Kalau tetiba rasa blog ni skang banyak citer throwback atau citer pengalaman mengandung/bersalin dolu-dolu harap maafkanlah ye..
Mak anak tiga memang macam tu. Banyak benda nak fikir, dia takut lupa..so better imbas apa yang patut prepare untuk next delivery nie.
EDD kali ni sepatutnya akhir Januari, tapi dibuatnya terawal kang, dah satu hal.
Anak nak sebok nak masuk darjah satu, mak ko Luqman sebok nak beranak.
Papa, sila jadi cam sotong kurita yang ada lapan tangan ye nak handle ibu berpantang, anta anak sekolah, layan kembar yang macam-macam perangai dan kerja rumah.
Jangan jadi sotong yang lemah lembik tu dahla..haha
[maklumlah tengah kecoh kes selebriti S tu skang ni, yang tu kita malas nak komen..kita doakan yang baik-baik je untuk dia]
Hari tu ada pergi kursus tentang penyusuan susu ibu.
So, balik tu kita berkobar-kobar nak tulis entry tentang cabaran breastfeeding ni.
Secara jujurnya, anak-anak sebelum ni memang tak menyusu ibu sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu.
Mungkin alasan yang diberikan di bawah nampak cliche atau sekadar alasan.
Tapi I've tried my best berikan yang terbaik untuk Luqman dan kembar sebelum ni.
Alhamdulillah, Luqman breastfeed sampai 2 tahun 4 bulan.
Kembar pun sekarang di usia yang sama pun masih menyusu badan jugak walaupun bukan susu ibu sepenuhnya.
Dalam kes keduanya, EBM masih disediakan untuk pengasuh..kat rumah still direct feeding.
Cuma ada pergantungan dengan susu formula bila keadaan diperlukan.
Iyelah, ibu mana yang tak nak berikan yang terbaik untuk anak kan?
Jadi, catitan di sini bukan lah alasan untuk diri sendiri atau ibu lain yang membaca untuk tidak menyusukan anak-anak. Tapi kes ni dijadikan panduan supaya persediaan lebih rapi bila menghadapi situasi yang sama..
Kes Luqman
I had a severe nipple crack. Keadaan memang sangat sakit sangat sampai nak mandi pun rasa macam nak menangis sebab luka. Masa tu plak, baru je jadi mother..so pengetahuan dan support friends pun tak ramai. Jadi keadaan tu getting worse, dua bulan kene bertabah mengahadapi kesakitan sebelum masuk kerja. Masa tu segala mak nenek petua, krim jenis macam-macam dah cuba. At last, bila masuk kerja nipple tu baik sendiri sebab Luqman dah tak kerap direct feeding macam masa pantang tu.
Kes Kembar
Ramai yang akan cakap "Jangan bimbang, nanti supply untuk kembar akan banyak sesuai dengan demand dia yang dua orang tu"
Yes true,,I couldn't agree more!
Tapi cabaran bukan sekadar demand and supply.
Cabaran yang dihadapi untuk kes sendiri adalah lebih kepada sistem sokongan.
Pengalaman melahirkan Luqman adalah pengalaman kali pertama menjadi seorang ibu.
Bila kembar lahir, sekali lagi pengalaman yang berbeza.
Kalau dulu handle cuma 1 baby, kali ni handle dua babies.
Memang diakui bukan masalah susu yang tak cukup.
Tapi saya perlukan orang yang boleh tolong angkatkan bayi seorang lagi bila dah menyusukan seorang. [ dan biasanya takde siapa boleh tolong sebab emak sibuk dengan rutin harian kerja rumah yang lain, suami pulak jauh bekerja waktu pantang]
Kalau pegang sorang baby pun kita takut-takut, sama jugakla dalam situasi sendiri.
Bila dah angkat seorang, seorang lagi takde sape boleh angkatkan [especially time kepala dia masih lembik dan perlu diampu]
Iya, mungkin keadaan boleh jadi lebih baik kalau ada pembantu yang boleh backup untuk tandem nursing. Walaupun selalunya seorang minum susu perah dan seorang direct feeding, mungkin fitrah seorang bayi tu nak dipeluk dan didakap oleh ibu sampai dia tertidur. Tapi selalunya seorang yang minum susu perah tu tak dapat peluang tu,
menjadikan selalunya mungkin kita rasa susu tu tak cukup untuk dia.
Sebab takde pengalaman, tak jangka masalah tu lebih susah sebenarnya.
Selain tu, mungkin waktu berpantang tu kepenatan berganda bila berjauhan dengan suami.
Luqman pulak waktu tu jatuh dan mengalami pendarahan yang teruk dekat mulut dia menyebabkan dia tak boleh makan dan menyusu.
Ya Allah, Tuhan je yang tahu perasaan bila dia nak kan perhatian tapi mama pulak busy menguruskan adik kembar.
Hari-hari menangis, tak kira nak meroyan ke apa masa dalam pantang.
Again ditekankan di sini, ini bukan alasan semata-mata.
Kita buka cerita lama supaya kita imbas punca masalah tersebut dan cuba cari penyelesaian.
So, untuk baby yang akan datang memang berharap dapat menyusukan sepenuhnya sekiranya diizinkan Allah swt.
Untuk itu, awal-awal dah senaraikan persediaan kali nie.
[maklumlah nanti kene buat list shopping persediaan Luqman ke sekolah lak..haha, mak-mak sangat ko nie Hasnur!!]
#1 Epsom salt..sebab based on both experiences hari ke3 memang akan bengkak susu. Hari tu masa attend kursus penyusuan susu ibu, pakar laktasi tu kata epsom salt boleh membantu untuk membuka rongga-rongga di tempat menyusu. So, boleh try kalini.
#2 Service pam..persediaan awal sebab nanti penggunaan berat lepas bersalin dan masuk kerja.
#3 Beli milk storage bottle, ice pack n mommy bag. Aritu dah beli sikit milk bottle masa baby expo kat SACC, tapi bolehla nanti beli sikit-sikit lagi buat tambah.
#4 Makanan dan minuman berkhasiat yang sedap..Masa pantang memang sangat suka makan, dengan alasan supaya susu banyak..haha, gitew =)
#5 Survey & book for confinement lady. Ni paling penting wokeh. Kita nak rehat je time pantang *kalau la boleh, sambil mata ke atas* Dahla pengasuh kembar sebelah rumah je..diorang ketuk rumah sendiri pun dah pandai skang ye!
# 6 Nursing pad & nursing bra..nie just a reminder je, penambahan still akan dibuat drpd semasa ke semasa.
#7 Doa banyak-banyak. Paling penting ni supaya dimudahkan urusannya...Amin
4 bulan lagi kita bestfriend ngan gadget ni balik..
#medelafreestyleuser
# 19weekspregnancy
teringat waktu bersalin n pantang ngan cik kembar, sgt mencabar kan! bila diingat balik, rasa nak nangis, rs rindu pun ada, nak kembali balik masa tu..hiihi
ReplyDelete*rindu kat medela kite... tapi kejap je berjodoh dgn medela, sbb kereta kena pecah..beg pam kena curi..huuhuh..sedih sgt!
OO..ada baca post dieyana pasal keta kene pecah tu..sedeynya kan? Tapi xpe, yang penting kembar dah selamat membesar minum susu ibu..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete