Indahnya beraya di desa..
Kaya dan miskin sama meraikan..
Mengikut kemampuan diri sendiri..
Bergembira...ooooo..
Inila wajah-wajah anak kesayangan berhari raya di desa..
Kembar happy je dengan aktiviti diorang..main buai, kutip bunga, rebut basikal sepupu..haha..
Raya
kami sekeluarga biasa-biasa saje.Malam raya masih lagi kat rumah mak,
pastu lepas berbuka baru siap-siap balik kampung suami kat Bagan Datoh.
Lepas sembahyang raya, trus pergi rumah tengah sebab Acik Adan ada buat
kenduri doa selamat sikit. Kitorang pun menjamu selera kat rumah dia
pagi tu..
Hari
ke2 pulak Mak Usu nak buat kenduri doa selamat kat rumah dia plak. So, kita ahli rumah
tolong Mak Usu masakla sebab majlis start pagi..Lepas makan, kita pun
dah flat..nasib baik masih gagah dan tak muntah-muntah sangat!
Wajah Luqman sangat susah nak capture ye sebab dia jumpa geng dan tak reti nak balik rumah.
Balik rumah Mak Usu pun sebab nak b*rak je..pastu lari balik rumah sebelah.
Kat kampung suami, jiran sebelah menyebelah semua makcik-makcik.
Ada rumah Mak Usu, Acik Adan dan Mak Ngah dalam kawasan yang sama..pilih je nak makan kat rumah mana..haha..tau makan je!
Selesai beraya di kampung, kita ada event penting plak kat rumah Kak Long.
Weekend kedua selepas raya, Along (anak sulung kakak) bertunang.
Maksu dia excited gakla sebab anak saudara sulung nak bertunang kan?
Kalau kahwen nanti tak taula..Opah ngan atok siap dah cakap nak sponsor lembu tu..Hah, untunglaaaa..
Wiken ketiga plak kita gather-gather ngan kawan-kawan..
Hari Sabtu pergi rumah orang, hari Ahad kita ajak orang datang rumah kita plak.
Seronok dapat kumpul ngan Sweet Sisters skali ngan family..bukan selalu.
Thanx korang datang rumah kita yang cenonet tu =)
Masa sisters datang, masak menu Soto, Macaroni goreng, Mi kari n trifle sebagai pencuci mulut.
Esok student plak nak datang..masih berfikir-fikir lagi nak jamu menu apa..
Hmmmm, seronok betul beraya sampai wiken keempat, esok pun masih banyak lagi undangan!
Puasa sebulan, raya pun sebulan (^_^)
No comments:
Post a Comment