Showing posts with label works. Show all posts
Showing posts with label works. Show all posts

Friday, November 4, 2016

:: Lega tapi penat ::




Dah nak masuk pregnant 7 bulan ni, nak bawak perut pun dah mengah-mengah.
Kadang mengajar dalam kelas pun tetiba rasa semput. Nasib dalam kenakalan students tu, ada gak yang offer Madam nak minum tak? Sebab kekadang tu kita cakap banyak kali pun dia tak dengar. 
Pastu sound kat diorang " haih, penat saya ulang banyak kali ni tau..sampai kering anak tekak"
Pastu terus baik hati nak offer minum. Haha..kita bukan lecturer ayu-ayu ye!
Korang banyak kali tak datang, terus kita bar *muka garang*

Dah ujung-ujung tahun ni banyak plak nak kene fikir..hal bersalin, hal anak nak masuk sekolah.
Tu belum campur Luqman yang dah siap countdown birthday dia lagi berapa hari kay!
Semalam ingat nak order je goodies birthday dia untuk bawak kat sekolah..skali orang yang buat goodies tu reply tempahan dia dah tutup untuk 2016.
Asalnya konon nak tempah je sebab taknak susah-susah fikir, skang ni cam kene prepare sendiri je..aiyarkk!!

Pastu, on the way nak tambah anak ni sebok jugak la nak beli rumah lelong. 
Dah satu hal turun naik HR, Finance berkali-kali .
Arghh, leceh rupanya beli rumah lelong..Bahaha, baru tau.
Okla, buat pengalaman dalam hidup.
Nasib baik bukan sendiri yang keluar masuk bank apply loan..sume husband yang buat.
Giler sampai 13 bank pergi berusaha nak dapatkan loan..Daku memang tak kose ye!

Alhamdulillah settle jugak akhirnya.
Disebabkan pembelian rumah lelong ni dapat plak settlekan hutang PTPTN dan hutang kereta.
Weeehuuu..lega rasanya bila dah settle dua benda ni.
Lepas ni bolehlah iolls terbang ke mana saje ..haha, verangan! Padahal 'handbag' makin banyak ye.
Pastu bolehlah verangan nak beli MPV gakss..Eh?! 

Padahal bukan settle hutang pon..ni lebih kurang macam tutup satu lubang tapi gali lubang satu lagi.
Still tak boleh beli bag Louihh Buttong ye.
Komitmen tiap-tiap bulan tetap tinggi.
So, angan-angan nak pergi berjalan tu sume terhenti takat tu je la.
Back to reality..banyak kene fikir nih..
Nanti nak tempah kek Luqman kat mana, 
 Luqman ni dah hafal ke belum dialog yang banyak-banyak tu untuk Ihtifal, 
Nanti nak belikan papa hadiah apa sempena anniversary and birthday, 
Nak pakai set berpantang apa..bila nak beli?
bahaha..the list continues....





Fuhhh..settle this love hate relationship with PTPTN.
Kalau tak, kene tunggu sampai umur 40 baru selesai utang belajar.




Thursday, June 18, 2015

:: Cuti Sekolah Luqman ::

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Lamanya tak berblog..balik-balik tengok entry Thomas, Thomas. Dahla kat rumah ulang tengok lagu thomas puluh kali, pergi opis mama pun Luqman tengok Thomas lagi..tak larat dengan anak sorang ni. Da siap cakap, nanti kasut raya pun nak kasut Thomas. Iyela nak oii..  -___-

Cuti sekolah yang lepas kitorang duduk rumah je..tak balik kampung n tak pergi bercuti. Sebabnya nenek-nenek Luqman belah suami datang kat rumah. Lagipun banyak majlis kenduri buat kat surau rumah, walaupun tak join rewang ke apa, we juz be there jela..Adoi, tengah puasa teringat rendang ayam dan lemang yang diorang hidang aritu..Gulp!!


Ni kek yang dibeli sempena menambah bakal ahli keluarga baru..Eh eh, bukan pregnant ye..kitorang pergi merisik ritu dengan nenek-nenek Luqman.
Hiks, Saje je nak letak gambar makanan kan? Dahla tak sahur pagi tadi..memang mencabar betul bila si Dina n Nina nie susah nak tidur malam. Siap malam tadi tu da tido, bangun solat Terawih, tidur balik..last2 pkul 2 lebih si kembar tu tido. Bangun-bangun da azan Subuh, memang bangun solat Subuh ajela jawabnya..
*Nanges nak buang makanan bawah tudung saji*

Walaupun Luqman tak pergi mana-mana cuti sekolah, bawak jugak dia datang opis..sebab pengasuh dia bercuti. So, this is our mother-son-bonding-time. We spent our time at library..baca buku truck, train..



Buku teka-teki pun ada..best gak buku kat bawah ni, buku tu besar, saiz A3 kot. Pastu ada gambar pilihan jawapan, so budak-budak bole teka jawapan teka-teki tu. Kalau jumpa kat luar, mesti rasa nak beli...


Pastu, main lukis batu-batu..blajar expression muka kononnya..

Yang pakai tudung tu mama..
Yang nanges kuar air mata tu Luqman..kononnya kene marah ngan papa..So, batu paling atas tu papa la tu garang macam tiger ^_^
Yang rambut tajam ke depan tu Nina, n rambut cacak-cacak tu Dina..haha..


Best kan Luqman ikut mama pergi opis?? Memang bestla sebab kalau tak buat aktiviti, dia tengok youtube Thomas n Friends..

~SALAM RAMADHAN DARIPADA KELUARGA LUQMAN~
Ni gambar first night nak sembahyang terawih kononnya..

Tuesday, May 12, 2015

::Everybody, Everyday..Yakult..Yakult.. ::


Mama nak nari macam Scha dalam iklan yakult bole? Eh, tetibe..haha..
Ari jumaat lepas mama bawa Luqman join pelajar-pelajar Tahun Asas Sains ke kilang Yakult di Seremban.
As I believe Luqman will excited riding bus n having a factory visit, so I bring him together.
Nasib baik dia well behaved dalam bas n masa dengar taklimat..pheww!









This is how I spend time with Luqman berdua..without kembar n papa.
Btw, HAPPY MOTHERS DAY to all moms out there..may we become a good mother to our kids! Ameen..

Wednesday, May 6, 2015

:: Luqman ikut mama n papa g kerja ::

Bulan lepas banyak jugak aktiviti yang melibatkan Luqman. Meh update sikit..

Aritu Luqman ikut mama pergi program 'Mukmin Professional for Teens' di Dewan Sri Bernam Sg. Besar nie..


Kat sini, mama dan kawan-kawan buka Math booth for learning activities & marketing sempena program ni. So, mama bawak Luqman skali utk berkongsi manfaat yang diperoleh pelajar2 KITTIS. Sekaligus mengurangkan kesibukan papa kat rumah jaga kembar sorang-sorang. 

Alhamdulillah, rasanya Luqman gain something jugak daripada program nie. Ada demontrasi kat booth kimia, replika rumah hasil ciptaan pelajar, susun-susun blok kayu, video angkasa lepas dan lain-lain. Cuma kitorang tak larat nak tunggu talk dari Dr. Sheikh Muzaphar coz sesi ucapan dia belah petang. Mama da risaukan Luqman yang da penat dan adik kembar yang tinggal kat rumah.

So, nie antara gambar Luqman main-main kat sini..





Minggu depannya, papa plak yang kene keje ari Sabtu..ada Demonstration Day ke ape ntah namanya..
Tapi kalau ada parents or expected student yang nak tengok lab or fascilities kat Monash University bole tengok sendiri kat sana. So, Luqman ikut papa plak. Turn mama plak jaga adik kembar sensorang kat umah..




Ni dia tengah main-main kat mini pediatrics hospital. Eh, tak nampak stetoskop pun?! Hahaha..
Lagi best Luqman main lori  -___-



Tuesday, May 5, 2015

:: Sempena Hari Pekerja ::


Assalamualaikum n selamat kembali bekerja. 
Bestnyaaaa cuti lama sempena Hari pekerja dan Wesak Day..
Bestnya kalau bangun2 masih cuti lagi arini..erk?!

 Kalau tengok blog nie mmg jarang sangat post pasal kerja..
sebab blog nie lebih kepada blog mak2 yang nak tepek gambar anak-anak yang makin membesar.
Tapi sempena Hari Pekerja 1 Mei yang lalu dan disebabkan ada kaitan dengan kelahiran kembar, kite citerla sikit pasal keja eh?!

Alhamdulillah, after a year of waiting..akhirnya Allah memakbulkan jua doa yg satu nie.
Actually, sehari sebelum kelahiran si kembar HR da kol utk datang interview kenaikan pangkat (daripada kelulusan ijazah ke master) Tapi disebabkan perut yg sarat n tau contraction yg makin kerap, so memang tak berani nak bagi jaminan boleh datang interview tu minggu depannya. Tup..tup..memang betul, keesokan paginya da bersalin. Masa tu ingat nama di KIV sahaja, tp rasa down giler bila dalam tempoh berpantang 2 bulan tu macam-macam plak yang jadi.. kene tukar department, tukar opis, tukar boss, tukar KPI dan macam-macam..why? why? nape nak buat waktu tu jugak? *emoticon nanges*

Dipendekkan cerita, 10 Mei ni kembar genap setahun. 
Dan hampir setahun jugakla kejadian tue.
Aperpun, thanx to all friends, HOP, dekan-dekan yang menyokong..
Thanx for doa from suami, mak abah..nnt kita open table eh..
 Tp buat masa sekarang, belanja gambar tuan belog dengan anak-anak dara kesayangan dulu..hiks!



"When Allah do not grant what you want..
Indeed, He is giving you what you need"  (Anon.)


Tuesday, April 29, 2014

:: Happy Holidays, Happy Working ::

Assalamualaikum dan Selamat menyambut hari pekerja pada esok hari..i love holidays, i love staying at home..tp kali nie cuti panjang sehingga bersalin the twins kot. Owh, bile ntah?? harap2 minggu dpn twins nk kluar la, klu x risau plak hati mama korang. Wlupn cuti, harusla memarking kertas periksa my students yg ramai ni..xpela, sekurang2nya diri ini terpaksa mencergaskan diri menyiapkan kerja2 sblm berpantang..

  
Ramai my fren yg promot duduk kat rumah sambil buat business n jaga anak..Adoi, untuk Pn. hasnur blum sampai masa lg kot. Wlupn besh je dok umah, apatah lagi anak nk msk 3 ni, but I love my job. Plus, tiap bulan gaji kene tolak PTPTN + insurance + kete + tabung haji + saving..hmm, sape nk sponsor tu klu quit keje? hehe..Yg lbh pntg kepuasan sbnr menjadi pendidik ni bkn itu sahaja..i guess i really happy when i can see my students graduate and get a good job. Puas ati jgk bila dpt feedback positive dr company bila melawat pelajar buat latihan industri. Mungkin satu hari ada students yg da xkenal kita atau buat2 xnampak, tp for me xkesahla..yg pntg tugas kita mengajar dia da selesai. Tak bagi hadiah atau penghargaan pape pn takpe, tapi klu students tu ingat dan mendoakan, itu bonus buat kt.. Moga ada balasan yg baik utk anak2 kita juga bila mengajar anak org lain.


Can you see our happy face? Bole beza lecturer ngan student tak? =P

Erk, sangat trkejut dgn gift budak-budak ni..ish, buat susah2 je korang ni..alhamdulillah rezki twins!
Kenangan Mei tahun lps..thanx students, terharu saya with your artwork!


How can they get such good words like this..arghh, me myself pun xpernah bg ucapan2 camni pd cikgu/lecturer dulu..


Thank you guys..i have a wonderful job because of you..

HAPPY TEACHERS' DAY also to all teachers/lecturers for the upcoming 16th May..

Sunday, September 22, 2013

:: Day 3_Bukit Tinggi ::

sambungan dari entry yg lalu..

Sebaik sahaja selesai program di SMA As-Shofa.. perjalanan diteruskan ke bukit tinggi. aduhhh, perjalanannya bisa sakit jantung..dengan perjalanan memakan masa selama 6/7 jam, jalan yg gelap dan xde divider, pak supir yg hatinya kering dan bisa memotong walau kereta dekat saja di jln bertentangan. waduh, badan penat pn terpaksa menahan mata. tp akhirnya kami selamat sampai di hotel imran hampir jam 2 pg di sana..yg ditunggu2 hanyalah selimut dan bantal!zzzzz....

suasana pagi di sini sangat sejuk coz hujan di kala subuhnya, so sedapla tdo..view juga cantik. dr hotel bole nampak kabus2 sekitar gunung-ganang di bukit tinggi nie.bgn2 trus pg breakfast sbb perut kene kenyang sblm shopping, hoho..waktu yg ditunggu-tunggu!! sebaik turun dr bilik utk ke lobi, kami semua trus dilambai-lambai oleh penjual2 di kaki lima ni. huh, depan hotel juga beratus ribu rupiahnya sudah melayang pak!

Tgk tu, khusyuk memilih makenanya, dapatla sedikit hasil. Selesai membeli-belah di depan hotel, msg2 trus berjalan kaki ke kawasan Jam Gadang sbb di sana ada Pasar Atas utk port membeli-belah seterusnya. sebelum tu sempat bergambar  di hadapan Taman Monumen Bung Hatta dan Jam Gadang yg menjadi trademark di sini..


Maka hasilnya sangatla byk dr Pasar Atas..penuhla bag pack yg dibawa plus plastik biru yang besar tu utk cenderamata org2 di malaysia..

Selepas ke Pasar Atas, kami juga ke Pasar Bawah yg agak jauh dan perlu menaiki bas dari hotel tempat kami menginap. Tapi xbanyak sgt perkara menarik yg dpt dibeli di Pasar Bawah..mgkn brg2 di sini adalah brg2 seharian local people. so, hanya mmbeli 2 meter kain brcorak batik untuk dipadankan dgn baju sulam yg mak da bli di Pulau Karimun aritu..selepas 2 jam berada di Pasar Bawah, semuanya meneruskan perjalanan pulang ke Pekanbaru smula. again, 6/7 jam menaiki bas n melalui keluk sembilan yang curam..

pemandangan sekitar bandar Bukit Tinggi, paya kumbuh, etc....sempat singgah makan di sebuah kedai merasa bakso dan sate minang org tempatan ..


Basically, pengalaman menarik utk merasai cara hidup dan makanan berbeza di tempat org.Keesokan harinya semua pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3.30 ptg waktu tempatan. Sebelum itu, sempat juga pergi ke Pasar Bawah di Pekanbaru pada waktu pagi nya. Cukup buat kali ini bingkisan 11-14 September Road to Riau..adios~

Wednesday, September 18, 2013

:: Day 2_UR, SMA Islam As-Shofa ::

Btulla kata orang 'jauh berjalan luas pemandangan'..

Kami melawat Universitas Riau (UR) pada sebelah pagi dan ke Yayasan As-Shofa pada sblh tghr nya. breakfast seawal pkul 7 pagi sbb kat sini awal sejam, so suasana da agak trg klu di pekanbaru nie..


Dalam pkul 9 da tiba di UR, dan semua diarahkan ke ofis internasional nya di tingkat 4 bangunan rektorat.disebabkan kebiasaannya bangunan rektor di IPTA mahupun canseleri di unisel sndr adalah bgnn plg cantik di sesebuah uni tersebut, so diri ini agak terkejut jugakla dgn suasana kesederhanaan bangunan mereka..haha, xde lif ok naik tingkat 4, exercise jap after breakfast. no wonder pak supirnya bilang " di sini tiada sakit gaut buk, ngak pernah kedengaran". mgkn sbb lifestyle mereka yg sihat.. seriously, rsa bersyukur dgn kemudahan IPT di msia..

setelah selesai ucapan pembukaan dan diraikan di opis international nya, pensyarah n pelajar msg2 pergi ke FMIPA (fakultas matematika) dan FPeri (fakultas perikanan). so, pensyarah matematik/ statistik n pelajar ISM Math n Stat ke FMIPA..



 
Layanan sangat baik daripada pensyarah2 dan pelajar2 daripada FMIPA..sementara pensyarah2 berbincang hal2 akademik, students dibawa berjln2 oleh wakil pelajar fakultas mereka (yg baju biru tue..klu kat sini kind of MPP la). yg paling x boleh dilupakan, we are served with the good food. its packaging was so nice..klu kat msia, kt guna polestrin je..kat sana mknn bsh diorg semua dibungkus dalam kotak yg mesra alam. next pic is our lunch box..


n kat dalam kotak tu ada nasi + kuah (mcm kari, but not exactly) + pecal (tp bukan kuah kacang, mcm krabu pucuk paku + kangkung pn ada) + daging salai..


selesai aktiviti di UR, semua bergegas ke SMA Islam As-Shofa..salah sebuah sek swasta di Pekanbaru ni.alhamdulillah, dapat memulakan acara sekitar jam 2 pm..

nampak rmi plak pelajar perempuan. actually pelajar lelaki nya ada di belakang..

pelajar2 fasbio, unisel..

habis program, kami di jamu lagi..kali ni high tea box warna hijau plak. mmg save duit mkn =P

refreshment sdp..ada cream puff, tauhu goreng n tart yg ada raisin tu.cili padi tu yg plg special!!