Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 29, 2016

:: Biskut Raya Luqman ::


Tahun ni preparation raya ala kadar sahaja disebabkan mama Luqman muntah-muntah banyak..erk *nanges laju-laju*
Shopping baju anak pun tak complete lagi.
Aritu Luqman request pulak nak buat kuih raya..so, terpaksa papa buatkan kuih raya sama anak-anak.
Mama memang pernagai ngada camni, papa bertabahlah layankan perangai pembawakan budak ni..haha.

So, nak buat biskut yang paling senang adalah Cornflake madu.
So, pergi la papa mengangkut 3 pembantu ni ke kedai cari bahan-bahan dan buat cornflake madu.





Sambil buat sambil rasa ye kakak.
Malam tu pun dah habis satu balang mak budak dan budak-budak makan..

Lepas dua hari, Luqman buat jugak Cornflakes madu kat sekolah.
Hahah..happy giler teacher bagitau..siap send gambar lagi.
Patutnya waktu pagi dia ke sekolah Genius Aulad, tapi pagi tu sebab mama siapkan dia lambat so kitorang decide dia terus pergi tadika daycare.
Syoklah dia sebab kebetulan pagi tu aktiviti buat biskut raya.
So, gambar kat bawah cornflakes madu Luqman version tadika.
Malam tu jugak habis,,haha..




So far itu jela biskut raya yang kitorang buat.
Yang lain sume beli je dik non..tak kuasa fasa muntah-muntah ni nak membakar bagai.
Harap-harap masa raya nanti mama ok.
Hwaaa..nak makan sedap-sedap!


Wednesday, June 15, 2016

:: Sebelum Ramadhan dan 10 hari pertama ::


 Sebelum Ramadhan, banyak cita-cita kite ni..

 Antaranya, nak perbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ni.
Semayang terawih kalau boleh taknak tinggal.
Nak buat tadarus hari-hari, tak kirala dengan ofismate atau berseorangan.
Lepas tu sebagai seorang isteri dan ibu, kalau boleh nak masak lauk berbuka setiap hari..siap dah adjust time ngan student paling lewat kelas pukul 4.30 habis kecuali hari Isnin je ada kelas sampai pukul 6 petang.
Pastu, takmo jadi macam tahun lepas dah yang selalu terskip sahur gara-gara tidur tak menentu sebab dak kembar.
Tahun ni kononnya kan nak train Luqman puasa..sian pulak dia kalau sahur pun kelam kabut..

Tapi tu sume citer SEBELUM puasa la...






Luqman ajak buat chocolate cake pun, mama ikutkan..Nanti nak puasa, tak kuasala nak membaking sakan.
Better buat kuih raya je camtu..





Sebelum puasa, semua adik beradik balik kampung..Kak Long dan anak-anak dah balik daripada hari Rabu. Family abang ngah pun dah balik hari Rabu malam. Kitorang je yang balik hari Khamis malam. 
Dapatla si kembar main dengan sepupu-sepupu.
Seronok diorang buat sand castle n bagi ayam makan maruku (-___-)


Malam satu Ramadhan kitorang balik ke rumah semula.
Alhamdulillah hari pertama puasa berjalan dengan lancar walaupun tekak kering sebab ada 6 jam kelas..exhausted sikit!
Start hari kedua keadaan mula jadi tak best *for me la*
Sebab hari kedua kitorang terskip sahur..so, perut rasa berangin sikit pagi tu.
Tapi teruskan puasa jugak sebab alaaaahh macam tak pernah alami sebelum ni.
Tapi keadaan jadi tak sihat lepas berbuka sampai ke sahur.
Makan je mesti keluar balik. 
Sampai pagi tu rasa macam tak larat sangat nak pergi kelas. 
Tapi gagahkan diri jugak pergi kerja cam biasa dan pujuk hati yang lepas kelas mesti pergi klinik..

Semenjak hari tu, mood selalu swing..
Badan lemah, tak bermaya..
Selalu muntah-muntah. Nak makan pun takde selera..
Pergi dapur dan masak apatah lagi. Semalam baru ada kekuatan nak masak semula setelah da dekat seminggu papa je yang conquer dapur.
Itupun maybe Allah bagi kekuatan untuk masak buat suami..Sian dia takde lauk berbuka!
Hari ni dah masuk fasa kedua Ramadhan.
Harap Allah permudahkan!
Nanti kalau keadaan mengizinkan, kita sambung cerita hari ketiga yang pergi klinik tu..
InsyaAllah bukan berita yang buruk-buruk! *walaupun nangis dlm hati*



Tuesday, July 7, 2015

:: Suka yang sama ke lain?? ::


Assalamualaikum semua..eh, da 20 Ramadhan ye arini, sekejap je berlalu separuh perjalanan..alhamdulillah!

Eh,mana citer lauk berbuka puasa..haha,nanhado. Kat rumah ni masak jugak, tapi takdela berjenis-jenis setiap hari. Kadang- kadang kat umah masak satu lauk je, pastu jiran sebelah bagi lauk lagi. Kalau kebetulan sang suami pergi bazaar time tu beli lauk lagi, memang pitamla kitorang berdua nak abeskan..kadang-kadang penuh satu meja campur moreh lagi. Ramadhan kali ni Luqman rajin turun ke surau walaupun solat sambil main-main (hmm, rasanya la..). Tapi tak kesahla, janji dia expose dengan amalan solat terawih dan terasa hikmah Ramadhan tu..

Ok, back to topic..Raya tahun ni bole dikatakan preparation cepat jugakla, tak macam tahun lepas dan lepas. Dua tahun lepas, mama sebok viva master sehingga ke 22 Ramadhan. Lepas tu, selang beberapa hari, kami involve in accident plak..so, hasilnya baju raya papa dan luqman bli petang sebelum raya..janji ada je!

 Tahun lepas plak, masa tu baru habis pantang a week before Ramadhan. So tak sempat menyopping sebelum puasa, hasilnya last minute gak bli baju melayu diorang. Last day keje, baru amik cuti sebab nak tinggalkan kembar dengan babysitter. Namun, alhamdulillah papa masih kacak pakai baju Zizan Razak ^__^

So, mengambil iktibar dari tahun yang lepas-lepas, tahun ni baju melayu Luqman dan papa da siap tempah awal-awal. Mama punya baju raya pun da dapat before puasa, tudung raya bli online suda..
 Tinggal Dina n Nina punya baju je yang kene cari..

Hmm, kalau korang ada anak kembar, korang suka cari baju yang exactly sama or lain??

Dulu, pernahla masa keluar hospital bersalinkan kembar..sambil menunggu my husben datang jemput. Ada orang tegur, dia pun kembar jugak. Pastu siap cakap, tak payah pakaikan baju sama-sama nie..
Eh, eh, ko ni da kenapa tetiba nak cakap camtu?Sukati mak diala..haha *dalam hati*
Maybe bila da besar malu kot bila baju sama (sebab yang tegur tu lelaki).  Actually, benda ni ada pro n cons kan?

Baju sama : Surely orang akan tau budak ni kembar..wah, comel gitu *perasan, puji anak sendiri*. Satu lagi, beli baju sama kira fair n square la.. anak tak boleh tuduh mak pilih kasih..haha..

Baju lain : Dari segi kebersihan, kita bole detect baju kakak n baju adik. So, harapnya tak bercampur la.. Takde kes adik pakai baju kakak, kakak pakai baju adik. So, lebih selamat..
Hmm, lagi satu kelebihannya, kalau baju masih cantik dan nak bagi orang..takdela serba salah sangat. Kang bagi baju sama kat dua orang anak yg lain mak bapak dia..kang termalu plak baju sama kalau jumpa. Tak beshla camtu kan!

So, mama Dina n Nina ambil pendekatan sama tapi tak serupa..huhu, maksudnya nak bli baju sama tema tapi different colour..Haa, camtuuuuu..
 Ngada-ngada sangat kan?? Mihmih..

Last-last mak babysitter diorang yang belikan baju kurung diorang. Opah plak belikan skirts masa dia ngan atok pergi Medan aritu..



Hehe tengok, three women think alike..haha, 'sama tema lain colour'. Nice huh?!


Thursday, June 18, 2015

:: Cuti Sekolah Luqman ::

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Lamanya tak berblog..balik-balik tengok entry Thomas, Thomas. Dahla kat rumah ulang tengok lagu thomas puluh kali, pergi opis mama pun Luqman tengok Thomas lagi..tak larat dengan anak sorang ni. Da siap cakap, nanti kasut raya pun nak kasut Thomas. Iyela nak oii..  -___-

Cuti sekolah yang lepas kitorang duduk rumah je..tak balik kampung n tak pergi bercuti. Sebabnya nenek-nenek Luqman belah suami datang kat rumah. Lagipun banyak majlis kenduri buat kat surau rumah, walaupun tak join rewang ke apa, we juz be there jela..Adoi, tengah puasa teringat rendang ayam dan lemang yang diorang hidang aritu..Gulp!!


Ni kek yang dibeli sempena menambah bakal ahli keluarga baru..Eh eh, bukan pregnant ye..kitorang pergi merisik ritu dengan nenek-nenek Luqman.
Hiks, Saje je nak letak gambar makanan kan? Dahla tak sahur pagi tadi..memang mencabar betul bila si Dina n Nina nie susah nak tidur malam. Siap malam tadi tu da tido, bangun solat Terawih, tidur balik..last2 pkul 2 lebih si kembar tu tido. Bangun-bangun da azan Subuh, memang bangun solat Subuh ajela jawabnya..
*Nanges nak buang makanan bawah tudung saji*

Walaupun Luqman tak pergi mana-mana cuti sekolah, bawak jugak dia datang opis..sebab pengasuh dia bercuti. So, this is our mother-son-bonding-time. We spent our time at library..baca buku truck, train..



Buku teka-teki pun ada..best gak buku kat bawah ni, buku tu besar, saiz A3 kot. Pastu ada gambar pilihan jawapan, so budak-budak bole teka jawapan teka-teki tu. Kalau jumpa kat luar, mesti rasa nak beli...


Pastu, main lukis batu-batu..blajar expression muka kononnya..

Yang pakai tudung tu mama..
Yang nanges kuar air mata tu Luqman..kononnya kene marah ngan papa..So, batu paling atas tu papa la tu garang macam tiger ^_^
Yang rambut tajam ke depan tu Nina, n rambut cacak-cacak tu Dina..haha..


Best kan Luqman ikut mama pergi opis?? Memang bestla sebab kalau tak buat aktiviti, dia tengok youtube Thomas n Friends..

~SALAM RAMADHAN DARIPADA KELUARGA LUQMAN~
Ni gambar first night nak sembahyang terawih kononnya..

Thursday, August 15, 2013

::Ramadhan 1434 H ::

Berbondong-berbondong perkara yg nak diceritakan..tp sibuk sana sini trus x berkesempatan nk post entry yg da lama tersmpn ni. sbgai kenangan, publish juga sbb Ramadhan kali ni penuh makna..

Alhamdulillah, perkara yg dinanti2 menjelma jua pd 22 Ramadhan 1434 thn ni.. viva master berjalan dgn lancar dan menandakan pengajian master semakin hampir ke penghujungnya. segala penat lelah, air mata, duit yg mengalir di stesen2 minyak dan plaza tol juga akan berkurangan bila berlalunya hr ini. lega xterkira, namun sehari sblmnya mcm org xbtul berckp assalamualaikum berpuluh2 kali  dpn cermin. pengalaman selama 5 thn berdepan dgn anak murid pn masih blm dapat menghilangkan darah gemuruh utk menghadapi seorg pensyarah yang bakal memberi markah utk projek penyelidikan ni. akhirnya, sesudah subuh brlatih buat kali terakhir dan 'apa nk jadi, jadila'.di prtghan jln, dapat pula brita kematian mkck sblh abah..innalillah. perjuangan trpaksa diteruskan..sob..sob..(nsb baik sempat melawat dia semasa dia sdg sakit).

Sampai sahaja di bumi ukm, trus bersiap sedia menunggu giliran..satu persatu kawan selesai, maka tiba giliran sndr. syukur, slmt dgn sedikit pertanyaan dan pembetulan!

"As slm. saya nk kena keluar ni so tak dpt nak jumpa...tahniah presentation yg bagus..nanti pergi jumpa Dr Nas dan dan dapatkan pembetulan dr dia. Tqvm."

Erk, trharu sv bagi msg mcm ni..tp akhirnya pg juga brjumpa dia utk mengucapkan terima ksh yg xterhingga. sesungguhnya diri ini sgt bersyukur mendapat penyelia yg memahami tugas saya sbgai ibu, istri, pelajar dan pensyarah. insyaAllah, saya berharap utk menjadi penyelia yg baik spt dia..


wajah2 gembira slps abes viva..secara xsengaja, tone bju pun hampir sama..


Ramadhan kali ni sempat juga membawa luqman berbuka di masjid. sampai mama abes solat tarawikh 8 rakaat di masjid negeri shah alam tu bru blk ke rumah. luqman sgt happy berlari ke sana ke mari kat kwsn msjid tu dgn kwn2 yg bru dia kenal  . 

hai..sayala luqman yg sentiasa happy tu..as long ada mama n papa..


Selain tu, mama n papa luqman pun sempat juga buat biskut raya..haha, mother is always b a mother. wlupn nk viva ari selasa tu kononnya, smpt lg membuat biskut ari ahad. masa tu xtau lg tarikh da ditukar ke hr rabu. dgn selambanya membuat biskut. hmm, sedap jugak air tgn papa yg menguli n membakar biskut tu wlupn 1st batch rasa mcm famos amos yg da masuk angin..kihkih..gara2 silap tgk resepi. tapi lps da tambah bhn yg trlupa tu, rasanya ok..


biskut cookies mama n papa luqman

cerita mggu last b4 raya.. plan cantik nk g shopping di AEON ari sabtu, ziarah kubur my MIL ari ahad, isnin nk g jalan TAR, selasa berkemas n ari rabu pagi2 da muncul di kg. sesungguhnya manusia hanya merancang, Allah yg akan menentukan.."POMMM" kete kami dilanggar lagi ari ahad,dlm perjalanan ke Banting menziarah kg ibu mertua..speechless, berayakah kami???



barang sume da siap packing..Allah menduga di hari2 terakhir Ramadhan..

Tuesday, July 9, 2013

:: 5S, Thesis, Puasa ::

To update my story, i've started  with the office work..yesterday, we've been audited by SIRIM for Green 5S. da bbrp bulan juga sibuk bergotong-royong membersihkan kwsn fakulti, bilik fail dan bilik msg2. klu dulu xde tumbuhan segar dlm blk, skang da ada pokok ijau tpi pc ni uols. sedap mata memandang dan harum blk ni dibuatnya..wah, byk improvement after 5S ni. so, smlm bilik kitorg a.k.a my bilik with k.zu n kb xmenerima sbrg komen negatif. alhamdulillah, everythg goes well for our room. yg lain2 tu xtaula mcmmana. ada jgk yg trkantoi..label lain, buka2 brg lain. hrp2 scr keseluruhan boleh dapat pensijilan 5S tue..

my workstation
rak k.zu n mine..all labelled!!
pasni da boleh cari file in 30 sec sbb ada masterlist ni =)
pinggan mangkuk sorok kat sini, buah2an pun ada..mehla dtg bilik!
that picture frame above the utensils shelf

 Besides that, i've been busy since 2 months ago making a progress of my thesis..adoiiii, mak mmgla sgt mls bab2 menulis ni. itu pn setelah menangis air mata berjurai2 ketakutan tgk progress kwn2 lain + menerima kata2 semangat dr hubby tercinta, barula gerak tesis tu. haha..actually, ni pn tgh amik mood nak buat correction tesis yg da trbengkalai dkt seminggu. for friends who submit it earlier, derang present arini. saya yg krg rajin ni mmg menunggu2 ujung bln baru nk present. hrpnya Allah bg kesungguhan dan kekuatan utk tempuhi sikit lg cabaran sblm abes master ni.AMINNNN..berangan tangkap gambar camni akhir oktober =P

tapi kali luqman da besar sikit 
Alhamdulillah, tahun ni bertemu Ramadhan skali lg. i'm happy as my routines will b changed..dapat bertadarus dgn kwn2 ofis, ptg dpt blk awal n msk utk suami, mlm plak dpt berterawikh dgn suami atau jumpa jiran2 kat surau. definitely, i love it. hrp2 thn ni dapat bwk luqman pg jemaah kat masjid s.alam @ mana2 masjid..good for his exposure.nnt klu thn dpn ada baby xde pluang da kan..kihkih..

Monday, August 6, 2012

:: Suka Duka Ramadhan kali ini ::

Salam Ramadhan semua...pejam celik, pejam celik da 18 Ramadhan da. smoga amalan makin ditingkatkan dan bonus lailatulqadar akan dapat sama. hehe, slalu bonus duit raya je nak kan? tapi yg tu pn pntg juga, supaya meningkatkan motivasi para pekerja..thnk u kerajaan SELANGOR, thank u UNISEL sbb bagi bonus, sebulan gaji dengarnya + rm200 deposit tabung haji. alhamdulillah alla kulli hal. syukur juga buat result yg bru dapat tgk pg tadi..alhadulillah lulus dan dapat meneruskan pengajian sem dpn. frust sikit sbb tak dpt 4 flat..haha, cita2 xhengat, usaha ciput je. Papa kata "Allah suruh mama usaha lebih tuk sem dpn!" ok papa, mama akan truskan perjuangan mama dgn baik..inshaAllah~

Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan kedua saya bergelar ibu dan istri..syukur setiap hari dapat bangun awal utk bersahur, pagi mengajar, tghari klu ada kelapangan dapat bertadarus dgn kawan2 ofis, ptg blk seawal 4.30 pm utk memasak juadah berbuka dan malam berterawih berjemaah bersama suami..indahnya Ramadhan kali ini. (klu bole nak ramadhan sokmo..hehe).

luqman dgn benjolnya..


art work mama n luqman..takut papa marah..kih2, luqman nye pasal la ni!!


berbuka rumah kak ina..15 Ramadhan 1433H


"luqman nak pg shopping ngan mama n papa ni..anyone nak tumpang?"


at AEON Rawang..luqman main sementara mama cari baju raya dia

luqman main semua termasukla main masak2..hehe..


ok, ni je yg sempat diletakkan di sini...nk bersiap utk kls pkul 1 di Shah Alam, sem baru diploma/degree da buka. harap2 ada students yg datang, klu x pening juga nak ajar sape ni. xsabar nak tgk wajah2 pelajar itu..till we meet again adios =)


Thursday, August 4, 2011

:: Luqman's development - part four ::

anak mama da 8 bulan lebey..sayang luqman!! mama asyik bz, xsempat nk update blog.luqman da blaja berdiri bermula 8 bulan..some of pic down here..




sila abaikan rak tv yg brsepah tu..haha. mama plan to decorate his wall since luqman in womb. tp msa tu xcukup kederat n prepare another important things. alhamdulillah, bila luqman da msk 8 bln mama pn ada masa nk g baby shop tuk bli bnda alah decoration ni+new walker for him.

p/s: alhamdulillah, thn ni brpuasa sebagai ibu dan istri..new experience to b memorized~~

Wednesday, August 18, 2010

:: Ramadhan Kareem::


Alhamdulillah, skali lagi Allah bagi pluang utk menjalani Ramadhan..pluang yg perlu perlu digunakan sebaik mungkin oleh hamba yg lemah ni.mgkn lbh bermakna sbb status da berubah jadi istri orang n mom to unborn baby..so, lots of thing should b improve.

Hasnur, u should..

-bgn awal stiap hari to prepare sahur..tggjwb + ibadah >> DULU masa bujang, minum milo n biskut kering pn da ckp..SKRG en. ibrahim xleh klu xmakan nasi.

-banyakkan tadarus stiap hari>>DULU, tadarus utk pahala sndr. SKRG, tadarus utk didik diri dan + pahala. add point, tadarus bagus jgk utk didik anak menjadi anak yg soleh dan solehah since dlm kandungan. again, pk utk disiplinkan baby..

-klu bole, jgn tggl terawih, besar pahalanya, xdpt di waktu lain >>DULU, byk tenaga nk buat cuma mls..SKRG, preggy makes me tired easily tp kene cuba buat yg trbaik gak sbb lbh byk nk mintak dr Dia..aish, kuatlah iman..

-jaga solat Dhuha , DULU jarang buat..SKRG, klas hari2 8.30-12.30..camne?cet, alasan!!cuba bykkan time bln puasa nie..murah rezki, moga rezki awk yg dpt tuk diri n famili tue halal**ckp pd dri sndr..

banyak lg perkara kene muhasabah..list down senang, nak buat payah.klu thn dpn panjang umur,status akan brubah lg next Ramadhan. sesungguhnya masa xtunggu. haruslah sedar dn gunakan masa sebaik mgkn. tolonglah wahai Tuhan..