Sunday, January 17, 2016

:: Bersiar-siar di Taman Rama-rama, KL ::


Hari Sabtu Ahad yang lepas tak tau nk ajak budak-budak pergi mana, sebab plan asal nak pegi rumah Maklong n Paklong kat Kajang untuk melawat atok opah Luqman. Sekalinya diorang pulak balik kampung sampai hari Sabtu, and then balik Kajang balik sebab atok ada checkup kat IKN hari Isnin. So, kitorang pun blur sebab plan nak jumpa atok opah terpaksa tangguh ke minggu depan. Lama sikitla boleh tidur sana sebab cuti Thaipusam kan sampai Isnin.

Biasalah mama  bosan je kalau 2 hari dok rumah tak pergi mana-mana. Tambahan plak si kembar sekarang pun da pandai nak kuar rumah, pantang pintu buka.
So, bagi 2 suggestion kat papa..
No. 1 Aktiviti berbayar, pergi Taman Rama-rama..
No. 2 Aktiviti tak berbayar, pergi jalan Rawang-Bestari Jaya, bawa roti n bagi makan monyet-monyet  yang banyak kat tepi jalan tu makan..
(Yeah, I know that 2nd suggestion tu seems ridiculous..haha, terpaksa la  papa setuju ngan 1st suggestion)

I'm not the one yang suka outing ngan anak-anak kat shopping complex, unless betul-betul nak cari barang.
Konon taknak tunjuk kat anak2 yang mak dia kaya, sikit-sikit pegi pusat membeli belah..
walaupun sebenarnya mak diorang mmg tak kaya..hahaha..

So, hari Ahad la meredah sampai ke pusat bandar. Pheww, nasib papa yang drive..

Tempat ni memang sangat sesuai untuk kami yang mengangkut kembar dan Luqman.

Why I said so??

Sebab taman ni tak besar macam zoo yang mana penat nak angkut anak-anak pusing sume tempat. 
Kembar yang eager nak berjalan tu dapat explore semua tumbuh-tumbuhan, lari kejar rama-rama, tengok ikan, bunga..diorang boleh bebas sikit dalam tu. Parents tak perlu dukung all the times sebab takde jalan besar yang kenderaan lalu lalang ke. Kawasan taman ni kecik aje, cuma ibu bapa masih kene kawal sebab certain area ada kolam ikan dan kawasan agak licin.




Untuk anak seusia Luqman, parents boleh relate dengan kitaran hidup rama-rama yang belajar dalam buku tu.I think they will get better idea/visual rather than learn theories only..
 Boleh tengok sendiri kepompong hidup, pelbagai jenis spesis rama-rama dan lain-lain lagi. 
Kat taman ni bukan ada rama-rama je taw!
Kat indoor exhibition hall dia ada pelbagai jenis insects..tarantula pun ada..gambar-gambar ada kat bawah..





Untuk kitorang, fefeling sweet jela dating kat taman *ok tipu*
Suruh Luqman tangkap gambar pun nampak kepala adik..memang tak bape nak sweet (-.-)
Baju merah tu bukan plan eh..Papa ngan Luqman sebok nak pakai baju merah bila mama da iron baju.
Luckily, rama-rama suka datang dekat..Dia pun konfius kot orang ke bunga! Haha..













Ok, yang penting kids happy..mama pun happy.
Papa kata next  time kita pergi Taman Burung plak...yesss, mama berjaya psiko papa suka tempat-tempat gini..
*i'm a psychotic wife*
(^__^)



2 comments:

  1. wah...best jugak taman rama2 ni...ada berhajat nk bawak cik kembar g zoo, kenal binatang....taman rama2 pun ok ni...

    (sori, terkomen kat entri sekolah...hiihi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kembar dieyana da besar, senang sikit nak gerak..zoo best gak =)
      aritu bawak dina nina g zoo taiping pn mampu naik tren je,..huhu..

      Delete