Tuesday, October 14, 2014

:: Tips untk bersalin ::

Assalamualaikum..ari nie gatal tangan nak menulis..

Aish, bestnya tgk kawan-kawan nak bersalin. Semoga urusan kalian dipermudahkan ye..InsyaAllah pengalaman menjadi seorang ibu takkan dapat dibeli di mana-mana..

Entry nie nak share sikit pengalaman hasnur di dalam labour room..coz it's still unexpected things happen during the process walaupun sedikit sebanyak da baca buku, da pergi antenatal class, atau da dengar orang bercerita kisah mereka. Pengalaman hasnur sikit je as compared to orang lain yang da ada anak ramai tapi alhamdulillah both delivery process tak lama, n alhamdulillah both normal. Iyela, rezeki orang lain-lain kan?? kalau czer pn ok as long anak sihat, ibu selamat..But, this entry adalah perkongsian utk yg expected bersalin normal. Namun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan!

Sebelum tue..Nape hasnur taknak amik epidural??YES, kalau korang nak amik epidural xyah baca kisah selanjutnya kot sebab orang kata tak rasa sakit nak bersalin. Hasnur tak amik atas 2 faktor..

1.    Faktor kewangan - Masa kembar nie orang kata budget bersalin kene double. Tanya Dr. pun dia tak jawab exactly berapa kos yang terlibat. Kira punya kira, kalau seorang bersalin normal RM3K lbh kurang..kang double, dah RM6K?czer tambah RM2K? kene pulak duduk kat wad 4,5 malam?Baby plak kene tahan NICU? Gulp..telan airlio gakla masa tu. Memang RM10K dah prepare utk delivery..in case of emergency. So, decided mmg taknak epidural..kedekut sangat kan mak Dina n Nina nie?? =P 
Lor, skali kene RM3500 je..lenkali jangan fikir terlebey sangat bole?! *marahdirisendiri*

2.     Scoliosis problem - Disebabkan Dr. yang handle antenatal class tu tak memberi jaminan 100% yang tiada efek pada tulang blakang saya yg bengkok ni klu amik epidural, so mak is takut uols..hehe, maka dengan itu saya tidak bercadang untuk mengambil epidural..

Ok, back to the delivery process..Hasnur pun takdela cool sangat, tapi ini yg hasnur buat untuk tenangkan diri. Sekadar perkongsian buat kawan2..

#1 

It's a good step kalau korang dapat pergi antenatal class, especially for the first timer.. really helps you!!
Dr. Halina pun advice benda nie..baca sini
Masa hasnur bersalinkan Luqman, nurse hanya keluar masuk sekali sekala untuk cek jantung, cek contraction, pasang drip, pecahkan air ketuban dan cek kita ok ke tak sementara menunggu bukaan jadi lebih besar..selebihnya, hasnur dibiarkan sendiri. So, amat penting untuk kita berada dalam keadaan tenang waktu tue..walaupun sorang, tapi bila tengok graf jantung baby ok, contraction ok, hasnur da tak risau sangat..coz we know the delivery process going smoothly!

#2

Know the fact that bersalin memang sakit..sangat! 
Nie bukan nak takutkan, tapi bila kita da tau..sebolehnya jangan panic tak tentu pasal.
Kang risau sangat, sampai BP naik, xmo..xmo..nnt kene czer!
Kan sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati, so juz imaginela how it works..
Sebab tu darjat seorang ibu sangat besar.

So, apa yang hasnur buat bila da sakit?
 Hasnur juz imagine yg hasnur pernah rasa morning sickness yg sgt teruk sampai bulan ke7..kalau berbulan-bulan kita sanggup tahan demi nak tengok anak yg kuar ni sihat dan selamat..
Why not juz few hours tu bersabar sikit dengan kesakitan yg Allah beri..Keep calm, keep breathing, until Dr. said "push"! =)


#3

Ayat-ayat Allah adalah penenang jiwaku..

Masa Luqman, hasnur bawak surah yasin..walaupun suara da tak mampu nak kluar waktu tue..tapi bila baca dlm hati, kita tahu Allah menemani kita (remember, kan hasnur ditinggalkan sorang.. sampai da dekat waktu nk bersalin bru hubby bole msk labour room). 

Masa cek bukaan, hasnur da 5cm untuk kedua-dua kelahiran..
Kalau first baby, selalunya 1cm bukaan setiap jam, so scr matematiknya atleast 5jam untuk tggu sampai baby deliver. yap, its true for luqman..pkul 7 warded, pkul 12.17 dia lahir..
so, 5 jam nak buat apa?? xde hati punya nak buka facebook sambil rasa sakit..
Kalau buka fb,tertengok org makan sedap, tgk orang dapat handbag baru dr hubby dia..ohh, stressfull!
InsyaAllah, baca alquran dapat tenangkan jiwa..

Masa kembar, berseorangan lagi!!(sebab hubby anta luqman balik rumah babysitter dulu)
Hmm, bawak Al-quran tp tinggal dalam kete..pastu blur! 
Buka ipad..sekali apps Alquran xde pulak sebab hubby baru format ipad.
Ada hati nk download apps masa tgh sakit nk bersalin tue..bole??
Pastu baru terfikir nape x google je..aiyoo, fikiran bercelaru..
Dah dapat bace surah maryam lega rasanya, sebab taknak fokus pada sakit..
 kalau diingatkan,Maryam lagi bersalin sorang-sorang tanpa keluarga dan ubat..
At least, hasnur ada hubby yg bole bacakan quran kat sebelah bila proses bersalin da nak dekat n bagi instruction bila baby nak kluar..
Oh, hebatnya maryam..

#4

Setiap kali sakit, setiap kali tu jugak baca doa nabi yunus ni..baca lagi dan lagi dan lagi..sampai baby kluar..*kesatpeluhkatdahi*


#5

Nie tips yang hasnur baca dalam buku parenting berkaitan teknik nak push baby kluar..

Put the words RELAX as an analogy..
Reeee...(tarik nafas dalam2), Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaxxxxxxx (lepas panjang-panjang sampai nafas habis)

Baby akan mudah kluar dengan nafas yang panjang..jgn kejap2 nak tarik nafas, it doesnt work! 
Jangan korang sebut perkataan relax masa nk bersalin dahla..kang dr. tu ingat buang tebiat lak! haha..

Ok,  rasanya cukup 5 kot..kang over plak bg tips byk2, org kata perasan cam Dr. OnG lak..
hehe,  insyaAllah semuanya akan berjalan lancar..tak sabar nk tengok babies comell!!

Monday, October 6, 2014

:: Luqman dan buah mata kucing ::



Mama : Luqman nak buah mata kucing ??
Luqman: KUCING?? (muka terkejut, seolah-olah mama suruh makan 'MATA KUCING')

Kat rumah opah ngan atok ada pokok buah mata kucing.
Kalau korang rasa buah ni mesti korang akan rasa kemanisannya yg luar biasa. Walaupun isinya nipis daripada yg jual kat pasar tapi heaven giler dapat makan banyak2..

Semanis buahnya, kenangan  mengutip biji-biji kecil buah nie bersama insan tersayang adalah lebih manis..

Mama letakkan  gambar Luqman bersama atok kat sini buat kenangan Luqman dan mama..
Kerana  kita pun tak pasti di masa akan datang kita masih boleh merasa tidak buah ini..

Moga Allah pelihara kesihatan atok supaya dia masih bertenaga  memetik untuk kita..
Moga Allah limpahkan rezeki yang banyak juga buat mama, papa, luqman dan adik-adik agar dapat selalu pulang ke kampung..





 Kisah balik kampung 2 minggu lepas



Nie plak kesah semalam..tengok tu, apa dibuatnya dengan penyapu dihala ke dalam parit tue..

Sunday, September 28, 2014

:: Kek cawan dan kek marble ::

Dulu, pernah jugak terfikir nak slalu dok umah jer time weekend..kurangkan makan mamak..kurangkan makan fast food..kurangkan merambu kat shopping complex..dok umah jer, simpan duit!!muahaha.. That's a conservative part in me la. Padahal dok diam2 kat opis pun bole membeli online jugak..haha..

Sekali Allah berikan kami anak kembar..haa, padan muka hasnur!
Lepas dapat kembar, berjalan pun kene memilih. Nak bercuti pun blum boleh lagi..Paling jauh pun balik kampung jela. Senang cerita, kitorg akan terperuk je kat rumah hari Sabtu Ahad melainkan balik kampung dan skali skala nak kluar.

Kalau ikutkan, banyak  juga hikmah dengan kehadiran si kembar. Mama papa duduk rumah means lebih banyak masa dihabiskan dengan anak-anak. Lebih banyak aktiviti yang kene fikirkan untuk Luqman, mama papa kene jadi cikgu untuk homeschool Luqman..bestnye!!haha..tipu sangat statement ni..[wiken je basah ketiak layan anak2, kemas rumah n masak]

So, minggu ni kita buat aktiviti lagi guna apa yang ada kat rumah..

Since cawan kertas ni dok tersimpan dalam kabinet dapur tak berguna-guna. Let's utilize it..

Aktiviti senang saje..Mama pilih untuk tulis numbers in words sebab Luqman da terer giler bab numbering nih..So, nak tengok dia recognize numbers in words pulak.

Actually it is better to put the cups in random. Sebab lepas ni nak suruh dia masukkan syiling ikut bilangan nombor yang dituliskan dalam cawan kertas tu. Ni Luqman pandai-pandai susun sebab dia tau da la jawapannya..


Instead of using coins, maybe u can try with another options: marbles, balls, etc.Aktiviti homeschool kan pakai je barang yang ada kat rumah?

So, selain instruction masukkan syiling ke dalam cawan kertas mengikut bilangan. Bole juga suruh dia kenalpasti nilai duit tersebut. Cthnya, 10 sen dalam satu cup, 50sen dalam cup yang lain..Then, kita bole tengok anak kita bole kenal ke tidak nilai yang sama walaupun 10sen ada design syiling yang berbeza-beza. Akhirnya berguna jugakla cawan kertas mama tu walaupun tak guna untuk buat kek.
-
-
-
-

Eh2, tapi kek tetap ada jugak ye..

Tadaa..kek marble hasil kacauan mama, papa dan luqman..



 Sebenarnya, nak pulang mangkuk jiran sebelah. Jiran kitorang ni sangat sangat rajin memberi makanan. Dahla dia yg jaga si kembar. Kadang-kadang dalam sehari tu dua kali ketuk rumah antar makanan..Ish, malu ai, tapi suka jer..hehe. Hari ni ada masa sikit nak masak, bolela memulang pinggan..Sup ikan dengan kek marble..Pufft, skali lagi wiken kami di rumah!

Thursday, September 18, 2014

:: Ainun mata, Uzunun telinga, Roksun?? ::

Maaf, ini bukan kelas bahasa arab..just homeschool activities for Luqman again! Mama saje teringat ilmu bahasa arab mama yang kian pupus nie.. 

Semalam kemas-kemas opis, mama terjumpa mendealah sticker ni kat drawer..so, mama ada idea nk buat aktiviti ngan Luqman malam nanti. Juz simple activity instead of tengok kartun je kan?!

First, kene ada sticker la, tak kesah shape apa pun..


 Pastu, buku bergambar camni..so that, dia bole relate benda yg dia baca dalam buku ngan real parts of his body..


Dan yg paling penting ialah model  yang sporting. Pastikan emosi model ni baik-baik ye, jangan dia tgh penat-penat korang suruh dia main aktiviti ni..instead nak happy, jadi nanges plak kang!

 Eh..eh..handsomenya papa Luqman *big smile*

 So, aktiviti yang sangat simple..

1. Go trough je baca buku ngan dia..macam bahagian badan yang biasa- MATA, HIDUNG, MULUT, KAKI dan lain-lain tu biasanya anak-anak kita memang da tau, cuma nak perkenalkan bahagian lain like dagu, siku, peha, dahi - kadang2 Luqman ingat-ingat lupa. So, kat sini perlukan model supaya dengan cara bermain harap-harap Luqman bole ingat..


So, bila mama cakap bahagian badan, Luqman kene tampalkan sticker tersebut ke tempat yang sepatutnya..hehe, so inila hasilnya..

 Aik, apsal papa yg handsome da bertukar?!Hehe.. Itula mama kan da pesan pose comel2 taknak..kihkih

Okla, yang penting masa budak tecit ni terisi..
Bila Luqman da besar nanti mama ajar Luqman tampal marker, and digitize body parts guna software Vicon. Macam yang mama belajar subjek Biomechanics masa master dulu..wah!!


Happy face..Nite! Nite!

Wednesday, September 17, 2014

:: Random pic ::

Kakak Dina...

Dia kelihatan lebih tenang

Dia selalu mengalah

Kelembutannya menggembirakan hati mama dan papa


Adik Nina...

Dia adalah anak yang manja


Dia penceria suasana
 
Keletahnya buat mama terbayang-bayang


Abang Luqman?!

Dia buah hati pertama mama dan papa

Dia aktif, namun dalam hati ada taman..


Anugerah Allah yg tidak ternilai

Kesimpulannya,

Amanah ini harus dijaga rapi


Tanpa mereka bertiga, sunyi sepi hidup kami..

Sunday, September 14, 2014

:: Luqman's activities ::

Minggu ni mama, papa & Luqman busy..haha, 'busy' sangat!! Mama ada perhimpunan bulanan hari Isnin (pergi juga walaupun kononnya apply cuti) - Selasa  bawa adik2 pergi checkup 4 bulan - Rabu ada e-learning course & meeting - Khamis ada Bengkel Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) di Shah Alam Convention Centre- n Jumaat bawa Luqman ke ofis sebab dia demam n takmo pg rumah babysitter dia. Itupun nasib baik tak jadi pindah ofis hari khamis dan jumaat tu, kalau tak lagi penat nampaknya..

Tadika Luqman plak buat rombongan pergi Planetrium Negara hari Rabu lepas. Dari hari Isnin cikgu bgtau yg ada lawatan  tue, Luqman eksaited giler. Jadinya dari hari Isnin tu tak bole tdo lena. Kejap-kejap terbangun tdo tengah malam, nak naik van katanya.."Luqman tgh mlm ni, zzz..mama ngantuk nie" . Pastu cam ada simtom2 insomnia plak dia ni..mata terkebil-kebil mcm menandakan mata tu da penat. Tapi bila suruh tidur, xmo. Itu yang ari khamis malam tu badan dia panas, badan tak cukup rehat agaknya. Alhamdulillah, nie da ok da..

pic : ehsan mr. google..

 Hari Sabtu adalah hari yang huru-hara buat me n my hubby..hoh, apsal ntah sume orang tak nak tdo, dahla memasing buat perangai lak tu. Stress tahap sampai pening kepala mak korang nie..Luqman pon cam nak perhatian je..mulut dia dahla pok pek pok pek sekarang nie. Ok Luqman, meh kita buat aktiviti okeh!

Bahan-bahannya adalah...ceh, macam main masak2 lak..


Colourful bowls..cap ikea. Bagi alasan kat papa, kononnya senang nak bagi kembar makan 6 bulan nnti da ada mangkuk plastik..huhu, sebenarnya takut kene marah sebab da beli macam2 benda bulan lepas..


Then, kene ada tepung ubi..


Pewarna makanan untuk jadikan aktiviti lagi fun..


Multiple spoon

Ok, tu je bahan2nya..senang kan???


 -
-
-
-
-
Hooyeehh..mari sepahkan rumah!!


Ok, task untuk aktiviti nie adalah..

1. Kene susun mangkuk warna-warni tu dan masukkan tepung ubi kayu  mengikut sukatan sudu yang berbeza ke dalam mangkuk yang berbeza.

2. Kemudian,  Luqman boleh masukkan air dalam sukatan yg pelbagai. Kat situ nak blaja tahap kelikatan okeh..Kalau air sikit, nanti tepung tu jadi melekit-lekit cam gam kan? Dulu mama xde gam, buat camtula nak tampal-tampal gambar kat buku..pastu tak melekat sangat! Haa..sedey kan? #dramasangat

3. Pastu, kalau nak best lagi boleh tambah pewarna epal ke supaya larutan tepung tu berwarna hijau atau perisa coklat emulco tuk banyakkan warna..lepas tu mama pun pitam tgk rumah penuh tepung..haha..



Bab sepah rumah memang serah kat dia..tengok siap tanggal sluar plak sebab da basah. 
Cukupla aktiviti untuk hari ni ya luqman. Untuk mengelakkan rumah yg baru dimop nie bertambah kecah, harusla menghalau budak kecik ni sambung main kat dalam bilik air je..

Happy la sekejap dia, pastu malam dia buat perangai balik..#sikitlagimamajadihulk

Luqman xmo sedey2 ok, dia rasa kurang perhatian kot bila ada adik kembar ni, itu yg kadang2 merengek la, xnak tidur la, cakap kuat2 la, dan macam-macam lagila.Dont worry luqman, mama n papa will always luv u. Nanti kita buat aktiviti sesama lagi k.. cayangg luqman <3>

Monday, August 18, 2014

:: Raya kat umah jer ::

Haa..orang lain nak tepek gambar rumah yg cantek, daku pn nak jugak. Walaupun rumahku tak cantek plus tak besar cam rumah org lain..saje buat kenangan di hari tua ;)  Papa luqman asyik tanya bila nak pindah umah, bila nk pindah umah..daku cakap nanti dulu. Malas tambah financial commitment dan malas pindah barang jugak.. kang kalo kita byk duit kita bli je rumah dua tingkat..cheewah!! Satu hal lagi ada anak aktif cam luqman yg xreti nak kemas, plus pakej lengkap si kembar, masa bila nk mengemas rumah besar2 ntah..mau meroyan mak korang nyapu mop umah besar2. Jap ye pa, kembar da besar sikit kt pindah ye! (jgn tuan rumah halau kitorg dahla..haha)



Ulang tayang gambar..nie tema tahun lepas!
-
-
-


Ni dia tema tahun ni..ada tambahan akseseri plak. Letak baby cot kat ruang tamu baru orang tau kat umah ada baby..kalau babies tdo kat dalam bilik pun, duit raya bole letak dalam katil..haha, nampak x taktik mak diorg nih ; ) ; )

 Sebenarnya senang letak baby cot kat luar, nanti nak maraton mandikan diorg, da save tenaga kat situ drpd ulang-alik masuk dalam bilik. Kang nak buka baju anak kene tutup kipas, da mandikan diorang mak peluh-peluh, nak kene buka kipas balik, pastu nk mandikan second baby bukak tutup kipas balik..aish, buat penat jela..kat ruang tamu ada kipas atas, so senang. Time makan, tgk tibi sume kat situ..so, bole nampak kakak-adik setiap masa..so, senang keje mak..nampak x reason  taknak umah besar kat situ..haha.




Baju nak colour block, langsir ngan kusyen pun sama..biaq pi la x sesuai pun, asalkan tuka sikit kaler dalam umah ni.

Enough bab rumah, meh citer bab makan2 plak..so happy tahun ni ada kawan2 yg sudi datang ke rumah kami. Kalau harapkan kitorg nak g beraya atau open house, mmg tak dela. Pegi burger king kat restoran jejantas kejap pun, da berapi je dok dalam kete dengan budak2 nih, ditambah jammed plak..lebih sanggupla duduk umah je. So, harusla memasak di umah kan sebab ada orang nak dtg..

 Tat nenas dan puding roti untuk jamuan hari raya sekolah Luqman..

 Bihun sup untuk Liza sekeluarga (kawan baik since kat SMKA Slim River)

Mi kari untuk Farid sekeluarga & Herman (kawan baik hubby n my classmate kat UIA)

Mi goreng dan rendang ayam untuk Azzah sekeluarga (kawan baik since UIA)

Malangnya masa Azzah sampai, nasi impit baru je masak. So, xbetul2 sejuk lagi..tak dapat nak potong elok2 dan hidang. So, lepas tu kitorg la yg makan .."jemput makan sume " ..dialog incik suami untuk gambar di bawah  =P