Sunday, September 28, 2014

:: Kek cawan dan kek marble ::

Dulu, pernah jugak terfikir nak slalu dok umah jer time weekend..kurangkan makan mamak..kurangkan makan fast food..kurangkan merambu kat shopping complex..dok umah jer, simpan duit!!muahaha.. That's a conservative part in me la. Padahal dok diam2 kat opis pun bole membeli online jugak..haha..

Sekali Allah berikan kami anak kembar..haa, padan muka hasnur!
Lepas dapat kembar, berjalan pun kene memilih. Nak bercuti pun blum boleh lagi..Paling jauh pun balik kampung jela. Senang cerita, kitorg akan terperuk je kat rumah hari Sabtu Ahad melainkan balik kampung dan skali skala nak kluar.

Kalau ikutkan, banyak  juga hikmah dengan kehadiran si kembar. Mama papa duduk rumah means lebih banyak masa dihabiskan dengan anak-anak. Lebih banyak aktiviti yang kene fikirkan untuk Luqman, mama papa kene jadi cikgu untuk homeschool Luqman..bestnye!!haha..tipu sangat statement ni..[wiken je basah ketiak layan anak2, kemas rumah n masak]

So, minggu ni kita buat aktiviti lagi guna apa yang ada kat rumah..

Since cawan kertas ni dok tersimpan dalam kabinet dapur tak berguna-guna. Let's utilize it..

Aktiviti senang saje..Mama pilih untuk tulis numbers in words sebab Luqman da terer giler bab numbering nih..So, nak tengok dia recognize numbers in words pulak.

Actually it is better to put the cups in random. Sebab lepas ni nak suruh dia masukkan syiling ikut bilangan nombor yang dituliskan dalam cawan kertas tu. Ni Luqman pandai-pandai susun sebab dia tau da la jawapannya..


Instead of using coins, maybe u can try with another options: marbles, balls, etc.Aktiviti homeschool kan pakai je barang yang ada kat rumah?

So, selain instruction masukkan syiling ke dalam cawan kertas mengikut bilangan. Bole juga suruh dia kenalpasti nilai duit tersebut. Cthnya, 10 sen dalam satu cup, 50sen dalam cup yang lain..Then, kita bole tengok anak kita bole kenal ke tidak nilai yang sama walaupun 10sen ada design syiling yang berbeza-beza. Akhirnya berguna jugakla cawan kertas mama tu walaupun tak guna untuk buat kek.
-
-
-
-

Eh2, tapi kek tetap ada jugak ye..

Tadaa..kek marble hasil kacauan mama, papa dan luqman..



 Sebenarnya, nak pulang mangkuk jiran sebelah. Jiran kitorang ni sangat sangat rajin memberi makanan. Dahla dia yg jaga si kembar. Kadang-kadang dalam sehari tu dua kali ketuk rumah antar makanan..Ish, malu ai, tapi suka jer..hehe. Hari ni ada masa sikit nak masak, bolela memulang pinggan..Sup ikan dengan kek marble..Pufft, skali lagi wiken kami di rumah!

No comments:

Post a Comment