Hai dan Assalamualaikum semua..
Hari ni aktiviti penuh untuk sehari. Pagi ada kelas, petang plak menghadiri konvokesyen pelajar. Fuhh!
*happy to see students and parents' smiling face*
Kalau konvo anak kita camne la kan? Anak baru nak konvo tadika pun da rasa excited giler..Haha, camnila mak yang full of drama (^__^)
*happy to see students and parents' smiling face*
Kalau konvo anak kita camne la kan? Anak baru nak konvo tadika pun da rasa excited giler..Haha, camnila mak yang full of drama (^__^)
Ok, ni nak citer pasal aktiviti weekend yang lepas...
Papa Luqman ada perlawanan persahabatan hoki dekat Stadium Bukit Jalil. Since we don't have any plans that day, we agreed to join him ..Angkut sume skali termasuk atok Luqman pergi stadium. Luqman memang sangat excited la coz dapat main dengan uncle2 dekat padang yang luas..
Sikit pun tak takut main dengan uncle2 tu kat tengah padang nun.
Dah nampak dah minat dia towards sport tu..
Dah nampak dah minat dia towards sport tu..
Papa kata nanti Luqman Dina Nina dah besar, nak angkut diorang main hoki..Haippp, mama reject application for the two girls. Luqman boleh, Dina Nina tak boleh!! Ganas sangat bagi mama..takut taw kalau tengok player yang betul2 hebat tu main. Kayu ngan bola hoki tu berdesup-desup celah kaki, adoi terkena bola je boleh lebam tau! Lebih baik Dina n Nina belajar menyulam..Eh?! (T__T)
Ada gaya pemain hoki kebangsaan ke ni? Papa takat ada pengalaman training dengan pemain hoki kebangsaan sekejap masa kat UPM dulu..Kitorang dah berangan nak cari akademi hoki, kot2 Luqman berminat..
Anak-anak perempuan ni pun sibuk nak main sama, lari ke tengah-tengah padang. Last-last, papa dapat main hanya 15 minit je. Pastu terpacak tepi turf dokong anak. Haha, lepas ni confirm dia fikir duoploh kali nak bawak kitorang tengok dia main. Gambar kat atas tu kelabu sebab masa ni air pancut baru buka nak basahkan padang turf.
Keesokan harinya, kitorang tak pergi mana-mana pun. Petang pun hujan lebat kat rumah. Mama ngan papa baru nak tido time hujan, kembar dan Luqman da segar baru bangun tidur.
Hujan-hujan, perut pun lapar. Mama teringin pisang goreng cheese, tapi papa malas nak layan sebab dia kata da pukul 6 petang. Luqman plak minta buat kek...Hmm, dengan keadaan rumah yang kecoh tu, setuju jugakla dengan permintaan Luqman nak buat kek tu. So, papa keluar beli bahan-bahan nak buat kek cawan coklat kukus.
Bersungguh-sungguhla Luqman menolong mama..Dari pecahkan telur, mengayak tepung dan menabur coklat rice..sume nak tolong. Kalau tengok gambar cupcake dalam cawan pink ni cantik je. Gambar ni kenangan terakhir sebelum semua ni terbalik kat dalam periuk kukus. Haha, sangatla tension uolls...
Nasib baik ada balance adunan, dapat buat dalam 6 cawan cupcakes lagi. Kalau tak memang masuk Batu Belah Batu Bertangkup la jawabnya sebab kempunan cupcakes sendiri..Haha, dari bekas kek kaler pink terus tukar bekas kaler hitam. Memang tragis sungguh..Nasib rasanya sedap!
No comments:
Post a Comment