Wednesday, June 29, 2016

:: Biskut Raya Luqman ::


Tahun ni preparation raya ala kadar sahaja disebabkan mama Luqman muntah-muntah banyak..erk *nanges laju-laju*
Shopping baju anak pun tak complete lagi.
Aritu Luqman request pulak nak buat kuih raya..so, terpaksa papa buatkan kuih raya sama anak-anak.
Mama memang pernagai ngada camni, papa bertabahlah layankan perangai pembawakan budak ni..haha.

So, nak buat biskut yang paling senang adalah Cornflake madu.
So, pergi la papa mengangkut 3 pembantu ni ke kedai cari bahan-bahan dan buat cornflake madu.





Sambil buat sambil rasa ye kakak.
Malam tu pun dah habis satu balang mak budak dan budak-budak makan..

Lepas dua hari, Luqman buat jugak Cornflakes madu kat sekolah.
Hahah..happy giler teacher bagitau..siap send gambar lagi.
Patutnya waktu pagi dia ke sekolah Genius Aulad, tapi pagi tu sebab mama siapkan dia lambat so kitorang decide dia terus pergi tadika daycare.
Syoklah dia sebab kebetulan pagi tu aktiviti buat biskut raya.
So, gambar kat bawah cornflakes madu Luqman version tadika.
Malam tu jugak habis,,haha..




So far itu jela biskut raya yang kitorang buat.
Yang lain sume beli je dik non..tak kuasa fasa muntah-muntah ni nak membakar bagai.
Harap-harap masa raya nanti mama ok.
Hwaaa..nak makan sedap-sedap!


Tuesday, June 28, 2016

:: Ujian dan Rezeki Ramadhan ::


Mencabar sungguh Ramadhan kali ini.
Getting weaker and weaker.
 Sedih sangat sebab puasa pun tak larat dek asyik muntah je..
Aduhaii, Ramadhan tahun ni Allah uji dengan faktor kesihatan.
Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi..rasa tidak menggunakan hari-hari yang berlalu sebaiknya..
Semoga ada hikmah di sebaliknya..



Allah wujudkan rezeki dari pelbagai sudut.
Mujur rezeki sorang!!
Haha, dah masuk lapan minggu, cepat-cepat minta husben teman buat ultrasound.
Suspen kalau Allah bagi lebih lagi..can't imagine!



 

Wednesday, June 15, 2016

:: Sebelum Ramadhan dan 10 hari pertama ::


 Sebelum Ramadhan, banyak cita-cita kite ni..

 Antaranya, nak perbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ni.
Semayang terawih kalau boleh taknak tinggal.
Nak buat tadarus hari-hari, tak kirala dengan ofismate atau berseorangan.
Lepas tu sebagai seorang isteri dan ibu, kalau boleh nak masak lauk berbuka setiap hari..siap dah adjust time ngan student paling lewat kelas pukul 4.30 habis kecuali hari Isnin je ada kelas sampai pukul 6 petang.
Pastu, takmo jadi macam tahun lepas dah yang selalu terskip sahur gara-gara tidur tak menentu sebab dak kembar.
Tahun ni kononnya kan nak train Luqman puasa..sian pulak dia kalau sahur pun kelam kabut..

Tapi tu sume citer SEBELUM puasa la...






Luqman ajak buat chocolate cake pun, mama ikutkan..Nanti nak puasa, tak kuasala nak membaking sakan.
Better buat kuih raya je camtu..





Sebelum puasa, semua adik beradik balik kampung..Kak Long dan anak-anak dah balik daripada hari Rabu. Family abang ngah pun dah balik hari Rabu malam. Kitorang je yang balik hari Khamis malam. 
Dapatla si kembar main dengan sepupu-sepupu.
Seronok diorang buat sand castle n bagi ayam makan maruku (-___-)


Malam satu Ramadhan kitorang balik ke rumah semula.
Alhamdulillah hari pertama puasa berjalan dengan lancar walaupun tekak kering sebab ada 6 jam kelas..exhausted sikit!
Start hari kedua keadaan mula jadi tak best *for me la*
Sebab hari kedua kitorang terskip sahur..so, perut rasa berangin sikit pagi tu.
Tapi teruskan puasa jugak sebab alaaaahh macam tak pernah alami sebelum ni.
Tapi keadaan jadi tak sihat lepas berbuka sampai ke sahur.
Makan je mesti keluar balik. 
Sampai pagi tu rasa macam tak larat sangat nak pergi kelas. 
Tapi gagahkan diri jugak pergi kerja cam biasa dan pujuk hati yang lepas kelas mesti pergi klinik..

Semenjak hari tu, mood selalu swing..
Badan lemah, tak bermaya..
Selalu muntah-muntah. Nak makan pun takde selera..
Pergi dapur dan masak apatah lagi. Semalam baru ada kekuatan nak masak semula setelah da dekat seminggu papa je yang conquer dapur.
Itupun maybe Allah bagi kekuatan untuk masak buat suami..Sian dia takde lauk berbuka!
Hari ni dah masuk fasa kedua Ramadhan.
Harap Allah permudahkan!
Nanti kalau keadaan mengizinkan, kita sambung cerita hari ketiga yang pergi klinik tu..
InsyaAllah bukan berita yang buruk-buruk! *walaupun nangis dlm hati*