Thursday, December 29, 2016

:: Little Ihtifal Luqman ::


Alhamdulillah, perjalanan Luqman sepanjang 2 tahun prasekolah berjalan dengan lancar walaupun masa mula-mula masuk Genius Aulad ni, ada jugakla adegan air mata sebab Luqman kene pergi balik naik van dengan sendirinya.
Tapi nasib baik driver van Luqman pun sangat membantu sebab sanggup hantar Luqman sampai depan rumah pengasuh setiap kali dia balik sekolah. 
Dekat Genius Aulad pulak, ada mak pengasuh dia sebelum ni yang bekerja kat situ boleh tengok-tengokkan Luqman.
Sebab tu syukur ya Allah kerana menghadirkan orang-orang yang boleh tolong jagakan Luqman sepanjang mama dan papa keluar bekerja.

 Tahun ni Luqman terpaksa berpindah daycare lagi..
Adoiii, sedey ngat ni setiap kali masuk tahun baru mesti ada cerita.
Tapi taknak citer yang sedey-sedey dalam entry ni..
kali ni nak cerita pasal majlis konvokesyen Luqman pada 19 November 2016 yang lalu je.

Untuk majlis konvokesyen kali ni, Luqman memegang watak yang penting. 
Ala-ala moderator majlis giteww!
Walaupun ada MC orang dewasa, tapi Luqman dan Insyirah ditugaskan menjadi watak Adam dan Dina untuk buat sedikit roleplay and introduction setiap kali persembahan setiap kelas diadakan.
Terkujat jugakla bila mama mula-mula tengok skrip dia dan Insyirah sampai 6 muka surat.
Dalam hati memang risau giler takut Luqman ni tak dapat hafal.
Tapi Alhamdulillah masa hari kejadian dia ok je..lupa sikit-sikit tu biasala..
At least dia berani buat persembahan kat depan dan enjoy je sepanjang persembahan.




I'm a happy mother!



Tema persembahan pada tahun ni..




 Ni tugas utama Luqman dan Insyirah. 
Ala-ala pembaca berita gitu, duduk kat dalam TV ni (they called magic box ) untuk buat pengenalan persembahan seterusnya.
Selain tu, Luqman turut menyertai persembahan kelas dia iaitu persembahan coral speaking dengan kawan-kawan kelas 6 Madeenah.






That's the ending of 2016 preschool!
Gambar kat atas kenangan Luqman dengan kawan-kawan kelas 6 Madeenah
Alhamdulillah, banyak yang Luqman belajar di sekolah.
Terima kasih semua guru (termasuk staf) Genius Aulad dan Tadika Naluri yang banyak membimbing dan menjaga Luqman di sekolah.
Jasa kalian pasti takkan dilupakan!






1 comment:

  1. youtube - videodl.cc - Videoodl.cc
    youtube - videoodl.cc - YouTube. Videoodl.cc | VEGAS VEGAS VEGAS 유튜브 음원 추출 (KUALA LUMPURED) JULY 13, 2020.

    ReplyDelete