Thursday, December 29, 2016

:: Cerita di sebalik hadiah birthday ::


Just two days before we left 2016..oooheemgee..
So, lets take some time to finish whatever stories in this year. 
Adoiii, azam nak berblog selalu ni memang ke laut..should improve in 2017 =)

Tak pastilah adakah ini suatu kelebihan atau apa?
Tapi bila dah kahwin dengan encik suami 7 tahun ni dah boleh agak jawapan dia bila kita tanya "Papa nak hadiah apa untuk birthday?" 
Pastu jawapan dia lebih kurang  "Takpe, takyah bagi apa-apa", 
"Mama simpan je duit tu buat nak bersalin, Luqman nak masuk sekolah"
Memang senang kan kerja kita kalau suami cakap camtu?
But, as a complicated mother n wife its become a pressure taw.
Sebabnya..okeyla dia taknak hadiah, tapi kt nak hadiah *materialistic wife* =P 

Tu yang tak syok tu bila birthday selang sehari.
Bila suami mithali belikan ko hadiah, pastu time birthday dia ko pon goyang kaki je tak buat pape, tak ke rasa bersalah?! kah kah..
Dahlah time mengandung ni na'uzubillah punyalah malas masak.
Harap sangat tak kenan ngan anak pompuan kat dalam ni.
Time kaki dah bengkak-bengkak, sakit pinggang lagi memang tak kuasa la plak nak membaking kek ke, buat grilled lamb chop untuk candle light dinner ke..
Maka, terpaksala jugak memerah otak dengan jangkaan jawapan suami yang taknak hadiah tu..meh meh.

Akhirnya, decide nak order tshirt je dengan design sama untuk semua orang.
Oh yeahh, semua dapat baju baru sempena birthday papa! 
Setiap baju ada tulis "Our Cute Genes Come From Papa"
Sorry Pa, thats the sweetest caption that I could think.
So, bila anak-anak pakai kat luar, mesti diorang tengok 'Eh iyalah papa dia cute' Bahahaha...*evil laugh*

Nak dijadikan cerita jugak, handphone sendiri yang dah retak seribu tu terkena air masa charge kat dapur. 
Malam sebelum tu, handphone tu tetiba macam dah cari pasal off sendiri walaupun belum habis bateri.
So, bila kene air kat dapur tu walaupun rasanya macam tak banyak pon, tapi boleh plak dia taknak hidup. Eh bukan sengaja basahkan taw!
Incik suami plak terus offer nak belikan handphone. 
Yang tak tahan tu statement dia "Ala...terpaksala bagi hadiah awal"
APA? TERPAKSA? AWAL?
Rasa nak cakap je.. 'Papa, hari ni 18hb, which is our wedding anniversary'
Memang la my birthday 21hb dan consider awal la kalau hadiah ni ikut tarikh birthday. 
Tapi at least cakapla..
'Ni consider hadiah birthday sekali ngan anniversary tau Ma' 
Sedap sikit la mendengarnya.

Apepun thats ok Pa, I juz make a joke!
7 tahun dah kahwen..Thank you Allah for giving me a reallll man who completes me n being my complement!
Kalau dapat sebijik perangai lagi haru!











#18hbanniversary
#21hbbirthdayisteri
#23hbbirthdaysuami


No comments:

Post a Comment