Minggu ni mama, papa & Luqman busy..haha, 'busy' sangat!! Mama ada perhimpunan bulanan hari Isnin (pergi juga walaupun kononnya apply cuti) - Selasa bawa adik2 pergi checkup 4 bulan - Rabu ada e-learning course & meeting - Khamis ada Bengkel Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) di Shah Alam Convention Centre- n Jumaat bawa Luqman ke ofis sebab dia demam n takmo pg rumah babysitter dia. Itupun nasib baik tak jadi pindah ofis hari khamis dan jumaat tu, kalau tak lagi penat nampaknya..
Tadika Luqman plak buat rombongan pergi Planetrium Negara hari Rabu lepas. Dari hari Isnin cikgu bgtau yg ada lawatan tue, Luqman eksaited giler. Jadinya dari hari Isnin tu tak bole tdo lena. Kejap-kejap terbangun tdo tengah malam, nak naik van katanya.."Luqman tgh mlm ni, zzz..mama ngantuk nie" . Pastu cam ada simtom2 insomnia plak dia ni..mata terkebil-kebil mcm menandakan mata tu da penat. Tapi bila suruh tidur, xmo. Itu yang ari khamis malam tu badan dia panas, badan tak cukup rehat agaknya. Alhamdulillah, nie da ok da..
pic : ehsan mr. google..
Hari Sabtu adalah hari yang huru-hara buat me n my hubby..hoh, apsal ntah sume orang tak nak tdo, dahla memasing buat perangai lak tu. Stress tahap sampai pening kepala mak korang nie..Luqman pon cam nak perhatian je..mulut dia dahla pok pek pok pek sekarang nie. Ok Luqman, meh kita buat aktiviti okeh!
Bahan-bahannya adalah...ceh, macam main masak2 lak..
Colourful bowls..cap ikea. Bagi alasan kat papa, kononnya senang nak bagi kembar makan 6 bulan nnti da ada mangkuk plastik..huhu, sebenarnya takut kene marah sebab da beli macam2 benda bulan lepas..
Then, kene ada tepung ubi..
Pewarna makanan untuk jadikan aktiviti lagi fun..
Multiple spoon
Ok, tu je bahan2nya..senang kan???
-
-
-
-
-
Hooyeehh..mari sepahkan rumah!!
Ok, task untuk aktiviti nie adalah..
1. Kene susun mangkuk warna-warni tu dan masukkan tepung ubi kayu mengikut sukatan sudu yang berbeza ke dalam mangkuk yang berbeza.
2. Kemudian, Luqman boleh masukkan air dalam sukatan yg pelbagai. Kat situ nak blaja tahap kelikatan okeh..Kalau air sikit, nanti tepung tu jadi melekit-lekit cam gam kan? Dulu mama xde gam, buat camtula nak tampal-tampal gambar kat buku..pastu tak melekat sangat! Haa..sedey kan? #dramasangat
3. Pastu, kalau nak best lagi boleh tambah pewarna epal ke supaya larutan tepung tu berwarna hijau atau perisa coklat emulco tuk banyakkan warna..lepas tu mama pun pitam tgk rumah penuh tepung..haha..
Bab sepah rumah memang serah kat dia..tengok siap tanggal sluar plak sebab da basah.
Cukupla aktiviti untuk hari ni ya luqman. Untuk mengelakkan rumah yg baru dimop nie bertambah kecah, harusla menghalau budak kecik ni sambung main kat dalam bilik air je..
Happy la sekejap dia, pastu malam dia buat perangai balik..#sikitlagimamajadihulk
Luqman xmo sedey2 ok, dia rasa kurang perhatian kot bila ada adik kembar ni, itu yg kadang2 merengek la, xnak tidur la, cakap kuat2 la, dan macam-macam lagila.Dont worry luqman, mama n papa will always luv u. Nanti kita buat aktiviti sesama lagi k.. cayangg luqman <3>3>
No comments:
Post a Comment