Showing posts with label moment of being mom. Show all posts
Showing posts with label moment of being mom. Show all posts

Friday, May 27, 2016

:: Bulan mei dan Hari Ibu ::



Mei istimewa sebab..
 Mei adalah bulan kelahiran Dina dan Nina.

Mei istimewa sebab..
Mei adalah bulan istimewa untuk sambutan hari ibu.

Mei istimewa sebab..
Dina dan Nina lahir pada hari ibu.


This is our celebration cake.
Tq papa for making this for us.

For all mom, happy mothers day!
 * eventhough i might b the last person who wish mothers' day..orang sume dah nk sambut hari bapa da..haha*
Tapi masih tak terlambat rasanya untuk berdoa semoga usaha dan pengorbanan kita sebagai seorang ibu diberkati..amin.

Thursday, November 27, 2014

:: Single vs Double ::

Assalamualaikum semua..

Rasa da lama nk tulis entry ni, tapi lama juga ia tertangguh..hmm, cam bz kemain..

Entry pasal apa?? haha.. juz entry mengenai pengalaman menambah anak, n specifically anak KEMBAR!

Bila orang dengar saya akan dapat anak kembar, pasti semua excited.Tak dinafikan, saya pun sama. Especially bila doktor bgtau kembar tu perempuan..wah, cover2 senyum! Kalau bole nak senyum sampai telinga. Pergi shopping pun da berangan beli gaun cantek2 dua helai sume. Masa beli persiapan, membeli macam orang kaya..maklumla semua double. Kalau bli 3 pasang seorang pun, 2 da 6 pasang. Haha..tak tau mama diorg ni pejam mata je masa bayar kat cashier..huhu, that's the best part of having twins la..

Permulaan episod?? It's not easy for us..really hard for the beginning..

Jarak usia yang jauh antara Luqman dan adik kembarnya menyebabkan saya telah terbiasa mempunyai anak sorang..yes, it's almost 4 years- I only have Luqman n Papa in that house!!This time i have another 2 kids..TWOoooo..TWOooo CRYING BABIES *bace dengan nada scary*

Selalunya sebelum Luqman tidur, mama akan bc Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul, baca doa tidur sebelah dia. Tepuk2 sikit, spending time with him, kissing him. But, the night after having twin, mama hanya mampu tgk dia tidur dr jauh, coz me tgh tidurkan sorang kembar n my hubby tgh tidurkan yg sorang lagi. Luqman layan perasaan sorg2..seriously, mama sedey coz it makes me feel away from Luqman. Perasaan tu bertambah teruk bila ada rasa bersalah  seolah-olah mama n papa yang da tak hiraukan dia, tak sayangkan dia..arrrrgggghhh!

Masa mama berpantang, Luqman tak boleh nak attention daripada mama n papa setiap masa, mama da tak boleh dukung Luqman. Nak suap Luqman makan pun, masa mama sangat limited..especially bila papa da start kerja n mama plak berpantang di kampung. Seorang baby baru tidur, sorang lagi menangis nak susu pulak. Pastu yg td tdo terbangun lagi sebab bising..arghh2, last2 sume xtdo, sume kene dilayan. Kalau ada seorang je baby, dia tidur, perhatian akan ditumpukan sepenuhnya pd Luqman.

a week after papa went home, mama hari-hari nanges sebab sedihkan Luqman..

Sepatutnya selepas seminggu kembar lahir, papa akan masuk kerja semula. Kalau diikutkan my hubby nak bawa Luqman coz kesian dekat me sebab nanti nak uruskan Luqman n kembar while berpantang. Tapi nak dijadikan cerita, last day yang papa Luqman cuti tu, Luqman jatuh tertumus daripada katil ke lantai dan menyebabkan pendarahan yang teruk  di bahgian mulut. So, kitorg tak sampai hati tengok Luqman balik ikut papa n tinggal di rumah babysitter pada siang hari waktu papa bekerja.

Bila Luqman sakit, dia susah nak makan, nak hisap botol susu..always nak papa sebab mama sibuk uruskan kembar n diri sendiri utk rutin berpantang. I become stressfull sbb tak dapat nak puaskan dia, main-main dengan dia. Ditambah pulak toys dia sume tinggal becoz we never plan yang Luqman akan tinggal lama kat kampung. So, everyday la mama nanges2..Masa tu x kira tgh berpantang ke apa..


Tengokla..mulut dia sakit sangat masa nie! Mama akan rasa ngeri everytime teringat Luqman jatuh..it happen in front of my eyes, tapi masa tu mama tgh bf  adik..tak sempat nak selamatkan dia. Sorry Luqman!
*mama nanges*

Dengan orang yang tak kenal pun dia nak minta manja..
Actually, chinese uncle ni datang umah abah sbb abah bli kipas baru kat bilik bawah, so uncle ni duduk je supervise pekerja dia pasang kipas. Luqman bole dtg dekat dia n tunjuk2 kat ipad dia..mana mama xsedey..

Lepas seminggu Luqman jatuh tu, keadaan mulut dia makin ok..so papa kata dah boleh bawak balik Luqman  n pg school siang hari. Walaupun mama macam berat hati, tapi mengenangkan mama kene jaga diri sendiri ketika berpantang n uruskan kembar lagi, mama relakan juga Luqman ikut papa balik 'rumah A'..

Alhamdulillah, he seems happy..papa kata itu adalah langkah terbaik utk Luqman rasa mama n papa still sayangkan dia. Sebab 3 minggu dia spent masa ber2 dengan my husband, dia dapat full attention. Balik-balik kampung, he gave me this...

Sob..sob..mama terharu..

Sekarang, kitorang semakin dapat adapt dengan pertambahan keluarga baru. Nak manage anak kembar bukan mudah seperti yang disangka. Sebab tu saya agree bila orang kata insan terpilih sahaja yang Allah kurniakan anak kembar. Sebab Allah lebih mengetahui seseorang itu mampu atau tak melaluinya..

Alhamdulillah, Luqman makin sayang baby - Mama n papa sedaya upaya bahagikan masa utk Luqman - Dina dan Nina pun makin banyak progress - Makin suka gelak-gelakkan abang - Abang pun suka tarik kaki adik yang tak reti dok diam- Alhamdulillah 'ala kulli hal..hope mama tak banyak drama da lepas ni -


Tuesday, October 14, 2014

:: Tips untk bersalin ::

Assalamualaikum..ari nie gatal tangan nak menulis..

Aish, bestnya tgk kawan-kawan nak bersalin. Semoga urusan kalian dipermudahkan ye..InsyaAllah pengalaman menjadi seorang ibu takkan dapat dibeli di mana-mana..

Entry nie nak share sikit pengalaman hasnur di dalam labour room..coz it's still unexpected things happen during the process walaupun sedikit sebanyak da baca buku, da pergi antenatal class, atau da dengar orang bercerita kisah mereka. Pengalaman hasnur sikit je as compared to orang lain yang da ada anak ramai tapi alhamdulillah both delivery process tak lama, n alhamdulillah both normal. Iyela, rezeki orang lain-lain kan?? kalau czer pn ok as long anak sihat, ibu selamat..But, this entry adalah perkongsian utk yg expected bersalin normal. Namun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan!

Sebelum tue..Nape hasnur taknak amik epidural??YES, kalau korang nak amik epidural xyah baca kisah selanjutnya kot sebab orang kata tak rasa sakit nak bersalin. Hasnur tak amik atas 2 faktor..

1.    Faktor kewangan - Masa kembar nie orang kata budget bersalin kene double. Tanya Dr. pun dia tak jawab exactly berapa kos yang terlibat. Kira punya kira, kalau seorang bersalin normal RM3K lbh kurang..kang double, dah RM6K?czer tambah RM2K? kene pulak duduk kat wad 4,5 malam?Baby plak kene tahan NICU? Gulp..telan airlio gakla masa tu. Memang RM10K dah prepare utk delivery..in case of emergency. So, decided mmg taknak epidural..kedekut sangat kan mak Dina n Nina nie?? =P 
Lor, skali kene RM3500 je..lenkali jangan fikir terlebey sangat bole?! *marahdirisendiri*

2.     Scoliosis problem - Disebabkan Dr. yang handle antenatal class tu tak memberi jaminan 100% yang tiada efek pada tulang blakang saya yg bengkok ni klu amik epidural, so mak is takut uols..hehe, maka dengan itu saya tidak bercadang untuk mengambil epidural..

Ok, back to the delivery process..Hasnur pun takdela cool sangat, tapi ini yg hasnur buat untuk tenangkan diri. Sekadar perkongsian buat kawan2..

#1 

It's a good step kalau korang dapat pergi antenatal class, especially for the first timer.. really helps you!!
Dr. Halina pun advice benda nie..baca sini
Masa hasnur bersalinkan Luqman, nurse hanya keluar masuk sekali sekala untuk cek jantung, cek contraction, pasang drip, pecahkan air ketuban dan cek kita ok ke tak sementara menunggu bukaan jadi lebih besar..selebihnya, hasnur dibiarkan sendiri. So, amat penting untuk kita berada dalam keadaan tenang waktu tue..walaupun sorang, tapi bila tengok graf jantung baby ok, contraction ok, hasnur da tak risau sangat..coz we know the delivery process going smoothly!

#2

Know the fact that bersalin memang sakit..sangat! 
Nie bukan nak takutkan, tapi bila kita da tau..sebolehnya jangan panic tak tentu pasal.
Kang risau sangat, sampai BP naik, xmo..xmo..nnt kene czer!
Kan sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati, so juz imaginela how it works..
Sebab tu darjat seorang ibu sangat besar.

So, apa yang hasnur buat bila da sakit?
 Hasnur juz imagine yg hasnur pernah rasa morning sickness yg sgt teruk sampai bulan ke7..kalau berbulan-bulan kita sanggup tahan demi nak tengok anak yg kuar ni sihat dan selamat..
Why not juz few hours tu bersabar sikit dengan kesakitan yg Allah beri..Keep calm, keep breathing, until Dr. said "push"! =)


#3

Ayat-ayat Allah adalah penenang jiwaku..

Masa Luqman, hasnur bawak surah yasin..walaupun suara da tak mampu nak kluar waktu tue..tapi bila baca dlm hati, kita tahu Allah menemani kita (remember, kan hasnur ditinggalkan sorang.. sampai da dekat waktu nk bersalin bru hubby bole msk labour room). 

Masa cek bukaan, hasnur da 5cm untuk kedua-dua kelahiran..
Kalau first baby, selalunya 1cm bukaan setiap jam, so scr matematiknya atleast 5jam untuk tggu sampai baby deliver. yap, its true for luqman..pkul 7 warded, pkul 12.17 dia lahir..
so, 5 jam nak buat apa?? xde hati punya nak buka facebook sambil rasa sakit..
Kalau buka fb,tertengok org makan sedap, tgk orang dapat handbag baru dr hubby dia..ohh, stressfull!
InsyaAllah, baca alquran dapat tenangkan jiwa..

Masa kembar, berseorangan lagi!!(sebab hubby anta luqman balik rumah babysitter dulu)
Hmm, bawak Al-quran tp tinggal dalam kete..pastu blur! 
Buka ipad..sekali apps Alquran xde pulak sebab hubby baru format ipad.
Ada hati nk download apps masa tgh sakit nk bersalin tue..bole??
Pastu baru terfikir nape x google je..aiyoo, fikiran bercelaru..
Dah dapat bace surah maryam lega rasanya, sebab taknak fokus pada sakit..
 kalau diingatkan,Maryam lagi bersalin sorang-sorang tanpa keluarga dan ubat..
At least, hasnur ada hubby yg bole bacakan quran kat sebelah bila proses bersalin da nak dekat n bagi instruction bila baby nak kluar..
Oh, hebatnya maryam..

#4

Setiap kali sakit, setiap kali tu jugak baca doa nabi yunus ni..baca lagi dan lagi dan lagi..sampai baby kluar..*kesatpeluhkatdahi*


#5

Nie tips yang hasnur baca dalam buku parenting berkaitan teknik nak push baby kluar..

Put the words RELAX as an analogy..
Reeee...(tarik nafas dalam2), Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaxxxxxxx (lepas panjang-panjang sampai nafas habis)

Baby akan mudah kluar dengan nafas yang panjang..jgn kejap2 nak tarik nafas, it doesnt work! 
Jangan korang sebut perkataan relax masa nk bersalin dahla..kang dr. tu ingat buang tebiat lak! haha..

Ok,  rasanya cukup 5 kot..kang over plak bg tips byk2, org kata perasan cam Dr. OnG lak..
hehe,  insyaAllah semuanya akan berjalan lancar..tak sabar nk tengok babies comell!!

Thursday, May 29, 2014

:: Pengalaman kelahiran si kembar ::

Assalamulaikum n happy belated mother's day to all mom. Hoh, berangan sgt nk deliver time mothers day, betul2 Allah makbulkan walaupn awal sehari. Walaupn entry ni lmbt skit, harusla mengupdate pengalaman yg tak dapat dilupakan buat mama luqman ni..now, da jd mama irdina n mama imanina juga =)

Sebelum bercerita bab hari kejadian, mari kita imbau sakit contraction or braxton hicks yg mama da alami sebelum bersalinkan si kembar..so, kt sini mama da copy paste waktu (24hours system) yg mama catit kat ipad. Beriya mama mencatit kan?bersebab ok..ada ketika nya contraction agak kuat dan disebabkan mama kat rumah sorang2, mama harus beware ngan masa contraction tersebut. Dibuatnya da nk terbersalin, tak sempat plak papa nak balik dr sunway anta mama pg pmc. Dahla dari opis papa ke umah 40 minit naik motor kapcai papa, campur 20minit g pmc..kang ada yg jd bidan tengah jln kang. Hihi, nasib baikla tak camtu kn..

last checkup aritu bgtau Dr yg contraction selang 10 minit, dia cakap " aish, apsal xdtg sini"..haha, mama tunggu selang 5minit bru nk g pmc..relax je mama korang ni Dina & Nina. So, everytime rasa obvious mengeras mama catit. Lagipun slalunya contraction datang time mama duduk lama marking paper students, so ble catit sbb ipad slalu ada kt sebelah. 

May 5

0941- 1002 - 1011 - 1047 - 1101 - 1114 - 1127 - 1151 - 1211 -1223 - 1535 - 1658 -  1944 - 2109

May 6

0807 - 0814 - 0827 - 0914 - 0948 - 1548 - 1740 - 1801 - 1806 -1829 - 1841 - 1916 - 1931 - 1947-2031 - 2124

May 7

0416 - 0652 - 1108 - 1905

May 8

0705 - 0747 - 0800 - 0853 - 0914 - 095o - 1006

May 9

0742 - 0802 - 1407 - 1445 - 1504 - 2028 -2050

May 10

0502 - 0507 - 0512 - 0522 - 0533 - 0538 - 0546 - 0553 - 0601- 2 kali waktu mandi n solat - 0617 - 0623 - 0630 - 0638 - 0644 - 0652- 0659 - then, da kene pantau by the nurses..

Byk kli kan saya rasa contraction palsu nie..sebab tula da tak sabar nak bersalin sgt. Itu blm campur jalan trkengkang-kengkang masak, merangkak sapu karpet n tido kene duduk lg tu.aish, besar ye jasa ibu kat kita tuan2 dan puan2. Alhamdulillah, Allah bg kesihatan yg baik pd mama luqman sehingga ke saat kelahiran. Jumaat sehari before deliver tu sempat siapkan marking, masukkan markah dlm sistem dan message hubby suh dia tolong printkan markah pelajar. Breakfast pagi tu sempat buat puding roti n sempat masak sambal udang buat makan malam. Disebabkn lunch tghr tu lmbt dek menyiapkn kerja2 marking, mlm tu sempoi giler mkn hotdog je. Hoi hasnur, larat ke ko nk meneran 2 org budak pagi tu dgn mkn mlm hotdog je?haha..padan muka..

Pukul 4.30 pg Sabtu (10 Mei) bgn sbb nk g toilet..masa tu hubby da bangun wlupn tak taula dia buat apa, g toilet gak ke, or update result bola ke. Tapi lepas lebih krg sejam dia tdo balik, trus dikejutkn sbb contraction selang 7, 8 minit sejak pkul 5pg. Sempat mama mandi n solat subuh, trus kejut luqman n pg pmc. Bole plak singgah 7 Eleven bli roti..aduyai, papa n luqman bli roti baru 5 minit, tapi mama da membebel dlm hati..beli roti pn tuk mama, papa takut nanti mama xde tenaga..

Haha, detail giler citer..klu ada reader nk bc silala :) :) klu mls xpe, mama luqman saje nk buat catitan dlm open diary ni je..

Ok, sambung balik. Da smpai, nurse pasang alat tuk detect contraction n jantung baby tu..bole plak setengah jam pertama tu sia2 je sbb nurse pasang 1 je alat detect jantung. La, kan ada 2 babies..haha, daku pn taktau yg nurse tu salah. It's ok, takdela marah pn..cuma bila Dr yg bertugas pg tu kata my contrction tak kuat sangat n bole blk klu less than 3cm, mcm daku ragu2 skit. Adoi, sakit kot contraction kali ni..time luqman yg tak sakit langsung dlu tu pn da buka 5cm masa cek. So, lps setengah jam lg pasang alat jantung baby tuk kedua- dua babies, nmpak contraction konsisten. Lepas tu, nurse minta tukar kain tuk cek bukaan. Bila Dr Ratna cek da 5cm..haaa, kn btul mak cakap..kikih..so, 8.50pg warded. Papa n luqman blk dlu sblm proses bersalin semakin hampir.

Nurse yg handle tu kata Dato' Dr.Zarul otw nk ambik kete dia kt workshop, papa pn tak sampai lg dr hantar luqman ke rumah babysitter waktu tu..aduyai, bole plak siap bwk luqman g pasar jln2 plak ye. So, nurse lambtkn skit proses nk bersalin tu dgn tidak memasang air drip kt tangan. Nasib baik by the time Dr sampai, papa pn sampai. Dr sampai then  cek bukaan dan pecahkan air ketuban, while papa kt sebelah bacakn Surah Maryam. Bole dikatakn proses kelahiran kalini brjln lncr. Mama cba berlagak tenang..cma lps Dr pecahkn airketuban n kata ready, sejam lg insyaAllah, tipula klu xcuak..sakit sgt kot nk bersalin.

Masa yg ditunggu tiba, yes  after a few push  dlm 4 ke 5 kali lahir kakak pd 11.38 pagi dgn berat 2.45 kg. bila kakak da keluar, nurse tahan perut sementara contraction dtg smula sbb tkut baby berpusing. Then bila dtg contraction lg lahirla adik dgn 2 kali push pada 11.40 pg dgn berat 2.25kg. Alhamdulillah, keduanya sihat..syukur Ya Rabb! Terima ksh suami, mak abah dan keluarga yg sntiasa mendoakn mama, Terima ksh Dr yg sgt baik dn brpengalaman, terima kasih nurse yg very helpful..


Monday, February 18, 2013

::mama as usual..::


lamanya mama luqman xtulis entry baru. papa luqman cakap last entry pendek sangat, biar gambar berbicara je. so, kali ni pun sama..biar gambar berbicara lagi..hehe.

banyak juga cerita pasal budak yg tgh nangis nie yang xsempat nk update .dia da pandai kenal huruf dan nombor..blaja sendiri perkataan monkey, lion, dog, moon dari ipad. atok ngan opah pun xpasal2 kene balaja english jugak..


juga kisah 'bercinta sampai ke syurga' dengan lelaki ini...
(may write on some important notes from seminar baitul muslim at picc on 17 February 2013..klu rajin insyaAllah next entry!)


kemudian, kisah di suatu ptg  membeli tv 32" .. nak dijadikan cerita malam yg sama my hubby dapat lucky draw tv 32" gak ..alhamdulillah, da siap tampal kat rumah..tv lagi satu myb bg emak kat kg je..









citer makan-makan during weekend di kala mama luqman rajin memasak..
klu rajin bolela msk sndr nasi lemak sambal sotong, klu mls "pa, bli jela kat pasar" =)


dan lain-lain..

mama luqman, as usual.. xsempat update blog bagai. tp insyaAllah akan cuba jadi yg terbaik sbagai istri, ibu, anak dan hambaNya..usaha seumur hidup nih..
-
-
-
-
-
“Kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan:-
 
Pertama : untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi perkara yang wajib atau fardhu dan yang sunat.

Kedua : untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.

Ketiga : Untuk berkhidmat kepada manusia, iaitu melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka.

Keempat : Untuk kerehatan badan, sebagaimana sabda Baginda Nabi S.A.W yang bermaksud, “sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu” .

(Al Imam As Syahid Hasan Al Bana)

Monday, March 26, 2012

:: Ibu terhebat ::

juz a short entry to update my story...

HH baru sahaja selesai kelas dgn pelajar Diploma tuk subjek business math..alhamdulillah, finish within time. rasanya ilmu yg spttnya tlh dicurahkan..i'm not a perfect teacher, but success always come from the students itself. smoga mereka semuanya dpt buat yg trbaik dlm final..still working on their carrymarks..

HH masih ada 8 jam klas ngan pelajar fast track tahfiz..harap mereka berusaha lebih keras n lebih 'fast'..

HH bru je abes quiz fuzzy math mggu lps..hrp2 okla, really need an energy booster right now!

HH still working on the research proposal. thanx papa to help me a lot!! we choose parenting issue as we love being parents so much. hope the study will give positive impact for me at least!

so, bestfriend HH skang adalah

1. Journals on my research proposal issue..
2. Buku Matematik SPM Tingkatan 4..
3. n buku nie.....................................byk lagi buku2 tgh tggu giliran tuk dibaca, maklumla baru abeskan voucer 1M..tp xde masala kononnya..haish,no excuses ye HH!

--

sometimes terlintas dalam kpala bole ke aku habiskan master ni..baru 2nd semester da de ups n down. it's not an easy to b a good wife + mother + student + employee at the same time..commitment REALLY REALLY needs sacrifice..

bila tgk blog2 ibu yg hebat, saya kagum! mengetahui personal life wanita2 hebat sprti Prof. Dr. Faridah (bekas boss), Dr. Huzwah (sv papa) dan lain2, saya mahu brjaya sprti mereka. kenapa?? mgkn sbb saya mahu memberi inspirasi buat anak saya nanti. wlupn kejayaan akademik bkn kayu pengukur, tp sekurang2nya saya berusaha utk jadi ibu trbaik dlm sgla segi..moga Allah mudahkan segalanya..amin~~


"Jika anak anak kita tidak bangga dengan kita, mereka tidak akan berbuat sesuatu yang membanggakan kita"- (Dr Harlina Siraj)

Friday, January 20, 2012

:: final xm ::

smlm baru abes final xm..sangat sedey sbb rasa msh x dapat lakukan yg terbaik wlupn da cba semampu yg mgkn.. xde ape yg bole buat sbb semuanya da berlalu. yg pntg bykkan doa dan bertawakkalla utk keputusan yg bakal keluar nnt.

terima kasih buat suami yg sentiasa memahami~siap bacakan nota fluid lagi..lps nie papa da tau part boundary layer separation..hehe, mlgnya bila soalan kuar, mama cam tercungap2 gak nk jwb soalan 2 sbb bkn mama yg bc, papa yg bacakan..hehe.

to mak n abah, thanx jagakan luqman masa tgh sibuk marking xm ppr students n study tuk xm sndr..sgt2 terharu. rasa sgt trk sbb wlupn mak dtg rumah, mak yg kene msk..anaknya sibuk study.adeh, xpela next time mak datang harusla mskkn tuk mak ngan abah~~

to luqman, mama akan spend masa ngan luqman byk2 lps ni..cian tgk anak mama. wlu dlm sbk2 sempat gak g playground pagi2 kt taman metropolitan, kepong..here the pic..





ok, berbalik pada xm..blk2 je dr ukm trus mncari shoping complex tuk dilawati..maklumla da lama x shopping therapy kononnya..hehe. rasa cam still ada xtra money walaupn da tgh2 bln ni. rupanya sbb xbanyak spend tuk duit tol n minyak, da xbyk berulangalik ke bangi da. so, inila hasilnya..huh, xm jawab ntah pape..release tension lebey2 plak yea..


Wednesday, November 23, 2011

:: 365 days of joy ::


luqman's 1st day..sggh terharu melihat wjh mulus yg bru dilahirkan nie..my dear luqman is one year today..sggh cpt masa berlalu!

our raya this year

our 1st holiday trip

365 days we had with luqman, few things come in memory;

~ luqman yg ada selimut busuk, always menggigit2 slimut anytime anywhere..

~luqman yg byk bercakap, but to certain people n certain place..he will said "bum bum" when watch favourite babytv song 'the marching ants' (sambil mulut muncung ke depan with slow pitching..rasa sgt geram)

~luqman da pndi jln sndr before 1 yr lagi..lebam sana sini sbb suka plh jln yg ssh n then jatuh..see..

upss, pls take note that gambar nie bukan kaki luqman lebam sbb kene dera. tp sbb dia main printer n cause the ink fall. hslnya hitam la kaki n tgn, trmsk tgn mama n papa skali.

~luqman still breastfeed till this day. medela freestyle being my fav gadget since luqman was born..

~luqman with his toys yg mmg xleh dipisahkan..toys a.k.a binatang peliharaan: dolphin, turtle, duck, angry bird n the list goes on..

~luqman da pndi demand nk mkn ape, preference always change acc to his age..aritu suka sup2, this time liat nk mkn nasi. so, tuka2 mkn yemee sizling, carbonara fetuccine, spagetti goreng, kueteow sup, bihun bakso n etc. nnt mama akn ajar luqman mkn ikan keli, tempoyak..siapla..

~luqman's first shoes: saiz 4 for 2 years..padahal luqman bru nk msk setahun..hehe, si panjang!!

time flies so fast..its already 365 days we live together. i wish to give the best for luqman. mama n papa always luv u..smoga luqman sihat dan mnjadi ank yg soleh. HAPPY BIRTHDAY my dear..muah100x


Monday, May 30, 2011

:: Seperti Dulu? ::

Mode: background song "seperti dulu" by Exist..i answer myself, ohh xsume perkara seperti dulu!! what change me? basically, Routine n Responsibility. i need to double triple organized than before i become a mom. sem dah mula..sblm nie lepas subuh tdo blk. bila luqman dah start mkn solid food nie, mama bgn2 je trus ke dapur, tenggek periuk bubur luqman. njoy new routine but absolutely miss a few things i've done before..

1. tengok vcd korea 16 episod semalaman>> that's what i always do when i juz finish my last paper in every semester. pilihan cerita haruslah yg sedey2, coz kononnya nak nanges2 release tension..hehe.'God, give me more times', 'Full House', '1 Litre of Tears', 'Goong'..ohh, i miss all gud days!

2. baca novel sehari suntuk>> in fact, i did this till the last day before i entered the labour room. now, i think it's better for me to read something more informational rather than novel cinta. myb zaman bercinta msk kategori org dah brumahtangga..xsesuai!! hehe..'ombak rindu', 'satu janji', xseindah mimpi'..myb next time ada masa nk baca novel2 sebegini..

3. menjenguk ke istana budaya dengan teater2 yg best>> dulu dating ngan papa di istana budaya..tp skang dating ngan papa dimana-mana saje. xsampai atila tgglkan luqman mlm2..i enjoy breastfeeding very much!! =)

4. berjalan sorang2 di sekitar jln tar, sogo, midvalley >> wow, nie hobi yg slalu dibuat time student. rasa dulu saya seorg yg indipendent n nothing would stop me from shopping except duit yg ciput. skang nie duit lagila ciput.xdela kojo den nak naik komuter semato2 g jalan tar tu ha..xpasal2 kene simbah asid. skang nie shopping alone gak tp kat jj, giant, tesco n online shopping..yehaaaa..

5. outdoor activities tlh lama dilupakan >> hehe, byk sungguh alasan klu nk brjogging. nsb baik bf burns the calories.n nsb baik diri ini xmengalami mslh kegemukan.aishla...

one part xleh wat bnda nie sume..tp another part is i do something which is more meaningful in my life!! memenuhi masa lapang dan berpahala..insyaAllah! yg lbh penting, saya dah ada 2 kawan baik skang: hubby n baby.

Sunday, March 13, 2011

:: Magical Smile ::



mama sedey..
mama stress..
tears drop from mama's eyes..
*sob sob*
suddenly there's small fingers holding my hand n 'kain'..
keep holding n smiling..
macam paham2 je mama tgh sedey..
tq to our lil luqman
sbb buat mama lupakan sgl yg serabut
luv u so much..
luv papa too for giving his shoulder to share..





Saturday, December 18, 2010

:: finally!! ::


A backdated entry from a mother..alhamdulillah, hari nie da msk 13 hari from the day of delivery..
satu pengalaman yg mgkin takkan dilupakan..
22 NOVEMBER 2010..feeling that contraction is consistently occured every 10 minutes starting 3.30 am..n macam biasa mama akan terbangun tgh2 malam utk pg ke toilet. rasa cam da xsedap ati n ingat nak ajak abah pg hospital lepas subuh..hmm, tgk perkembangan camne! Tp lps subuh the contraction dah x sekerap td plak, so mama ingat ‘oo..mayb contraction biasa je kot’. mama pn cam biasa mghabiskan siang hari mama dgn berehat, makan n do house work yg mna bole dibuat. huhu, tp sakit pinggang agak xble bla la jugak. skali lagi mama ingat ‘oo..biasala sakit pinggang dah nak dekat2 bersalin nih’.
Tp there’s a sign yg mama tgk masa nak amik wudhu’ for Asar prayer..rasa da xsedap ati, trus bagitau abah nk g hospital lepas solat asar. When the doctor checked at hospital, rupa2nya bukaan mama dah 5cm..i was shocked, dahla ibrahim pn xtau lg. trus sms papa bgtau myb mama akan deliver dlm masa 5 jam lg. hehe, I guess myb ibrahim sgt kalut time nie sbb da on d way ke rumah Dr. Huzwah for taking correction of his thesis.
n as expected, i delivered after 5 hours warded..msk kul 7 n continuously contraction until 12am before the delivery time. alhamdulillah, perjalanan yg agak mudah. xlama duduk wad plus ibrahim sempat bekejar balik utk tmnkan mama bersalin. I delivered normally for 17 minutes of pushing the baby from the womb. Finally, a baby boy with weight 3.11 kg and height 53 cm delivered safely on 23 NOVEMBER 2010, 12.17 am.
To papa..thanx temankan mama dlm labour room. Actually, papa sgt mmbantu time mama sgt2 sakit..zikir n instruction dr papa masa mama tgh panic nk bersalin sgt membantu..luv u so much!!!!
To our baby boy..semoga Luqman jadi anak yg soleh n jadi umat Nabi Muhammad yg taat pada suruhanNya..