawak kids yg sdg membesar cam Luqman nie..
-
-
-
-

Sempena 4 tahun abg Luqman juga, papa belikan kek sebagai kenangan..happy dia tiup kek doraemon dgn 4 batang lilin..




Mama sayang abang Luqman sgt2..dah besar abg ni..muahhhhh xoxo
 

Tuesday, October 28, 2014

:: Majlis Aqiqah & Kesyukuran ::

Sempena 1 Muharam yang lalu, maksu belah suami buat kenduri kesyukuran sikit untuk anak-anak dia yang da mula kerja dan abis praktikal. Sambil tu si kembar pun interframe la jadi pengantin of the day!!

Boleh plak si sang suami ni kuar soklan "Eh, 1 Muharam public holiday ke ma??" 
Tak pasal-pasal la ada yg kene baling bantal..dush** "Pa, kita kan kawen 1 Muharam" (nada geram hubby tak ingat hari anibeseri) Last 5 years kitorg kawen masa cuti hari jumaat, 18 Disember 2009 bersamaan 1 Muharam 1431H..hoh, mentang-mentangla da de 3 org anak, sume lupa ye pa..*cekakpinggang*

Ok, back to the story..Alang-alang nak letak gambar kenduri kesyukuran belah suami, meh kita letak gambar kenduri aqiqah juga yang dibuat pada hari ke 24 pantang saya dan anak-anak..lama btul gambar ni tersimpan kat folder, setakat letak kat fb je..


Ni antara tetamu yg hadir. Ada 2 group marhaban yang mak jemput, 1 yg pakai tudung merah tu, yang 1 lagi yg pakai tudung biru..Orang perempuan marhaban dulu kemudian baru disusuli dengan kenduri doa selamat oleh orang-orang lelaki di khemah luar..


Since diorang baru beberapa hari, senangla nak bawak pusing tak nanges..Una dan Umairah pegang kembar, Maklong pegang dulang..Mama tukang tangkap gambar je sbb xleh byk jalan, masih berpantang. Papa plak sebok uruskan khemah dan tetamu kat luar.


Kitorg plan buat cara kampung je, takde pelamin bagai. Yg penting perkara yg disunatkan buat da selesai..Alahamdulillah, murah rezeki kembar!



Comelll kan??tecit je kembar masa nie..cer compare dengan gambar kat bawah nih!



Muka adik macam kene pam...boolat sangat!
Dahla rambut lambat tumbuh..Mana pergi rambut dik??



Nie ha..mak ngah da tolong cukurkan sehari lepas kenduri aqiqah tu. Opah su tolong bawak gi kedai emas dan timbang..


Nie gambar kenduri 25hb minggu lepas..Alhamdulillah, selesai kenduri kat umah nenek su kembar. Masa nie kembar da 5bulan 2 minggu.Abg Luqman peneman papa..orang sibuk kenduri, dia nak tangkap ikan kat parit depan rumah.


Nasib baik kembar xnanges jugak masa tengah knduri,cuma adik jela yg xleh letak. 
Again, gambar mama xde dalam ini crita..sbb mama dok tpi tngga standby kembar nk bf! nie pun curi2 tangkap gambar mana yg sempat! 

Tuesday, October 14, 2014

:: Tips untk bersalin ::

Assalamualaikum..ari nie gatal tangan nak menulis..

Aish, bestnya tgk kawan-kawan nak bersalin. Semoga urusan kalian dipermudahkan ye..InsyaAllah pengalaman menjadi seorang ibu takkan dapat dibeli di mana-mana..

Entry nie nak share sikit pengalaman hasnur di dalam labour room..coz it's still unexpected things happen during the process walaupun sedikit sebanyak da baca buku, da pergi antenatal class, atau da dengar orang bercerita kisah mereka. Pengalaman hasnur sikit je as compared to orang lain yang da ada anak ramai tapi alhamdulillah both delivery process tak lama, n alhamdulillah both normal. Iyela, rezeki orang lain-lain kan?? kalau czer pn ok as long anak sihat, ibu selamat..But, this entry adalah perkongsian utk yg expected bersalin normal. Namun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan!

Sebelum tue..Nape hasnur taknak amik epidural??YES, kalau korang nak amik epidural xyah baca kisah selanjutnya kot sebab orang kata tak rasa sakit nak bersalin. Hasnur tak amik atas 2 faktor..

1.    Faktor kewangan - Masa kembar nie orang kata budget bersalin kene double. Tanya Dr. pun dia tak jawab exactly berapa kos yang terlibat. Kira punya kira, kalau seorang bersalin normal RM3K lbh kurang..kang double, dah RM6K?czer tambah RM2K? kene pulak duduk kat wad 4,5 malam?Baby plak kene tahan NICU? Gulp..telan airlio gakla masa tu. Memang RM10K dah prepare utk delivery..in case of emergency. So, decided mmg taknak epidural..kedekut sangat kan mak Dina n Nina nie?? =P 
Lor, skali kene RM3500 je..lenkali jangan fikir terlebey sangat bole?! *marahdirisendiri*

2.     Scoliosis problem - Disebabkan Dr. yang handle antenatal class tu tak memberi jaminan 100% yang tiada efek pada tulang blakang saya yg bengkok ni klu amik epidural, so mak is takut uols..hehe, maka dengan itu saya tidak bercadang untuk mengambil epidural..

Ok, back to the delivery process..Hasnur pun takdela cool sangat, tapi ini yg hasnur buat untuk tenangkan diri. Sekadar perkongsian buat kawan2..

#1 

It's a good step kalau korang dapat pergi antenatal class, especially for the first timer.. really helps you!!
Dr. Halina pun advice benda nie..baca sini
Masa hasnur bersalinkan Luqman, nurse hanya keluar masuk sekali sekala untuk cek jantung, cek contraction, pasang drip, pecahkan air ketuban dan cek kita ok ke tak sementara menunggu bukaan jadi lebih besar..selebihnya, hasnur dibiarkan sendiri. So, amat penting untuk kita berada dalam keadaan tenang waktu tue..walaupun sorang, tapi bila tengok graf jantung baby ok, contraction ok, hasnur da tak risau sangat..coz we know the delivery process going smoothly!

#2

Know the fact that bersalin memang sakit..sangat! 
Nie bukan nak takutkan, tapi bila kita da tau..sebolehnya jangan panic tak tentu pasal.
Kang risau sangat, sampai BP naik, xmo..xmo..nnt kene czer!
Kan sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati, so juz imaginela how it works..
Sebab tu darjat seorang ibu sangat besar.

So, apa yang hasnur buat bila da sakit?
 Hasnur juz imagine yg hasnur pernah rasa morning sickness yg sgt teruk sampai bulan ke7..kalau berbulan-bulan kita sanggup tahan demi nak tengok anak yg kuar ni sihat dan selamat..
Why not juz few hours tu bersabar sikit dengan kesakitan yg Allah beri..Keep calm, keep breathing, until Dr. said "push"! =)


#3

Ayat-ayat Allah adalah penenang jiwaku..

Masa Luqman, hasnur bawak surah yasin..walaupun suara da tak mampu nak kluar waktu tue..tapi bila baca dlm hati, kita tahu Allah menemani kita (remember, kan hasnur ditinggalkan sorang.. sampai da dekat waktu nk bersalin bru hubby bole msk labour room). 

Masa cek bukaan, hasnur da 5cm untuk kedua-dua kelahiran..
Kalau first baby, selalunya 1cm bukaan setiap jam, so scr matematiknya atleast 5jam untuk tggu sampai baby deliver. yap, its true for luqman..pkul 7 warded, pkul 12.17 dia lahir..
so, 5 jam nak buat apa?? xde hati punya nak buka facebook sambil rasa sakit..
Kalau buka fb,tertengok org makan sedap, tgk orang dapat handbag baru dr hubby dia..ohh, stressfull!
InsyaAllah, baca alquran dapat tenangkan jiwa..

Masa kembar, berseorangan lagi!!(sebab hubby anta luqman balik rumah babysitter dulu)
Hmm, bawak Al-quran tp tinggal dalam kete..pastu blur! 
Buka ipad..sekali apps Alquran xde pulak sebab hubby baru format ipad.
Ada hati nk download apps masa tgh sakit nk bersalin tue..bole??
Pastu baru terfikir nape x google je..aiyoo, fikiran bercelaru..
Dah dapat bace surah maryam lega rasanya, sebab taknak fokus pada sakit..
 kalau diingatkan,Maryam lagi bersalin sorang-sorang tanpa keluarga dan ubat..
At least, hasnur ada hubby yg bole bacakan quran kat sebelah bila proses bersalin da nak dekat n bagi instruction bila baby nak kluar..
Oh, hebatnya maryam..

#4

Setiap kali sakit, setiap kali tu jugak baca doa nabi yunus ni..baca lagi dan lagi dan lagi..sampai baby kluar..*kesatpeluhkatdahi*


#5

Nie tips yang hasnur baca dalam buku parenting berkaitan teknik nak push baby kluar..

Put the words RELAX as an analogy..
Reeee...(tarik nafas dalam2), Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaxxxxxxx (lepas panjang-panjang sampai nafas habis)

Baby akan mudah kluar dengan nafas yang panjang..jgn kejap2 nak tarik nafas, it doesnt work! 
Jangan korang sebut perkataan relax masa nk bersalin dahla..kang dr. tu ingat buang tebiat lak! haha..

Ok,  rasanya cukup 5 kot..kang over plak bg tips byk2, org kata perasan cam Dr. OnG lak..
hehe,  insyaAllah semuanya akan berjalan lancar..tak sabar nk tengok babies comell!!

Monday, October 6, 2014

:: Luqman dan buah mata kucing ::



Mama : Luqman nak buah mata kucing ??
Luqman: KUCING?? (muka terkejut, seolah-olah mama suruh makan 'MATA KUCING')

Kat rumah opah ngan atok ada pokok buah mata kucing.
Kalau korang rasa buah ni mesti korang akan rasa kemanisannya yg luar biasa. Walaupun isinya nipis daripada yg jual kat pasar tapi heaven giler dapat makan banyak2..

Semanis buahnya, kenangan  mengutip biji-biji kecil buah nie bersama insan tersayang adalah lebih manis..

Mama letakkan  gambar Luqman bersama atok kat sini buat kenangan Luqman dan mama..
Kerana  kita pun tak pasti di masa akan datang kita masih boleh merasa tidak buah ini..

Moga Allah pelihara kesihatan atok supaya dia masih bertenaga  memetik untuk kita..
Moga Allah limpahkan rezeki yang banyak juga buat mama, papa, luqman dan adik-adik agar dapat selalu pulang ke kampung..





 Kisah balik kampung 2 minggu lepas



Nie plak kesah semalam..tengok tu, apa dibuatnya dengan penyapu dihala ke dalam parit tue..

Sunday, September 28, 2014

:: Kek cawan dan kek marble ::

Dulu, pernah jugak terfikir nak slalu dok umah jer time weekend..kurangkan makan mamak..kurangkan makan fast food..kurangkan merambu kat shopping complex..dok umah jer, simpan duit!!muahaha.. That's a conservative part in me la. Padahal dok diam2 kat opis pun bole membeli online jugak..haha..

Sekali Allah berikan kami anak kembar..haa, padan muka hasnur!
Lepas dapat kembar, berjalan pun kene memilih. Nak bercuti pun blum boleh lagi..Paling jauh pun balik kampung jela. Senang cerita, kitorg akan terperuk je kat rumah hari Sabtu Ahad melainkan balik kampung dan skali skala nak kluar.

Kalau ikutkan, banyak  juga hikmah dengan kehadiran si kembar. Mama papa duduk rumah means lebih banyak masa dihabiskan dengan anak-anak. Lebih banyak aktiviti yang kene fikirkan untuk Luqman, mama papa kene jadi cikgu untuk homeschool Luqman..bestnye!!haha..tipu sangat statement ni..[wiken je basah ketiak layan anak2, kemas rumah n masak]

So, minggu ni kita buat aktiviti lagi guna apa yang ada kat rumah..

Since cawan kertas ni dok tersimpan dalam kabinet dapur tak berguna-guna. Let's utilize it..

Aktiviti senang saje..Mama pilih untuk tulis numbers in words sebab Luqman da terer giler bab numbering nih..So, nak tengok dia recognize numbers in words pulak.

Actually it is better to put the cups in random. Sebab lepas ni nak suruh dia masukkan syiling ikut bilangan nombor yang dituliskan dalam cawan kertas tu. Ni Luqman pandai-pandai susun sebab dia tau da la jawapannya..


Instead of using coins, maybe u can try with another options: marbles, balls, etc.Aktiviti homeschool kan pakai je barang yang ada kat rumah?

So, selain instruction masukkan syiling ke dalam cawan kertas mengikut bilangan. Bole juga suruh dia kenalpasti nilai duit tersebut. Cthnya, 10 sen dalam satu cup, 50sen dalam cup yang lain..Then, kita bole tengok anak kita bole kenal ke tidak nilai yang sama walaupun 10sen ada design syiling yang berbeza-beza. Akhirnya berguna jugakla cawan kertas mama tu walaupun tak guna untuk buat kek.
-
-
-
-

Eh2, tapi kek tetap ada jugak ye..

Tadaa..kek marble hasil kacauan mama, papa dan luqman..



 Sebenarnya, nak pulang mangkuk jiran sebelah. Jiran kitorang ni sangat sangat rajin memberi makanan. Dahla dia yg jaga si kembar. Kadang-kadang dalam sehari tu dua kali ketuk rumah antar makanan..Ish, malu ai, tapi suka jer..hehe. Hari ni ada masa sikit nak masak, bolela memulang pinggan..Sup ikan dengan kek marble..Pufft, skali lagi wiken kami di rumah!