Sunday, September 28, 2014

:: Kek cawan dan kek marble ::

Dulu, pernah jugak terfikir nak slalu dok umah jer time weekend..kurangkan makan mamak..kurangkan makan fast food..kurangkan merambu kat shopping complex..dok umah jer, simpan duit!!muahaha.. That's a conservative part in me la. Padahal dok diam2 kat opis pun bole membeli online jugak..haha..

Sekali Allah berikan kami anak kembar..haa, padan muka hasnur!
Lepas dapat kembar, berjalan pun kene memilih. Nak bercuti pun blum boleh lagi..Paling jauh pun balik kampung jela. Senang cerita, kitorg akan terperuk je kat rumah hari Sabtu Ahad melainkan balik kampung dan skali skala nak kluar.

Kalau ikutkan, banyak  juga hikmah dengan kehadiran si kembar. Mama papa duduk rumah means lebih banyak masa dihabiskan dengan anak-anak. Lebih banyak aktiviti yang kene fikirkan untuk Luqman, mama papa kene jadi cikgu untuk homeschool Luqman..bestnye!!haha..tipu sangat statement ni..[wiken je basah ketiak layan anak2, kemas rumah n masak]

So, minggu ni kita buat aktiviti lagi guna apa yang ada kat rumah..

Since cawan kertas ni dok tersimpan dalam kabinet dapur tak berguna-guna. Let's utilize it..

Aktiviti senang saje..Mama pilih untuk tulis numbers in words sebab Luqman da terer giler bab numbering nih..So, nak tengok dia recognize numbers in words pulak.

Actually it is better to put the cups in random. Sebab lepas ni nak suruh dia masukkan syiling ikut bilangan nombor yang dituliskan dalam cawan kertas tu. Ni Luqman pandai-pandai susun sebab dia tau da la jawapannya..


Instead of using coins, maybe u can try with another options: marbles, balls, etc.Aktiviti homeschool kan pakai je barang yang ada kat rumah?

So, selain instruction masukkan syiling ke dalam cawan kertas mengikut bilangan. Bole juga suruh dia kenalpasti nilai duit tersebut. Cthnya, 10 sen dalam satu cup, 50sen dalam cup yang lain..Then, kita bole tengok anak kita bole kenal ke tidak nilai yang sama walaupun 10sen ada design syiling yang berbeza-beza. Akhirnya berguna jugakla cawan kertas mama tu walaupun tak guna untuk buat kek.
-
-
-
-

Eh2, tapi kek tetap ada jugak ye..

Tadaa..kek marble hasil kacauan mama, papa dan luqman..



 Sebenarnya, nak pulang mangkuk jiran sebelah. Jiran kitorang ni sangat sangat rajin memberi makanan. Dahla dia yg jaga si kembar. Kadang-kadang dalam sehari tu dua kali ketuk rumah antar makanan..Ish, malu ai, tapi suka jer..hehe. Hari ni ada masa sikit nak masak, bolela memulang pinggan..Sup ikan dengan kek marble..Pufft, skali lagi wiken kami di rumah!

Thursday, September 18, 2014

:: Ainun mata, Uzunun telinga, Roksun?? ::

Maaf, ini bukan kelas bahasa arab..just homeschool activities for Luqman again! Mama saje teringat ilmu bahasa arab mama yang kian pupus nie.. 

Semalam kemas-kemas opis, mama terjumpa mendealah sticker ni kat drawer..so, mama ada idea nk buat aktiviti ngan Luqman malam nanti. Juz simple activity instead of tengok kartun je kan?!

First, kene ada sticker la, tak kesah shape apa pun..


 Pastu, buku bergambar camni..so that, dia bole relate benda yg dia baca dalam buku ngan real parts of his body..


Dan yg paling penting ialah model  yang sporting. Pastikan emosi model ni baik-baik ye, jangan dia tgh penat-penat korang suruh dia main aktiviti ni..instead nak happy, jadi nanges plak kang!

 Eh..eh..handsomenya papa Luqman *big smile*

 So, aktiviti yang sangat simple..

1. Go trough je baca buku ngan dia..macam bahagian badan yang biasa- MATA, HIDUNG, MULUT, KAKI dan lain-lain tu biasanya anak-anak kita memang da tau, cuma nak perkenalkan bahagian lain like dagu, siku, peha, dahi - kadang2 Luqman ingat-ingat lupa. So, kat sini perlukan model supaya dengan cara bermain harap-harap Luqman bole ingat..


So, bila mama cakap bahagian badan, Luqman kene tampalkan sticker tersebut ke tempat yang sepatutnya..hehe, so inila hasilnya..

 Aik, apsal papa yg handsome da bertukar?!Hehe.. Itula mama kan da pesan pose comel2 taknak..kihkih

Okla, yang penting masa budak tecit ni terisi..
Bila Luqman da besar nanti mama ajar Luqman tampal marker, and digitize body parts guna software Vicon. Macam yang mama belajar subjek Biomechanics masa master dulu..wah!!


Happy face..Nite! Nite!

Wednesday, September 17, 2014

:: Random pic ::

Kakak Dina...

Dia kelihatan lebih tenang

Dia selalu mengalah

Kelembutannya menggembirakan hati mama dan papa


Adik Nina...

Dia adalah anak yang manja


Dia penceria suasana
 
Keletahnya buat mama terbayang-bayang


Abang Luqman?!

Dia buah hati pertama mama dan papa

Dia aktif, namun dalam hati ada taman..


Anugerah Allah yg tidak ternilai

Kesimpulannya,

Amanah ini harus dijaga rapi


Tanpa mereka bertiga, sunyi sepi hidup kami..

Sunday, September 14, 2014

:: Luqman's activities ::

Minggu ni mama, papa & Luqman busy..haha, 'busy' sangat!! Mama ada perhimpunan bulanan hari Isnin (pergi juga walaupun kononnya apply cuti) - Selasa  bawa adik2 pergi checkup 4 bulan - Rabu ada e-learning course & meeting - Khamis ada Bengkel Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) di Shah Alam Convention Centre- n Jumaat bawa Luqman ke ofis sebab dia demam n takmo pg rumah babysitter dia. Itupun nasib baik tak jadi pindah ofis hari khamis dan jumaat tu, kalau tak lagi penat nampaknya..

Tadika Luqman plak buat rombongan pergi Planetrium Negara hari Rabu lepas. Dari hari Isnin cikgu bgtau yg ada lawatan  tue, Luqman eksaited giler. Jadinya dari hari Isnin tu tak bole tdo lena. Kejap-kejap terbangun tdo tengah malam, nak naik van katanya.."Luqman tgh mlm ni, zzz..mama ngantuk nie" . Pastu cam ada simtom2 insomnia plak dia ni..mata terkebil-kebil mcm menandakan mata tu da penat. Tapi bila suruh tidur, xmo. Itu yang ari khamis malam tu badan dia panas, badan tak cukup rehat agaknya. Alhamdulillah, nie da ok da..

pic : ehsan mr. google..

 Hari Sabtu adalah hari yang huru-hara buat me n my hubby..hoh, apsal ntah sume orang tak nak tdo, dahla memasing buat perangai lak tu. Stress tahap sampai pening kepala mak korang nie..Luqman pon cam nak perhatian je..mulut dia dahla pok pek pok pek sekarang nie. Ok Luqman, meh kita buat aktiviti okeh!

Bahan-bahannya adalah...ceh, macam main masak2 lak..


Colourful bowls..cap ikea. Bagi alasan kat papa, kononnya senang nak bagi kembar makan 6 bulan nnti da ada mangkuk plastik..huhu, sebenarnya takut kene marah sebab da beli macam2 benda bulan lepas..


Then, kene ada tepung ubi..


Pewarna makanan untuk jadikan aktiviti lagi fun..


Multiple spoon

Ok, tu je bahan2nya..senang kan???


 -
-
-
-
-
Hooyeehh..mari sepahkan rumah!!


Ok, task untuk aktiviti nie adalah..

1. Kene susun mangkuk warna-warni tu dan masukkan tepung ubi kayu  mengikut sukatan sudu yang berbeza ke dalam mangkuk yang berbeza.

2. Kemudian,  Luqman boleh masukkan air dalam sukatan yg pelbagai. Kat situ nak blaja tahap kelikatan okeh..Kalau air sikit, nanti tepung tu jadi melekit-lekit cam gam kan? Dulu mama xde gam, buat camtula nak tampal-tampal gambar kat buku..pastu tak melekat sangat! Haa..sedey kan? #dramasangat

3. Pastu, kalau nak best lagi boleh tambah pewarna epal ke supaya larutan tepung tu berwarna hijau atau perisa coklat emulco tuk banyakkan warna..lepas tu mama pun pitam tgk rumah penuh tepung..haha..



Bab sepah rumah memang serah kat dia..tengok siap tanggal sluar plak sebab da basah. 
Cukupla aktiviti untuk hari ni ya luqman. Untuk mengelakkan rumah yg baru dimop nie bertambah kecah, harusla menghalau budak kecik ni sambung main kat dalam bilik air je..

Happy la sekejap dia, pastu malam dia buat perangai balik..#sikitlagimamajadihulk

Luqman xmo sedey2 ok, dia rasa kurang perhatian kot bila ada adik kembar ni, itu yg kadang2 merengek la, xnak tidur la, cakap kuat2 la, dan macam-macam lagila.Dont worry luqman, mama n papa will always luv u. Nanti kita buat aktiviti sesama lagi k.. cayangg luqman <3>