Tuesday, November 24, 2015

:: Birthday Luqman yang ke-5 ::


Alahai, da 5 tahun dah Luqman..
Semoga anak mama menjadi anak yang soleh, rajin solat, rajin mengaji dan berakhlak mulia..Amin!
Tahun ni Luqman request nak bawa kek ke sekolah. So, mama pun mencarila kek tobot seperti yang diminta.  Alhamdulillah, bila mama search jumpa blog nie http://anacookiss.blogspot.my/
Nasib K.Ana setuju dengan order kek tobot tue..Kalau ikut Luqman, dia nak suruh mama yang buat sendiri..
Papa siap cakap, "Luqman ingat tak aritu Luqman buat kek ngan mama, kek terbalik dalam periuk"
Ciss sangat kan papa ni  (-___-)






HAPPY BIRTHDAY LUQMAN 
I love you to the moon and back!!


Thursday, November 12, 2015

:: Cuti jaga atok ::


Aritu seminggu atok luqman warded. Atok kene buat operation sebab atok ada ketumbuhan yang hampir menutupi  usus besar . So, adik beradik, anak sedara pun bergilir-gilir jaga..Alhamdulillah, ni da lebih dua minggu atok operate, keadaan semakin ok..dan harapnya semakin ok dan ok lagi..*be positive*

So, kita taknak letak gambar sedey2..Kat dalam wad pun tak boleh tangkap gambar sembarangan. So, kita letak gambar budak-budak yangdatang melawat ni je..
Ni gambar Luqman main dengan adik-adik dan kakak Atirah kat play area hospital.








Disebabkan duduk kampung hampir 5 hari..mama belikan Luqman basikal baru. Dah berbulan jugak janji ngan dia basikal ni. Aritu papa nak belikan, papa tak jumpa kedai basikal kat kampung..Pastu atok round2 tunjukkan Luqman mana kedai basikal. Tapi takdela terus beli sebab atok simpan niat nak tunggu duit potong padi baru nak hadiahkan Luqman basikal. Disebabkan operation pulak, tak sempatla atok nak tunggu duit padi tue..

Mama dan papa sebenarnya memang nak belikan pakai duit sendiri je, tapi kalau balik sekejap-sekejap tu kang Luqman tak puas plak main. So, sebabkan mama dan papa lama kat kampung aritu bolelah belikan Luqman basikal baru. Kira hadiah birthday jela ye..hikhik (^ ^,)




Untuk adik ngan kakak, kene tunggu birthday tahun depan la ye? Sebelum tu sapu sampah banyak-banyak dulu kay!

(T_T)




Monday, October 26, 2015

:: Main hoki & Buat kek ::


Hai dan Assalamualaikum semua..

Hari ni aktiviti penuh untuk sehari. Pagi ada kelas, petang plak menghadiri konvokesyen pelajar. Fuhh!
*happy to see students and parents' smiling face*
Kalau konvo anak kita camne la kan? Anak baru nak konvo tadika pun da rasa excited giler..Haha, camnila mak yang full of drama (^__^)

Ok, ni nak citer pasal aktiviti weekend yang lepas...

Papa Luqman ada perlawanan persahabatan hoki dekat Stadium Bukit Jalil. Since we don't have any plans that day, we agreed to join him ..Angkut sume skali termasuk atok Luqman pergi stadium. Luqman memang sangat excited la coz dapat main dengan uncle2 dekat padang yang luas..



Sikit pun tak takut main dengan uncle2 tu kat tengah padang nun.
Dah nampak dah minat dia towards sport tu..
Papa kata nanti Luqman Dina Nina dah besar, nak angkut diorang main hoki..Haippp, mama reject application for the two girls. Luqman boleh, Dina Nina tak boleh!! Ganas sangat bagi mama..takut taw kalau tengok player yang betul2 hebat tu main. Kayu ngan bola hoki tu berdesup-desup celah kaki, adoi terkena bola je boleh lebam tau! Lebih baik Dina n Nina belajar menyulam..Eh?! (T__T)




Ada gaya pemain hoki kebangsaan ke ni? Papa takat ada pengalaman training dengan pemain hoki kebangsaan sekejap masa kat UPM dulu..Kitorang dah berangan nak cari akademi hoki, kot2 Luqman berminat..




Anak-anak perempuan ni pun sibuk nak main sama, lari ke tengah-tengah padang. Last-last, papa dapat main hanya 15 minit je. Pastu terpacak tepi turf dokong anak. Haha, lepas ni confirm dia fikir duoploh kali nak bawak kitorang tengok dia main. Gambar kat atas tu kelabu sebab masa ni air pancut baru buka nak basahkan padang turf.


Keesokan harinya, kitorang tak pergi mana-mana pun. Petang pun hujan lebat kat rumah. Mama ngan papa baru nak tido time hujan, kembar dan Luqman da segar baru bangun tidur.



Hujan-hujan, perut pun lapar. Mama teringin pisang goreng cheese, tapi papa malas nak layan sebab dia kata da pukul 6 petang. Luqman plak minta buat kek...Hmm, dengan keadaan rumah yang kecoh tu, setuju jugakla dengan permintaan Luqman nak buat kek tu. So, papa keluar beli bahan-bahan nak buat kek cawan coklat  kukus.





Bersungguh-sungguhla Luqman menolong mama..Dari pecahkan telur, mengayak tepung dan menabur coklat rice..sume nak tolong. Kalau tengok gambar cupcake dalam cawan pink ni cantik je. Gambar ni kenangan terakhir sebelum semua ni terbalik kat dalam periuk kukus. Haha, sangatla tension uolls...


Nasib baik ada balance adunan, dapat buat dalam 6 cawan cupcakes lagi. Kalau tak memang masuk Batu Belah Batu Bertangkup la jawabnya sebab kempunan cupcakes sendiri..Haha, dari  bekas kek kaler pink terus tukar bekas kaler hitam. Memang tragis sungguh..Nasib rasanya sedap!




Thursday, October 22, 2015

:: DIAgnosis2 ::


Saya suka membaca..Maksudnya, membaca buku, majalah atau pun novel yang di luar bidang saya mengajar. Sebab dengan membaca saya jumpa 'me-time', dengan membaca saya dapat distract 'list of works to do' yang tak pernah abis dalam kepala saya. Alasan klise untuk tambah pengetahuan pun termasuk jugak kenapa setiap satu masa saya mesti ada buku untuk dibaca..Selalunya,  topik parenting, motivation, islamic, fnance menjadi pilihan..Tapi kali ni tak tau kenapa dengan cepat tangan saya menempah buku ber-genre medical untuk dibeli. So, dua buah buku menjadi pilihan..

Buku 1 : 365 untuk dihadiahkan pada Diana sempena birthday dia. 

Buku 2 : Diagnosis2, tulisan sekumpulan doktor melalui pengalaman dan cerita kerjaya mereka ..
Buku yang saya kira cukup sempurna untuk memberi pemahaman tugas seorang doktor mahupun houseman secara kasar. Buku yang membuatkan sekurang-kurangnya saya pernah dengar perkataan  code blue, intravenous, anaest dan branula..Buku yang mahu pembaca tau bahawa mati itu benar, mati itu pasti dan tiada yang lebih pasti sepasti mati. 

Macam yang saya cakap pada Diana..maybe Allah yang gerakkan untuk Hasnur beli buku nie..
Tak sangka, semalam saya berdepan sendiri dengan doktor di jabatan onkologi, saya berbincang sendiri dengan 'anaest' di code blue area seperti yang saya baca dalam buku tu..

Allahurabbi, semoga operation abah berjalan lancar minggu depan..

"Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran"
(Surah Al-Baqarah, 185)




Sunday, October 18, 2015

:: Si kembar : 2 individu berbeza ::


Yes, they are twin..but they are 2 different person. We should know our twin and know how to treat them right?!

Kakak..

#1 Physically, lebih tinggi dan muka panjang.

#2 Jarang bercakap, bercakap bila perlu..suara dia besar skit..
Kalau menjerit dari luar bilik mandi time mama kat dalam, memang bole tau sape n jerit balik "Kakak/Adik, pergi main ngan papa" (read as: Jangan kacau mama, pergi kacau papa) Muahaha.. 

#3 Sangat menjaga waktu tidur dia, kalau xcukup tidur mesti nanges bila bangun tak cukup tidur. Kalau cukup tidur, bangun dengan senyuman. Senyum seindah suria giteww..

#4 Badan dia quite fragile.. mudah ruam lampin time baby, pernah berak keras for a few months. Ni plak da seminggu macam kerap berak..padahal makan bnda sama cam adik *confuse*

#5 Tak suka berus gigi..full stop!

#6 Suka makan benda berat je..makan nasi banyak,kenyang ! Takde nak makan benda lain lagi..papa mengakula ikut perangai dia..Eh?!
 3 orang lain kat dalam rumah ni suka mengunyah.. Lepas makan nasi makan roti - pastu makan kerepek - makan epal - makan jeli - Makan pisang goreng.. Haha, itu ikut perangai mama..

#7 Since dia cepat berjalan ( setahun sebulan), so kakak da bole berlari laju dan rajin memanjat jugak. 
Mama lega sangat sebab lutut kakak banyak calar balar, mesti da besar kakak taknak pakai short skirt  (=__=)


Adik..

#1 What can be the best word to describe 'adik' or youngest sister??
Manja, mengada, determined..amboihh, seperti mengutuk diriku sendiri yang anak bongsu *eh, terasa plak ye* Part manja je btol kot..haha

#2 Adik suka makan..Bagi je makanan kat dia, confirm masuk mulut. Yang bagusnya, nak makan ubat pun senang. 

#3 Seorang yang kaki main. Walaupun tidur lambat @ pukul 1 pagi, dia bole bangun balik lepas sejam tidur. Emak nye baru berangan nak lipat kain kononnya..nanhado ye, dia boleh bangun balik sambil cari mama..Salah seorang 'peminat kipas susah mati' mama. Asik bergaduh ngan 'peminat kipas susah mati' mama yang lain a.k.a papa.

#4 Clingy girl..masuk setahun empat bulan baru boleh berjalan!

#5 Disebabkan sangat suka main, dia merupakan pengikut setia abang Luqman..buat homework pun sama-sama. Itu sebelum gaduh rebut-rebut pensil la..

#6 Suara dia paling kuat dalam rumah..pitching nyaring punya kalau nanges, walaupun mama tau adik hanya nanges berlakon je. 
Kalau papa marah dia suruh tidur, pandai pura-pura pejam mata tidur. Pastu papa pergi dia pun sambung main..clever arr this girl!

Sekejap je da nak masuk setahun setengah diorang nih..Makin besar makin macam-macam ragam agaknya. 
Rasa macam tak percaya saya ada 2 orang peminat perempuan dan 2 orang peminat lelaki yang fanatik *muzik latar: Wanita Terbahagia- BCL* (^__^)






Tuesday, September 22, 2015

:: Bercuti di Kota Kinabalu ::


 Assalamualaikum..

Nampaknya ramai yang da start  bercuti since last weekend lagi. Kebetulan Raya Haji skali dengan cuti sekolah..so ada je kawan2 yang amik cuti direct seminggu. Kite pun nak letak gambar anak-anak pergi Sabah feeling2 kita pun bercuti gak time cuti sekolah ni..Haha, sebenarnya da sebulan mak korang tak update entry ni ye anak-anak..Takpela, janji ada kenangan kat sini..


Percutian kami kali ni melibatkan 4 dewasa dan 3 orang kanak-kanak. So, we've decided to book Marina Court Condo for accomodation. Alhamdulillah, bilik selesa untuk kami berlima beranak ngan mak dan abah. Ada dapur dan ruang tamu yang luas, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Nak masak memasak ke, basuh baju memang takde masalah sebab peralatan disediakan. 

Luqman tak excited nak mandi kolam pun, lagi best mandi ngan adik-adik kat dalam bath tub..Sukati korangla, janji semua happy!




Hari pertama memang takde plan nak pergi mana-mana sebab tau anak-anak penat. Bertolak ke KLIA 2 pun pagi-pagi lepas Subuh, so sampai je KK terus rehat dan isi perut. Malamnya, kami makan malam di Restoran Kampung Nelayan. Sempat tengok persembahan kebudayaan seperti tarian dan aktiviti menyumpit daripada pengunjung. Cuma part makanan tu kitorang upset sikit sebab makanan sampai lambat. Padahal masa tu tak order banyak menu pun, sejenis hidangan kerapu, sejenis sayur, satu hidangan sotong dan telur dadar. Tapi tunggu-tunggu makanan tak sampai-sampai, anak pulak da start mengantuk..paham-paham jela bawak kembar. Bagi mak ngan abah makan, kami berdua sambung makan kat apartment jela jawabnya.



Hari kedua kami ke pasar Filipina..pergi awal-awal sebab fikir mungkin kalau tak sempat nak shopping semua haritu bolehla ulang pergi esok hari. Memang betulla..pergi skali tak puas, tak dapat banding harga dan tawar menawar harga yang paling rendah sebab bawak si kembar. Hari ketiga encik suami bawak mak ngan abah pergi lagi sementara anak-anak tak bangun pagi lagi. Barula puas borong ikan bilis, terubuk masin, amplang dan biskut cincin. Haha..gambar kat pasar Filipina takde eh sebab tangan da penuh bawak barang (T__T)

Selesai shopping kat pasar dan makan tengahari, kami bergerak ke Rumah Terbalik. Plan asalnya nak pergi Kundasang, tapi at last cancel booking sebab takut jalan ke sana masih tak ok lagi kesan gempa bumi di Gunung Kinabalu haritu.  So, takdela adegan romantik-romantik kat kaki gunung ala Dejayu di Kinabalu ye! Mak bapaknya yang sedey  tak dapat tengok lembuuuuuu kat Kundasang *lap hingus*





Seronok betul Luqman pergi Rumah Terbalik ni..pelik sungguh dia! Iye, pelik tapi benar..haha..
Balik dari Rumah Terbalik, kami singgah solat di Masjid Bandar. Masa ni ramai budak-budak sekolah agama nak balik sekolah. Ada jugak yang seronok main dengan kembar..semestinya lah budak perempuan. Masjid ni seolah-olah masjid terapung sebab keliling-keliling sume air. Alhamdulillah, dapat berkunjung di sini


 
Banyak plan yang kami rancang tak menjadi. Ingatkan hari ketiga nak ke Pulau Manukan sebab trip ke Kundasang da cancel. Tapi trip ke Manukan juga cancel sebab hari hujan, driver boat sume tak berani nak amik risiko bawa penumpang waktu cuaca tak baik. Jadinya kami sempat tangkap gambar kat Jeti Jesselton Point jerla sebelum hujan menjadi semakin lebat.



Nampak kan mendung berarak kelabu..takde rezeki kitorang =(

Tengahari ni kami merasa makan dekat restoran yang diusahakan oleh kluarga belah abang ipar incik suami. Baru merasa makan pedas sikit sebab masakan dia ikut selera orang Malaysia. Maklumlah, makanan sabah kan banyak guna oyster sauce, sup.Empat hari kat sini membuatkan tekak rindu sambal belacan..hihi, tekak jawa takleh lari. Malamnya, budak2 da penat sume pakat tidur dari petang. Mak pak diorang jugak yang bosan takleh pergi mana-mana.

Pagi hari ke-4 da siap-siap nak balik.Hwaa, kejapnya da nak abis trip ke Sabah ni..seriously memang nak ulang lagi. Kalau boleh, next time biar anak2 da besar or pergi berdua je?! Erk, nanti rindu anak2 plak..aish..
 



Byebye Sabah..nanti kita senyum pada awan lagi ye! =)
~ Memori 16 - 19 Ogos 2015 ~


Thursday, September 17, 2015

:: Pokok kacang ke pokok tauge? ::



Luqman : "Ma, nanti kacang ni besar, pastu ada batang, tumbuh daun, bunga kan? Iye..betul..teacher Luqman ajar"
Mama: "Taklah, pokok ni tak berbunga..nanti dia da besar jadi pokok tauge.."
Papa :  "Eh, pokok kacang la.." *sambil mata ke handphone*
Mama : "Yeke? Pokok tauge la.."
Papa : "Ni mesti buat experimen dulu tak pernah tgk end result kan? Pokok kacang la."
                                   
Mathematician lawan Scientist mmg bole tau sape yg menang.  K fineeeeee..
Haha, tapi memang tak sure pernah buat experimen kacang ijau ke tak dulu *memory loss*
So, jom tengok apa jadi kat experimen Luqman..


Day 1



Day 3



Day 5

Pokok kacang ke pokok tauge?! kihkih..