Monday, February 22, 2016

:: Percutian Singkat: Jalan-jalan Melaka ::


Sambung dari entry yang lepas pasal trip ke Melaka..
Cakap kat Irdina, last mama gi Melaka masa Abang Luqman umur 5 bulan..la ni dia da 5 tahun lebih.

Boleh plak papa tanya bila da kuar tol Ayer Keroh tu "Ma, macam mana jalan nak gi hotel tu?"
"What?? Mana la mama tau " Bab-bab jalan ni memang fail giler..lagi mau tanya..
Teringat aritu kene pergi kursus kat Lumut. Konon kampung kat Teluk Intan je..
5 kali eh tawaf pekan Lumut tu nak cari Swiss Garden Hotel. Last-last bukan kat situ..
 Pastu marah kat google map sebab bagi direction salah. Haha..


Aktiviti kitorang simple je ke Melaka satu malam ni..
Sampai2 terus check in hotel. Disebabkan bawak budak-budak, kitorang decide tapau je asam pedas bawak ke bilik. Nak tunggu diorang mandi, solat maghrib macam lambat..So sementara budak-budak mandi, rehat, papa da kuar cari lauk dinner. So bole save time kat situ..
Nasib baik jugak, sebab petang tu hujan. So makan asam pedas kat bilik aircond memang terangkat eh!

Malam tu terus pergi ke Melaka River cruise..nasib hujan dah berenti. 
Kitorang balik je hotel, hujan turun balik. Alhamdulillah sangat.







Keesokan harinya, kitorang terus ke Bangunan Studhuys untuk naik beca..
Sebelum tu beli cenderahati sikit untuk anak-anak.









 Sekali trip naik beca dalam RM25. Memula ingat nak naik 2 beca je.
Bila kira total RM50 macam mahal sangat pulak.
So, kitorang sumbat je 1 beca..Haha, sian adik tak nampak gambar kat atas tu.
Gambar satu lagi baru ada muka dia bila abang beca tu zoom dekat sikit..itupun adik muka masam.

Bila da berenti kat depan A'Famosa ni amik2 gambar, hubby tak sampai hati plak nak naik satu beca jugak.
So, kitorang pecah dua beca. Bayaran beca yang naik asal tadi masih sama RM 25 + beca yang naik satu hala je RM15 = RM40
So save duit kitorang RM10 kalau dari awal naik 2 beca..

Lepas dari round2 kawasanDataran Pahlawan tu terus balik je..memang simple je trip ni..
Tunggula 5 tahun lagi baru datang sini balik (^__^)



1 comment:

  1. bestnya g Melaka...insya-Allah, nanti nak g jugak..

    wuii..mahal juga naik beca tu eh..kena standby duit lebih g Melaka nih hiihi

    ReplyDelete