Monday, August 29, 2016

:: Jamuan Perpisahan di Anjung Steamboat n Bbq, Kundang ::


Blog ni memang jarang-jarang nak citer pasal hal keje. Tapi rasa mcm jamuan kali ni istimewa, so kt update skali ngan review pasal restoran bbq+steamboat tempat ktorang buat makan-makan ni.

Jemputan ni dibuat oleh fakulti lama..now walaupun dah berpindah fakulti,kami masih dijemput utk join program-program diorang. Thats why i said it's special..because the people are also special. Thanx for the invitation =)

Tema aritu adalah merah + hitam.
Mak buyung ni memang takde outfit baru tapi kita mix n match saje.



Sebelum pergi,pose dulu kenang-kenangan kat fountain yang diorang baru buat ni sambil menunggu yang lain bersiap. 
Orang kata kalau taknak nampak perut, angkat kaki ke depan sikit.
Kita pun sebok nak try..haha. 
#coverbabybumpkecik
#17weekspreggy

Jamuan ni dibuat dekat Anjung D Tasik Biru, Kundang. Disebabkan buat kat tepi tasik, so view okla..ditambah angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kiranya the environment just nice utk kitorang yang memang tgh lapar..hiks. 

Daripada segi bayaran, RM35 untuk seorang cover nasi ayam,nasi goreng, bbq ayam daging kambing, steamboat with all kinds of seafood dan noodles seangkatan..n sup yg disediakan boleh dikatakan memenuhi tekak yg baru nak baik morning sickness ni.
Buah-buah, rojak pun disediakan..tambah dgn brownies sebagai pencuci mulut memang sangat kenyang.
Tapi paling win ialah aiskrim kot..siap boleh pilih nak perisa apa n nak ulang banyak kali pun boleh. Tapi sebab  perut dah padat n masing-masing pun rushing nak balik amik anak,so lepas bergambar ramai-ramai masing2 pn chow..








Definitely kalau ada peluang, boleh datang lagi lain kali. Tapi kalau nk makan dgn tenang, takleh angkut kembar la.
Kalau tak, diorang pun nak masak sama..hiks!



Sunday, August 21, 2016

:: Kisah kembar : Perkara penting semasa kelahiran ::




Emak pernah bagitahu ”Arwah makcik dulu, masa bersalin baru tau kembar.Bidan tu rasa macam ada seorang lagi bayi yang nak keluar. Iyelah, dulu mana ada scan ni semua”
                                                  
Saya  dah terbayang ’Gulp..Ingat kene teran sekali je, rupanya ada sorang lagi’.

Dramatik jugak kan kalau camtu. Sekarang ni takkan berlaku kes-kes yang tak dapat kesan mengandung kembar ni sampai lahir. Cuma komen-komen dekat group fb ada jugak yang cakap dia tahu yang dia mengandung kembar bila dah 5 bulan, 6 bulan.

Bila mengandung kali ni, rasa masih clear dalam fikiran persediaan yang saya perlu buat untuk kelahiran bayi. Berbeza dengan kelahiran kembar dulu, gap antara kelahiran diorang dan Luqman hampir empat tahun. Kemudian saya sibuk dengan pengajian master, so memang tak fikir dah isu nak menambah anak ni. Tapi kali ni, kembar baru je 2 tahun, jadi apa yang berlaku masa mengandung aritu memang masih dalam ingatan. Harap-harap kali ni persediaan lebih lancar dan lebih tenang menghadapinya.

Bila diingat-ingat balik, ada beberapa perkara yang mungkin tak expect masa bersalin kembar dulu. So, kali ni siap-siap tulis remarks kat sini supaya boleh jadi ingatan buat diri sendiri jugak.

Remarks;

1. Luqman lahir di hospital kerajaan. Jadi siapa yang pernah ada pengalaman yang sama, mungkin tahu yang hospital kerajaan memang menekankan kepentingan breastfeeding. Lepas je bersalin, ibu dah kene breastfeed baby dan masa luka dijahit pun, ibu masih dalam keadaan sedar. Dahla bersalin tengah malam, sampai pagi pun tak tidur sebab kene jaga Luqman sendirian di wad hospital. Dah pagi, baru dapat peluang berehat lepas suami datang semula.


Berbanding dengan pengalaman kedua melahirkan kembar, saya memilih untuk bersalin di hospital swasta. Serius masa tu seriau giler eh nak lahirkan dua babies. Tu belum campur takut kene czer lagi.

Ok, back to the story..Masa lepas kakak keluar, perasaan saya masih tak lega sebab nak kene push sorang lagi kan? So, bila nurse pegang kakak sementara adik nak keluar saya memang just focus untuk deliver seorang lagi. Bila adik lahir, tak lama nurse serahkan adik untuk dipeluk. Kemudian, adik diserahkan semula sebelum saya disuntik untuk direhatkan (ditidurkan) semasa jahitan luka dilakukan.

Dekat situ perasaan agak terkilan sikit sebab saya tak peluk kakak sebaik kelahiran berlaku. Memang lepas je sedar daripada tidur, terus cari kakak dan adik. Siap risau kalau-kalau diorang lapar sebab tak menyusu. So, kali ni memang saya bertekad untuk menjalankan perbincangan tentang perancangan kelahiran dengan doktor. Lagipun memang plan nak bersalin di hospital yang sama dengan kembar. Harapnya kali ni ada peluang nak breastfeed baby lebih awal dan harap-harap dapat menyusukan adik kembar sepenuhnya sampai umur dia 2 tahun.



2. Sebaik mana manusia merancang, Allah adalah perancang dan penentu terbaik. Jadi sebaiknya memang kene doa banyak-banyak supaya bayi dilahirkan sihat dan selamat. Semasa meniti hari-hari kelahiran, antara doa untuk kembar
·        Supaya kembar mempunyai berat melebihi 2kg setiap seorang, taknak diorang ditahan di NICU
·        Supaya jaundis kembar tak tinggi sebab saya ada pengalaman menyedihkan bila Luqman ditahan di wad semasa dia kuning.
·        Supaya kembar tiada sebarang komplikasi, kalau tak mama jadi ratu air mata.
·        Supaya saya dapat bersalin normal..taknak czer atau taknak sorang normal sorang lagi czer.


3. Kalau boleh, selain suami perlu ada ahli keluarga lain yang membantu semasa ibu sedang bersalin dan berpantang. Iyelah, kalau suami drive ketika ibu dan bayi nak pulang ke rumah, takkan lah ibu nak pegang lebih daripada 1 bayi. Jadi takdela baby tu tergolek plak kan kalau ayahnya brek mengejut karang! *joking*

Saya pun tak galakkan si ibu berpantang sendirian untuk kelahiran kembar. Sekurang-kurangnya mesti ada ahli keluarga, maid atau CL la..bukan senang especially for the first time twin/triplet mothers. Bersalin kali ni pun ingat nak survey mana-mana CL yang bagus.


4. Daripada sudut persediaan barangan, rasanya senarainya tetap sama dengan kelahiran single baby. Tapi pendapat peribadi saya, pam susu adalah antara persediaan yang penting. Kita tak boleh jangka bayi akan tinggal di hospital berapa lama. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah untuk saya dan babies. Lepas semalaman tinggal di hospital, esoknya dah boleh balik. Tapi maksu mempunyai pengalaman sebulan berulang-alik ke hospital sebab sorang kembar dah boleh balik, manakala seorang lagi ditahan di wad. Sebab tu  pentingnya pam yang baik untuk perahan. Dalam pantang pun, saya berkawan baik dengan pam susu..sebelah direct feeding, sebelah pam. Diorang tidur je pam..Trutttt..trutttt...trutttt *muzik latar*




 Fresh from the oven!



Saturday, August 20, 2016

:: Aktiviti Mengenal Bentuk Dengan Anak-anak ::


Rasanya sejak mama alahan ni, takde pun post pasal home activities anak-anak.
Sebenarnya ada je baca buku sama-sama, main toys sama-sama..yang mana mama laratla. Papa pun ada buat aktiviti jugak..buat lidi letak kertas,pastu main-main dengan kucing jiran. Itu pun dah buat budak2 ni ketawa..alahai, budak-budak kan?
Diorang ok je asalkan spent time dgn diorang.

So,wiken ni kita buat aktiviti dgn shapes.
Saje nak test Irdina dan Imanina boleh kenal bentuk tak?
Abang luqman boleh jadi fascilitator..hmm, tapi tak membantu pun. Dia buat dia punya je..haha.



Alhamdulillah, Dina Nina boleh kenal shapes triangle,rectangle and circle tu masing-masing. Sebab bila lekatkan dekat kertas ikut bentuk, diorang boleh pilih shapes yg betul.
Cuma fokus diorang takdela lama. Lepas tu adik dah keronyok kertas-kertas tu. Kakak pulak dah boring.
Tapi takpela, asalkan dapat sit down together for 10 to 15 minutes pun dah ok.




Happy weekend everyone.

Thursday, August 18, 2016

:: Kisah Kembar 1 : Excited ker bila tau mengandung kembar? ::


Tak dinafikan anak kembar ni nampak comel..sebab tu agaknya ramai antara kawan-kawan yang suka share tips nak dapat bayi kembar. Oh, kenapa diri sendiri tak macam tu ye sebelum mengandungkan si kembar? Padahal kalau diikutkan genetik kembar dalam keluarga  memang agak kuat.

Emak sendiri mempunyai 3 orang adik beradik dan kedua-duanya mempunyai anak kembar. Sepupu emak belakang rumah juga kembar. Belah abah pulak, saya ada 3 orang sepupu yang mempunyai kembar. Hebat kan keturunan kembar kitorang?Hiks..

Nak dijadikan cerita, emak yang takde anak kembar telah dapat cucu kembar pula. Ini dinamakan rezeki. Uish, memang tak expect langsung ada dua bayi dalam kandungan yang kedua. Suami apatah lagi..mungkin waktu lepas bagitahu dia, dia terus garu kepala kot! Haha..Suami siap fikir sampai nak tukar kereta waktu tu. Adoi, apa kaitan kereta dengan kembar bang oi?! Iyelah, nanti ada dua orang bayi campur Luqman dah berlima. Nak sumbat pampers dua katon lagi kan ke tak muat bonet kereta MyVi. Haha..exaggerate sungguh my husband nih!

Masa first scan during confirmation of this pregnancy, Dr. just tengok heartbeat dan kandungan tu je..Memang tak de cakap pun pasal twin! Kandungan kembar ni baru dapat dikesan sewaktu buka buku merah di klinik kesihatan pada minggu kesembilan. Ni dah citer kat entry dulu2..Masa tu rasa pelik sangat bila doktor tu scan perut lama, padahal waktu dah menghampiri 5 petang (waktu klinik dah nak tutup kan?). Ooeeeemmmgeee, rupanya dia nak pastikan kandungan tu betul-betul kembar. Dang, masa tu terus speechless!


Remarks:

1- Perkara paling simple namun ianya penting untuk ingatan even bagi diri sendiri. Parents perlu redha dan syukur dengan kehamilan nie..especially when it comes to unpredicted or 'accident' pregnancies. Maklumlah, kadang-kadang cabaran mengandung kembar ni lebih..Morning sickness terukla, ulang-alik hospital la, perut rasa nak meletop la. Memang haru kalau hati tak happy..

2-Lepas ni if we confirm pregnant, better tanya Dr. single baby or more..Tak kesahlah ada keturunan kembar ke tak. Supaya precaution dapat dilakukan lebih awal, persediaan mental dan fizikal juga. Takziah to my good friend yang kehilangan kembar dia seawal waktu 12 minggu kehamilan dan hanya dapat tahu bila baby dah takde. Bukan salah sesiapa pun, just takde rezeki. Kalau tak, both of us ada kembar, dear!

3- Berita baik ni apa salahnya kalau kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat. Selain boleh mendoakan, mereka juga boleh membantu/memahami semenjak daripada kehamilan si kembar lagi. Sebagai contoh, emak sayalah yang turut bersengkang mata bila si kembar buat hal masa dalam pantang di kampung. Dua-dua suasah nak tidur..so, saya handle sorang, emak tolong dodoikan seorang lagi. Macam emak saya, dia dah paham sebab pernah jaga 2 orang adik ada kembar. Situasi ibu lain mungkin berbeza.

4- Suami, pleaaaaasseee jadi rajin. You gonna be a father of multiples!
Sian tau wife kalau nak kendalikan kembar sorang-sorang. Itu kalau takde anak lain, kalau ada anak lain lagilah sibuknya. My husband memang independent orangnya..Masa morning sickness mengandung Luqman, pukul 3 pagi dia tolong masakkan nasi goreng. Masa kembar, siap pergi Empire Subang carikan pavlova sedap. Pregnant kali ni, dia siap belajar dan buat tepung talam sebab ada orang tu merajuk sebab tak belikan kuih manis-manis kat bazar Ramadhan. Kononnya apepun tak selera, nak tu je..Ngehngeh, I know ngada sangat. Tapi sebab tu kot my husben ada anak kembar! =)





Comel ke ada kembar?? Hukhuk, inila style terbaru diorang bertangkap gambar..sangat tak memberi kerjasama! *iconmatakeatas*



Wednesday, August 17, 2016

:: Kisah Kembar : Pengenalan ::


Hi  and Assalamualaikum. 
Welcome again to myself..asyik cerita raya je..Dah habis Syawal dah pun kan?

This week it has been 16 weeks of pregnancy..tapi morning sickness tetap ada. 
Alah, dah boring asyik tak sihat jela..go awaaaaayyy pleeassseee!
Minggu depan dah kene minum air gula kat klinik..nanti tak pasal-pasal muntah sebab perut masih tak ok 
*sadface*

Sebenarnya, since bersalinkan kembar macam ada plan to write our journey on raising the twins..
Dan actually ada jugak cari complete guide how to handle the twins masa mengandung dulu. Tapi malangnya tak jumpa buku yang fokus on multiple babies.
Sehinggalah jumpa buku kat bawah ni masa twins dah umur setahun lebih kot!



Masa mengandungkan kembar, banyak refer to blog orang jela..
Tapi itupun tak cerita dengan detail perihal macammana twins' parents hadapi situasi tertentu, cabaran-cabaran sepanjang pembesaran kembar, ataupun tips..mungkin ada tapi tak banyak!

So, I guess I want to start writing about my kembar dengan lebih detail..
Kisah kembar ni bukan berdasarkan fakta ye, lebih kepada cerita pengalaman sendiri..supaya diri sendiri tak lupa, maklumla kan sekarang dah nak menambah anak lagi..ngeh ngeh~
Dengan harapan jugak supaya becoming parents of twin pun boleh share suka duka how to raise the multiples! 
Iyelah..kita dulu dok sedih sorang-sorang morning sickness teruk n selekeh macam hantu mak limah..
Tu belum campur kesedihan tak dapat menyusukan kembar sepenuhnya lagi.
So, hopefully when we share our writings, korang takdelah ulang kesilapan kita lagi ye..
Eh, WE plak ye..sila la sang suami beri input jugak (^__^)

Nak tunggu buat buku sendiri, memang seploh tahun lagi la kot baru siap.
Itupun aritu dah tulis 5 pages kot..skali laptop kene format dah hilang sume.
Itu salah satu sebab jugak rasa cam nak menulis kat blog ni. 
Kot-kot ramai ada plak yang baca sini dan dapat manfaat, penulis pun tumpang happy..mana tau boleh buat ebook *okeh, sila jangan poyo*

That's my mission.
Harap ada yang suka.