Tuesday, May 17, 2016

:: Coffee talk & Short Gateway ::

Wah, nampaknya ada peminat dari Clayton, Victoria selalu jenguk blog ni.
Tue petanda dia suh cepat-cepat update blog ye..
Korang jangan ingat tu peminat kita dari oversea..takde maknanya ok!
Mula-mula kita pun perasan ada orang ostolia minat blog kt..Rupanya laki sendiri..muahaha..
Sebab kan tempat dia kerja adalah universiti kerjasama ngan OZ, so sebab tu server akan tulis Clayton kat live traffic blog ni..huhu, tipah tertipu!

Ok, back to the topic..
Wiken minggu lepas sempat meluangkan masa berehat sekejap dekat Marc Service Residence,  KLCC.
At first, memang agak ragu-ragu bila hubby ajak berehat kat situ..Dan mungkin orang lain pun boleh tanya apsal pilih nak pergi situ?
Tapi kitorang decide to go there instead of PD ke, Bukit Tinggi ke..sebab yang pertama nak berehat. So, masa dua hari cuti dan satu malam yang ada tu kalau boleh taknak habis kat jalanraya.
Sebab yang kedua mungkin bajet..maklumla nak puasa dan raya ni. So, kitorang agree taknak bercuti jauh-jauh.
Tapi sebab yang lebih utama rasanya adalah nak spent time dengan anak-anak tanpa memikirkan rumah bersepah, baju tak lipat dan kerja-kerja rumah yang lain.
So, yes..setuju dengan pilihan unit studio sebelah KLCC.

Sebelum bertolak, sempat jugak pergi coffee talk anjuran Genius Aulad Saujana utama. 
Ingatkan sajela suka-suka pergi nak tambah ilmu pasal parenting ni..
Sekalinya pergi-pergi, tengok ada Pn. Zaliza Alias, the founder of Genius Aulad.
So, memang tak lepaskan peluang untuk join. 
Disebabkan bilangan yang kecil, so konsep coffee talk tu dah macam usrah. 
Bila dia tanya "Setiap hari baca buku cerita tak kat anak? Setiap hari mengaji tak dengan anak?" It's like a wakeup call for me..
Dia pesan setiap hari mesti peruntukkan masa untuk mengaji dengan anak walaupun 5 minit.
"Luqman pun mengajar anak dia dengan cara bercerita kan?"She speaks with gentle voice..kalau banding dengan diri sendiri memang kalah..haha..



So short trip camni rasanya memang sesuai untuk kitorang.
Dok diam-diam kat bilik baca buku dan mengaji iqra'..huhu






This is our studio room..Tak besar kan?
Ada satu king sized bed, sofa bed, dining table. 
Suka tengok kitchen ni..kalau kat rumah sendiri..agak-agak malas basuh pinggan, tutup je sinki dan dapur tu. Tak semak mata memandang..Haha, mak-mak boleh ke? 
Sure walaupun tutup, tetap teringat-ingat pinggan yang tak basuh tu..



Kat dalam bilik air, ada bath tub..
Nak mandi kolam plak kat tingkat 3..pemandangan pool mengadap KLCC. 
Sesiapa nk mandi silala bwk swimming suit k, kalau tak pakai tak dibenarkan mandi.
Memang tak merasala mak pak nk mandi kat kolam ni..tak kuasala mama nk pki swimming suit bagai..





Skang ni dah mengikut perangai mak, asal nk pergi berjalan mesti standby makanan. Ni siap masak nasi goreng kat dapur orang tu. Peralatan memang lengkap.Kitchen utensils sume cap ikea. Kalau nak memasak memang boleh sangat. So kitorang dapat save budget..hari first siap bawak nasi, lauk, spagetti bolognaise,buah mangga.
Hari kedua breakfast nasi kandar pelita dan masakkan budak-budak nasi goreng.




Sape nak rasa pengalaman vacation camni  bolehla try..basically ok je kalau setakat nak berehat atau buat event 1 malam bukan kat rumah sendiri.
KLCC sangat dekat..so definitely sape nk spend time kopi-kopi kat KLCC ataupun nak bawak anak-anak pergi tengok Light Symphony, Aquaria atau Petrosains lagi terisi la masa..
Kitorang just sight seeing masa hari Ahad je..mama dapat beli Popcorn caramel macadamia pun dah puas hati 😊






No comments:

Post a Comment