Sunday, August 21, 2016

:: Kisah kembar : Perkara penting semasa kelahiran ::




Emak pernah bagitahu ”Arwah makcik dulu, masa bersalin baru tau kembar.Bidan tu rasa macam ada seorang lagi bayi yang nak keluar. Iyelah, dulu mana ada scan ni semua”
                                                  
Saya  dah terbayang ’Gulp..Ingat kene teran sekali je, rupanya ada sorang lagi’.

Dramatik jugak kan kalau camtu. Sekarang ni takkan berlaku kes-kes yang tak dapat kesan mengandung kembar ni sampai lahir. Cuma komen-komen dekat group fb ada jugak yang cakap dia tahu yang dia mengandung kembar bila dah 5 bulan, 6 bulan.

Bila mengandung kali ni, rasa masih clear dalam fikiran persediaan yang saya perlu buat untuk kelahiran bayi. Berbeza dengan kelahiran kembar dulu, gap antara kelahiran diorang dan Luqman hampir empat tahun. Kemudian saya sibuk dengan pengajian master, so memang tak fikir dah isu nak menambah anak ni. Tapi kali ni, kembar baru je 2 tahun, jadi apa yang berlaku masa mengandung aritu memang masih dalam ingatan. Harap-harap kali ni persediaan lebih lancar dan lebih tenang menghadapinya.

Bila diingat-ingat balik, ada beberapa perkara yang mungkin tak expect masa bersalin kembar dulu. So, kali ni siap-siap tulis remarks kat sini supaya boleh jadi ingatan buat diri sendiri jugak.

Remarks;

1. Luqman lahir di hospital kerajaan. Jadi siapa yang pernah ada pengalaman yang sama, mungkin tahu yang hospital kerajaan memang menekankan kepentingan breastfeeding. Lepas je bersalin, ibu dah kene breastfeed baby dan masa luka dijahit pun, ibu masih dalam keadaan sedar. Dahla bersalin tengah malam, sampai pagi pun tak tidur sebab kene jaga Luqman sendirian di wad hospital. Dah pagi, baru dapat peluang berehat lepas suami datang semula.


Berbanding dengan pengalaman kedua melahirkan kembar, saya memilih untuk bersalin di hospital swasta. Serius masa tu seriau giler eh nak lahirkan dua babies. Tu belum campur takut kene czer lagi.

Ok, back to the story..Masa lepas kakak keluar, perasaan saya masih tak lega sebab nak kene push sorang lagi kan? So, bila nurse pegang kakak sementara adik nak keluar saya memang just focus untuk deliver seorang lagi. Bila adik lahir, tak lama nurse serahkan adik untuk dipeluk. Kemudian, adik diserahkan semula sebelum saya disuntik untuk direhatkan (ditidurkan) semasa jahitan luka dilakukan.

Dekat situ perasaan agak terkilan sikit sebab saya tak peluk kakak sebaik kelahiran berlaku. Memang lepas je sedar daripada tidur, terus cari kakak dan adik. Siap risau kalau-kalau diorang lapar sebab tak menyusu. So, kali ni memang saya bertekad untuk menjalankan perbincangan tentang perancangan kelahiran dengan doktor. Lagipun memang plan nak bersalin di hospital yang sama dengan kembar. Harapnya kali ni ada peluang nak breastfeed baby lebih awal dan harap-harap dapat menyusukan adik kembar sepenuhnya sampai umur dia 2 tahun.



2. Sebaik mana manusia merancang, Allah adalah perancang dan penentu terbaik. Jadi sebaiknya memang kene doa banyak-banyak supaya bayi dilahirkan sihat dan selamat. Semasa meniti hari-hari kelahiran, antara doa untuk kembar
·        Supaya kembar mempunyai berat melebihi 2kg setiap seorang, taknak diorang ditahan di NICU
·        Supaya jaundis kembar tak tinggi sebab saya ada pengalaman menyedihkan bila Luqman ditahan di wad semasa dia kuning.
·        Supaya kembar tiada sebarang komplikasi, kalau tak mama jadi ratu air mata.
·        Supaya saya dapat bersalin normal..taknak czer atau taknak sorang normal sorang lagi czer.


3. Kalau boleh, selain suami perlu ada ahli keluarga lain yang membantu semasa ibu sedang bersalin dan berpantang. Iyelah, kalau suami drive ketika ibu dan bayi nak pulang ke rumah, takkan lah ibu nak pegang lebih daripada 1 bayi. Jadi takdela baby tu tergolek plak kan kalau ayahnya brek mengejut karang! *joking*

Saya pun tak galakkan si ibu berpantang sendirian untuk kelahiran kembar. Sekurang-kurangnya mesti ada ahli keluarga, maid atau CL la..bukan senang especially for the first time twin/triplet mothers. Bersalin kali ni pun ingat nak survey mana-mana CL yang bagus.


4. Daripada sudut persediaan barangan, rasanya senarainya tetap sama dengan kelahiran single baby. Tapi pendapat peribadi saya, pam susu adalah antara persediaan yang penting. Kita tak boleh jangka bayi akan tinggal di hospital berapa lama. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah untuk saya dan babies. Lepas semalaman tinggal di hospital, esoknya dah boleh balik. Tapi maksu mempunyai pengalaman sebulan berulang-alik ke hospital sebab sorang kembar dah boleh balik, manakala seorang lagi ditahan di wad. Sebab tu  pentingnya pam yang baik untuk perahan. Dalam pantang pun, saya berkawan baik dengan pam susu..sebelah direct feeding, sebelah pam. Diorang tidur je pam..Trutttt..trutttt...trutttt *muzik latar*




 Fresh from the oven!



1 comment:

  1. Casino Review 2021 - GoyangCafe
    The casino boasts more than 바카라 롤링 400 live games. From classics to video poker to roulette, you'll 잭팟시티 enjoy a 포커배열키보드 variety of table games such as 파라오 도메인 Blackjack, 벳 센세이션

    ReplyDelete