Wednesday, September 17, 2014

:: Random pic ::

Kakak Dina...

Dia kelihatan lebih tenang

Dia selalu mengalah

Kelembutannya menggembirakan hati mama dan papa


Adik Nina...

Dia adalah anak yang manja


Dia penceria suasana
 
Keletahnya buat mama terbayang-bayang


Abang Luqman?!

Dia buah hati pertama mama dan papa

Dia aktif, namun dalam hati ada taman..


Anugerah Allah yg tidak ternilai

Kesimpulannya,

Amanah ini harus dijaga rapi


Tanpa mereka bertiga, sunyi sepi hidup kami..

Sunday, September 14, 2014

:: Luqman's activities ::

Minggu ni mama, papa & Luqman busy..haha, 'busy' sangat!! Mama ada perhimpunan bulanan hari Isnin (pergi juga walaupun kononnya apply cuti) - Selasa  bawa adik2 pergi checkup 4 bulan - Rabu ada e-learning course & meeting - Khamis ada Bengkel Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) di Shah Alam Convention Centre- n Jumaat bawa Luqman ke ofis sebab dia demam n takmo pg rumah babysitter dia. Itupun nasib baik tak jadi pindah ofis hari khamis dan jumaat tu, kalau tak lagi penat nampaknya..

Tadika Luqman plak buat rombongan pergi Planetrium Negara hari Rabu lepas. Dari hari Isnin cikgu bgtau yg ada lawatan  tue, Luqman eksaited giler. Jadinya dari hari Isnin tu tak bole tdo lena. Kejap-kejap terbangun tdo tengah malam, nak naik van katanya.."Luqman tgh mlm ni, zzz..mama ngantuk nie" . Pastu cam ada simtom2 insomnia plak dia ni..mata terkebil-kebil mcm menandakan mata tu da penat. Tapi bila suruh tidur, xmo. Itu yang ari khamis malam tu badan dia panas, badan tak cukup rehat agaknya. Alhamdulillah, nie da ok da..

pic : ehsan mr. google..

 Hari Sabtu adalah hari yang huru-hara buat me n my hubby..hoh, apsal ntah sume orang tak nak tdo, dahla memasing buat perangai lak tu. Stress tahap sampai pening kepala mak korang nie..Luqman pon cam nak perhatian je..mulut dia dahla pok pek pok pek sekarang nie. Ok Luqman, meh kita buat aktiviti okeh!

Bahan-bahannya adalah...ceh, macam main masak2 lak..


Colourful bowls..cap ikea. Bagi alasan kat papa, kononnya senang nak bagi kembar makan 6 bulan nnti da ada mangkuk plastik..huhu, sebenarnya takut kene marah sebab da beli macam2 benda bulan lepas..


Then, kene ada tepung ubi..


Pewarna makanan untuk jadikan aktiviti lagi fun..


Multiple spoon

Ok, tu je bahan2nya..senang kan???


 -
-
-
-
-
Hooyeehh..mari sepahkan rumah!!


Ok, task untuk aktiviti nie adalah..

1. Kene susun mangkuk warna-warni tu dan masukkan tepung ubi kayu  mengikut sukatan sudu yang berbeza ke dalam mangkuk yang berbeza.

2. Kemudian,  Luqman boleh masukkan air dalam sukatan yg pelbagai. Kat situ nak blaja tahap kelikatan okeh..Kalau air sikit, nanti tepung tu jadi melekit-lekit cam gam kan? Dulu mama xde gam, buat camtula nak tampal-tampal gambar kat buku..pastu tak melekat sangat! Haa..sedey kan? #dramasangat

3. Pastu, kalau nak best lagi boleh tambah pewarna epal ke supaya larutan tepung tu berwarna hijau atau perisa coklat emulco tuk banyakkan warna..lepas tu mama pun pitam tgk rumah penuh tepung..haha..



Bab sepah rumah memang serah kat dia..tengok siap tanggal sluar plak sebab da basah. 
Cukupla aktiviti untuk hari ni ya luqman. Untuk mengelakkan rumah yg baru dimop nie bertambah kecah, harusla menghalau budak kecik ni sambung main kat dalam bilik air je..

Happy la sekejap dia, pastu malam dia buat perangai balik..#sikitlagimamajadihulk

Luqman xmo sedey2 ok, dia rasa kurang perhatian kot bila ada adik kembar ni, itu yg kadang2 merengek la, xnak tidur la, cakap kuat2 la, dan macam-macam lagila.Dont worry luqman, mama n papa will always luv u. Nanti kita buat aktiviti sesama lagi k.. cayangg luqman <3>

Monday, August 18, 2014

:: Raya kat umah jer ::

Haa..orang lain nak tepek gambar rumah yg cantek, daku pn nak jugak. Walaupun rumahku tak cantek plus tak besar cam rumah org lain..saje buat kenangan di hari tua ;)  Papa luqman asyik tanya bila nak pindah umah, bila nk pindah umah..daku cakap nanti dulu. Malas tambah financial commitment dan malas pindah barang jugak.. kang kalo kita byk duit kita bli je rumah dua tingkat..cheewah!! Satu hal lagi ada anak aktif cam luqman yg xreti nak kemas, plus pakej lengkap si kembar, masa bila nk mengemas rumah besar2 ntah..mau meroyan mak korang nyapu mop umah besar2. Jap ye pa, kembar da besar sikit kt pindah ye! (jgn tuan rumah halau kitorg dahla..haha)



Ulang tayang gambar..nie tema tahun lepas!
-
-
-


Ni dia tema tahun ni..ada tambahan akseseri plak. Letak baby cot kat ruang tamu baru orang tau kat umah ada baby..kalau babies tdo kat dalam bilik pun, duit raya bole letak dalam katil..haha, nampak x taktik mak diorg nih ; ) ; )

 Sebenarnya senang letak baby cot kat luar, nanti nak maraton mandikan diorg, da save tenaga kat situ drpd ulang-alik masuk dalam bilik. Kang nak buka baju anak kene tutup kipas, da mandikan diorang mak peluh-peluh, nak kene buka kipas balik, pastu nk mandikan second baby bukak tutup kipas balik..aish, buat penat jela..kat ruang tamu ada kipas atas, so senang. Time makan, tgk tibi sume kat situ..so, bole nampak kakak-adik setiap masa..so, senang keje mak..nampak x reason  taknak umah besar kat situ..haha.




Baju nak colour block, langsir ngan kusyen pun sama..biaq pi la x sesuai pun, asalkan tuka sikit kaler dalam umah ni.

Enough bab rumah, meh citer bab makan2 plak..so happy tahun ni ada kawan2 yg sudi datang ke rumah kami. Kalau harapkan kitorg nak g beraya atau open house, mmg tak dela. Pegi burger king kat restoran jejantas kejap pun, da berapi je dok dalam kete dengan budak2 nih, ditambah jammed plak..lebih sanggupla duduk umah je. So, harusla memasak di umah kan sebab ada orang nak dtg..

 Tat nenas dan puding roti untuk jamuan hari raya sekolah Luqman..

 Bihun sup untuk Liza sekeluarga (kawan baik since kat SMKA Slim River)

Mi kari untuk Farid sekeluarga & Herman (kawan baik hubby n my classmate kat UIA)

Mi goreng dan rendang ayam untuk Azzah sekeluarga (kawan baik since UIA)

Malangnya masa Azzah sampai, nasi impit baru je masak. So, xbetul2 sejuk lagi..tak dapat nak potong elok2 dan hidang. So, lepas tu kitorg la yg makan .."jemput makan sume " ..dialog incik suami untuk gambar di bawah  =P


Tuesday, August 5, 2014

:: Aidilfitri serba sederhana ::

Sedih dengan tragedi MH17..sayu dengan nasib umat islam di bumi Gaza..jadi manakan bisa kt berlebih-lebihan di kala orang lain kebuntuan mengahadapi ujian drpdNYa. Pada yg punya anak, kasihan juga kalau tidak dibelikan baju baru, kasihan juga kalau tidak punya kuih raya. Maka, tidak salah untuk rasa senang dan gembira di hari lebaran, cuma bersederhanalah dalam semua perkara..

Alhamdulillah, tahun ini Allah jumpakan juga dengan ramadhan dan syawal yg membahagiakan. Walaupun luqman baring melepet di dalam bilik sepagi raya, papa batuk berkokok-kokok, mama berpeluh menguruskan si kembar, tapi syukurla Allah masih memberikan ni'mat kebahagiaan dan kasih sayang beraya bersama ayah, famili SIL, sepupu dan makcik2 di sebelah suami sehingga raya ke 3..Sebelum tu, telah berpeluang berbuka puasa 2 hari berturut-turut dengan kesemua anak cucu menantu mak abah..rasa terbayar sikit kesusahan melihat barisan kereta yang tak berpenghujung di jalan raya..

Seorang isteri yang kehilangan suami akibat hilangnya MH370 sangat rindukan kenangan bergambar di pagi raya..maka, haruslah saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT bergambar walau tak lengkap dgn si kembar..

Berjalan pn dekat2 aje..

Selepas seminggu beraya di kampung, pulanglah kami ke 'rumah A'..walaupun kecil, tetap kami rindukan..

Syukur juga mama dipanjangkan usia dapat merasa kuih buatan luqman. Banyak yg luqman belajar sepanjang berada di sekolah ye.  "Kuih apa tu luqman?".. "Kiwi popup" menatang apa tu..haha..

 Bihun sup ini khas untuk Liza sekeluarga..hidangan ringkas buat sahabat baik yg da tak jumpa 3 tahun..Bolehla, insyaAllah kami akan memasak lagi klu ada kudrat dan kelapangan.Pada yg nak datang, pintu rumah kami terbuka luas..SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin =)


Thursday, July 17, 2014

:: Salam Ramadhan daripada ahli keluarga baru ::


Alhamdulillah, da nak masuk fasa terakhir Ramadhan tahun ini..sepatutnya kita semua mmperbanyakkan amalan sebelum Ramadhan sampai ke penghujungnya. Sedih pulak sebab sepanjang bln puasa ni bole dikira berapa kali tadarus nya, terawih nya..asyik sibukkan diri dgn urusan si kembar. Ya Allah, moga ada keberkatan dalam menguruskan keluarga dan anak2..amin~~

Semenjak dua menjak msk kerja ni asyik rindu nak dok umah..so, mehla letak sikit gambar memperkenalkan ahli keluarga baru 'Pn. Asno Hiyadah' dan 'En. Hihahim'(read as : Pn.Hasnur Hidayah & En.Ibrahim)..*jawapan luqman bila tnya nama mak dan ayah*..dah sengau2 mama dengar nama papa tu disebut..haha..

Fresh from the oven..Day 1: 10 may 2014

Day 2: Balik dr hospital ke rumah..

Day 45 : 1st time pg shopping ngan mama..mama korang da xsabar nk merayau kuar umah lps abis pantang..



Kakak, ko da kenapa mulut senget2??haha, Dina ni mmg kuat menyusu sejak dia lahir.. Gambar ni diambil masa mereka berumur 28 hari. Baru je buat kenduri aqiqah dan cukur jambul masa ni, tu yg da botak kepala tu..xpe, nnt tumbuh blk la rambut diorg ni.Timing kakak mmg baik klu bab2 menyusu, 2jam sekali dia akan bgn utk nenen..adik mengalah jela.Tapi bila da besar sikit, adik da bijak..adik tetap adik..manja n menjerit plg kuat supaya org angkat dia dulu. Bak kata papa, rasa cam satu blok bole dgr dia nangis *cam tipu sangat kan??* hai la cekodok mama..dua2 attention seeker sbnrnya. eh, lupa ada 3 org termasuk abg luqman.

Mana adik mana kakak?? yg muka bulat tersengih kat atas tu adik..sebab tu pggl dia cekodok mama.. Yg muka ayu n panjang sikit tu kakak. cool aje dia kan??

Alangkah bahagianya klu kakak dan adik tdo bersama2..senang ati mama, papa n abg luqman..

tenang je tengok diorg tido kan..

Ngantuk sangat muka kakak tu.."Tdo jela kak!Bole mama dukung adik"..kata adik sambil buat pandangan sinis ke arah mama. Masa ni nak pg berbuka umah mak long pada 7 Ramadhan..terpaksa susun anak2 dlm myvi mama yg sempit nih..

"Luqman ada adik two"..walaupun da de adik, luqman tetap jadi hero hati mama selamanya selain papa dan atok. Moga Luqman yg comel dan bijak ni jadi abang yg baik buat Dina & Nina..hug u ketat2 (",)V

Thursday, May 29, 2014

:: Pengalaman kelahiran si kembar ::

Assalamulaikum n happy belated mother's day to all mom. Hoh, berangan sgt nk deliver time mothers day, betul2 Allah makbulkan walaupn awal sehari. Walaupn entry ni lmbt skit, harusla mengupdate pengalaman yg tak dapat dilupakan buat mama luqman ni..now, da jd mama irdina n mama imanina juga =)

Sebelum bercerita bab hari kejadian, mari kita imbau sakit contraction or braxton hicks yg mama da alami sebelum bersalinkan si kembar..so, kt sini mama da copy paste waktu (24hours system) yg mama catit kat ipad. Beriya mama mencatit kan?bersebab ok..ada ketika nya contraction agak kuat dan disebabkan mama kat rumah sorang2, mama harus beware ngan masa contraction tersebut. Dibuatnya da nk terbersalin, tak sempat plak papa nak balik dr sunway anta mama pg pmc. Dahla dari opis papa ke umah 40 minit naik motor kapcai papa, campur 20minit g pmc..kang ada yg jd bidan tengah jln kang. Hihi, nasib baikla tak camtu kn..

last checkup aritu bgtau Dr yg contraction selang 10 minit, dia cakap " aish, apsal xdtg sini"..haha, mama tunggu selang 5minit bru nk g pmc..relax je mama korang ni Dina & Nina. So, everytime rasa obvious mengeras mama catit. Lagipun slalunya contraction datang time mama duduk lama marking paper students, so ble catit sbb ipad slalu ada kt sebelah. 

May 5

0941- 1002 - 1011 - 1047 - 1101 - 1114 - 1127 - 1151 - 1211 -1223 - 1535 - 1658 -  1944 - 2109

May 6

0807 - 0814 - 0827 - 0914 - 0948 - 1548 - 1740 - 1801 - 1806 -1829 - 1841 - 1916 - 1931 - 1947-2031 - 2124

May 7

0416 - 0652 - 1108 - 1905

May 8

0705 - 0747 - 0800 - 0853 - 0914 - 095o - 1006

May 9

0742 - 0802 - 1407 - 1445 - 1504 - 2028 -2050

May 10

0502 - 0507 - 0512 - 0522 - 0533 - 0538 - 0546 - 0553 - 0601- 2 kali waktu mandi n solat - 0617 - 0623 - 0630 - 0638 - 0644 - 0652- 0659 - then, da kene pantau by the nurses..

Byk kli kan saya rasa contraction palsu nie..sebab tula da tak sabar nak bersalin sgt. Itu blm campur jalan trkengkang-kengkang masak, merangkak sapu karpet n tido kene duduk lg tu.aish, besar ye jasa ibu kat kita tuan2 dan puan2. Alhamdulillah, Allah bg kesihatan yg baik pd mama luqman sehingga ke saat kelahiran. Jumaat sehari before deliver tu sempat siapkan marking, masukkan markah dlm sistem dan message hubby suh dia tolong printkan markah pelajar. Breakfast pagi tu sempat buat puding roti n sempat masak sambal udang buat makan malam. Disebabkn lunch tghr tu lmbt dek menyiapkn kerja2 marking, mlm tu sempoi giler mkn hotdog je. Hoi hasnur, larat ke ko nk meneran 2 org budak pagi tu dgn mkn mlm hotdog je?haha..padan muka..

Pukul 4.30 pg Sabtu (10 Mei) bgn sbb nk g toilet..masa tu hubby da bangun wlupn tak taula dia buat apa, g toilet gak ke, or update result bola ke. Tapi lepas lebih krg sejam dia tdo balik, trus dikejutkn sbb contraction selang 7, 8 minit sejak pkul 5pg. Sempat mama mandi n solat subuh, trus kejut luqman n pg pmc. Bole plak singgah 7 Eleven bli roti..aduyai, papa n luqman bli roti baru 5 minit, tapi mama da membebel dlm hati..beli roti pn tuk mama, papa takut nanti mama xde tenaga..

Haha, detail giler citer..klu ada reader nk bc silala :) :) klu mls xpe, mama luqman saje nk buat catitan dlm open diary ni je..

Ok, sambung balik. Da smpai, nurse pasang alat tuk detect contraction n jantung baby tu..bole plak setengah jam pertama tu sia2 je sbb nurse pasang 1 je alat detect jantung. La, kan ada 2 babies..haha, daku pn taktau yg nurse tu salah. It's ok, takdela marah pn..cuma bila Dr yg bertugas pg tu kata my contrction tak kuat sangat n bole blk klu less than 3cm, mcm daku ragu2 skit. Adoi, sakit kot contraction kali ni..time luqman yg tak sakit langsung dlu tu pn da buka 5cm masa cek. So, lps setengah jam lg pasang alat jantung baby tuk kedua- dua babies, nmpak contraction konsisten. Lepas tu, nurse minta tukar kain tuk cek bukaan. Bila Dr Ratna cek da 5cm..haaa, kn btul mak cakap..kikih..so, 8.50pg warded. Papa n luqman blk dlu sblm proses bersalin semakin hampir.

Nurse yg handle tu kata Dato' Dr.Zarul otw nk ambik kete dia kt workshop, papa pn tak sampai lg dr hantar luqman ke rumah babysitter waktu tu..aduyai, bole plak siap bwk luqman g pasar jln2 plak ye. So, nurse lambtkn skit proses nk bersalin tu dgn tidak memasang air drip kt tangan. Nasib baik by the time Dr sampai, papa pn sampai. Dr sampai then  cek bukaan dan pecahkan air ketuban, while papa kt sebelah bacakn Surah Maryam. Bole dikatakn proses kelahiran kalini brjln lncr. Mama cba berlagak tenang..cma lps Dr pecahkn airketuban n kata ready, sejam lg insyaAllah, tipula klu xcuak..sakit sgt kot nk bersalin.

Masa yg ditunggu tiba, yes  after a few push  dlm 4 ke 5 kali lahir kakak pd 11.38 pagi dgn berat 2.45 kg. bila kakak da keluar, nurse tahan perut sementara contraction dtg smula sbb tkut baby berpusing. Then bila dtg contraction lg lahirla adik dgn 2 kali push pada 11.40 pg dgn berat 2.25kg. Alhamdulillah, keduanya sihat..syukur Ya Rabb! Terima ksh suami, mak abah dan keluarga yg sntiasa mendoakn mama, Terima ksh Dr yg sgt baik dn brpengalaman, terima kasih nurse yg very helpful..


Tuesday, April 29, 2014

:: Happy Holidays, Happy Working ::

Assalamualaikum dan Selamat menyambut hari pekerja pada esok hari..i love holidays, i love staying at home..tp kali nie cuti panjang sehingga bersalin the twins kot. Owh, bile ntah?? harap2 minggu dpn twins nk kluar la, klu x risau plak hati mama korang. Wlupn cuti, harusla memarking kertas periksa my students yg ramai ni..xpela, sekurang2nya diri ini terpaksa mencergaskan diri menyiapkan kerja2 sblm berpantang..

  
Ramai my fren yg promot duduk kat rumah sambil buat business n jaga anak..Adoi, untuk Pn. hasnur blum sampai masa lg kot. Wlupn besh je dok umah, apatah lagi anak nk msk 3 ni, but I love my job. Plus, tiap bulan gaji kene tolak PTPTN + insurance + kete + tabung haji + saving..hmm, sape nk sponsor tu klu quit keje? hehe..Yg lbh pntg kepuasan sbnr menjadi pendidik ni bkn itu sahaja..i guess i really happy when i can see my students graduate and get a good job. Puas ati jgk bila dpt feedback positive dr company bila melawat pelajar buat latihan industri. Mungkin satu hari ada students yg da xkenal kita atau buat2 xnampak, tp for me xkesahla..yg pntg tugas kita mengajar dia da selesai. Tak bagi hadiah atau penghargaan pape pn takpe, tapi klu students tu ingat dan mendoakan, itu bonus buat kt.. Moga ada balasan yg baik utk anak2 kita juga bila mengajar anak org lain.


Can you see our happy face? Bole beza lecturer ngan student tak? =P

Erk, sangat trkejut dgn gift budak-budak ni..ish, buat susah2 je korang ni..alhamdulillah rezki twins!
Kenangan Mei tahun lps..thanx students, terharu saya with your artwork!


How can they get such good words like this..arghh, me myself pun xpernah bg ucapan2 camni pd cikgu/lecturer dulu..


Thank you guys..i have a wonderful job because of you..

HAPPY TEACHERS' DAY also to all teachers/lecturers for the upcoming 16th May..