Thursday, March 26, 2015

:: 2 versi pizza ::



Ni pizza versi debab dan pizza versi manja!
Hihi..sebenarnya nak tangkap gambar gigi diorang nih. Tapi amatla payah kan? Mama pun da tak terkira gigi diorang setiap sorang ni ada berapa.Yang penting skang ni adik memang kuat makan. Tue yang jadi versi debab tu, especially muka dia bulat kan. Dia la tu yang ceria kat blkg sana..
Kakak plak lemah lembut orangnya..termasuk hal-hal makan. Memang kene bersabar ye nak tunggu dia telan. But, so far dua2 orang membesar dengan baik. 
*Sila jangan suruh 'tarik-tarik' hidung diorang eh?!*
Haha..

Ok, kita letak gambar pizza btul. Nie breakfast pagi tadi. Setelah papa dan mama dah tak tahan sebab Luqman minta buat pizza lapan ploh kali, gigihla papa bli barang n mama masak pagi tadi..
First version guna roti gardenia which i like very much..turns out dia garing dan tak nipis sangat..



Second version ni Luqman nak jugak. Ni guna tortilla wrap je..tapi sebab garing  dan rangup, jadi Luqman sukala..




Enjoy working!! 

Amik mood nak update website plak..Jadi blogger pun sendu, kene lantik jadi webmaster harusla tarik nafas..haha, yg tu tak boleh malas sbb part of ATA.
Dadada..

Wednesday, March 25, 2015

:: Luqman's Bento Part 2 ::


Assalamualaikum n selamat bersiaran dari dapur rumah mama Luqman =)

Boleh plak pagi tadi Luqman bising nak suruh buat pizza..amboih, over sangat permintaan tu. Ingat mama ni takde keje lain *sambil cekak pinggang*. Dahla pagi tadi bangun hari da cerah. Hwaaaa, nan hado la nak buat breakfast ke apa..So, ni bekal pagi nie..

1. Mi goreng- Dan oat,  dan biskut cheese buat kunyahan..

Ni panaskan mi malam tadi je..tengok elok lagi sbb mi tu masak kering.
Siap tangan tu main roller kat tepi2 mama lagi tu ..Luqman, mama da lambat nie!!grrr..*bertukar jadi tarzan jap*


Hari-hari sebelumnya..

2. Oglio olio spagetti & colourful love letters



3. Roti Telur L.O.V. E ..jiwang sgt mama nih =P


4. Bologneise vermicelli with hotdog


5. Heart shaped Nasi goreng & chocolate wafers



6. Sang arnab di atas kayu kayan..haha, nie Roti taruk nutella n chocolate love letters n oat!



7. Roti hotdog yang comot!


Ok, nie adalah antara bekal yang pernah Luqman bawa pg rumah babysitter (sebab Luqman tadika petang). Senang letak gambar kat sini sebab sok2 nak recycle idea nie balik..huhu. Hari-hari pening kepala malam nak makan apa, pagi nak makan apa..adoii, nie la masalah wanita yg telah berkahwin.
Orang lain ada masalah yang sama tak?


Monday, March 16, 2015

:: Cuti sekolah yang tak cuti ::


Korang paham ke tajuk tu?? bahahaha..mama Luqman tengah rasa cam tak besh je minggu nie. Dari semalam datang opis hati rasa tak keruan sebab Luqman tak sihat. Kembar pun tak sihat jugak, tapi turn diorang da suda minggu lepas. Rasa bersalah pun ada sebab cam tak plan any activities cam orang lain yang ambil kesempatan nak bercuti ngan anak-anak diorang sempena cuti sekolah.

Dari awal tahun ritu memang ingat nak amik cuti sehari with papa n luqman g ikea cari katil n barang-barang untuk deko bilik Luqman. Tapi nak dijadikan cerita, atok plak kene serangan strok kali ke-3 hari tu n papa kene ulang alik ke hospital. Maka tak dapatla papa cuti lagi bulan nie..Tapi takpela, semua tu ujian. InshaAllah nak g Ikea tu bole cari waktu lain.. Ikea je pon.

Last Friday plak, Luqman ada rombongan dengan kawan2 ke Ostrich Farm di Semenyih. Mungkin sebab penat dan panas, so balik dari situ dia trus demam. Semalam Luqman muntah beberapa kali juga sebab asyik batuk berkahak. Selera makan dia pon kurang. Paling banyak dia makan pun beberapa ketul nuget. Mama pun cam tak semangat nak buatkan bento untuk Luqman sebab tau cam dia taknak makan yang berat-berat.

Kurus je tengok badan dia semalam.. Tapi terharu betul bila dalam dia tak sihat tu still care dengan adik-adik dia. Kalau nampak adik nak masuk dalam bilik air, cepat-cepat tutup pintu bilik air dan kunci. Ooo..i miss the real luqman yang berlari ke sana ke mari dengan mulut bising dia tu. Harap2 anak mama cepat sembuh! Nanti bole kita jalan-jalan lagi..




Monday, February 16, 2015

:: Mari Ber-bento ::

Hari ni mama pergi ofis bawak bekal nasi n ayam goreng sama cam Luqman..
Cuma takde mata n mulut jer =)


Sementara mama tengah rajin nak buat breakfast pagi-pagi nie, bolela Luqman bawak bekal. Sok2 tahap kerajinan mama merudum, Luqman makan jela pape yang ibu (babysitter) masakkan n apa yang sekolah sediakan..huhuh..

Salah satu kelebihan bawak bento ni ialah kita bole sesuaikan dengan selera anak kita bila si ibu yang memasak. Cam kat sekolah, menu bertukar-tukar. Tapi tau jela Luqman, cerewet jugak dia tue..Bubur langsung taknak jamah. Dia kata adik je yang makan bubur..Hmmmmmfff.....

Ni antara bento yang mama sediakan. Ada beberapa keping gambar je.Yang lain kt boh kat entry lain plak ye..

 Telur dadar spiral ni cam masak telur dadar biasa tu..juz add some flavor like lada sulah, hirisan carrot, susu segar, cheese n spiral yang telah direbus. Bole tuka guna macaronni jugak. Sesuai untuk si penggemar telur!


 Spagetti goreng dengan campuran minced beef. 15 minit da siap, dengan syarat spagetti da siap rebus, n bawang da siap kupas di malam hari.


Roti jem strawberi n coklat M&M..ni resepi paling cepat dan senang di kala mama terbangun lambat..

Haha..mama nye bento takdela kreatif sangat. Adoi, kalau nak hias macam dalam buku tu tunggu mama pencen keje la baru bole mengadap bnda tu je kt dapur. Nie tengah2 masak, Dina n Nina plak nanges nak nenen pagi2, harusla mama berjogging ke hulu ke hilir di pagi hari. Takpe2, yang penting effort kan?! =P
Tengok nih, siap bli buku untuk cari idea menarik menghias. Bekas makanan plak borong kat Mr. DIY.


Mama is happy when Luqman is happy..suka dia bila makanan  dia ada mata, idung n mulut..
Yes, you can try this at home!!

# melalui satu lagi fasa mak-mak#
 #anak da sekolah tanda mak da tak muda#

Sunday, February 8, 2015

:: Luqman ke sekolah ::

Assalamualaikum..

Hari nie nak citer Luqman n sekolah baru. Da simpan draft ni lama, tapi saje tunggu Parent's Sharing Day last saturday sebab bole citer lebih lanjut pasal Luqman kat sekolah.

Last year Luqman masuk tadika lain depan apartment kitorang. Tapi disebabkan few reasons, kami hantar Luqman masuk tadika baru tahun nie (bukan reason yang tak baik taw, sekolah tu banyak bagi pendedahan pada Luqman yang seawal 4 tahun pada ketika itu). So, this year Luqman masuk Genius Aulad for a new environment, new friends and new teachers. Alhamdulillah, nampak dia happy so far..

Luqman with Mama during the registration day 
(1 January 2015)

Selfie ngan mama on the way to school..

After almost a month, the school organized Parents Sharing Day to exchange the views about the kids. Alhamdulillah, teacher kata Luqman nie aktif..pusing tempat lain sekejap, Luqman da ilang, kejap-kejap da ada kat tempat lain. Tapi teacher cakap Luqman ni cepat pickup..yang mana teacher ajar,  kawan-kawan lain masih nak ingat, dia da cepat-cepat jawab. So, dalam dia aktif ke sana ke mari tu, teacher cakap dia participate juga..Erk, is it a good sign??haha..



Bergambar dulu sementara tunggu Abang Luqman main ngan kawan-kawan dia. Aiyoo, papa kalau tangkap gambar mama selalu time mama pejam mata la, tundung tersenget la.
Nie mama tengah membebel dia tangkap gambar..haha, saje sabotaj taw =P


For those yang sedang berkira-kira dengan pilihan tadika yang ada, mungkin saya boleh kongsikan kelebihan yang saya nampak untuk tadika yang da establish macam GA ni..

First, Takwim untuk setahun telah diberi di awal tahun..So, parents boleh nampak aktiviti anak tue untuk setahun and kita boleh nampakla yuran yang dibayar itu untuk tujuan apa. Kalau ada lawatan atau apa-apa program tambahan, parents da boleh prepare duit siap-siap in case ada yuran lain yang kene bayar. And kalau ada program yang melibatkan parents cam Sharing day ni, parents da bole plan siap-siap amik cuti n organize schedule balik kampung ke shopping ke pe..

Second, Maklumat disampaikan terus kepada parents  melalui pelbagai medium.Termasukla konsep message book yang saya sangat suka. Untuk ibu bekerja seperti saya yang tak dapat nak hantar dan ambil Luqman setiap hari, saya mmg harapkan kemudahan pembayaran yuran online dan update through facebook dan sebagainya. So, macam GA is reliable. Hari nie saya bayar yuran tru online banking and email, esok da ada reply. Pernah saya message tru fb pun, principal da trus balas. Macam Parents Sharing Day nie .. bila berjumpa terus dgn teachers, kita da bole tau perkembangan anak kita. Siap ada gambar aktiviti kids kat sekolah macam gambar kat atas ni..

Rasanya banyak lagi sebab lain..still, pada saya setiap tadika ada kelebihan masing2. Yang paling penting setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak mereka kan?
Peace, saya yang bukan duta berbayar (")V


Wednesday, January 28, 2015

:: Cite Si Kembar 8 bulan::

Twin: "Mama, where is our picture?"
Mama :"Ok dear, I will put it now as u'll become toddler ,
and I will miss the moment u being a baby..

So, meh kita citer pasal kembar ye!

#1
Nie pertama kali mama face sakit HMFD..Ya ampun, melibatkan kembar plak tu! Jenuh ok memberus baju diorang pakai tangan, basuh sume cadar, sarung bantal, tuala, kain lap etc. etc. Kurus mak abah ekau!
Pulak tu kene pakai lampin kain sebab kulit yg fragile n berkudis especially kat bahagian montot..sian kakak n adik.


Kita letak gambar kaki je eh..actually yg plg teruk kat bontot diala sebab kudis tu tak terdedah kepada udara. Tapi kang 18SX plak nk letak gambar part tu..huhu..

#2

HMFD kene masa 16-18 Disember..3 ari mama amik cuti..
Minggu nie demam selsema plak..ni berjangkit dari abg luqman. Takpela, anak  nak besar kan? Tapi dalam tak sihat tu, tetap aktif jugak. Tu yg mama suka anak-anak mama ni..so good at melawan penyakit! Ini buktinya..

Adik n kakak tetap panjat car abang walaupun kami gadis comot!

#3

Diorang nie suka sangat memanjat skang ni. Memang mak pak dia tak senang duduk dah, takut tergolek sana-sini. Setiap hari ada la tangisan menagih pertolongan disebabkan sakit jatuh tergolek..Takpela dik, esok2 korang cepat berjalan..Mama papa jugak yg senang kan?

Nie dia ratu tergolek..eager sangat nak berjalan nih!

Kakak pulak, dia lemah lembut sikit bab pergerakan..tapi kadang-kadang tu tak semena-mena tertumus la tersalah landingla. Berbanding ngan adik, kalau jatuh tu memang sakit sangatla sebab dia jatuh betul2 dari memanjat. Kakak punye jatuh tu effect dia sikit tapi tak disangka. So, mama nak selamatkan yang mana dlu??
Mama: Boboboy kuasa tiga!! *bertukar* 
over sangat tuh berdrama!

Skang ni memang diorang susah sangat nak tidor..Adik tidur kakak kacau, kakak tidor adik bising.
Dik, mama peratiiiii je perangai tue ~ Landing baik dluu sebelum kuis-kuis kaki kakak kat dalam buai tue..

Time baik~

Time gaduh~

#geleng kepala
#keep calm, i have a twin

Thursday, January 22, 2015

:: Taiping Trip ::

Assalamualaikum..

Maafkanla blog yg suam2 kuku nie..
Sampai Dina n Nina da nk berdiri kot mak korang tak update pun pasal progress korang. Mama terlalu sebok buat nota subjek baru nakkk..maafkanla mama! haha, nipu nau..

Ok, 1st entry tahun 2015 nak tepek gambar pegi trip papa n the officemates kat Taiping. The event was held on 17-18 January 2015. Kitorg stay kat homestay je sini..sebab mlmnya nk buat aktiviti BBQ. Since waktu yang singkat dan  tak cukup kederat nk angkut sume ke sana sini macam dulu lagi, so kitorang sempat pergi ke Warung Mi Udang Mak Jah Kuala Sepetang & Zoo Taiping sahaja..

   
 Mi udang special


@ Zoo Taiping n Night Safari


Tuan belog n Nina. 
Senyuman adik memang agak mahal, susah nak nampak..apatah lagi time dia tgh ngantuk nie..


Encik suami n Dina.
Ni lagi tak nak bagi kerjasama..

Dina: "Dina da ngantuk nie maa.." *sleepy*
Mama : "Kejap ye sayang, abg Luqman nak naik tren tengok animals.."*dialog buat sendiri*

Aik, takde gambar binatang ponn??
Haha..kitorang naik tren je dalm zoo ni. Tak gigih sangat nak jalan kaki bawak kembar tengah panas.
Lagi plak stroller pun tinggal.
Yang penting, memori tengok binatang tu terpahat dalam ingatan abang Luqman. 

 Mama : "Best tak abang pegi zoo??"
Luqman : "Bestttttt..Luqman naik tractor (read: train) tgk animals. Taik elephant tu besarrr"
*LOL*