Wednesday, October 24, 2012

:: Flower vs Sweat ::

hari ni ada masa sikit utk menulis blog setelah sekian lama laman ni dibiarkan sepi..ada masa sikit nk belek2 blog kawan2 yg selalu diikuti..bila baca entry seorg kawan yg da konvo sambil dgr lagu butterfly as a background song rasa sgt terharu (congrats to my fren yg da konvo tu..u know who u r =) actually, hr ni baru ada masa duduk tenang di opis, xtrkejar2 dgn assignment, bru bole membelek diri, fb n all those stuff that i want to do..sem ni sgt sibuk dgn assignment yg due stiap kali kls, lab report n kuiz every week.itu blum lagi keje opis.. sometimes, i feel like give up..tapi mengenangkan this is my 3rd sem, harungi jua..hasnur, u can do it!

smlm, tetiba ada org join mkn kat sebelah (as i sit alone while waiting for my class to start!).

Pn. Z: seminggu brapa hari awak datang sini (UKM)?
Me : 4 hari seminggu..
Pn. Z : Awak duduk mana?
Me : Saya duduk Sg. Buloh..
Pn. Z : Uishh, penat jugak tu..
Me : *hanya mampu tersenyum dan mengiakan*

dlm hati tuhan jela yg tau betapa penat.. coz saya bukan dtg ukm n balik sahaja..drive yg mengambil masa lbh kurang 3 jam pergi balik. kemudian balik kls blaja, saya perlu mengajar pula 2 hingga 4 jam dlm hari yg sama..balik rumah, perlu masak, basuh kain, kemas rumah..sebab tu klu org kata nk dapat master sbb nak sijil tuk naik pangkat, i think it's not worth..sebab pengorbanan yg dibuat lbh dr itu..

btulla kata seorg kawan baik yg melalui liku yg sama, "masa yg lama dalam kereta pg blk kelas ni sebenarnya adalah masa buat kita muhasabah diri"..saya stuju..bila down sorg2 dalam kereta, salalu ingat kat Dia yg menguji..kenapa aku diuji? sbb kita yg memilihnya..kenapa kita memilihnya..sebab kita nak jadi org yg lbh baik..hasnur, u'll be stronger after this!! papa luqman bole buat..mama luqman pn mesti bole.i wish i can see the smiling face of my hubby n  my parents in my convocation day!

i still remember saat papa nk abeskan master..pg keje pagi, balik pukul 7 malam, pukul 8 ajar tuisyen sampai pkul 10 malam..mkn n main2 dengan luqman sampai dia tdo..lps tu pukul 12 tgh mlm baru papa tulis tesis sampai 4 pagi. tdo sekejap, bgn tdo n the routine will start again..korang rasa penat x??but i've never heard my husband complained..papa, u inspired me..





so, sikit je lagi..doakan mama tabah ye luqman..7 minggu je nk abeskan sem ni..cry~

Friday, September 14, 2012

:: Sem 3 daaa ::

Hari ini saya rasa sangat bersyukur...why?? atas banyak perkara..suami yg sangat memahami, anak yg manja (wlupn kadang mengada), ibu bapa yang masih sihat, kawan-kawan yang baik dan banyak lagi..

minggu ni minggu pertama sem 3  di UKM..as i always said bukan senang nak sambung blajar dan bekerja pada masa yang sama ada keluarga untuk diberi perhatian. minggu pertama setiap semester mesti nanges. teringat semester lepas, rasa cam sedey giler.. tension 2 3 ari sbb jadual clash. last sem kononnya nk amik core subject, Modelling n Math Method.  tp disebabkan clash dan lecturer xnak tuka waktu..maka terpaksa drop dan ambil subject Research Methodology..oo, Sesungguhnya percaturan Allah itu lbh cantik dari percaturanmu Hasnur!! sebab dgn mengambil subjek tu i have my supervisor yg baik, dan dgn subjek tu i boleh mengantar proposal projek dgn senang ati ke MOHE for my MyBrain application..alhamdulillah, Allah bagi ujian sikit je, rewards dia lebih pulak...sem ni xpayah bayar yuran..sangat senang ati.

sem ni pulak, plan nak ambil subjek Numerical Analysis..again, ssh hati sbb jadual clash dengan kelas mengajar Business Math. hari pertama trus jumpa pensyarah..dengan baiknya, pensyarah xde masalah untuk tukar waktu yang kita free..trus rasa lapang satu badan..satu perkara yang saya sentiasa semat dalam ati..

Kalau kita tak berkira menyampaikan ilmu pada orang, insyaAllah orang pun tak berkira untuk beri ilmu pada kita..

I believe in good deeds..mungkin sebab berkat buat kelas malam tu untuk pelajar tahfiz UniSmart, Allah lembutkan hati pensyarah tu untuk tuka..hehe, mungkinla, just to be positive n sbnrnya Allah la yg memunkinkan segalanya. just imagine, pukul 7.30 da drive dr sg. buloh ke bangi (almost 1 hour and half,plus  the jammed) dengan niat nk sampai awal ke kls, pukul 10.30 after the class rushing plak ke Bestari Jaya ( 2 hours of driving lagi) utk attend jamuan hari raya fakulti, ptg after 5.30 balik rumah kat Sg. Buloh (40 minutes) tuk ambil Luqman, panaskan nasi n lauk for my hubby (nsib baik bole tapau lauk jamuan, klu kene masak lagila tergolek), after maghrib prayer trus ke Kota Puteri plak buat klas math for 2 hours sampai pkul 10.30 malam. klu ikut hati mmg xlarat da, tp mengenangkan anak2 murid yg nk dekat SPM, gagahkan diri jugak..padahal bukan ada extra allowance ke apa bila buat kls mlm tu..tapi semuanya bcoz of responsibilities. in fact, i love teaching..i wish my students yang xde PMR n mereka yg xmelalui proses pembelajaran di sekolah seperti budak2 yang lain ni akan tetap berjaya.

so, for Luqman..this writing is for you..bila Luqman da besar nnti bole baca..

Jangan pernah putus asa dalam mengejar ilmu..mama pn pernah susah cari ilmu, papa apatah lagi (alhamdulillah, papa will attend his master convocation this year)...jdi, anak mama pn mesti boleh..

Jadual mama sem ni..

ISNIN: 9-11am UKM, Bangi--------travel-------- 2.30-5.30pm UniSmart, Kota Puteri
SELASA: 1-3 pm, 5-7pm UNISEL S.Alam
RABU: UNISEL Bestari Jaya -----------travel------------2- 4 pm UKM, Bangi
KHAMIS: 9-11am UKM, Bangi ---------travel------- 12- 2pm, 3-5pm UNISEL S.Alam
JUMAAT: 10-12 am UKM, Bangi ------------travel--------3-6pm UniSmart, Kota Puteri



"Semoga luqman ada high determination kpd bnda2 baik spt mama dan papa ye sayang"


Thursday, September 13, 2012

:: wedding N cherating ::

Hi everyone..just to update with our journey to kuantan n cherating last 2 weeks. alhamdulillah, managed to attend our cousin's wedding this time..actually, cousin yg kawen ni kembar (awi & firdaus), kawen 2 minggu berturut-turut, seminggu syawal tu awi kawen di kuala terengganu..kitorg xdapat pergila sbb masih beraya di kg suami. kali ni ke kuantan dapat join skali untuk kenduri firdaus belah keluarga perempuan.

menunggu pengantin bersiap kat homestay..xingat da nape sume tgh gelak tue..


mama, papa n luqman da ready nk join rombongan pengantin..papa feeling2 pengantin baru..hehe, xsedar we've married for three years kan pa??


let's layan gambar si comel dulu sementara tggu pengantin bersiap..luqman yg da xsabar nk pg kenduri..


si comel athirah, ank bongsu abang ~


si comel aqilah, ank bongsu kakak ~


aqilah with her ummi sitting on the bride n groom's singgahsana


baru nampak muka pengantin..dgn makku di tengah2..hiks

twins 1 da selesai..coming soon another twins (spot who they are!!)..agak2 i bole dpt ank twin jgk ke?hehe..

balik2 dari kenduri semua da penat, rehat sekejap di homestay trus gerak ke cherating. yg dapat join pn hanya mak, abah, family abg ngah n kitorang..others nk balik kl untuk urusan masing2..

huhu, tengok atuk da terjun kat blkg..ptg after we sampai apartment trus mandi kolam..yeay, luqman so happy..semua org pn happy2 juga..

luqman as usual lbh tertarik kepada bnda lain..da xsabar nk g kat tmpt yg lbh dalam..


hari kedua luqman da ke laut, see how excited he is..


mama nak buat sand castle konon..harusla xjadi sbb dekat ngan air laut. skali ombak datang sume pn runtuh..


atok datang bawak breakfast utk kitorng kat pantai..hotel yg kami sewa kt blakang tu..


alhamdulillah, jadi juga percutian kat cherating ni..saya suka!saya suka!

Thursday, August 23, 2012

:: sana sini luqman beraya ::

Salam lebaran buat semua. alhamdulillah, tahun ini masih diberikan peluang berjumpa dgn Ramadhan..insyaAllah, pnjang umur berjumpa lagi tahun hadapan. lupakan kisah sedih sekejap..mau happy2 di bulan syawal yang mulia nie.


iklan jap..maaf, kuih raya mahupun model tidak dijual di sini. 
incik hubby, si tukang bakar biskut yang menjayakan misi..thumbs up!!


tahun nie raya pertama kami berkumpul di serdang, rumah sis-in-law dan keluarga..termasuk ayah mertua . tghari tu semua bergerak ke banting menziarahi kubur arwah ibu mertua dan wan..alfatihah dan yasin buat mereka yg tlh tiada.

hari raya pertama: 3 stooges beruniform hijau di pagi raya


 si kecik berbaju melayu..alhamdulillah, nk gak pki baju yang mama dan papa cari kat jln tar ni..siap amik cuti lg berdating ngan my hubby, klu bawak luqman pg jln tar jawabnya mmg xmembeli apa2..


 

kami sekeluarga.. hari raya pertama di banting,kampung belah arwah ibu incik hubby. sangat terasa suasana desanya..lepas beraya di banting, ptg tu jugak bergerak ke t.intan untuk beraya di rumah parents sendiri sehingga hari raya ke4. disebabkan rumah mak dan kg hubby xdela jauh mana, so masih berkesempatan juga berjalan ke rumah kawan2 yang terdekat.

hari raya ketiga: luqman beraya bersama pengantin baru, tini dan suami di taiping. alhamdulilla, dapat jumpa izyan (close friend di uni merangkap i punya pengapit masa kawen dulu =) dan addy..so, lps tu trus beraya di rumah tok mereka..
 

hari raya ke-5: luqman beraya di sungai besar, kg saudara mara papanya..mama dan papa tengah bersembang, dianya dah msk ke bendang orang..aiyoo, nasib baik sawah padi da xde, bendang pn tgh kering..

papa menyelamatkan luqman dari trus menghitamkan baju..adehh, luqman ni budak kg sungguh. so adventurous dan x takut lgsg ok!

 hari ni da ari raya ke-6..cepat je msa berlalu. mak ngan aba da ke terengganu untuk bersama-sama menghadiri kenduri sepupu di sana. insyaAllah selesai solat jumaat, luqman n mama papa akan balik ke sungai bulo semula..yeah, meneruskan misi beraya di KL..

Tuesday, August 14, 2012

:: Kisah sedih sebelum raya ::

Luqman, arini mama nanges lagi bila kol opah..adeh, ur mom ni sungguh dramatik, klu sedih  mengalir air mata nonstop, or mayb jugak sbb dgr suara opah pn sedih..for readers out there, actually the reason we're not happy is not about us..sebenarnya ini kisah 'mak' luqman.

12.32 tghari semalam, mama dpt kol di ofis..sambutan dari si pemanggil tiada..yang ada hanyalah bunyi org bergaduh..mama sangat keliru..pelik sangat!! suara org yg bergaduh sangat jelas, suara luqman menangis xde pn."Tunggu la, aku nk uruskan budak2 ni dulu.." telefon off, mama da mula cuak..xtau nk buat apa, tgn macam da menggeletar. Dalam hati doa byk2, janganla apa2 jadi kat luqman, jangan jadi perkara xbaik kat luqman..Allah, Allah tolong!

5 minit mama telefon mak semula..mak cakap nangis2..dia beritahu dia telah dihalau dari rumah. kenapa dan bila mama xtahu, yang mama tau lepas tu mama capai kunci kereta dan handbag utk balik rumah..mama sedih bila sampai kat rumah dia, keadaan jadi lain. buka2 pintu mama tgk luqman tdo, alhamdulillah luqman selamat..tp mama ditunjukkan dgn bakul dan plastik brg2 luqman yng telah berkemas. 'mak' telah dihalau oleh suaminya, sebelum itu telah dicederakan sehingga dia buat laporan polis..perkara ni da seringkali berlaku katanya, mama je yg xpernah tau. tapi kali ni jiran beritahu keadaan semakin teruk..istighfar sekejap mama sebab syaitan dasim masih dapat bergembira walaupn dia diikat di bulan mulia ni..

selama ni mama tinggalkan luqman dalam keadaan yg sng hati..'mak' jaga luqman dengan baik, setiap kali ambil luqman dari mak mesti luqman dalam keadaan bersih dan wangi, kalau luqman sakit mama tau 'mak' da bagi ubat, klu luqman xde selera nak makan mak akan mskkan bubur khas utk luqman,ptg2 mama ambil luqman dlm tgn ada makanan minum petang..semuanya baik2 sehingga semalam. mama xpernah jangkakan yg mama kene cari pengasuh lain secepat mungkin.

mungkin mama sedih sebab mama risau samada pengasuh baru tu akan jaga luqman sebaiknya atau tidak, samada luqman akan menagis atau tidak bila mama kerja di hari pertama luqman duduk dgn pengasuh baru (sebab luqman da kenal org ..xmacam masa mula2 hantar masa baby 2 bulan dulu). tapi yg plg mama sedih sbb mama kehilngan jiran yg bole mama bergantung harap. mama kenal jiran2 lain pun sebab dia. kadang2 mama alert dgn info mengenai kawasan rumah ni pn sbb dia. orangnya friendly..opah dan nenek su pun pernah datang berborak-borak kat rumah dia..ya Allah, sungguh singkat perkenalan mama dgn 'mak' klu ditakdirkan mama xjumpa dia da..Ramadhan 2 tahun lalu, mama kenal dia ketika bersama-sama solat terawikh di surau dan Ramadhan tahun ini Allah menentukan nasib dia mengalami ujian sebegini.Allahuakbar, mungkin cerita ini pengajaran buat mama dan papa juga. moga Allah lorongkan hati2 kami ke arah agama Mu ya Allah..moga kami tidak mengulangi cerita ini.

Luqman, mama xsempat pon tangkap gambar 'mak' utk tunjuk kat luqman bila besar nanti. insyaAllah, moga kita dapat ketemu lagi dia di masa yg lain... mama doakan 'mak' akan dapat selesaikn msalah dan luqman akan slalu jumpa 'mak' nanti. harapan mama  kita juga akan jumpa 'mak baru' yang sesuai tuk jaga luqman..oo, i feel so sad =(


Monday, August 6, 2012

:: Suka Duka Ramadhan kali ini ::

Salam Ramadhan semua...pejam celik, pejam celik da 18 Ramadhan da. smoga amalan makin ditingkatkan dan bonus lailatulqadar akan dapat sama. hehe, slalu bonus duit raya je nak kan? tapi yg tu pn pntg juga, supaya meningkatkan motivasi para pekerja..thnk u kerajaan SELANGOR, thank u UNISEL sbb bagi bonus, sebulan gaji dengarnya + rm200 deposit tabung haji. alhamdulillah alla kulli hal. syukur juga buat result yg bru dapat tgk pg tadi..alhadulillah lulus dan dapat meneruskan pengajian sem dpn. frust sikit sbb tak dpt 4 flat..haha, cita2 xhengat, usaha ciput je. Papa kata "Allah suruh mama usaha lebih tuk sem dpn!" ok papa, mama akan truskan perjuangan mama dgn baik..inshaAllah~

Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan kedua saya bergelar ibu dan istri..syukur setiap hari dapat bangun awal utk bersahur, pagi mengajar, tghari klu ada kelapangan dapat bertadarus dgn kawan2 ofis, ptg blk seawal 4.30 pm utk memasak juadah berbuka dan malam berterawih berjemaah bersama suami..indahnya Ramadhan kali ini. (klu bole nak ramadhan sokmo..hehe).

luqman dgn benjolnya..


art work mama n luqman..takut papa marah..kih2, luqman nye pasal la ni!!


berbuka rumah kak ina..15 Ramadhan 1433H


"luqman nak pg shopping ngan mama n papa ni..anyone nak tumpang?"


at AEON Rawang..luqman main sementara mama cari baju raya dia

luqman main semua termasukla main masak2..hehe..


ok, ni je yg sempat diletakkan di sini...nk bersiap utk kls pkul 1 di Shah Alam, sem baru diploma/degree da buka. harap2 ada students yg datang, klu x pening juga nak ajar sape ni. xsabar nak tgk wajah2 pelajar itu..till we meet again adios =)


Friday, July 13, 2012

:: Luqman's Outing ::


Alhamdulillah, dapat lagi bernafas di muka bumi ini dan  melihat luqman membesar di dpn mata. slain tu sangat bersyukur dapat dikurniakan ni'mat kasih sayang dan ukhuwah bersama insan-insan tersayang dan rakan2 sekeliling..this entry is some notes on our day out with my unisel colleagues n papa's friends at monash..

Sahara Tent, 3 Julai 2012

kredit to kb for her photos..sume cantik2..luv them very much..

~ luqman with his innocent face..tp sebenarnya sgt cheeky ~

~ me & k.onie ~

~gambar kami di meja makan..deko sahara tent sangat cantik =) ~

~ luqman yang xreti dok diam..so attract his attention with vitagen ~



~ ukhwafillah abadan abada..love all of u ~




~ sahara tent.. insyaAllah kami dtg lagi ~

Cameron Highlands, 9 & 10 Julai 2012 

some of the pictures taken by thoriq (papa's friend), thank u for the nice shot =)

~ luqman kat guest house dgn 2 org lg anak kawan papa ~

~ dari kiri: iman, luqman & mizan..sesuai kan? all finish with ...an ~


~ luqman & papa @ healthy strawberry farm ~


~ mama petik strawberi, luqman trus makan dan makan lagi~

~ luqman dan mizan tgk fish kat big red strawberry farm ~



~ CH, definitely we will come  again ~