Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Thursday, January 26, 2017

:: Aktiviti anak ::

Mana post 2017?Mana? Hehe.. 
Bukan sibuk,  bukan juga dah bersalin.  
Tapi banyak cuti dan banyak berehat semenjak tahun baru ni.  
Cuti sebab uruskan luqman masuk darjah 1, cuti sebab rehat layan contraction kat rumah sambil marking.  
Tapi sampai sekarang pun tak bersalin lagi ..hehe 😅 

Nampaknya baby masih seronok dok kat dalam lagi.  Tapi kalau next week tak bersalin jugak, terpaksa la induce. Iolls is takut lahai sbb sebelum ni tak pernah experience  induce. 

Bila menunggu hari nak bersalin ni, kadang rasa bosan plak tak gi mana2. Kalau takde nak bersalin,  mesti dah booking mana-mana hotel eh! 
Tapi kang sebok nk bercuti, terberanak kat hotel naya plak.. Bahaha, janganla nak drama sangat.
So,  kat rumah layan budak-budak jela. 




Luqman dengan eksperimen bawang dia.  
Dapat la tengok daun bawang tu tumbuh sebelum jadi kering bila dia dah malas tambah air.
Gambar yang ada duit syiling tu..dia nak tengok perbezaan bila duit syiling tu direndam ngan air biasa dan cuka. Rasa ahhmaazzing betul mana la dia dapat idea buat mendealah eksperimen tu. 
Pastu mama tak tau nak eksplain nape duit syiling yang kene rendam ngan cuka tu bertukar jadi hijau, tapi yang rendam air biasa takde perubahan..Bahaha..




Papa belikan pet ikan laga.
Ini pun kadang-kadang kene sorok sebab takut ikan ni mati cepat dibuli oleh si kembar. 



Ada masa buat aktiviti homeschool ngan budak-budak.  Main lekat-lekat sticker pun boleh asalkan tak boring! 



Kadang papa rajin jugak bawak pg playground. Kalau dgn mama, mama larat layan diorg kat indoor playground jela.   Yang ni kat kidzoona aeon rawang.  Dah dua kali kitorang datang sini. 
Ni jela tempat yang dekat dan mama korang larat berjalan. 
Kang jalan jauh-jauh takut tak larat pulak. 

Minggu ni cuti panjang dah blur lagi nak pg mana.  Kesian plak tengok budak-budak boring dok rumah.  
Hopefully opah ngan atok datang rumah terisi la sikit masa dan aktiviti diorang.
Hmm,  nnt masa pantang pun kene fikir nak buat aktiviti apa kat rumah.
Kalau ada idea, komen sini okey?! 


Tuesday, September 27, 2016

:: Santai di Taman Layang-layang ::



Hari ni baru nak update aktiviti weekend aritu.

Hari Ahad yang lepas bawak anak-anak pergi Taman Metropolitan Kepong atau Taman Layang-layang. Sape yang familiar tempat ni mesti tau nape taman ni dipanggil Taman layang-layang kan?
Tentunya sebab ramai orang yang main layang-layang laa..haha, main agak je.

Tempat ni nostalgik jugak sebab kitorang buat outdoor wedding photoshoot kat sini.Ouchh, mengimbau kenangan gitu!
Tapi punyala lama kitorang tak datang sampai tak tau yang dah ada jejantas depan taman ni. 
So, sesape yang nak parking kat kawasan stesen minyak tepi jalan arah bertentangan, boleh cross je lintas jalan guna jejantas. 
Sapa yang selalu lalu depan taman ni surely boleh nampak parking yang macam hazab sikit. 
Sampai double triple parking ehh..nasib ada rezeki ibu mengandung aritu, ada kereta nak kluar masa kitorang sampai. Dapatlah kitorang parking depan pintu masuk.







Sampai-sampai je Luqman dah rambang mata tengok berjenis-jenis layang-layang ada jual.
Daripada gambar kartun sampaikan ke gambar jenis-jenis burung boleh jumpa.
Harga RM10 untuk layang-layang jenis yang Luqman beli ni.

Meriah sungguh kat sini..boleh main taman, boleh main bubbles, boleh piknik makan-makan, jogging, cycling dan macam-macam aktiviti lagila. Patutla ramai orang..so happening!






Orang jual makanan pun ramai..pilih je nak kudapan apa..
Kembar dah pandai mintak aiskrim.
Sambil papa dan Luqman main layang-layang, mama belanja korang aiskrim sorang satu. 
Aktiviti camni pun dah buat kitorang happy!










Sebelum balik, main taman sekejap..Kalau ikutkan budak-budak memang tak puas.
Tapi sebab dah maghrib harusla masing-masing pulang ke pangkal jalan..heh.
Nanti ada masa boleh datang lagi.




Tuesday, September 20, 2016

:: Lawatan ke Petrosains bagi ibu mengandung ::



Eh, ibu mengandung pun nak pergi Petrosains gak ke?

Eh, harusla..terutama Mama Luqman yang tak reti dok diam ni. Siap ada hati nak pergi berdua je dengan Luqman naik tren ke KLCC. Kang tak tak pasal-pasal lawatan ke Petrosains ni jadi nightmare buat Luqman sebab mama pitam kat tengah jalan. Disebabkan ini kali keempat  (kalau tak silap) pergi Petrosains, so dah tau balik confirm kaki lenguh tahap nak seret je keluar dari KLCC. Kalau ada buggy boleh bawak sampai stesen lrt, confirm naik punye sebab tak larat. Haha, cari pasal kan?

Kalau sebelum ni pergi Petrosains masa zaman anak dara.  Tak kesah sangat lah kalau nak jalan lama , sebab dalam tu expected atleast 2 jam setengah ke tiga jam untuk habiskan semua stesen. Apepun bergantung samada kita berenti main kat sesebuah stesen tu lama ke tak. Tapi kalau first time masuk dan tujuan nak gain knowledge, takkan pulak korang jalan terus je tak stop baca atau buat eksperimen tu ye dak? Tak achieve goal la camtu buat anak korang yang membuak-buak semangat ingin tahu tu.

Disebabkan time kitorang pergi ni pun waktu cuti sekolah, maka kitorang pun bersedia jugakla dengan bilangan umat manusia yang ramai. So, kat bawah ni kitorang share sikit pengalaman pergi haritu especially pada ibu-ibu yang preggy dan bawak anak kecik. Sebelum tu korang layan dulu gambar Luqman eh!






Harga tiket, korang boleh refer kat http://www.petrosains.com.my

Tak sure nape tiket Luqman free time ni. Kalau tengok website macam kene bayar RM8, so okla mungkin rezeki kitorang atau pun ada promo. First tips, kalau nak elakkan kene beratur time beli tiket, uolls boleh booking siap2. Tak perlu bayar deposit ke apa..just call and they will give you a reference number. Pastu, make sure sampai atleast setengah jam awal daripada waktu yang kita plan nak masuk tu..kalau terlebih awal pun takpe, sebab diorang ok je kalau kita nak terus masuk tanpa tunggu waktu yang ditetapkan. Macam kitorang, siap-siap lunch and solat dulu..pastu masuk dah senang ati.





Macam-macam exhibition ada. Ni kat area space, Luqman suka part universe and planets.



Ni buat experimen lantunan..Kalau jatuhkan bola dalam mangkuk yang mempunyai kandungan berbeza, adakah beban tersebut akan melantun semula. So, boleh dikaitkan dengan pemilihan untuk jenis kasut berbeza.



Buat aiskrim guna gas nitrogen..kitorang tak sempat tengok, Luqman sempat rasa je..




Papa dan Luqman sempat main mesin cedok-cedok pasir ni..



Tengok story telling show..




Best kot macam-macam ada dalam ni. Especially time cuti sekolah ni ada Science Festival, so banyak program yang diorang organize. Kitorang tak bawa kembar sebab nak spent time dengan Luqman betul-betul. Lagipun kembar belum faham those things lagi.


Ok, back to the sharing story.. Sedikit perkongsian untuk ibu-ibu yang risau kene berjalan dan berdiri lama dalam Petrosains

#1 Bawa suami atau ahli keluarga sebagai peneman. So, time anak nak try game atau buat eksperimen, mommies boleh gilir-gilir dengan orang lain.
Kalau ada masa boleh curik duduk, silalah berbuat demikian. Contohnya, bolehla rehatkan kaki  masa tengok show atau 3D theatre. Lagipun kawasan berhampiran memang banyak kerusi disediakan. Anak-anak insyaAllah selamat bermain dalam pengawasan ibu bapa. 

#2  Kitorang siap-siap pergi lunch sebelum masuk Petrosains adalah bersebab. Terutama bila bawak anak kecik memang kene pastikan perut kenyang dulu baru trip tak huru-hara. Dalam Petrosains memang ada Molecul Cafe, tapi itu hampir ke penghujung pengembaraan. So, kitorang akan pastikan semua kenyang dulu disamping bawak air mineral dan Garrett popcorn dalam beg..Kalau lapar, selok dalam beg dan terus masuk makanan dalam mulut..Shhhhhhh, dalam Petrosains takleh bawak makanan. Surely untuk tujuan keselamatan dan kebersihan . Tapi ibu mengandung kan cepat lapar..Hehehe..


#3 Ibu mengandung boleh tunggu di tempat duduk yang disediakan sementara queue for the Dark Ride. Sebenarnya part yang paling lama beratur adalah di sini, sebab setiap gondola biasanya memuatkan tak lebih 10 orang (bergantung kepada jumlah dewasa dan kanak-kanak). So, preggy mommies boleh minta izin nak ikut laluan khas dan duduk sementara menunggu suami mu yang sado itu bersama ahli rombongan yang lain kalau kene beratur panjang. 

#4 Kalau queue teramat panjang, kadang-kadang staff Petrosains siap offer untuk tak naik Dark Ride. Macam haritu ramai je parents yang bawak anak-anak kecik trus ikut short cut masuk tanpa naik gondola terlebih dahulu. Kalau daku sorang pun, might consider the option. Tapi sebab Luqman dan papa baru pergi first time, so sajela nak kasi diorang excited naik Dark Ride dulu..haha, excited kerrrr??
So, korang boleh request kalau agak-agak tengok ramai sangat orang beratur.
I guess their staffs are pleased to ease your journey..tapi selalunya diorang akan kumpulkan ramai-ramai dulu  la sebelum diorang bawak masuk ikut jalan pintas.

Lepas ni pregnant mama jangan risau sangat eh kalau ada anak-anak request nak pergi Petrosains.
Harap tips ni dapat kurangkan level lenguh kaki korang tu =)
 #dutatakberbayar






Wednesday, September 14, 2016

:: Luqman main hoki ::


Ada anak laki ni siap kene fikir nak bagi aktiviti fizikal apa untuk diorang ni. Macam ktorang ni sebab duduk rumah takde tanah, terpaksa cari masa yang sesuai nak ajak anak main kat luar. Sian jugak la Luqman sebab asyik tanya bila rumah dia nak siap. Katanya nak tanam pokok la, nak main bola la..aduhai harap-harap cepatla rumah siap,mama pun tak sabar jugak.

Disebabkan nak support anak punya minat ber-outdoor, barulah beriya mama suruh papa pergi main hoki..haha, nampak sangat tak ikhlas. Minggu lepas papa n luqman pergi stadium tengok Liga Hoki Malaysia. Sebelum balik raya plak, gigih mama ngikut pergi stadium UIA sebab papa ada frenly. Dengan si kembar pun angkut sekali.







Aduhaii, bukan je Luqman yang aktif rasanya. Si budak pompuan dua ketol ni pun buat mama penat mengejar diorang.
Korang ni saje dera mama yg pregnant ni kan?
Tak pasal-pasal adik yang dalam perut ni pun bakal aktif macam adik beradik yang lain bila da kuar nanti.


Tuesday, May 17, 2016

:: Coffee talk & Short Gateway ::

Wah, nampaknya ada peminat dari Clayton, Victoria selalu jenguk blog ni.
Tue petanda dia suh cepat-cepat update blog ye..
Korang jangan ingat tu peminat kita dari oversea..takde maknanya ok!
Mula-mula kita pun perasan ada orang ostolia minat blog kt..Rupanya laki sendiri..muahaha..
Sebab kan tempat dia kerja adalah universiti kerjasama ngan OZ, so sebab tu server akan tulis Clayton kat live traffic blog ni..huhu, tipah tertipu!

Ok, back to the topic..
Wiken minggu lepas sempat meluangkan masa berehat sekejap dekat Marc Service Residence,  KLCC.
At first, memang agak ragu-ragu bila hubby ajak berehat kat situ..Dan mungkin orang lain pun boleh tanya apsal pilih nak pergi situ?
Tapi kitorang decide to go there instead of PD ke, Bukit Tinggi ke..sebab yang pertama nak berehat. So, masa dua hari cuti dan satu malam yang ada tu kalau boleh taknak habis kat jalanraya.
Sebab yang kedua mungkin bajet..maklumla nak puasa dan raya ni. So, kitorang agree taknak bercuti jauh-jauh.
Tapi sebab yang lebih utama rasanya adalah nak spent time dengan anak-anak tanpa memikirkan rumah bersepah, baju tak lipat dan kerja-kerja rumah yang lain.
So, yes..setuju dengan pilihan unit studio sebelah KLCC.

Sebelum bertolak, sempat jugak pergi coffee talk anjuran Genius Aulad Saujana utama. 
Ingatkan sajela suka-suka pergi nak tambah ilmu pasal parenting ni..
Sekalinya pergi-pergi, tengok ada Pn. Zaliza Alias, the founder of Genius Aulad.
So, memang tak lepaskan peluang untuk join. 
Disebabkan bilangan yang kecil, so konsep coffee talk tu dah macam usrah. 
Bila dia tanya "Setiap hari baca buku cerita tak kat anak? Setiap hari mengaji tak dengan anak?" It's like a wakeup call for me..
Dia pesan setiap hari mesti peruntukkan masa untuk mengaji dengan anak walaupun 5 minit.
"Luqman pun mengajar anak dia dengan cara bercerita kan?"She speaks with gentle voice..kalau banding dengan diri sendiri memang kalah..haha..



So short trip camni rasanya memang sesuai untuk kitorang.
Dok diam-diam kat bilik baca buku dan mengaji iqra'..huhu






This is our studio room..Tak besar kan?
Ada satu king sized bed, sofa bed, dining table. 
Suka tengok kitchen ni..kalau kat rumah sendiri..agak-agak malas basuh pinggan, tutup je sinki dan dapur tu. Tak semak mata memandang..Haha, mak-mak boleh ke? 
Sure walaupun tutup, tetap teringat-ingat pinggan yang tak basuh tu..



Kat dalam bilik air, ada bath tub..
Nak mandi kolam plak kat tingkat 3..pemandangan pool mengadap KLCC. 
Sesiapa nk mandi silala bwk swimming suit k, kalau tak pakai tak dibenarkan mandi.
Memang tak merasala mak pak nk mandi kat kolam ni..tak kuasala mama nk pki swimming suit bagai..





Skang ni dah mengikut perangai mak, asal nk pergi berjalan mesti standby makanan. Ni siap masak nasi goreng kat dapur orang tu. Peralatan memang lengkap.Kitchen utensils sume cap ikea. Kalau nak memasak memang boleh sangat. So kitorang dapat save budget..hari first siap bawak nasi, lauk, spagetti bolognaise,buah mangga.
Hari kedua breakfast nasi kandar pelita dan masakkan budak-budak nasi goreng.




Sape nak rasa pengalaman vacation camni  bolehla try..basically ok je kalau setakat nak berehat atau buat event 1 malam bukan kat rumah sendiri.
KLCC sangat dekat..so definitely sape nk spend time kopi-kopi kat KLCC ataupun nak bawak anak-anak pergi tengok Light Symphony, Aquaria atau Petrosains lagi terisi la masa..
Kitorang just sight seeing masa hari Ahad je..mama dapat beli Popcorn caramel macadamia pun dah puas hati 😊






Thursday, April 28, 2016

:: Sukaneka Apartment ::



Ahad minggu lepas, kejiranan apartment ni ada buat acara sukaneka untuk semua penduduk. 
Rumah sukan ditentukan berdasarkan blok apartment. Blok kitorang dapat warna biru.
Best jugakla untuk kitorang yang dah lama tak pergi exercise ni. Haha..

Asalnya macam tak dapat nak join sebab ada marketing programme kat Lumut. 
Tapi sebab program tu batal, bolehla mama ngan papa masuk satu acara sukaneka iaitu Acara Sambut Cintaku. Haha, romantik habis nama acara..

Kakak masuk acara kutip gula-gula masuk dalam beg plastik, adik acara kuak lentang atas tilam..orang dah nak abis sukaneka baru adik bangun. Tak taula apa kene diorang nih susah nak tidur malam skang!


Ni gambar adik baru bangun tidur..Orang sume dah kecoh, riuh rendah kat bawah, dia sedap je tido.

Banyak jugak acara yang dipertandingkan tapi macam maleh nak cerita..Boleh tak??Hahah
Alah aktiviti-aktiviti biasa sukaneka la..kita kasi gambar bercerita je..







Mama ngan papa dapat nombor dua acara sambut cintaku a.k.a sambut belon.
Permainan dia baling belon, daripada jarak yang dekat pastu makin jauh, makin jauh..
Mujur belon kitorang susah nak pecah walaupun banyak kali jatuh. 
Tapi last sekali papa baling, belon tu jatuh dan pecah jugak. 
Mama la tu yang selalu jatuhkan belon tu, ibarat jatuhnya harapan kami bersama..muahaha.
Geli plak kan =P




Wednesday, March 23, 2016

:: Berkelah di Celi Chalet, Kemensah ::


Cuti sekolah kalini amik cuti half day je hari Khamis untuk bawak Luqman pergi jumpa dentist dan update buku bank dia. Lepas lunch kat KFC, dia ikut mama pergi opis sebab mama buat replacement class tuk buat test student. Hari Sabtu pulak ikut papa pergi opis sebab ada open day university.
 'Lame' sungguh cuti sekolah Luqman kan?
Huhu, oklah tu..dia happy pergi opis mama papa sebab boleh tgk youtube. Ish, budak zaman sekarang!

So, bila sweet sisters ajak pergi berkelah, cepat-cepat je setuju.
So, terjadilah entry perkelahan kat Celi Chalet Kemensah ni..



Banyak servis yang ditawarkan kat sini. 
Sape yang nak tidur khemah, boleh sewa tapak je..murah sikit!
Macam kitorang, kami ambil pondok no. 16. Harga untuk sebuah pondok RM70 daripada 9 pagi sampai 5 petang. Pastu jumlah keluarga yang join pun diambil kira.
Macam kitorang ada 3 keluarga, campur lagi RM30. So, total RM100.
Kat tepi pondok disediakan tempat BBQ..kalau nak, boleh tambah RM10 lagi.

Macam kitorang sume ada anak kecik, so decide amik pondok camni. 
So, bolehlah kalau nak bf baby ke kat dalam.
Dalam pondok juga  ada disediakan plug, 2 tilam dan bantal.
Kot-kot penat, bolela lena sejam dua (T__T)





Pandai anak bujang mama berlakon nih. 
Orang sume dah terjun sungai, dia bagi alasan taknak mandi..
Sekali dah masuk sungai, baru rasa best dan taknak kluar.

Kalau perasan gambar kat bawah ni, ada waqaf yang takde bilik.
Kalau juz nak rasa angin original, boleh book waqaf camtu..




Gigih mak pak ni angkut kembar pergi berkelah.
Abang Luqman mandi sampi dua round..Enjoy betul dia..
















Sedikit perkongsian tentang Celi Chalet..

#1 Surau dan tandas awam disediakan, cuma tempat tersebut berkongsi lelaki dan perempuan. Jadi sangat digalakkan untuk membawa telekung sendiri dan peralatan yang bersesuaian. Surau tu berada kat belakang gambar kitorang ramai-ramai ni, yang ada jaring tuh.

#2 Pondok tempat kami duduk ada disediakan tikar. So, ianya boleh dijadikan option selain duduk kat waqaf dan meja batu yang banyak disediakan oleh pihak chalet. 

#3 Jalan masuk ke chalet ni betul-betul lalu depan entrance Zoo Negara. Seriously tak tau ada jalan terus lagi ke belakang tu..huhu, 5 tahun kot belajar dan bekerja kat uia gombak. Dulu tak de duit nak jalan-jalan pergi berkelah nie..Rupanya banyak rumah besar-besar situ. Nak ke Celi Chalet kene jalan terus dan jangan musykil kalau jalan tu semakin sempit macam nak masuk hutan. Chalet betul-betul kat sebelah kiri.

#4 Ada perkhidmatan ATV disediakan. Based on survey made by husband, skali trip RM100 dan mengambil masa lebih kurang sejam. Bolehlah kepada siapa yang nak try sukan lasak. Den anak tiga ni tak dapekla naik =(

#5 Kalau tak silap pondok no. 5 adalah pondok yang berada di kawasan pintu masuk chalet..sume orang yang datang,  lalu situ dulu. Siapa yang rasa nak lebih privacy, bole book chalet yang no. belas-belas. Lagipun air sungai kat kawasan depan-depan lebih dalam dan kurang batu. 
Untuk yang nak buat terjunan tiruk boleh try situ eh!
Kitorang yang ada anak berderet, better cari tempat yang ada divider..ada tempat air cetek dan ada tempat dalam..

 Oklah, rasanya itu je nak share.
Paling penting anak-anak paling happy. Bila teacher tanya Luqman hari Isnin..
Teacher :Luqman pergi mana cuti ni?
Luqman : Luqman berkelah kat KEMENSAM *this is not a typo k*
Ecewah..dalam hati mak ko lega nak! 
Cuba dia jawab, Luqman tak pergi mana-mana..pergi ofis mama main youtube je.Erk?!

#credit to kb for some beautiful photo#