Macam-macam ada kat atas meja ofis..huhu, simptom mak-mak sangat kan?
I'm trying to flatlay all of them, but this is the best that I can do..haha, bad photographer *raise my hand*
'Bila Emak Berdrama' adalah buku terkini yang saya baca untuk mengisi masa lapang..selain buku matematik untuk siapkan soklan final (-.-)
Bila dapat buku ni, really asking myself 'Do I really need petua bagaimana kekal aman bersama anak-anak??' haha..
Menjadi seorang ibu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Tak salah to keep on learning n learning. Quote yang paling saya suka dalam buku nie..
"Parenting is about sharing your experience, so that more parents making less mistakes"
So, meh throwback sikit aktiviti kembar yang kitorang buat kat rumah..kata nak aman kan, kenela buat aktiviti ngan diorang.
Aktiviti ni memang mudah!
Bahan yang diperlukan cuma soft ball yang saya beli kat Daiso harga RM5 je..
Aktiviti 1 : Masukkan soft ball ke dalam bekas yang berpenutup sederhana kecil..sebab tu saya gunakan botol susu. Mula-mula, minta diorang masukkan satu per satu. Setelah berjaya, tutup plak botol susu tu dengan penutup nya yang boleh dibuka sebahagian (bahagian untuk masukkan puting). So, lubang lebih kecil dan menyebabkan mata anak-anak lebih fokus untuk masukkan softball ke dalam lubang.Diorang boleh dok lama mengadap benda tu, isi tuang isi tuang..Bagus, "fokus ye nak", cakap kat kakak sambil mata mama tengok drama Isteri vs Tunang..hiks..
Aktiviti 2 : Susun soft ball ikut warna.
Warna-warna softball ni striking..so perbezaan antara setiap warna tu dapat dilihat dengan jelas.
Antara kelebihan aktiviti ni adalah mama-mama boleh uji samada anak dapat kenalpasti warna yang sama/lain ke tak.
Seriously, tak pernah tau ni daripada kembar. Diorang baru setahun 9 bulan, so tak dapat lagi cakap dengan jelas, especially jenis-jenis warna.
Bila kakak susun setiap tempat satu warna je cam gambar kat bawah ni..Fuhh, lega mama..
Maknanya mata dia ok! *clap kakak*
Aktiviti 3 : Korek dan tarik bulu-bulu yang ada kat softball..
Ni yang paling best kat bola-bola kecik lembut ni..
Walaupun rasa nya lembut, tapi ada bulu-bulu halus yang melekat buat anak-anak boleh rasa tekstur lain pada jari diorang..
Dari situ diharapnya kembar dapat belajar menggunakan deria sentuh mereka.
Gigih tau tarik sehelai-sehelai mendealah bulu halus tu..okla, atleast they stregthen their fine motor skills.
Walaupun mak diorang pastu pun kene guna motor skill gak sapu karpet sebab dah penuh dengan bulu halus..Nanges dek ada anak kembar sepah mainan! Tu belum kalau ada Aktiviti 4 abang Luqman ajar softball jadi snow ball (seolah-olah salji turun dari langit)
Harap mak-mak gigih demi anak-anak yang nak membesar ye!
#momisawesome
#aktivitigantigadget
No comments:
Post a Comment