Wednesday, May 20, 2015

:: Happy Birthday Dina Nina ::


Assalamualaikum..Eh, da 20 haribulan?! *blur, blur*
Beday anak 10 haribulan..adeh, tak terupdate rupenye..

Ok, lets having a story about my twin princess before they getting bigger n having a boyfriend ^__^


We never thought that we can survive a year with them..with His power, alhamdulillah kakak and adik da setahun *touching jap* As expected, dua orang ni memang selalu gaduh, tapi dalam masa yang sama jadi kawan baik jugak. Kalau sorang kene pinjam dengan mak babysitter, surely yang sorang tu nampak cam bosan je main..Hihi, abang Luqman memang ada, tapi cara main adik-adik belum capai standard Abang Luqman..so, biasanya Abang Luqman dengan aktiviti dia lah!



Yeah, we had difficulties in adjusting ourselves to kembar..at certain times!
Mana nak kemas rumah, nak basuh kain, nak pay attention to Luqman, nak uruskan hal makan pakai kembar..yes, we are still learning the concept of slow parenting. Kadang-kadang camnila rumah kami yang bersepah..let them play the flour n water so that their motor skill is develop *kononnya*


Irdina dan Imanina memang peneman yang baik..walaupun mama masak di dapur, namun masih sudi temankan walaupun kene kurung kat pagar..haha. Kalau da tension, mereka akan menjerit sampai mak babysitter sebelah rumah jerit balik "Oi, sape yang menjerit tu..kakak ke adik?" Itula kisah kami kat dapur yang sekangkang kera..Jap lagi dia da sampai depan pintu rumah nak pinjam sorang..


Antara perkembangan Dina n Nina untuk setahun;

Dina 
- Berat 8 kg tapi dia lebih tinggi daripada adik
- Da boleh jalan berpegang dan lepas sekali sekala
-Cara duduk kaki ke depan macam berlunjur atau bersila
- Kaedah gaduh lebih pada menggigit..adoi kadang2 gigit bahu, perut..asal boleh ye..diorang berdua nie da ada 7 btg gigi
- Kadang-kadang kakak tarik rambut adik sebab rambut adik lagi panjang. Rambut kakak da kene potong ngan babysitter..frust papa nak tengok anak girlish2 ikat rambut..haha

Nina
- Berat 8.10 kg..banyak makan eh sebab tu berat dia naik..padahal lahir kakak lagi berat 200 gram
- Da laju berjalan pegang orang, pegang sofa kehulu kehilir. Tapi masih ratu tergolek..
- Cara duduk cam duduk antara dua sujud, kaki kebelakang bontot cecah lantai
- Kaedah gaduh lebih kepada tampar orang..tak kira peringkat umur eh yang kene tue >__<

Btw, gambar kat atas tu tengah berebut plastik aiskrim..slurp2, mama ngan Luqman menikmati aiskrim magnum yg sedap..anak 2 orang bergaduh pasal plastik..haha..



Cuba teka mana adik, mana kakak berdasarkan ciri-ciri di atas..

This year we had no cake and candle for them..alaaaa, lagipun diorang bukan bole makan pun..tissskk..
And great for me coz this year, their birthday is the same day as Mothers Day..kenangan melahirkan kembar adalah antara pengalaman hebat dalam hidup *betul, tak tipu..espc when it comes to normal delivery yg bole rasa sorang2 kuar*

HAPPY BIRTHDAY DINA NINA..
Mama doakan anak mama menjadi anak-anak solehah dan hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas segala Ni'matNya..
Love you girls..muaaahhciked , walaupun busyuk tak mandi lagi hari beday ni (^ ^,)






No comments:

Post a Comment