Thursday, October 22, 2015

:: DIAgnosis2 ::


Saya suka membaca..Maksudnya, membaca buku, majalah atau pun novel yang di luar bidang saya mengajar. Sebab dengan membaca saya jumpa 'me-time', dengan membaca saya dapat distract 'list of works to do' yang tak pernah abis dalam kepala saya. Alasan klise untuk tambah pengetahuan pun termasuk jugak kenapa setiap satu masa saya mesti ada buku untuk dibaca..Selalunya,  topik parenting, motivation, islamic, fnance menjadi pilihan..Tapi kali ni tak tau kenapa dengan cepat tangan saya menempah buku ber-genre medical untuk dibeli. So, dua buah buku menjadi pilihan..

Buku 1 : 365 untuk dihadiahkan pada Diana sempena birthday dia. 

Buku 2 : Diagnosis2, tulisan sekumpulan doktor melalui pengalaman dan cerita kerjaya mereka ..
Buku yang saya kira cukup sempurna untuk memberi pemahaman tugas seorang doktor mahupun houseman secara kasar. Buku yang membuatkan sekurang-kurangnya saya pernah dengar perkataan  code blue, intravenous, anaest dan branula..Buku yang mahu pembaca tau bahawa mati itu benar, mati itu pasti dan tiada yang lebih pasti sepasti mati. 

Macam yang saya cakap pada Diana..maybe Allah yang gerakkan untuk Hasnur beli buku nie..
Tak sangka, semalam saya berdepan sendiri dengan doktor di jabatan onkologi, saya berbincang sendiri dengan 'anaest' di code blue area seperti yang saya baca dalam buku tu..

Allahurabbi, semoga operation abah berjalan lancar minggu depan..

"Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran"
(Surah Al-Baqarah, 185)




No comments:

Post a Comment