Monday, August 18, 2014

:: Raya kat umah jer ::

Haa..orang lain nak tepek gambar rumah yg cantek, daku pn nak jugak. Walaupun rumahku tak cantek plus tak besar cam rumah org lain..saje buat kenangan di hari tua ;)  Papa luqman asyik tanya bila nak pindah umah, bila nk pindah umah..daku cakap nanti dulu. Malas tambah financial commitment dan malas pindah barang jugak.. kang kalo kita byk duit kita bli je rumah dua tingkat..cheewah!! Satu hal lagi ada anak aktif cam luqman yg xreti nak kemas, plus pakej lengkap si kembar, masa bila nk mengemas rumah besar2 ntah..mau meroyan mak korang nyapu mop umah besar2. Jap ye pa, kembar da besar sikit kt pindah ye! (jgn tuan rumah halau kitorg dahla..haha)



Ulang tayang gambar..nie tema tahun lepas!
-
-
-


Ni dia tema tahun ni..ada tambahan akseseri plak. Letak baby cot kat ruang tamu baru orang tau kat umah ada baby..kalau babies tdo kat dalam bilik pun, duit raya bole letak dalam katil..haha, nampak x taktik mak diorg nih ; ) ; )

 Sebenarnya senang letak baby cot kat luar, nanti nak maraton mandikan diorg, da save tenaga kat situ drpd ulang-alik masuk dalam bilik. Kang nak buka baju anak kene tutup kipas, da mandikan diorang mak peluh-peluh, nak kene buka kipas balik, pastu nk mandikan second baby bukak tutup kipas balik..aish, buat penat jela..kat ruang tamu ada kipas atas, so senang. Time makan, tgk tibi sume kat situ..so, bole nampak kakak-adik setiap masa..so, senang keje mak..nampak x reason  taknak umah besar kat situ..haha.




Baju nak colour block, langsir ngan kusyen pun sama..biaq pi la x sesuai pun, asalkan tuka sikit kaler dalam umah ni.

Enough bab rumah, meh citer bab makan2 plak..so happy tahun ni ada kawan2 yg sudi datang ke rumah kami. Kalau harapkan kitorg nak g beraya atau open house, mmg tak dela. Pegi burger king kat restoran jejantas kejap pun, da berapi je dok dalam kete dengan budak2 nih, ditambah jammed plak..lebih sanggupla duduk umah je. So, harusla memasak di umah kan sebab ada orang nak dtg..

 Tat nenas dan puding roti untuk jamuan hari raya sekolah Luqman..

 Bihun sup untuk Liza sekeluarga (kawan baik since kat SMKA Slim River)

Mi kari untuk Farid sekeluarga & Herman (kawan baik hubby n my classmate kat UIA)

Mi goreng dan rendang ayam untuk Azzah sekeluarga (kawan baik since UIA)

Malangnya masa Azzah sampai, nasi impit baru je masak. So, xbetul2 sejuk lagi..tak dapat nak potong elok2 dan hidang. So, lepas tu kitorg la yg makan .."jemput makan sume " ..dialog incik suami untuk gambar di bawah  =P


Tuesday, August 5, 2014

:: Aidilfitri serba sederhana ::

Sedih dengan tragedi MH17..sayu dengan nasib umat islam di bumi Gaza..jadi manakan bisa kt berlebih-lebihan di kala orang lain kebuntuan mengahadapi ujian drpdNYa. Pada yg punya anak, kasihan juga kalau tidak dibelikan baju baru, kasihan juga kalau tidak punya kuih raya. Maka, tidak salah untuk rasa senang dan gembira di hari lebaran, cuma bersederhanalah dalam semua perkara..

Alhamdulillah, tahun ini Allah jumpakan juga dengan ramadhan dan syawal yg membahagiakan. Walaupun luqman baring melepet di dalam bilik sepagi raya, papa batuk berkokok-kokok, mama berpeluh menguruskan si kembar, tapi syukurla Allah masih memberikan ni'mat kebahagiaan dan kasih sayang beraya bersama ayah, famili SIL, sepupu dan makcik2 di sebelah suami sehingga raya ke 3..Sebelum tu, telah berpeluang berbuka puasa 2 hari berturut-turut dengan kesemua anak cucu menantu mak abah..rasa terbayar sikit kesusahan melihat barisan kereta yang tak berpenghujung di jalan raya..

Seorang isteri yang kehilangan suami akibat hilangnya MH370 sangat rindukan kenangan bergambar di pagi raya..maka, haruslah saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT bergambar walau tak lengkap dgn si kembar..

Berjalan pn dekat2 aje..

Selepas seminggu beraya di kampung, pulanglah kami ke 'rumah A'..walaupun kecil, tetap kami rindukan..

Syukur juga mama dipanjangkan usia dapat merasa kuih buatan luqman. Banyak yg luqman belajar sepanjang berada di sekolah ye.  "Kuih apa tu luqman?".. "Kiwi popup" menatang apa tu..haha..

 Bihun sup ini khas untuk Liza sekeluarga..hidangan ringkas buat sahabat baik yg da tak jumpa 3 tahun..Bolehla, insyaAllah kami akan memasak lagi klu ada kudrat dan kelapangan.Pada yg nak datang, pintu rumah kami terbuka luas..SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin =)