Sebelum Ramadhan, banyak cita-cita kite ni..
Antaranya, nak perbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ni.
Semayang terawih kalau boleh taknak tinggal.
Nak buat tadarus hari-hari, tak kirala dengan ofismate atau berseorangan.
Lepas tu sebagai seorang isteri dan ibu, kalau boleh nak masak lauk berbuka setiap hari..siap dah adjust time ngan student paling lewat kelas pukul 4.30 habis kecuali hari Isnin je ada kelas sampai pukul 6 petang.
Pastu, takmo jadi macam tahun lepas dah yang selalu terskip sahur gara-gara tidur tak menentu sebab dak kembar.
Tahun ni kononnya kan nak train Luqman puasa..sian pulak dia kalau sahur pun kelam kabut..
Tapi tu sume citer SEBELUM puasa la...
Luqman ajak buat chocolate cake pun, mama ikutkan..Nanti nak puasa, tak kuasala nak membaking sakan.
Better buat kuih raya je camtu..
Sebelum puasa, semua adik beradik balik kampung..Kak Long dan anak-anak dah balik daripada hari Rabu. Family abang ngah pun dah balik hari Rabu malam. Kitorang je yang balik hari Khamis malam.
Dapatla si kembar main dengan sepupu-sepupu.
Seronok diorang buat sand castle n bagi ayam makan maruku (-___-)
Malam satu Ramadhan kitorang balik ke rumah semula.
Alhamdulillah hari pertama puasa berjalan dengan lancar walaupun tekak kering sebab ada 6 jam kelas..exhausted sikit!
Start hari kedua keadaan mula jadi tak best *for me la*
Sebab hari kedua kitorang terskip sahur..so, perut rasa berangin sikit pagi tu.
Tapi teruskan puasa jugak sebab alaaaahh macam tak pernah alami sebelum ni.
Tapi keadaan jadi tak sihat lepas berbuka sampai ke sahur.
Makan je mesti keluar balik.
Makan je mesti keluar balik.
Sampai pagi tu rasa macam tak larat sangat nak pergi kelas.
Tapi gagahkan diri jugak pergi kerja cam biasa dan pujuk hati yang lepas kelas mesti pergi klinik..
Semenjak hari tu, mood selalu swing..
Badan lemah, tak bermaya..
Selalu muntah-muntah. Nak makan pun takde selera..
Pergi dapur dan masak apatah lagi. Semalam baru ada kekuatan nak masak semula setelah da dekat seminggu papa je yang conquer dapur.
Itupun maybe Allah bagi kekuatan untuk masak buat suami..Sian dia takde lauk berbuka!
Hari ni dah masuk fasa kedua Ramadhan.
Harap Allah permudahkan!
Nanti kalau keadaan mengizinkan, kita sambung cerita hari ketiga yang pergi klinik tu..
InsyaAllah bukan berita yang buruk-buruk! *walaupun nangis dlm hati*
No comments:
Post a Comment