Wednesday, March 23, 2016

:: Berkelah di Celi Chalet, Kemensah ::


Cuti sekolah kalini amik cuti half day je hari Khamis untuk bawak Luqman pergi jumpa dentist dan update buku bank dia. Lepas lunch kat KFC, dia ikut mama pergi opis sebab mama buat replacement class tuk buat test student. Hari Sabtu pulak ikut papa pergi opis sebab ada open day university.
 'Lame' sungguh cuti sekolah Luqman kan?
Huhu, oklah tu..dia happy pergi opis mama papa sebab boleh tgk youtube. Ish, budak zaman sekarang!

So, bila sweet sisters ajak pergi berkelah, cepat-cepat je setuju.
So, terjadilah entry perkelahan kat Celi Chalet Kemensah ni..



Banyak servis yang ditawarkan kat sini. 
Sape yang nak tidur khemah, boleh sewa tapak je..murah sikit!
Macam kitorang, kami ambil pondok no. 16. Harga untuk sebuah pondok RM70 daripada 9 pagi sampai 5 petang. Pastu jumlah keluarga yang join pun diambil kira.
Macam kitorang ada 3 keluarga, campur lagi RM30. So, total RM100.
Kat tepi pondok disediakan tempat BBQ..kalau nak, boleh tambah RM10 lagi.

Macam kitorang sume ada anak kecik, so decide amik pondok camni. 
So, bolehlah kalau nak bf baby ke kat dalam.
Dalam pondok juga  ada disediakan plug, 2 tilam dan bantal.
Kot-kot penat, bolela lena sejam dua (T__T)





Pandai anak bujang mama berlakon nih. 
Orang sume dah terjun sungai, dia bagi alasan taknak mandi..
Sekali dah masuk sungai, baru rasa best dan taknak kluar.

Kalau perasan gambar kat bawah ni, ada waqaf yang takde bilik.
Kalau juz nak rasa angin original, boleh book waqaf camtu..




Gigih mak pak ni angkut kembar pergi berkelah.
Abang Luqman mandi sampi dua round..Enjoy betul dia..
















Sedikit perkongsian tentang Celi Chalet..

#1 Surau dan tandas awam disediakan, cuma tempat tersebut berkongsi lelaki dan perempuan. Jadi sangat digalakkan untuk membawa telekung sendiri dan peralatan yang bersesuaian. Surau tu berada kat belakang gambar kitorang ramai-ramai ni, yang ada jaring tuh.

#2 Pondok tempat kami duduk ada disediakan tikar. So, ianya boleh dijadikan option selain duduk kat waqaf dan meja batu yang banyak disediakan oleh pihak chalet. 

#3 Jalan masuk ke chalet ni betul-betul lalu depan entrance Zoo Negara. Seriously tak tau ada jalan terus lagi ke belakang tu..huhu, 5 tahun kot belajar dan bekerja kat uia gombak. Dulu tak de duit nak jalan-jalan pergi berkelah nie..Rupanya banyak rumah besar-besar situ. Nak ke Celi Chalet kene jalan terus dan jangan musykil kalau jalan tu semakin sempit macam nak masuk hutan. Chalet betul-betul kat sebelah kiri.

#4 Ada perkhidmatan ATV disediakan. Based on survey made by husband, skali trip RM100 dan mengambil masa lebih kurang sejam. Bolehlah kepada siapa yang nak try sukan lasak. Den anak tiga ni tak dapekla naik =(

#5 Kalau tak silap pondok no. 5 adalah pondok yang berada di kawasan pintu masuk chalet..sume orang yang datang,  lalu situ dulu. Siapa yang rasa nak lebih privacy, bole book chalet yang no. belas-belas. Lagipun air sungai kat kawasan depan-depan lebih dalam dan kurang batu. 
Untuk yang nak buat terjunan tiruk boleh try situ eh!
Kitorang yang ada anak berderet, better cari tempat yang ada divider..ada tempat air cetek dan ada tempat dalam..

 Oklah, rasanya itu je nak share.
Paling penting anak-anak paling happy. Bila teacher tanya Luqman hari Isnin..
Teacher :Luqman pergi mana cuti ni?
Luqman : Luqman berkelah kat KEMENSAM *this is not a typo k*
Ecewah..dalam hati mak ko lega nak! 
Cuba dia jawab, Luqman tak pergi mana-mana..pergi ofis mama main youtube je.Erk?!

#credit to kb for some beautiful photo#

4 comments:

  1. macam mana u tempah tempah chalet celi ni ek....jenuh sy call ngan msg tak reply pun

    ReplyDelete
  2. ha ahlah...sy ade jgk call tp x jwb, sms pun x reply...camna nak booking

    ReplyDelete