Korang paham ke tajuk tu?? bahahaha..mama Luqman tengah rasa cam tak besh je minggu nie. Dari semalam datang opis hati rasa tak keruan sebab Luqman tak sihat. Kembar pun tak sihat jugak, tapi turn diorang da suda minggu lepas. Rasa bersalah pun ada sebab cam tak plan any activities cam orang lain yang ambil kesempatan nak bercuti ngan anak-anak diorang sempena cuti sekolah.
Dari awal tahun ritu memang ingat nak amik cuti sehari with papa n luqman g ikea cari katil n barang-barang untuk deko bilik Luqman. Tapi nak dijadikan cerita, atok plak kene serangan strok kali ke-3 hari tu n papa kene ulang alik ke hospital. Maka tak dapatla papa cuti lagi bulan nie..Tapi takpela, semua tu ujian. InshaAllah nak g Ikea tu bole cari waktu lain.. Ikea je pon.
Last Friday plak, Luqman ada rombongan dengan kawan2 ke Ostrich Farm di Semenyih. Mungkin sebab penat dan panas, so balik dari situ dia trus demam. Semalam Luqman muntah beberapa kali juga sebab asyik batuk berkahak. Selera makan dia pon kurang. Paling banyak dia makan pun beberapa ketul nuget. Mama pun cam tak semangat nak buatkan bento untuk Luqman sebab tau cam dia taknak makan yang berat-berat.
Kurus je tengok badan dia semalam.. Tapi terharu betul bila dalam dia tak sihat tu still care dengan adik-adik dia. Kalau nampak adik nak masuk dalam bilik air, cepat-cepat tutup pintu bilik air dan kunci. Ooo..i miss the real luqman yang berlari ke sana ke mari dengan mulut bising dia tu. Harap2 anak mama cepat sembuh! Nanti bole kita jalan-jalan lagi..
sama la kita, tk ke mana, cik kembar pun bru baik demam/muntah, ni, abang dia pulak semput ..moga anak2 kita sentiasa di bwah lindungan-Nya...
ReplyDelete