Ada anak laki ni siap kene fikir nak bagi aktiviti fizikal apa untuk diorang ni. Macam ktorang ni sebab duduk rumah takde tanah, terpaksa cari masa yang sesuai nak ajak anak main kat luar. Sian jugak la Luqman sebab asyik tanya bila rumah dia nak siap. Katanya nak tanam pokok la, nak main bola la..aduhai harap-harap cepatla rumah siap,mama pun tak sabar jugak.
Disebabkan nak support anak punya minat ber-outdoor, barulah beriya mama suruh papa pergi main hoki..haha, nampak sangat tak ikhlas. Minggu lepas papa n luqman pergi stadium tengok Liga Hoki Malaysia. Sebelum balik raya plak, gigih mama ngikut pergi stadium UIA sebab papa ada frenly. Dengan si kembar pun angkut sekali.
Aduhaii, bukan je Luqman yang aktif rasanya. Si budak pompuan dua ketol ni pun buat mama penat mengejar diorang.
Korang ni saje dera mama yg pregnant ni kan?
Tak pasal-pasal adik yang dalam perut ni pun bakal aktif macam adik beradik yang lain bila da kuar nanti.
No comments:
Post a Comment