Friday, December 4, 2015

:: Pre-Anniversary ::


Tajuk acah-acah sweet gitu..cam ada candle light dinner lak masa anniversary nanti. Haha..biasanya takde la.
Kebetulan Disember merupakan bulan anniversary kitorang plus birthday kami suami isteri. So semalam kami amikla cuti untuk spend masa berdua since dah lama tak dating bersama .Ohh, ini sangat RARE okeh! Selalu berlima je ke hulu ke hilir. Semenjak ada kembar dan anak tiga, selalu outing jadi huru-hara. Kalau nak keluar berdua pun takat makan berdua balik kerja atau kuar beli barang kejap..

So, cuti kali ni takmo buat urusan pape..walaupun masih banyak urusan yang belum selesai. 
Mama nak spend time ngan papa pergi IKEA je..
Nampak tak motipp si isteri? Kalau budak-budak ada, konfem tak boleh shopping dengan tenang. 
So, kalau ajak suami dating kat sini, boleh si isteri membeli belah sambil ada orang yang boleh tolong angkatkan barang. Woww, besntnya kuar berdua..Haha  (^__^)




Incik abang tengok apa tu?? Berangan nak bilik tidur camtu ke?
Tengok tu..belum apa-apa mama da siap belek harga kalau nak buat bilik kembar cam gambar kat atas tuh..
Comel kan ada pink-pink..Tengok harga sebijik katil tu RM509..Kalau darab dua..Gulp, telan airliur gak arr. Baru katil jer tu...


Kononnya, nak make over bilik Luqman..Beli meja study, kerusi, carpet, rod penyidai rak bertingkat dan lain-lain lagi. Tengokla, kalau kemas bilik anak bujang sorang tu bolela share nanti. Selalunya sepahla sebab jadi port adik-adik main..

Lepas jalan-jalan kat ikea, terus menapak ke the Curve nak cari makan. Fikir punya fikir nak makan apa, ternampak sign Vivo..terus ajak hubby makan kat sini. Bulan lepas masa buat membership card, katanya kita boleh claim free 'cake of the day' masa bulan kelahiran kita. Masa tu dah terfikir nak ajak incik hubby datang  sebab birthday kitorang kan selang sehari..




 Sedap kek ni..tak rugi kot kalau korang nak try!
Kek ni bukan regular cake yang setiap masa ada. Rasanya sempena Krismas ni je..
Rasa dia macam cheesecake + chocolate cake..Pastu banyak layer, yang oren tu ada orange flavour sikit-sikit..So, complete rasa dia..siap ada layer yang crunchy2 sikit. Yummy!!





Pa, takyahla susah ati sangat dapat bini suka shopping..
Sampai makan pun tak lalu *drama*
Enam tahun da kita kahwen bang!
=P


No comments:

Post a Comment