Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Monday, October 3, 2016

:: Dating at Tony Romas ::



The best part of this pregnancy is I'm craving for the Tony Romas. 
Haa..western sangat selera baby dalam tummy nih. Haha..salahkan baby kay?!

Maybe sebab masa pergi TR for the first time ritu, kitorang cakap kene repeat datang sini untuk makan steak plak..tu yang jadi teringat-ingat tu.
Masa ngan anak-anak kitorang order shrimp pasta n set burger, so kalini harusla try another menu.

Kebetulan masa kitorang keluar ni beberapa hari sebelum Awal Muharam [anniversary dalam bulan Islam], so bolehla considered ni as anniversary dating..hmm, nak jugak.
Sebenarnya, ambil kesempatan cuti sebab nak hantar kereta pergi workshop dan survey stroller kat Manjaku Bangi [used my favourite baby shops]. 
Dah tu alang-alang lalu depan IOI City Mall, terus plan nak gi makan kat TR.

Wuhuu..lepas satu ngidam!




Portion makanan TR ni memang banyak dan mengenyangkan lah.




Papa order Chicken Platter, mama order Grilled Lamb Chop.



Mama yang puas hati....................





.................sebab kene belanja dengan papa! ngehngeh *isteri banyak kerenah*



Wednesday, December 30, 2015

:: Birthday Kitorang ::

Assalamualaikum..

Adoii, cepatnya masa berlalu..da nak masuk tahun baru kan?
Balik-balik entry pre-anniversary..mana entry anniversary nya?
Haha..takde eh, sebab time anniversary tu, time tu la nak gadoh. Tapi tak lama pun, papa ajak pergi Kaison kat Paradigm Mall cari wall paper untuk bilik tidur terus baik balik..Haha, mudah sangat Mama Luqman ni  terperdaya dengan  duniawi.

Since tarikh anniversary and birthday yang rapat-rapat, kami jarang sambut asing-asing. 

18 Disember : Anniversary
21 Disember : My birthday
23 Disember : Hubby's birthday

Selalunya, sambut sekali harung je..jimat budget kan? Kadang-kadang buat dunno je. Haha..Cuma kalau lupa memang kene bagi air bacaan Yassin la supaya ingatan tu kuat sikit.Aish, berani nak lupa birthday masing-masing?! *mata kecik pandang atas bawah*
Pada setengah orang mungkin tak penting sangat sambut Birthday n Anniversary ni..For me pun yang semakin meningkat usia ni, hadiah tu mungkin da kurang penting sebab bila-bila masa pun pasangan boleh beli hadiah kalau dia ada duit lebih, takyah tunggu important dates.
Tapi I think ingatan tu penting kot, wish birthday bukan pakai duit pon, pakai air liur je!
Pastu kalau ingat, kan bole doakan pasangan..

"Ya Allah ya Tuhanku, hari ni hari kelahiran pasanganku. Engkau limpahkanlah rahmatMu kepadanya, murahkanlah rezekinya, panjangkanlah usianya. Engkau kurniakanlah segunung pahala buat ibu mertuaku yang telah melahirkannya"

Tu contohla..Abis tu, kalau tak ingat birthday langsung acaner?!Aiyaa..
Mungkin dah biasa doa camtu kot hari2 *husnuzzon*
Ni bukan nak emo, tapi ok kot kan kalau ada sedikit ingatan untuk hari-hari yang penting supaya hari tersebut lebih istimewa berbanding hari-hari yang lain.
 Cuma sikit tak pahamla kalau orang takde inisiatif nak ingat tarikh penting2 tu..
Hmm, unless ada masalah fobia nombor sampai no. ic sendiri atau no.pin bank pun bole lupa..Haha *joking*

Dalam kes kitorang, belum pernah lagi la kitorang lupa.
Entry ni untuk simpanan sendiri. Kalau sepuluh tahun akan datang gaduh lagi time anniversary bole tengok entry sweet2 camni..kihkih



Surprise cake n rose dr husband. Thanx KB susah payah belikan kek, ros n cakenis..dan susah payah jugak bawa ke ofis *hug*







This year dapat hadiah handbag Zalora ni dan sandal ..huhu, siap buka website Zalora cek eh? Psiko ah dapat bini camni..Haha, ni bukan nak cek harga. Tapi my hubby cakap dalam website, handbag ni nampak kecik je. Skali bila dapat kite kata handbag tu besar, siap ioll bole masuk telekung gitu. Design cam gambar kat atas tp stail envelope bag..
Dia kata bole pitam tengok jenis-jenis bag pompuan. Ada sling bag, clutch bag, tote bag..
Tu yang dia belasah je order.
Takpela pa, I is ok je pape pun..dongibap, kipidap, study lagi tuk tahun depan k! =)






Masa birthday suami, dia cakap dia taknak hadiah pape. Orang siap offer pun taknak..
So, pakat ngan Luqman buat handmade birthday card tuk papa since hari sebelum tu Luqman ikut mama pergi ofis. Pastu belikan papa congo bar sebab 2 hari sebelum tu dah makan kek birthday mama..takkan nak makan kek lagi kan. So, tiup lilin kat congo bar punnn boleeeehh..

Btw, this is the story of our birthday..
SMALL celebration, but BIG to our heart!
- Happy New Year 2016 -



Friday, December 4, 2015

:: Pre-Anniversary ::


Tajuk acah-acah sweet gitu..cam ada candle light dinner lak masa anniversary nanti. Haha..biasanya takde la.
Kebetulan Disember merupakan bulan anniversary kitorang plus birthday kami suami isteri. So semalam kami amikla cuti untuk spend masa berdua since dah lama tak dating bersama .Ohh, ini sangat RARE okeh! Selalu berlima je ke hulu ke hilir. Semenjak ada kembar dan anak tiga, selalu outing jadi huru-hara. Kalau nak keluar berdua pun takat makan berdua balik kerja atau kuar beli barang kejap..

So, cuti kali ni takmo buat urusan pape..walaupun masih banyak urusan yang belum selesai. 
Mama nak spend time ngan papa pergi IKEA je..
Nampak tak motipp si isteri? Kalau budak-budak ada, konfem tak boleh shopping dengan tenang. 
So, kalau ajak suami dating kat sini, boleh si isteri membeli belah sambil ada orang yang boleh tolong angkatkan barang. Woww, besntnya kuar berdua..Haha  (^__^)




Incik abang tengok apa tu?? Berangan nak bilik tidur camtu ke?
Tengok tu..belum apa-apa mama da siap belek harga kalau nak buat bilik kembar cam gambar kat atas tuh..
Comel kan ada pink-pink..Tengok harga sebijik katil tu RM509..Kalau darab dua..Gulp, telan airliur gak arr. Baru katil jer tu...


Kononnya, nak make over bilik Luqman..Beli meja study, kerusi, carpet, rod penyidai rak bertingkat dan lain-lain lagi. Tengokla, kalau kemas bilik anak bujang sorang tu bolela share nanti. Selalunya sepahla sebab jadi port adik-adik main..

Lepas jalan-jalan kat ikea, terus menapak ke the Curve nak cari makan. Fikir punya fikir nak makan apa, ternampak sign Vivo..terus ajak hubby makan kat sini. Bulan lepas masa buat membership card, katanya kita boleh claim free 'cake of the day' masa bulan kelahiran kita. Masa tu dah terfikir nak ajak incik hubby datang  sebab birthday kitorang kan selang sehari..




 Sedap kek ni..tak rugi kot kalau korang nak try!
Kek ni bukan regular cake yang setiap masa ada. Rasanya sempena Krismas ni je..
Rasa dia macam cheesecake + chocolate cake..Pastu banyak layer, yang oren tu ada orange flavour sikit-sikit..So, complete rasa dia..siap ada layer yang crunchy2 sikit. Yummy!!





Pa, takyahla susah ati sangat dapat bini suka shopping..
Sampai makan pun tak lalu *drama*
Enam tahun da kita kahwen bang!
=P


Monday, December 23, 2013

:: I love december ::

December is just my favourite month..coz it's my anniversary, birthday, hubby's birthday n all celebration yg tertunda mcm sambut beday luqman..muahaha. Bln lps xsempat nk potong kek sbb mama xbrapa sihat lg. Bila da msk 4 bln mengandung ni bru ok nak plan mcm2. Sblm ni nk singgah pg kdai pun pk 10 kali, da pk 10 kali pn xlarat nk singgah. So, sempena birthday papa marila kt tiup lilin bersama-sama..

 Luqman excited..tp bila da psg lilin tkut api. bila nyanyi hepi birtday baru ok!

Yeay..potong kek sama2. Mama order kek ni khas utk korang berdua taw! Thanx to papa yg tlg menjayakan dan byrkn kek trsebut =)


Actually, ada topping atas kek ni tulis "Happy Birthday Papa & Luqman 3 years". Tp bila tgkap gambar still xjelas jugak. So, kt tangkap gambar kek ajela. Luqman suka strawberry n kutip grated choc tu je. Lps tu dia mkn pasta yg mama msk. ooohh, mama da bole kembali beraksi di dapur. I miss my kitchen..morning sickness menjadikan mama luqman xmasak 3 bulan. Lps ni insyaAllah, mama akan rjn2 memasak semula. Papa pun rindu cupcakes coklat mama..Pa, i will bake for u later k!

Wednesday, October 24, 2012

:: Flower vs Sweat ::

hari ni ada masa sikit utk menulis blog setelah sekian lama laman ni dibiarkan sepi..ada masa sikit nk belek2 blog kawan2 yg selalu diikuti..bila baca entry seorg kawan yg da konvo sambil dgr lagu butterfly as a background song rasa sgt terharu (congrats to my fren yg da konvo tu..u know who u r =) actually, hr ni baru ada masa duduk tenang di opis, xtrkejar2 dgn assignment, bru bole membelek diri, fb n all those stuff that i want to do..sem ni sgt sibuk dgn assignment yg due stiap kali kls, lab report n kuiz every week.itu blum lagi keje opis.. sometimes, i feel like give up..tapi mengenangkan this is my 3rd sem, harungi jua..hasnur, u can do it!

smlm, tetiba ada org join mkn kat sebelah (as i sit alone while waiting for my class to start!).

Pn. Z: seminggu brapa hari awak datang sini (UKM)?
Me : 4 hari seminggu..
Pn. Z : Awak duduk mana?
Me : Saya duduk Sg. Buloh..
Pn. Z : Uishh, penat jugak tu..
Me : *hanya mampu tersenyum dan mengiakan*

dlm hati tuhan jela yg tau betapa penat.. coz saya bukan dtg ukm n balik sahaja..drive yg mengambil masa lbh kurang 3 jam pergi balik. kemudian balik kls blaja, saya perlu mengajar pula 2 hingga 4 jam dlm hari yg sama..balik rumah, perlu masak, basuh kain, kemas rumah..sebab tu klu org kata nk dapat master sbb nak sijil tuk naik pangkat, i think it's not worth..sebab pengorbanan yg dibuat lbh dr itu..

btulla kata seorg kawan baik yg melalui liku yg sama, "masa yg lama dalam kereta pg blk kelas ni sebenarnya adalah masa buat kita muhasabah diri"..saya stuju..bila down sorg2 dalam kereta, salalu ingat kat Dia yg menguji..kenapa aku diuji? sbb kita yg memilihnya..kenapa kita memilihnya..sebab kita nak jadi org yg lbh baik..hasnur, u'll be stronger after this!! papa luqman bole buat..mama luqman pn mesti bole.i wish i can see the smiling face of my hubby n  my parents in my convocation day!

i still remember saat papa nk abeskan master..pg keje pagi, balik pukul 7 malam, pukul 8 ajar tuisyen sampai pkul 10 malam..mkn n main2 dengan luqman sampai dia tdo..lps tu pukul 12 tgh mlm baru papa tulis tesis sampai 4 pagi. tdo sekejap, bgn tdo n the routine will start again..korang rasa penat x??but i've never heard my husband complained..papa, u inspired me..





so, sikit je lagi..doakan mama tabah ye luqman..7 minggu je nk abeskan sem ni..cry~

Tuesday, June 26, 2012

:: Lovely JunE ::


Lovely month for lovely people....uppss, wlupn cite psl father's day  da basi, tp xpela mama bru nk update.. last week i've focused with my lecture n studies for the whole week..alhamdulillah sume da selesai.  i feel  blest that i've finished my 2nd sem..pejam celik da dekat setahun rupanya hidupku huru-hara. tp myb sem ni xrasa sgt coz i only take two subjects at UKM, plus not much work load from Unisel for few weeks be4 the final xm..yeay, bole lompat bintang jap wlupn jawab xm macam xyakin sgt. insyaAllah moga lebih rajin bribadat padaNya sbb nk minta lbh lagi..n may He grant all of our dua'...

It's good to tell that there are 3 fathers which means lot to me..so, THREE fathers with THREE different stories..

Cerita Abah

17 Jun 2012- Hari Bapa tahun ni abah di Kota Madinah (juga abah menyambut hari isra' mikraj di sana) .. sempat mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' buat abah..rasa sayu plak dengar suara abah. pagi tu abah da kol tp line xclear..so, xdapat bercakap. alhamdulillah ptg tu abah kol semula abah bgtau da sampai kat madinah. sblm tu kitorg yang anta abah ngan mak ke t.intan (as both of them nk ikut rombongan dr T.I je n xnak susah2kan ktorg anta ke klia). so, mlm khamis tu kami sekeluarga bersiap2 blk kg n pkul 5 pagi kitorg da kuar rumah di langkap menuju ke T.I..nasib baik luqman memberikan kerjasama yg baik, dia xmenangis pn wlupn xcukup tdo..maklumla mlm tu 12.30 pg bru sampi kg, kul 5 pg da kene kuar anta atok n opah. alhamdulillah, selesai mengerjakan solat subuh dan sujud sajadah, atok dan opah pn berangkat dgn ahli rombongan yg lain..sob2, smoga opah n atok selamat pergi dan pulang...



atok babai luqman dr dlm bas..luqman memandang sayu sambil dlm ati "atok blk nnt bawak luqman naik moto lg taw!"


Cerita Papa

alahai, napela father's day tgh2 bulan..mama dahla agak sengkek bulan ni. hehe, so pd hari ahad yg indah dan permai selepas 2 hari di kg dr menghantar atok dan opah luqman berangkat mengerjakan umrah, mama pn brkira2 nk g mana sambut hari bapa tuk papa ni..aduyai, pening dibuatnya. disebabkan sume org penat baru blk kg (alasan je kot), so pg yg dekat2 jela..haha,TUTTI FRUITTI SAUJANA UTAMA..dekat je, jalan kaki pn bole sampai..walaupn dekat, kitorg xpenah pg lg yg kat sini sbb branch ni baru buka n kekangan waktu juga. xpela pa, mama da bake papa's cake seminggu awal kan? so, fair la kan dgn papa yg bg bunga seminggu awal for mother's day..ekeke..(entri trdahulu).


best man in our small family..

mama and luqman @ tutti fruitti

 my boy

dr tutti fruitti ke kedai cenderahati plak..luqman cop this cat..trus nk bwk lari..



Cerita Ayah

weekend yang lalu juga, mama papa dan luqman pergi ke wedding kawan mama kat kg. tahniah, sebab jadi isteri orang juga dia. bertuahla seorang wanita itu apabila berkahwin..kita bkn sahaja ada satu ibu dan satu bapa tp kita akan  dapat satu lagi ibu dan bapa yg merupakan ibu bapa suami kita..seriously, dulu x pernah terfikir nak duduk dgn mertua. iyalah, seboleh2nya nk duduk rumah sendr n blaja berdikari..itu fikiran skeptikal bila melibatkn isu sebumbung dgn mertua. tp sekarang kami sekeluarga tggl bersama ayah (which is my husband's father). disebabkan ayah kene strok sebelum kami mendirikan rumahtangga, anak2 x bagi ayah tggl sorang lagi..ayah akan bergilir2 tinggal di rumah kami @ adik beradik hubby yg lain. adakalanya, kesian juga dgn ayah sbb dia trpaksa adapt 'kehidupan bandar' kami..menantu dia ni kdg2 x masak, weekend je kuar/balik kg, weekdays confirm da nk mlm bru blk, setiap hari dgr luqman bising tak pn mama atau papa yg bising, me myself sndr rasa klu da tua myb nak duduk kg jela. from the positive side, byk kebaikannya menjaga org tua..agree with mama tia mia (blogger that i followed) that it's great time to have our kids spent their time with elderly. cuma rasa keikhlasan dan kesabaran itu perlu lbh lagila kot..semoga kita semua belajar mengasihi dan dikasihi..

smoga luqman menjadi anak dan cucu yg soleh..


alhamdulillah, till this day i wish syukran to Allah since He give me a husband who put a lot of effort as a father to luqman..i'm thankful as well coz masih boleh bermanja dgn abah wlupn caranya lain sikit sbb da jadi istri org..n insyaAllah akan trus berdoa smoga dpt mnjadi menantu yg baik..



kek yg mama buat,  xbuat topping lg da nearly separuh abes..erk, gambar pn xcantik da..


Tuesday, May 22, 2012

:: Penjawat awam ::

haha..entri kali ni nak cite pasal org di bawah.  i know mesti papa mampu geram je tgk gambar ni ditepek di sini. xpe kan kan kan??? =P



btw, thank to kak wa (my SIL) for inviting us to the dinner @ Jeram.. sempena dapat kenaikan gaji dan bonus untuk pegawai-pegawai kerajaan (my SIL is a teacher, so she is entitled for that scheme). beshla kitorg yg kene blanja nie..hehe, tp yg lg best sebab dapat kumpul adik-beradik suami  bersama famili msg2 dan ayah. pastu, kami suami istri pn da lama x g jeram since adanya luqman. bukan apa, malas nak tunggu mknn lama2 with the luqman yg huru-hara. alhamdulillah, managed to being here after a year..(or more)


 :: pic taken from k.Ina (my eldest SIL)



last night, me n my hubby have long conversation + deep thought about my hubby's offer to become a PTD. yes, it is PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK..one of my dream job after i finished my studies (now, xlagi,saya tau Allah da beri pekerjaan yg terbaik tuk saya tika ini). alhamdulillah, papa (my hubby) got the offer after a first try. good job pa!!! sepatutnya papa lapor diri 13 hb jun..but i think papa have decided not to go for a few reasons. thank u to Azzah (my best friend in uni. and now is a PTD) for giving an honest advise. i don't know what others think..its really a tough decision for my husband. tapi mama nampak ada hikmah disebaliknya (at least i know UNISEL not underpaid me as the starting salary is not a bulk of money as what i've think before)..hehe..

For my silent reader;
"Pa, mama percaya you can get better opportunity in the future. mama sentiasa doakan yang terbaik..mgkin Allah lebih mengetahui dan disampaikan melalui org2 di sekeliling papa.."

 mama hanya mampu tersenyum for his decision..

1.  mama don't have to worry being alone with Luqman during the examination period (16-30 Jun)
2.  bole anta mak ngan abah berangkat pergi umrah (15 Jun)
3.  pergi kenduri kawen kawan mama kt kg (16 Jun)
4. pg Family Day FasBio..klu jadi (16-17 Jun)
5. trip to Cameron with papa's officemate (early July)
6. mama xperlu risau papa dapat cuti raya ke x kat tmpat baru (Sept)
7. ada harapan lagi mama nk pergi papa konvo (Oktober)
8. tolong mama collect data for my thesis next sem (October/Nov)
9.  go to Sunway Lagoon for a cheaper ticket.. using privelege as a Sunway employee. (January..sbb tunggu Luqman 3 thn)
10. looking for better opportunity to continue papa's PhD..insyaAllah...



Wednesday, May 16, 2012

:: Hari Guru dan Hari Ibu ::

actually tgh bz nak siapkan kertas soalan peperiksaan penggal pelajar unismart ni, tapi sempat lagi menerawang ke blog2 org lain..taking some time to read how happy they are being a wife, how happy  they cook for their kids, how happy they finish their time during weekend..n many other things to make them happy. so, pikiran yg tgh byk keje pn akan release skjp bila tgk org lain happy..

today is the teachers day..ramai yg tulis status kat facebook wishing their teachers! eventhough i'm not writing one, but my du'a always with them. masa sekolah2 dulu jenis xla rapat sangat dgn cikgu, tp xla jugak kategori pelajar yg bermasalah dgn guru.. i think i was the middle one yg bersederhana sahaja dalam semua perkara. sbb tu my students pn xdela yg baik sangat atau yg jahat sangat. kira fair la kan..at least saya mengahargai penat lelah mereka mengajar dengan memberikan straight A utk UPSR dan PMR dulu. teringat kata-kata cikgu add math dulu,"awak xyah bayar duit ni, awak dapatkan A je untuk subjek saya masa SPM"( itu yg dia cakap masa dia blikan bateri kalkulator bbrpa hari sblm xm..wah, sgt terharu! tp malangnya i juz got 3B for my add math n sangat sedey sbb x blaja btul2 dr awal..masa result kluar pg jumpa dia minta maaf coz xdapat tunaikan apa yg dia hajati.. dgn gaya dia yg always lembut tu dia kata "xpe, okla tu"). hari ni i become a math lecturer dgn harapan if i meet her some time in the future, i can say TERIMA KASIH CIKGU!!


teringat iklan radio hot fm..'Lumrah menjadi guru, kalau pelajar mendapat keputusan baik, guru akan dipuji tapi kalau dapat result yang teruk, guru langsung xdihargai..Namun, guru adalah insan yg xpernah dengki dengan kejayaan anak muridnya'. yes, i agree..klu student tu kene bar ke, dapat result truk ke mmg xpandang dah, buat2 xkenal klu jumpa..tapi sebenarnya seseorg guru itu bkn sengaja nak bg denda ke, sesukahati bar student klu student tu x buat kesalahan. sbnrnya itu semua adalah pendidikan terbaik supaya anak murid menjadi insan yg lbh baik..hmm,luahan hati seorg guru..cheewah..

dulu pernah kene cubit sampai lebam sbb fail test, angkut papan itam keliling skolah, lari keliling padang sekolah dengan pki baju kurung n tudung labuh..semua jadi kenangan manis..KENAPA?? sebab cikgu math nak anak murid dia excellent..alhamdulillah, i can at least being someone now, eventhough still far away to be great like them! harap2 saya dan kawan2 akan terus tabah menjadi pendidik yang ikhlas menyampaikan ilmu kepada anak murid walau apa jua keadaan yg terpaksa ditempuhi..amin~~

-------------

Hari ahad lepas ramai yg meraikan Hari Ibu juga."Selamat Hari Ibu mak".."Terima kasih, ida pun dah nk jadi ibu"..terharu plak mak cakap mcm tu! perbualan 2 thn lepas ngan mak tru fon. masa tu tgh pregnant. after deliver, i realize that we need our mother even more after we become a mother. penah tnya kat husband.."pa, sapa nak jaga mama pantang eh klu mak xde nnt" oh, cannot imagine..sedeynya! masa pantang, mak buatkan semua, tolong mandikan anak, siapkan air mandi  (with the daun2..even diri sndr pn xtau daun apa yg dalam air tu), masakkan makanan, tlg berjaga malam klu anak nangis, basuhkan baju , pkikan bengkung for the 1st time, tolong tunggu kat luar wad masa kita tgh sakit kat labour room (wlupn tunggu dari pukul 7mlm sampai 2.30 pagi).. mak xpernah mengeluh. itula seorang yg bernama ibu..TERIMA KASIH MAK!! air mata dah mengalir sebab seringkali nakal ngan mak..

p/s: thanx papa sbb bagi bunga walaupun awal seminggu..hehe. (he knew it bila penjual tu yg bgtau mother's day minggu depan..so, penjual bunga tu kasi diskaun as he is the first customer yg bli bunga tuk mother's day..klakarla papa ni). thanx too sbb blikan mama periuk pengukus..erti kata lain "ma, nnt masak byk2 lagi eh"..btul x pa?hiks..

tq papa for appreciate your wife <3


pagi2 papa da bli pau untuk dikukus..hehe. after this we'll cook ikan siakap kukus k!

Sunday, December 25, 2011

:: berakhirnya 14 minggu sesi yg pertama ::

alhamdulillah, dah abes klas utk sem 1 di ukm..wlupn perjalanan yang sgt memenatkan tp brjaya dihadapi jg. to b specific, entry ni nak cite psl last week of the semester (backdated entry)..minggu yg hectic! rasa cam xtau cmne akhirnya dpt jugak melalui minggu yg sgt banyak keje nie ok..'banyak' defined sbb 1st ada meeting vetting soklan final which means kene siapkan soklan final + answer scheme. sebab yg ke2 sbb ada 3 report yang kene submit which x siapkan 1 ayat pn lg pada weekend sblmnya..reason yg ke3 sbb ada presentation drpd report yg kene submit tu + kene prepare power point skali. actually, we are not kind of last mnute person, mgkn sikit2 tu yela kot..hehe, tp basically, kitorg sgt byk keje smpi ke minggu2 terakhir ni..weekend yg last before that week baru nk prepare all those keje..so, padanla muka kan!

hari sabtu siapka soalan final, then tdo umah my SIL tuk jaga ayah since k.ina n the family ikut my BIL g outstation. as mama nk stay ukm ari ahad, so better tdo umah k.ina kat serdang plus dpt jaga mkn minum ayah skali kat umah tu. thanx to papa sbb dapat jaga luqman ari ahad while mama stay kat perpustakaan tun sri lanang tu discuss with grup members psl presentation. tp sadly mlm tu bdn luqman agk panas.trpksa tngkan ati gak tuk g ptsl buat keje..

bermula dgn ari isnin pagi ada klas stat 8.30-10.00. abes trus meeting vetting till 11.30..11.45 bergegas ke ukm,singgah drive tru, mkn mcD while driving. 2pm sampai ukm terkocoh2 attend simulation class! abes satu hari as sampai umah da kul 7.

ari selasa ptg kls LP ada presentation, tp alhamdulillah yg ni grup members yg lain present so xstress sgt. lps kls stay siapkan slide tuk sok pg sampai kul 7pm..dlm hati da tringatkan luqman (si kck ni dahla xbaik demam, selsema n batuk). prut lak kroh2 sbb dr pg mkn 2 ketul roti je..time nk blk brula dpt mkn bihun goreng yang dibeli oleh yus n yati (my grup members). mkn la bihun goreng dalam kete while driving..

balik2 umah luqman seems xnak mkn, xnk menyusu sgt..agak ssh hatila. tp luqman tdo awal, so luqman da tdo, mama dapat la smbg buat slide tuk presentation esok pg..lps settle, mama pn msk tdo jgk as i dont hv enough energy n da xckp tdo byk ari. then 2AM, luqman menangis2 xnk bf, stiap kali bf dia batuk dan menangis lg..OMG!! sangat ssh hati sbb esok mama ada prsntation pg ptg..so xleh cuti jaga luqman. we decided to bring luqman to the clinic mlm tu jgk..xde yg bukak kat SU! then, trus bwk ke Putra Medical Centre..alhamdllh dr. ada, sampi rumah smula 3.30am..esok pg nk present, preparation ntah pape..tawakal je!!

RABU pagi:present ala2 konfiden..dlm ati tuhan je yg tau.nsb baik xpengsan mase tgh present tu. dah lps 1 presentation, ada 1 lg kls fluid ptgnya. ni lgla...1 ape pn xbuat. lps kls trus mkn cpt2, stay libri n buat slide asap.ptgnya present gak wlupn ati cuak giler sbb tkut Dr.tanya xleh jawab. alhamdulillah, ia nya juga berlalu dgn baik(wlupn xtaula dpt markah bape)..blk rumah dgn ati gembira sbb da lps 2 presentation..luqman pn nmpk makin sihat.

yang bestnye lg sbb arini my birthday, so blk2 dpt bunga dr my hubby..smile =) tp kisah kesengsaraan ini blm berakhir sbb rabu just finishing all presentations, report sume kene anta selewatnya jumaat. ari khamis brlalu sgt cpt n i g kls mcm biasa di unisel s.alam.

ari jumaat sekali lg melalui ari yg super duper bz, ada test tuk student pg tu.soalan yg sudah di- vet juga perlu dihantar. 2 report still xsiap..alhamdulillah, tuk report LP grup members yg lain tlg hantar..itu pn xtau la ok ke x..report fluid plak yg pending, ari makin gelap menandakan ari nk ujan..hmm, nmpknya klu g gak ptg2 ni mmg sangkut kat area upm ke uniten.dgn sedey blk rumah, bwk ni tuk mr birthday boy





sorry papa, xsempat nk celebrate..mlm ni gak kene anta assignment ke ukm. then pgla mama, papa n luqman anta assignment bwh pintu. dah blk, sume org penat dan zzzzzzzzzzz.....

sempat nk bergambar skit2 je sblm pg..uhuk2...




~happy birthday papa~

wlupn xdela celebrate beriya, tp gembira gak coz atleast still xlupa ari2 pntg utk pasangan..keep a balance life k..berkata utk diri sendiri! gud luck for final xm hasnur..

Sunday, July 3, 2011

:: Diari Seminggu ::

xde pape pn, cuma blog nie da lama xupdate ngan entry baru..basically, xde aktiviti baru cooooozzz

ahad n isnin :
mama sakit perut dan muntah2..erk, Luqman bkn nk dpt adik baru tp muntah mengalahkan morning sickness

selasa n rabu : Luqman selsema n demam. mama siap EL, hv to cancel class kat s.alam. dahla kwn2 unisel mama nk dtg. huru-hara dibuatnya bila mama msk di dapur n luqman plak nanges2 nk tdo. cian ank mama, nanges coz xcukup tdo n trjatuh lak tu dr tilam.

khamis n jumaat : papa blk2 trus trduduk dpn pintu rumah..papa lak sakit perut dn muntah2..ohh, again bkn luqman nak dpt adik. wlupn blk2 cam lemah 1 badan tp papa mmbawa adiah best tuk mama..hehe, hp baru mggantikan hp mama yg dah xleh brbunyi tu.

kesimpulannya, minggu nie sgt mmenatkan buat kami sekeluarga..papa kata Allah sayang kita sbb tu Allah bg kita sakit utk hapuskan dosa2 kecil.

p/s: mama sempat juga read few books yg bru bli..g mph mmg purposely cari buku parenting selain additional reference for statistics. haish, bilala rajin nk baca journal lak. xpela, xlama lg smbg blaja..masa tue kene baca buku pelajaran byk skit.

1." Menangani Anak Biadab" ..sangat best! x hanya dibaca bila ada ank yg B je..sesuai for all parents. ada doa tuk ank rajin solat, checklist amalan harian ibu bapa n ilustrasi katun yg mmbina..


2. " Indanya Didikan Awal Cara Islam"sesuai dibaca oleh ibu bapa kpd anak seawal 0-2 tahun. tapi xabes baca lagi, baru stat sikit =)

Saturday, June 18, 2011

:: My Seth Than ::

actually entry ni berkisar citer satu ptg dimana mama tgh tggu drama 'nora elena' tayang kat tv sambil main dgn luqman di ruang tamu. n bila papa blk2 rumah trus join mama main ngan luqman smbl menceritakan satu note kat fb one of our fren. ok, tajuk post tu 'Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena'.. lalu, papa pn trgelak2 mnceritakan isi kandungan surat yg kononnya ditujukan pd tv3 tu. mama quote sikit dr surat itu..

Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.
i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?
ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!!

v) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.

Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??
n actually surat nie panjang lagi..da abes crite papa pn meminta pndngan mama. hehe, of course i would say seth than tu mmg romantik coz nora elena slalu dpt bunga dlm cite ni..but, i agree for some part of that letter.

papa: " papa cari kedai bunga segar dr aritu lg tp xjumpa pn..uhuk2. papa xromantik" *sambil membuat muka sedey kengkunun*

mama gelak2 je x mengiakan dan x menafikan. klu kata ya, nnt papa perasan lak. klu kata x, btul2 sedey lak kang..so, hehehe jela..

skalinya keesokan hari..jeng jeng jeng..

mama: erk, mama dapat bunga..eh, arini bkn special day.

papa : papa da jumpa satu kedai bunga. saje test power.
special day lain la plak.
--
bile papa citer yg one my fren cakap romantik ala Seth Than mmgla dilihat as 'perfectly romantic' tp itu cara barat.
islam tidak menetapkan romantik itu harus memberi bunga dan candle light dinner. hurm, actually mama agree.. n i've read one book about it. romantik bukan hanya digambarkan melalui pemberian yg mahal, banyak lg cara yg lbh pntg dan patut dititik beratkan. tp mama suke je klu papa bg pape as long ianya xmmbebankan.

tq papa..happy father's day papa..i dont need 'Seth Than' coz i have u as the way u are..

Tuesday, April 12, 2011

:: Secret Recipe papa ::

hari ni papa buat surprise kat mama, ltk kotak kek secret recipe ngan kad dlm pti ais. slalunya papa blk bwk food kegemaran mama n bg camtu je. tp kli ni siap ltk kad lg..nsb baik xbasah =) location baik punye, btul2 sblh susu luqman. sbb papa tau setiap pagi mama akan buka pti ais n amik satu tupperware consists of expressed breastmilk for luqman.hehe..cute la papa nie. thumbs up for this effort..5 bintang*****

myb anothr 10 yrs luqman bole tgk tupperware ltk susu n ubat dmm dia dlm fridge ni =)


hmm, kbtln masa ni mama bgn2 tdo je trus trfikir nk ajak papa date..myb some other time yg mama free n ble amik cti. mama ingat nk tmnkan papa lunch dekat2 ofis papa..thinking to hv a lunch @ fullhouse or some other place at sunway pyramid. rupa2nya org tu da buat surprise dulu..cisss =P

Sunday, March 13, 2011

:: Magical Smile ::



mama sedey..
mama stress..
tears drop from mama's eyes..
*sob sob*
suddenly there's small fingers holding my hand n 'kain'..
keep holding n smiling..
macam paham2 je mama tgh sedey..
tq to our lil luqman
sbb buat mama lupakan sgl yg serabut
luv u so much..
luv papa too for giving his shoulder to share..