Showing posts with label homeschool activities. Show all posts
Showing posts with label homeschool activities. Show all posts

Thursday, January 26, 2017

:: Aktiviti anak ::

Mana post 2017?Mana? Hehe.. 
Bukan sibuk,  bukan juga dah bersalin.  
Tapi banyak cuti dan banyak berehat semenjak tahun baru ni.  
Cuti sebab uruskan luqman masuk darjah 1, cuti sebab rehat layan contraction kat rumah sambil marking.  
Tapi sampai sekarang pun tak bersalin lagi ..hehe 😅 

Nampaknya baby masih seronok dok kat dalam lagi.  Tapi kalau next week tak bersalin jugak, terpaksa la induce. Iolls is takut lahai sbb sebelum ni tak pernah experience  induce. 

Bila menunggu hari nak bersalin ni, kadang rasa bosan plak tak gi mana2. Kalau takde nak bersalin,  mesti dah booking mana-mana hotel eh! 
Tapi kang sebok nk bercuti, terberanak kat hotel naya plak.. Bahaha, janganla nak drama sangat.
So,  kat rumah layan budak-budak jela. 




Luqman dengan eksperimen bawang dia.  
Dapat la tengok daun bawang tu tumbuh sebelum jadi kering bila dia dah malas tambah air.
Gambar yang ada duit syiling tu..dia nak tengok perbezaan bila duit syiling tu direndam ngan air biasa dan cuka. Rasa ahhmaazzing betul mana la dia dapat idea buat mendealah eksperimen tu. 
Pastu mama tak tau nak eksplain nape duit syiling yang kene rendam ngan cuka tu bertukar jadi hijau, tapi yang rendam air biasa takde perubahan..Bahaha..




Papa belikan pet ikan laga.
Ini pun kadang-kadang kene sorok sebab takut ikan ni mati cepat dibuli oleh si kembar. 



Ada masa buat aktiviti homeschool ngan budak-budak.  Main lekat-lekat sticker pun boleh asalkan tak boring! 



Kadang papa rajin jugak bawak pg playground. Kalau dgn mama, mama larat layan diorg kat indoor playground jela.   Yang ni kat kidzoona aeon rawang.  Dah dua kali kitorang datang sini. 
Ni jela tempat yang dekat dan mama korang larat berjalan. 
Kang jalan jauh-jauh takut tak larat pulak. 

Minggu ni cuti panjang dah blur lagi nak pg mana.  Kesian plak tengok budak-budak boring dok rumah.  
Hopefully opah ngan atok datang rumah terisi la sikit masa dan aktiviti diorang.
Hmm,  nnt masa pantang pun kene fikir nak buat aktiviti apa kat rumah.
Kalau ada idea, komen sini okey?! 


Friday, October 21, 2016

:: Rancangan TV Luqman ::


Kalau sebelum ni, Luqman suka tengok Tutor TV UPSR..skang dia layan Bijak Bahasa, Backyard Science dan Rekativiti plak kat channel 610. 
Pastu mama plak yang pening melayan soklan-soklan dia.
Bila tengok citer-citer camtu mulala dia pun sebok nak main games bahasa la, nak buat eksperimen la..

Kadang-kadang time orang balik kerja, Maghrib2 tu lah dia sebok tabur bedak kat meja cermin.
Kononnya nak buat eksperimen cap cari.
Pastu, dok suruh adik-adik, mama sume pergi colek kat bedak yang ditaburnya tuk tengok pusaran cap jari masing-masing.
Aduhaaiii, memang harus bertabah ngan bedak yang bertabur satu meja.
Pernah sekali tu, time mama tengah semayang Maghrib, dia sebok buat eksperimen cap jari.
Sekali agaknya dia takut mama marah, dia nak lap la bedak tu..
Boleh plak Luqman pergi amik bantal kecik buat lap bedak yang berterabur. Pastu dia tengok kotor kot, dia pergi basuh nya sarung bantal sekali ngan bantal2 nya kat dalam bilik air.
Pastu pergi sorok bahan bukti sambil air kat bantal basah tu meleleh-leleh kat lantai.
Memang buat mama tak khusyuk solat budak Luqman ni..hahah..
Nasib tengah semayang, kalau tak mesti dah kene bebel ngan mama.


Tu satu eksperimen. 
Pernah jugak satu petang tu bila semua orang tidur, dia buat eksperimen pewarna makanan.
Beristighfar mak ko nakkk!!
Dicampurnya pewarna-pewarna yang dulu pernah guna buat kek sume tu nak tengok hasil campuran kaler. Pastu tumpah merata plak tu...
Papa geleng kepala je tengok dia campur skali esen vanila yang baru beli seminggu..adala baru pakai dalam 2 sudu kecik.


Memang kuss semangat.
Nasib baik mama ngan papa baru je pergi talk "Unlocking Your  Child's Genius" anjuran school Luqman, terus tahap kesabaran mama dan papa meningkat sikit.
Kalau tak, memang ada yang bertukar jadi harimau jadian bila tengok tumpahan warna-warni kat dapur.
Dengan sifat ingin tahu anak ni, bertabah la mommies ye!





Sebab lambat, mama n papa dok blakang skali masa talk tu..so, gambar yang ada daripada belakang orang je la..hehehe..



Saturday, August 20, 2016

:: Aktiviti Mengenal Bentuk Dengan Anak-anak ::


Rasanya sejak mama alahan ni, takde pun post pasal home activities anak-anak.
Sebenarnya ada je baca buku sama-sama, main toys sama-sama..yang mana mama laratla. Papa pun ada buat aktiviti jugak..buat lidi letak kertas,pastu main-main dengan kucing jiran. Itu pun dah buat budak2 ni ketawa..alahai, budak-budak kan?
Diorang ok je asalkan spent time dgn diorang.

So,wiken ni kita buat aktiviti dgn shapes.
Saje nak test Irdina dan Imanina boleh kenal bentuk tak?
Abang luqman boleh jadi fascilitator..hmm, tapi tak membantu pun. Dia buat dia punya je..haha.



Alhamdulillah, Dina Nina boleh kenal shapes triangle,rectangle and circle tu masing-masing. Sebab bila lekatkan dekat kertas ikut bentuk, diorang boleh pilih shapes yg betul.
Cuma fokus diorang takdela lama. Lepas tu adik dah keronyok kertas-kertas tu. Kakak pulak dah boring.
Tapi takpela, asalkan dapat sit down together for 10 to 15 minutes pun dah ok.




Happy weekend everyone.

Wednesday, April 20, 2016

:: Quality Time with Kids ::

Lamanya tak menjenguk ke blog ni..bz la sangat kononnya..huhu.
Kenapa rasa sangat penat ngan keje skang ni? Faktor usia mungkin! #sedardiri

Kadang-kadang terfikir camnela mak2 yang bekerja office hour cam kite ni handle kids, house chore dan lain-lain. Kalau ada pembantu rumah tu lega la sikit. Ini dah abis office hour kene punch card kt rumah plak. Tu belum masuk kene buat keje ofis kat rumah plak..hurm?!

Masa Luqman kecik-kecik dulu, lebih banyak masa boleh spend ngan dia. Sebab masa dia kecik, mama tgh amik master. So,kalau kelas master abis around pukul 4 petang,boleh sampai rumah dlm pukul 6, dan 630 dah boleh pergi amik dia dan pergi jalan-jalan kat kawasan rumah sekejap. Tapi situasi skang tak sama..nak jalan petang2 dengan kembar memang limited. Pukul 7 pun belum tentu dah sampai rumah sekarang ni..

Thats why sometimes ada rasa bersalah ngan budak-budak ni. No wonder kan ramai selesa jadi WAHM skang. Doakan one day nak jadi surirumah jugak..myb during my phd time * bile ntah tu*
Bila tengok anak orang ada masalah pertuturan, kt pun jadi takut bila tengok bebudak kt rumah ni asyik main gadget je.
 *i am a conventional mother*

As a solution to spend time with my kids waktu malam adalah dengan bagi keje kat diorang. 
Tapi bukan tetiap hari jugak, sebab mama pun ada cheat day..alasan banyak nih!

Kat bawah ni, Luqman tengah lukis gambar pizza dia. I bring back my students activities from leadership class. Alang-alang kuar duit sendiri beli kertas mahjung, so beli lebih sikit untuk anak2 buat aktiviti. I juz find out that rupanya diorang lebih excited lukis gambar kat kertas besar-besar, tak mainla kertas A4 je..no wonder suka conteng dinding..aiyark!






Gambar pizza di kertas mahjung belakang luqman  tu students yang lukis. Tu aktiviti kitorang dalam kelas kepimpinan..seronok betul bila mama bawak lukisan pizza tu. Kebetulan pulak Luqman baru je ada field trip ke Domino's Pizza. So, banyak yang dia boleh relate.


Nie pulak gambar pizza adik-adik.
Erk, pizza ke????




Di hari lain, kami buat sand decoration. 
Luqman dapat mendealah nie daripada kawan dia yang celebrate birthday kat sekolah.
Semangat adik-adik dia menengok..malangnya, sand tu tak berapa nak cukup.





Kat bawah ni pulak gambar aktiviti adik-adik untuk menguatkan fine motor skills dia.
Yang bestnya pasal anak-anak pompuan ni ialah diorang ni fokus dengan kerja diorang.
 Kalau anak lelaki seperti Luqman lebih kepada permainan fizikal dan cepat bosan dengan aktiviti setempat. 
So, this kind of activities really works with my twin.





Hope mama will have more time with these kids.
I wish to be a supermama!
*6 kerja seperti dalam saranan menteri* 
 =P



Thursday, March 10, 2016

:: Bila Emak Berdrama ::





Macam-macam ada kat atas meja ofis..huhu, simptom mak-mak sangat kan?
I'm trying to flatlay all of them,  but this is the best that I can do..haha, bad photographer *raise my hand*
'Bila Emak Berdrama' adalah buku terkini yang saya baca untuk mengisi masa lapang..selain buku matematik untuk siapkan soklan final (-.-)
Bila dapat buku ni, really asking myself 'Do I really  need petua bagaimana kekal aman bersama anak-anak??' haha..
 Menjadi seorang ibu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Tak salah to keep on learning n learning. Quote yang paling saya suka dalam buku nie..

"Parenting is about sharing your experience, so that more parents making less mistakes"

So, meh throwback sikit aktiviti kembar yang kitorang buat kat rumah..kata nak aman kan, kenela buat aktiviti ngan diorang.

Aktiviti ni memang mudah!
Bahan yang diperlukan cuma soft ball yang saya beli kat Daiso harga RM5 je..

Aktiviti 1 : Masukkan soft ball ke dalam bekas yang berpenutup sederhana kecil..sebab tu saya gunakan botol susu. Mula-mula, minta diorang masukkan satu per satu. Setelah berjaya,  tutup plak botol susu tu dengan penutup nya yang boleh dibuka sebahagian (bahagian untuk masukkan puting). So, lubang lebih kecil dan menyebabkan mata anak-anak lebih fokus untuk masukkan softball ke dalam lubang.Diorang boleh dok lama mengadap benda tu, isi tuang isi tuang..Bagus, "fokus ye nak", cakap kat kakak sambil mata mama tengok drama Isteri vs Tunang..hiks..


Aktiviti 2 : Susun soft ball ikut warna.
Warna-warna softball ni striking..so perbezaan antara setiap warna tu dapat dilihat dengan jelas.
Antara kelebihan aktiviti ni adalah mama-mama boleh uji samada anak dapat kenalpasti warna yang sama/lain ke tak.
Seriously, tak pernah tau ni daripada kembar. Diorang baru setahun 9 bulan, so tak dapat lagi cakap dengan jelas, especially jenis-jenis warna. 
Bila kakak susun setiap tempat satu warna je cam gambar kat bawah ni..Fuhh, lega mama..
Maknanya mata dia ok! *clap kakak*







Aktiviti 3 : Korek dan tarik bulu-bulu yang ada kat softball..
Ni yang paling best kat bola-bola kecik lembut ni..
Walaupun rasa nya lembut, tapi ada bulu-bulu halus yang melekat buat anak-anak boleh rasa tekstur lain pada jari diorang..
Dari situ diharapnya kembar dapat belajar menggunakan deria sentuh mereka.
Gigih tau tarik sehelai-sehelai mendealah bulu halus tu..okla, atleast they stregthen their fine motor skills.
Walaupun mak diorang pastu pun kene guna motor skill gak sapu karpet sebab dah penuh dengan bulu halus..Nanges dek ada anak kembar sepah mainan!  Tu belum kalau ada Aktiviti 4 abang Luqman ajar softball jadi snow ball (seolah-olah salji turun dari langit)

Harap mak-mak gigih demi anak-anak yang nak membesar ye!
#momisawesome
#aktivitigantigadget




Thursday, September 17, 2015

:: Pokok kacang ke pokok tauge? ::



Luqman : "Ma, nanti kacang ni besar, pastu ada batang, tumbuh daun, bunga kan? Iye..betul..teacher Luqman ajar"
Mama: "Taklah, pokok ni tak berbunga..nanti dia da besar jadi pokok tauge.."
Papa :  "Eh, pokok kacang la.." *sambil mata ke handphone*
Mama : "Yeke? Pokok tauge la.."
Papa : "Ni mesti buat experimen dulu tak pernah tgk end result kan? Pokok kacang la."
                                   
Mathematician lawan Scientist mmg bole tau sape yg menang.  K fineeeeee..
Haha, tapi memang tak sure pernah buat experimen kacang ijau ke tak dulu *memory loss*
So, jom tengok apa jadi kat experimen Luqman..


Day 1



Day 3



Day 5

Pokok kacang ke pokok tauge?! kihkih..


Sunday, September 6, 2015

:: Aktiviti Kat Rumah ::


Cadangnya wiken ni nak kluar la kononnya..maklumla wiken merdeka yg lepas pun terperuk kt umah je sebab si kembar demam pulak,adik kene kulat susu kt mulut membawa ke batuk dan demam. Seperti biasa akan berjangkit ke kakak. So  semangat giler la minggu ni nak kuar berjalan bawa anak-anak yang baru sihat tu kononnya. Skalinya incik suami kata dia keje ari Sabtu..so,terbantut plak plan. Nak kuar ari ahad pn tak jadi sebab da rasa malas.

Sebenarnya,ada baiknya jugak tak selalu kuar..sebab bila kuar,mesti nk membeli sesuatu..bila kuar,mesti nk makan luar. Nak cepat n senang handle anak2 plak,mesti pilih fast food kan?tak bagus,tak bagus *sedapkan ati* (^-^)

Nowadays ramai parents yg mampu nk bawak ank pg shopping complex,swimming kt taman tema,holiday kt hotel..which a good moment to enjoy. Saya pun suke..ngee..haha. Tapi kadangkala we're forgetting simple thing that is more important. Teringat satu video masa attend parenting seminar aritu. Some mothers being asked with the moment that they think their kids love to do together..

Ibu A : "oh,they love watching movies"
Ibu B: "pergi gambang theme park"
And many more answers from other mothers..

As for me,yg membuatkn sedikit sebak bila one of the son cakap 'i miss when my mother comb my hair'. Adoi, terkedu kejap dgn jawapan anak tu. Memang kadang2 tak realize pun..masa kembar kecik, mama biasanya sibuk dengan urusan kembar n part sikat rambut selalu serah kt my husband coz i think guys know better how to style guys..kang mama yg sikat, skema la apela..haha. Tapi lps tgk video trus rasa nk sikat luqman laju2 *ini yg dinamakan lurus bendul *

So,what i've got is benda yg anak suka tak semestinya mahal, mesti pergi tempat yg best je..it can be done sometimes, tp jgn jadikan alasan diri tak spend time dgn anak kalau  tak kuar makan sedap2 kat kafe mahal, tak gi holiday naik kapal terbang kay?!

So, marilah beraktiviti bersama luqman di rumah..

Projek #1

Did you realize that we have many stories in the al-quran? Pasal buah, pasal animals, pasal bulan, bintang..
Dan disebabkan Luqman da agak terdedah dengan Surah2 kat Muqaddam oleh cikgu preschool,so I think he will be interested doing this activity..

First, mama tulis perkataan bahasa Arab nama surah yang nak kita bacakan kat anak..
Pastu, surely Luqman tak reti baca jawi kan??
 so suruh dia cari kat ipad sebab Luqman ada apps yang nama dia 'Mufradat' untuk translate ke English..
Then, suruh dia cari surah tu kat Al-quran Pertamaku yang macam gambar kat bawah. 
Buku ni mama beli guna voucer buku masa jadi student dulu. Bagus untuk anak2 coz dia ada ilustration n cerita kenapa Surah tu diturunkan. So, sambil suruh Luqman cari Surah Al-Fil (Gajah) misalnya bole cerita pasal Abrahah..Nice kan ?? Daripada asik cerita 'Onion' and 'Garlic' je (read: cerita 'BawangMerah' dan 'Bawang Putih'.. Luqman kan English education)



Projek #2

Projek kacang hijau!
Masa kita kecik2 mesti pernah buat kat sekolah kan?So, ni buatkan kat Luqman..Nanti kalau berjaya tumbuh batang kita letak gambar lain naa?!




Projek #3

Ni aktiviti petang semalam. Papa buatkan Luqman layang-layang dari surat khabar dan lidi. Skali tengok macam fragile, tapi boleh terbang tinggi jugak..Nampak tak ada dot kat dalam bulatan pink tu? Kagum anak-anak jiran sebab layang-layang tu terbang tinggi..siap tanya 'Sapa ajar pakcik buat layang-layang?' Haha..mesti bangga papa Luqman baca nih..



Kesimpulannya, window shopping kat mall best! Tapi kalau memanfaatkan masa dengan cara yang betul kat rumah pun best jugak!
Nasib baik ada online shopping..pheww (^___^)