Sedih dengan tragedi MH17..sayu dengan nasib umat islam di bumi Gaza..jadi manakan bisa kt berlebih-lebihan di kala orang lain kebuntuan mengahadapi ujian drpdNYa. Pada yg punya anak, kasihan juga kalau tidak dibelikan baju baru, kasihan juga kalau tidak punya kuih raya. Maka, tidak salah untuk rasa senang dan gembira di hari lebaran, cuma bersederhanalah dalam semua perkara..
Alhamdulillah, tahun ini Allah jumpakan juga dengan ramadhan dan syawal yg membahagiakan. Walaupun luqman baring melepet di dalam bilik sepagi raya, papa batuk berkokok-kokok, mama berpeluh menguruskan si kembar, tapi syukurla Allah masih memberikan ni'mat kebahagiaan dan kasih sayang beraya bersama ayah, famili SIL, sepupu dan makcik2 di sebelah suami sehingga raya ke 3..Sebelum tu, telah berpeluang berbuka puasa 2 hari berturut-turut dengan kesemua anak cucu menantu mak abah..rasa terbayar sikit kesusahan melihat barisan
kereta yang tak berpenghujung di jalan raya..
Seorang isteri yang kehilangan suami akibat hilangnya MH370 sangat rindukan kenangan bergambar di pagi raya..maka, haruslah saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT bergambar walau tak lengkap dgn si kembar..
Selepas seminggu beraya di kampung, pulanglah kami ke 'rumah A'..walaupun kecil, tetap kami rindukan..
Syukur juga mama dipanjangkan usia dapat merasa kuih buatan luqman. Banyak yg luqman belajar sepanjang berada di sekolah ye. "Kuih apa tu luqman?".. "Kiwi popup" menatang apa tu..haha..
Bihun sup ini khas untuk Liza sekeluarga..hidangan ringkas buat sahabat baik yg da tak jumpa 3 tahun..Bolehla, insyaAllah kami akan memasak lagi klu ada kudrat dan kelapangan.Pada yg nak datang, pintu rumah kami terbuka luas..SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin =)
No comments:
Post a Comment