Wednesday, December 30, 2015

:: Birthday Kitorang ::

Assalamualaikum..

Adoii, cepatnya masa berlalu..da nak masuk tahun baru kan?
Balik-balik entry pre-anniversary..mana entry anniversary nya?
Haha..takde eh, sebab time anniversary tu, time tu la nak gadoh. Tapi tak lama pun, papa ajak pergi Kaison kat Paradigm Mall cari wall paper untuk bilik tidur terus baik balik..Haha, mudah sangat Mama Luqman ni  terperdaya dengan  duniawi.

Since tarikh anniversary and birthday yang rapat-rapat, kami jarang sambut asing-asing. 

18 Disember : Anniversary
21 Disember : My birthday
23 Disember : Hubby's birthday

Selalunya, sambut sekali harung je..jimat budget kan? Kadang-kadang buat dunno je. Haha..Cuma kalau lupa memang kene bagi air bacaan Yassin la supaya ingatan tu kuat sikit.Aish, berani nak lupa birthday masing-masing?! *mata kecik pandang atas bawah*
Pada setengah orang mungkin tak penting sangat sambut Birthday n Anniversary ni..For me pun yang semakin meningkat usia ni, hadiah tu mungkin da kurang penting sebab bila-bila masa pun pasangan boleh beli hadiah kalau dia ada duit lebih, takyah tunggu important dates.
Tapi I think ingatan tu penting kot, wish birthday bukan pakai duit pon, pakai air liur je!
Pastu kalau ingat, kan bole doakan pasangan..

"Ya Allah ya Tuhanku, hari ni hari kelahiran pasanganku. Engkau limpahkanlah rahmatMu kepadanya, murahkanlah rezekinya, panjangkanlah usianya. Engkau kurniakanlah segunung pahala buat ibu mertuaku yang telah melahirkannya"

Tu contohla..Abis tu, kalau tak ingat birthday langsung acaner?!Aiyaa..
Mungkin dah biasa doa camtu kot hari2 *husnuzzon*
Ni bukan nak emo, tapi ok kot kan kalau ada sedikit ingatan untuk hari-hari yang penting supaya hari tersebut lebih istimewa berbanding hari-hari yang lain.
 Cuma sikit tak pahamla kalau orang takde inisiatif nak ingat tarikh penting2 tu..
Hmm, unless ada masalah fobia nombor sampai no. ic sendiri atau no.pin bank pun bole lupa..Haha *joking*

Dalam kes kitorang, belum pernah lagi la kitorang lupa.
Entry ni untuk simpanan sendiri. Kalau sepuluh tahun akan datang gaduh lagi time anniversary bole tengok entry sweet2 camni..kihkih



Surprise cake n rose dr husband. Thanx KB susah payah belikan kek, ros n cakenis..dan susah payah jugak bawa ke ofis *hug*







This year dapat hadiah handbag Zalora ni dan sandal ..huhu, siap buka website Zalora cek eh? Psiko ah dapat bini camni..Haha, ni bukan nak cek harga. Tapi my hubby cakap dalam website, handbag ni nampak kecik je. Skali bila dapat kite kata handbag tu besar, siap ioll bole masuk telekung gitu. Design cam gambar kat atas tp stail envelope bag..
Dia kata bole pitam tengok jenis-jenis bag pompuan. Ada sling bag, clutch bag, tote bag..
Tu yang dia belasah je order.
Takpela pa, I is ok je pape pun..dongibap, kipidap, study lagi tuk tahun depan k! =)






Masa birthday suami, dia cakap dia taknak hadiah pape. Orang siap offer pun taknak..
So, pakat ngan Luqman buat handmade birthday card tuk papa since hari sebelum tu Luqman ikut mama pergi ofis. Pastu belikan papa congo bar sebab 2 hari sebelum tu dah makan kek birthday mama..takkan nak makan kek lagi kan. So, tiup lilin kat congo bar punnn boleeeehh..

Btw, this is the story of our birthday..
SMALL celebration, but BIG to our heart!
- Happy New Year 2016 -



2 comments:

  1. Alhamdulillah, tiga tarikh penting dalam bulan yang sama..sekali harung...best!

    epi eniverseri, n epi besday utk uols suami isteri ya!

    ReplyDelete
  2. thanx dieyana..tak sangka awak pun december baby ya? happy belated birthday to u too..

    ReplyDelete